Memaparkan catatan dengan label Neves (Pretty Ugly) Harap Peminat Tidak Keliru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Neves (Pretty Ugly) Harap Peminat Tidak Keliru. Papar semua catatan

Neves (Pretty Ugly) Harap Peminat Tidak Keliru

Penyanyi Neves (Pretty Ugly) berharap peminatnya tidak keliru apabila Suria FM menukarkan judul single terbaharunya Bongok kepada 'B' kerana ia adalah karya yang sama.

Neves (Pretty Ugly) Harap Peminat Tidak Keliru, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, never pretty ugly

Neves atau nama sebenarnya Raizan Zainal Abidin, berkata, biarpun perkara itu mungkin mendatangkan sedikit kekeliruan namun langkah Suria FM itu adalah sesuatu yang positif kerana ia merupakan publisiti dalam menaikkan populariti lagu tersebut.

"Setakat ini hanya Suria FM yang menukar tajuk lagu berkenaan, mungkin ia tidak sesuai bagi mereka sementara stesen radio lain masih mengekalkan tajuk sama.

"Pun begitu saya perlu berterima kasih kepada Suria FM kerana menyokong karya saya dengan memutarkan lagu berkenaan. Saya melihat ia dari sudut positif dan kekeliruan itu diharap dapat memberi impak kepada lagu berkenaan untuk lebih dikenali selepas ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Neves memberitahu kumpulan Pretty Ugly masih wujud.
Menurut Kamus Dewan, bongok membawa dua maksud iaitu menggambarkan sesuatu yang terlalu gemuk dan bodoh.

Dalam pada itu, Neves berkata, dia tidak berhasrat untuk menukar tajuk lagu berkenaan biarpun sesetengah pihak melihat ia tidak sesuai dan membawa maksud negatif.

Jelas Neves, dia memilih tajuk berkenaan sebagai merujuk kepada perbuatan comel dan manja sesuatu pasangan ketika sedang asyik dilamun cinta.

"Jika mereka dengar lagu itu dengan baik ia bertemakan cinta dan 'bongok' itu merujuk kepada respons seseorang apabila pasangan mereka melakukan sesuatu perkara yang manja dan comel ketika bercinta.

"Saya langsung tidak bermaksud untuk menggambarkan ia sebagai 'bodoh' atau membawa maksud negatif lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Neves menjelaskan projek solo pertamanya itu bukan bererti dia sudah meninggalkan Pretty Ugly.

Sebaliknya dia tampil solo kerana ingin mencuba konsep berbeza daripada kumpulan itu dengan mengetengahkan alat muzik ukulele sebagai instrumen utama.

"Kalau saya perkenalkan bunyi baharu dalam muzik Pretty Ugly mungkin peminat tidak dapat menerimanya dan sebab itu saya tampil dengan projek solo.

"Sebagai penyanyi dan komposer saya mahu tampil dengan kelainan dan itu tidak bererti saya sudah tidak lagi bersama Pretty Ugly," katanya yang mengadakan kerjasama bersama Universal Music Malaysia untuk projek berkenaan.


Sumber : mstar