Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah bercadang untuk mewujudkan sebuah akademi untuk melatih beruk memetik buah kelapa di negeri tersebut pada tahun hadapan.
Cadangan ini dalah kerana untuk memperbanyakkan beruk terlatih untuk memetik kelapa kerana ia akan menarik minat pelancong untuk datang ke negeri Kelantan.
Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Azri Adzhar, Jajahan Bachok merupakan kawasan yang mrmpunyai banyak pokok kelapa. Untuk tujuan ini jurulatih berpengalaman akan menyertai program ini bagi menjayakan rancangan tersebut.
"Penubuhan akademi ini akan mendapat kerjasama dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan jabatan kerajaan berkaitan" katanya.
Sumber : Siakapkeli.com.my