Memaparkan catatan dengan label Nahas Helikopter: Hasrat Aidana Tak Kesampaian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nahas Helikopter: Hasrat Aidana Tak Kesampaian. Papar semua catatan

Nahas Helikopter: Hasrat Aidana Tak Kesampaian

Selepas hari keempat tragedi nahas helikopter pada Sabtu lalu yang mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, mayat mangsa keenam sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarga di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur.


Nahas Helikopter: Hasrat Aidana Tak Kesampaian, info, terkini, berita, Aidana Baizieva

Mangsa yang merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva dikatakan kenalan kepada juruterbang Clifford William Fournier, yang turut maut dalam kejadian itu.

Aidana dikatakan berminat untuk menjadi seorang juruterbang namun hasratnya tidak kesampaian apabila terkorban dalam nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu adalah Aidana, seperti dalam daftar penerbangan helikopter itu yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, tetapi ujian DNA perlu dijalankan sebelum dapat disahkan.

Katanya, hasil ujian yang dibuat ke atas mangsa wanita dalam kejadian itu, ia merupakan mayat wanita berusia 25 tahun.

"Polis berpuas hati dengan keputusan siasatan yang dijalankan. Bagaimanapun identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti dan memerlukan masa," katanya dalam sidang media berhampiran lokasi nahas pada Selasa.

Abdul Samah berkata, polis telah pergi ke rumah Aidana iaitu sebuah pangsapuri di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk mengambil beberapa barang, dokumen dan spesimen milik mangsa untuk ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa keenam nahas helikopter itu.

"Polis menemui bukti tiket penerbangan mangsa (Aidana) ke Langkawi pada 21 Mac lalu semasa LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) sedang berlangsung tertera namanya dan juruterbang terbabit (Fournier). Juruterbang itu mempunyai akses masuk ke kediaman wanita itu," katanya.

Abdul Samah berkata, siasatan polis mendapati Aidana merupakan pelajar jurusan diploma pelancongan di tiga buah kolej iaitu Sunway University, Lim Kok Weng Universiti dan Segi College.

"Dia belajar di tiga kolej itu pada tahun 2010 hingga 2014 dan mendapat diploma dari Segi College pada 10 Oktober lalu," katanya.

Berikutan itu, polis mengambil keterangan daripada rakan-rakan wanita itu.

"Wanita itu amat berminat untuk menjadi seorang juruterbang, selain itu, ada saksi yang pernah melihat mereka (Aidana dan Fournier) terbang menaiki helikopter bersama beberapa kali sebelum insiden," katanya yang meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai wanita itu.
Nahas Helikopter: Hasrat Aidana Tak Kesampaian, info, terkini, berita, Aidana Baizieva

Sekiranya identiti mangsa tidak dikenal pasti lagi, polis akan mengambil langkah terakhir iaitu menghubungi ayah Aidana yang berumur 75 tahun di Kyrgyzstan untuk membuat ujian DNA dan mengenal pasti mangsa.

Sementara itu, Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengesahkan identiti penumpang keenam melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.

Katanya, bapa Aidana Baizieva telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan proses untuk membawa beliau ke sini bagi urusan tuntutan mayat sebaik sahaja identiti itu disahkan sebagai anaknya sedang dilakukan.

"Dia tidak percaya bahawa mayat itu adalah milik anaknya," katanya.

Sultanov berkata, Baizieva tidak mendaftar dengan pihak kedutaan, jadi maklumat mengenai dirinya tidak lengkap buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Baizieva telah menamatkan pengajian dari Universiti Segi pada tahun lalu dan bekerja sebagai pengurus restoran di negara ini.

Ketika ditanya sama ada Baizieva adalah sahabat kepada juruterbang helikopter malang itu, beliau berkata pihak kedutaan sedang menyiasat mengapa wanita tersebut turut berada di dalam helikopter tersebut.

Siasatan tragedi nahas helikopter yang mengorbankan enam orang termasuk anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan masuk hari keempat hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lepas, helikopter AS365N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Tiga lagi yang maut dalam kejadian itu adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang.


Sumber : mstar online