Pelakon yang juga juara Fear Factor Selebriti Malaysia, Hairul Azreen memberitahu bahawa dia dengan keluarganya akan mengadakan pertemuan dengan keluarga Hanis Zalikha untuk berbincang hal yang selanjutnya tentang perkahwinan mereka.
Hairul Azreen berkata demikian selepas ditanya apakah langkah yang seterusnya yang bakal diambilnya sebaik saja dia membuat lamaran secara live di atas pentas terhadap Hanis Zalikha pada konsert final Gegar Vaganza.
"Langkah yang seterusnya adalah berjumpa semula dengan keluarga Hanis untuk berbincang selanjutnya tentang soal tarikh dan perkahwinan kami.
"Kalau boleh saya mahu cepat-cepat kahwin. Kalau boleh, hari ini juga saya mahu kahwin (kata Hairul dengan nada bergurau). Tapi, sudah tentu ianya mustahil. Banyak benda yang harus dilakukan jika mahu membina masjid.
"Apapun, saya memang serius mahu mengahwini Hanis kerana dia sangat memahami saya dan dia banyak membantu serta mengajar saya pelbagai perkara termasuk hal yang berkaitan dengan bisnes serta imej diri saya. Saya sangat senang dengan dia," kata Hairul Azreen kepada Portal Murai.
Artikel Terdahulu : Troll Paling Kelakar Yana Samsuddin Buat Amran Fans

Sumber : murai.com.my