Memaparkan catatan dengan label Jojie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jojie. Papar semua catatan

Jojie Bakal Nikah Sebelum Ramadan

Kakak Ratu Rock Negara, Jojie Aminuddin bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama bakal suaminya, yang berbeza umur 14 tahun dengannya, Syahrizal Ismail yang juga merupakan seorang pengurus acara dan juga usahawan setelah setahun berkenalan.


Jojie Bakal Nikah Sebelum Ramadan, info, terkini, hiburan, sensasi, Jojie

“Faktor usia bagi saya bukanlah masalah untuk kami meneruskan niat murni ini. Walaupun jarak usia yang berbeza, Syah seorang yang matang dan tidak kebudak-budakkan. Kami berkenalan kira-kira setahun yang lalu apabila kami terbabit dalam sebuah acara membabitkan Ella dan saya pula perlu berurusan dengannya”


Jojie Bakal Nikah Sebelum Ramadan, info, terkini, hiburan, sensasi, Jojie

“Selain itu apa yang membuatkan saya terpikat padanya kerana beliau seorang yang sangat menjaga solat. Dia sering mengingatkan saya mengenai solat, terutama sekali solat subuh. Saya memang mencari seorang yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan dan Alhamdulilah impian itu dimakbulkan,” katanya kepada Berita Harian Online.

Selain itu, menurut Jojie, sebenarnya pihak lelaki sudah pun merisik baru-baru ini, bagaimanapun tarikh pernikahan masih belum ditetapkan lagi dan mereka memilih untuk mengadakan majlis pernikahan sebelum bulan Ramadan dan resepsi selepas Aidilfitri.

Sumber : rotikaya