Memaparkan catatan dengan label Kieran Panggil Pendengar ‘Sakai’. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kieran Panggil Pendengar ‘Sakai’. Papar semua catatan

Kieran Panggil Pendengar ‘Sakai’, Sinar FM Minta Maaf

Adat menjadi selebriti, segala tingkah laku yang tak kena akan dijadikan bahan bicara jadi harus pandai mengawal diri.

Apatah lagi, jika kerjaya seperti deejay radio yang bersiaran langsung dan membabitkan orang awam selaku pendengar.


Kieran Panggil Pendengar ‘Sakai’, Sinar FM Minta Maaf, info, terkini, hiburan, sensasi, penyampai radio,

Jika tidak, jadilah seperti kes melibatkan radio Sinar FM baru-baru ini.

Gara-gara salah seorang deejay terlanjur membahasakan pendengar sebagai ‘sakai’ maka stesen tersebut terpaksa membuat permohonan maaf.

Kieran Panggil Pendengar ‘Sakai’, Sinar FM Minta Maaf, info, terkini, hiburan, sensasi, penyampai radio,

Dalam permohonan maaf yang dimuatnaik di Facebook 14 Mac lalu, Sinar FM memohon maaf dan meluahkan kesal mereka atas sikap deejay terbabit dan memberi jaminan, stesen itu tidak bertolak ansur dalam perkara melibatkan perlanggaran kod tatalaku dan tindakan telah pun diambil.


Kieran Panggil Pendengar ‘Sakai’, Sinar FM Minta Maaf, info, terkini, hiburan, sensasi, penyampai radio,

Difahamkan, deejay terbabit adalah Kieran yang sebelum ini pernah bertugas di radio Hot dan Era FM.

Apa pun, kejadian sudah pun berlaku dan diharapkan Kieran serta lain-lain deejay mengambil iktibar daripada kejadian ini.

Kami percaya Kieran yang boleh dikatakan deejay senior tidak bermaksud kurang baik dan hanya ingin bergurau kerana ‘bahasa’ demikian mungkin sudah terbiasa dituturkannya dalam perbualan harian.

Namun selepas ini, hati-hatilah dalam tutur kata tidak kira sama ada ketika bekerja mahupun dalam kehidupan realiti kerana menggelar orang lain dengan panggilan kurang enak adalah perbuatan yang tidak manis dan boleh menyakitkan hati.

Sumber : mynewshub