Memaparkan catatan dengan label Johan raja lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johan raja lawak. Papar semua catatan

Ozlynn Nafi Kongkong Johan Raja Lawak

Beberapa pihak mengatakan bahawa Johan Raja Lawak dikongkong isterinya  dan segala tindak-tanduk ataupun keputusan yang hendak dibuat oleh Johan harus disaring oleh Ozlynn terlebih dahulu.


Ozlynn Nafi Kongkong Johan Raja Lawak, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Johan Raja lawak, ozlyn

Namun, jelas Ozlynn beliau tidak pernah berniat untuk berbuat begitu dan hanya ingin membantu hala tuju kerjaya seni suaminya kerana beliau sudah terbabit dalam industri hiburan sejak 20 tahun yang lalu.

    Bagi saya, tidak timbul soal saya mengongkong Johan kerana apa yang saya buat adalah untuk kebaikan Johan juga. Sudah 20 tahun saya dalam bidang ini. Sejak dari zaman saya sekolah lagi. Dah macam-macam yang saya ceburi bermula dengan bidang pengiklanan sehingga ke lakonan.

    Sepanjang tempoh itu juga, dah banyak pengalaman yang saya lalui dan apa yang saya lalui dulu itulah yang saya jadikan panduan untuk membantu kerjaya seni Johan pula.

Ozlynn juga memberitahu beliau banyak membantu dan menasihati Johan dalam menerima tawaran kerja dan harus mengaturkan jadual dengan tepat supaya segala pekerjaan berjalan dengan lancar.


Ozlynn Nafi Kongkong Johan Raja Lawak, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Johan Raja lawak, ozlyn

Seorang isteri tentu lebih tahu sikap suaminya lebih daripada orang lain, tidak salah untuk Ozlynn membantu Johan dalam kerjayanya. Mungkin dengan cara ini juga hubungan mereka akan lebih erat.

Sumber Berita: Mangga Online

Kisah Dermawan Johan & Keluarga

Populariti Johan sebagai salah seorang pelawak terkemuka tanah air memang tak dapat disangkal lagi. Malah sekitar Februari lalu Johan sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan merangkul 3 anugerah di Anugerah MeleTOP Era 2015.


Kisah Dermawan Johan & Keluarga, info, terkini, hiburan, sensasi, Johan dan keluarga, Johan raja lawak

Namun disebalik kejayaann tersebut, rupanya Johan dan keluarga mempunyai satu sifat yang sungguh baik hati iaitu sering mengedarkan makanan secara percuma kepada jemaah masjid. Murah rezeki Johan ye.






Kami perasan sejak kebelakangan ini isteri Johan iaitu Ozyln akan memuatnaik foto makanan yang telah siap dibungkus pada setiap hari Jumaat.

Melalui kapsyen foto-foto tersebut, kesemua makanan akan diagihkan secara percuma kepada jemaah masjid yang hadir mengerjakan solat jumaat. Kira lepas solat, dapat makanan free yang disediakan.






Bertuah betul siapa yang solat di masjid tersebut kan, mana tidaknya ada nasi Arab, nasi lemak, nasi ambeng, nasi tomato dan bihun goreng.

Sejujurnya kami kagum dengan sifat pemurah yang ditunjukkan oleh Johan sekeluarga. Walaupun ada segelintir ‘mulut busuk’ yang mempertikai sedekah yang dilakukan oleh mereka tapi niat murni ini tetap diteruskan.

Apa-apa pun moga Johan terus dimurahkan rezeki dan sukses dalam bidang seni yang diceburinya, amin.





Sumber : ohbulan