Memaparkan catatan dengan label Lelaki Pilihan Pelakon Zara Zya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lelaki Pilihan Pelakon Zara Zya. Papar semua catatan

Lelaki Pilihan Pelakon Zara Zya

Drama Love You Mr. Arrogant benar-benar melonjakkan nama pelakon berusia 29 tahun, Zara Zya  setelah mengabdikan diri hampir sedekad di persada seni lakon tempatan.

Lelaki Pilihan Pelakon Zara Zya, info, terkini, hiburan, sensasi, hiburan, gossip, Zara Zya,

Tuahnya dilihat menjadi-jadi selepas membintangi siri yang disiarkan di sebuah televisyen swasta berkenaan. Tawaran demi tawaran diterimanya memandangkan gaya lakonan bersahaja yang dipersembahkan.

Terbaharu, drama Zahira di sisi aktor kacak kelahiran Singapura, Adi Putra mula menjadi perhatian peminat drama Melayu tanah air. Kelibatnya menerusi siri itu dikatakan mampu membuatkan ibu-ibu berangan memiliki menantu sepertinya.

Mengulas gandingan hebatnya bersama aktor tersebut yang membawakan watak bernama Syed Iqbal, seorang lelaki yang mempunyai karakter garang dan serius, Hits guna kesempatan tersebut bertanyakan mengenai jejaka idaman hatinya.

Menurut Zara, lelaki berperwatakan begitu menarik perhatiannya walaupun memiliki raut muka yang tidak mesra. Katanya, kebanyakan lelaki yang dikenalinya yang mempunyai karakter sama, hatinya lembut dan penyayang.

Lelaki Pilihan Pelakon Zara Zya, info, terkini, hiburan, sensasi, hiburan, gossip, Zara Zya,

Hakikatnya, terbit rasa ketakutan apabila berjumpa dengan lelaki yang garang dan berwajah bengis. Tetapi setelah mendekati dan mengenali dengan agak lama, sebenarnya mereka memiliki sifat kasih yang tinggi.

“Hati lelaki seperti itu sebenarnya baik. Garang dan serius itu hanya luaran sahaja tetapi dalamannya adalah di sebaliknya. Bak pepatah, usah menilai buku daripada kulitnya.

“Ada beberapa lelaki yang saya kenali mempunyai perangai serupa. Sukar didekati, namun apabila sudah rapat, barulah kita tahu sifat hakikinya yang lembut hati. Lelaki garang berbeza dengan yang baran. Mereka ada sebab relevan untuk berlaku tegas terutama apabila ia melibatkan kerja. Bukan semberono.

“Cabaran untuk menangani lelaki seperti itu membuatkan saya teruja mendekati mereka. Proses mengenali insan sedemikian menjadikan sesuatu hubungan yang bakal terjalin lebih kukuh. Sebab itu saya suka orang macam ini,” katanya.

Tambahnya lagi, ada sesetengah lelaki garang apabila serius bercinta, tanpa diduga ia akan bertukar kepada satu karakter yang sangat romantik.



Artikel Terdahulu : Pisau Tembus Kepala Pemandu Teksi

Sumber : kamithemedia.blogspot.com