Memaparkan catatan dengan label Ozlynn Sentap Bila Peminat Rentap Leher Johan!. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ozlynn Sentap Bila Peminat Rentap Leher Johan!. Papar semua catatan

Ozlynn Sentap Bila Peminat Rentap Leher Johan!

Tidak dinafikan, menjadi pasangan hidup kepada seorang artis popular memerlukan pengorbanan dan pengertian yang cukup tinggi.


Ozlynn Sentap Bila Peminat Rentap Leher Johan!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Hinggakan kadang-kala ada yang merasa seolah-olah terpaksa ‘berkongsi’ hidup dengan ramai peminat hiburan.

Mungkin itu jugalah yang dirasa Ozlynn, isteri kepada pelawak terkenal, Johan.

Menerusi Instagramnya, Ozlynn meluahkan perasaan hatinya dan menegur sikap peminat-peminat Johan.

Konon2 nk dating berdua... Tp mmg xleh dating... Sb ramai join dating sama ngan aku laki bini... Nk romen jek.. Baharom... Senah.. Tipah.. Samat.. Mikail.. Farah.. Dtg... Haaa...dorg ni sape.. Dtg watpe... Oooo... Peminat shuben aku... Lupa kdg shuben aku artis... Kena share dgn depa sume... Kdg ada yg takot2 nk tego.. Relax kami x makan org... Kdg ada yg over excited setgh jam gak nk tunggu dorg kuarkan camera... Tp ok lagi still menghormati.. Aku suke dorg ni..kdg siap ckp sory byk kali... Tp dlm seratos tu ada gak terselit yg kurang adabnya... Contoh org tgh makan ko trus rentap leher ajak bergambar yg mane kita pon x perasan dr nk senyum trus berubah rupa... Jgn la buat lagu tuh... Kami manusia biasa juga.. Ada hati n perasaan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ tp harini sume yg dtg kacau ktorg dating sgt2 sempoi n menghormati... Wa salute korg!!!!
A photo posted by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Iyelah, bayangkan setiap masa dan ketika mereka akan diperhatikan dan didekati hinggakan Ozlyn meluahkan kesukarannya untuk meluangkan masa berdua-duaan bersama Johan.

Bagaimanapun, bagi Ozlynn dia sudah memahami lumrah kehidupan selebriti dan dia senang dengan kehadiran peminat Johan yang selama ini menyokong suaminya.


Ozlynn Sentap Bila Peminat Rentap Leher Johan!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Namun sikap segelintir peminat Johan membuatkan Ozlynn ‘naik angin’ apabila ada yang tidak beradap hinggakan sesuka hati merentap leher dia atau suaminya untuk bergambar tanpa meminta sebarang kebenaran.

“Dalam seratus tu ada gak yang terselit kurang adabnya.. contoh orang tengah makan kau terus rentap leher ajak bergambar yang mana kita pun tak perasan hinggakan dari nak senyum terus berubah rupa.

“Jangan la buat macam tu.. kami pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan tapi hari ini yang datang kacau dating kitorang sangat-sangat sempoi dan menghormati.. Wa salute korang!” tulis Ozlynn dalam Instagramnya.

Alahai, kesian Johan dan Ozlynn… semoga para peminat Johan take note pesanan isteri Johan ini.

Sumber : mynewshub