Memaparkan catatan dengan label Manila. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manila. Papar semua catatan

"Hentikan Sebar Gambar Saya" - Gobenor Edgardo Tallado

Manila: “Jika saya melakukan kesilapan, itu kerana kelemahan saya sebagai manusia. Semoga anda faham,” kata Gabenor Camarines Norte, Edgardo Tallado semalam.


"Hentikan Sebar Gambar Saya" - Gobenor Edgardo Tallado, info, terkini, berita, manila, skandal gobenor dr filipina

Tallado bercakap demikian di depan kakitangan kerajaan tempatan dan penyokongnya selepas skandal seksnya terdedah, baru-baru ini.

Kata Tallado, dia berharap musuh politiknya berhenti menyebarkan gambar dan video aksi seksnya menerusi Facebook kerana perbuatan itu tidak senonoh.

“Saya mahu memulihkan hubungan dengan keluarga dan isteri sambil meneruskan tugas sebagai gabenor,” katanya.

Skandal pada 22 Oktober lalu membuatkan isteri Tallado, Josefina, muncul di khalayak ramai selepas ‘ghaib’ hampir seminggu.

Kata Josefina, dia bersembunyi selepas mendapat ancaman daripada Tallado yang berang kerana gambar aksi curangnya tersebar di media sosial. Menurut Josefina, Tallado menuduhnya mendalangi penyebaran gambar itu.

Disebabkan terlalu marah, Josefina berkata, Tallado mengeluarkan pistolnya, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah.

Tallado berkata, dia memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit termasuk kekasih gelapnya.

“Hari ini saya di sini berdepan dan bertentang mata dengan anda semua kerana saya yakin saya tidak menyalahgunakan wang rakyat,” katanya.

Artikel Terdahulu : Pemain Cilik dari Sabah, Enel Tan telah Menerima Tawaran dari Wolfsburg

Sumber : kamithemedia.blogspot.com

Penjara Diubahsuai Jadi Vila Mewah Untuk Raja Dadah

Serbuan pasukan komando polis Filipina ke atas penjara terbesar negara itu, Bilibid di bandar raya Muntinlupa dekat sini awal subuh semalam berjaya membongkar kehidupan mewah beberapa raja dadah tempatan yang menjadi banduan di situ.


Penjara Diubahsuai Jadi Vila Mewah Untuk Raja Dadah, info, terkini, berita, sensasi, filipina, Manila

Perkara amat memeranjatkan itu didedahkan Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima sekali gus membuktikan ramai pegawai penjara bersubahat menerima rasuah daripada tahanan terbabit yang menjalani hukuman di penjara berkeluasan 550 hektar itu.

Antara ditemui dalam serbuan mengejut itu ialah beberapa bilik kurungan yang langsung diubah suai menjadi seperti vila lengkap dengan 20 pendingin udara, lampu strob dan bola cermin ala disko, bar, jakuzi, anak-anak patung seks serta dadah jenis metamfetamin.


Penjara Diubahsuai Jadi Vila Mewah Untuk Raja Dadah, info, terkini, berita, sensasi, filipina, Manila

“Mereka sepatutnya hidup terkurung seksa dalam bilik tetapi apa yang berlaku, banduan mewah ini menjadi raja pula,” kata de Lima kepada pemberita dan mengesahkan polis juga menjumpai wang tunai 1.4 juta peso (RM110,000) dalam operasi serbuan itu.

Turut ditemui ialah sebuah pentas konsert mini lengkap televisyen skrin rata, satu set dram, gitar dan keyboard serta sebuah peti besi rahsia yang mengandungi beberapa utas jam tangan mahal jenama Rolex dan Patek Philippe selain banyak dompet Louis Vuitton.


Penjara Diubahsuai Jadi Vila Mewah Untuk Raja Dadah, info, terkini, berita, sensasi, filipina, Manila

Polis turut menjumpai beberapa bilik mandi dengan dinding dilindungi jubin marmar, pancuran mandi air panas dan sebuah tab mandi dilengkapi televisyen skrin rata manakala sebuah lagi bilik rahsia menyimpan sejumlah jenama minuman keras harga mahal.

Penjara Bilibid yang dibuka sejak 1940 sepatutnya menempatkan 8,900 banduan tetapi rekod menunjukkan ia kini dihuni 23,000 tahanan dengan beberapa vila mewah dibina untuk pesalah raja dadah, ketua samseng dan banduan berprofil tinggi. – Agensi