Memaparkan catatan dengan label Izara Aishah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Izara Aishah. Papar semua catatan

Izara Aishah Letak Syarat Enggan Seksi Berlakon Filem

Aktres Izara Aishah menyatakan pendirian tegasnya iaitu enggan berimej seksi untuk melakonkan pelbagai watak di filem mahupun drama.


Izara Aishah Letak Syarat Enggan Seksi Berlakon Filem, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Keputusannya itu rata-rata disenangi oleh semua produksi dan sentiasa memberi kerjasama yang terbaik ketika berada di set penggambaran.

"Saya memang segan kalau berpakaian seksi untuk membawa watak lakonan, kalau terpaksa jua saya pastikan baju tersebut tidak terlalu menjolok mata dan masih lagi sopan," katanya kepada portal Murai.com.my di majlis tayangan media filem terbaru Pilot Cafe di ibu negara.

Ketika ditanya adakah keputusan tersebut dipengaruhi oleh teman lelakinya Adib Khalid dengan tersenyum Izara menjawab ia tidak melibatkan kekasihnya itu.

Malah Adib memahami kerjayanya sebagai pelakon dan sentiasa memberi sokongan terhadap kariernya yang penuh dengan pancaroba.

"Mengenai keputusan saya itu, hanya melibatkan saya seorang sahaja tidak ada pengaruh mana-mana pihak, apa yang saya harapkan keinginan saya itu dihormati oleh semua pihak," katanya.

Dalam pada itu, Izara juga menangkis dakwaan yang kononnya sikapnya semakin sombong kerana berteman rapat dengan Adib sehingga mengubah personalitinya daripada seorang gadis peramah kepada yang sebaliknya.

"Mana ada, saya sama seperti dahulu kadang-kadang saya yang memanggil peminat untuk bergambar dengan saya disebabkan mereka malu untuk bertanya, jadi isu ini saya rasa tidak wajar diperbesarkan dan apa yang penting saya kenal diri saya yang sebenar," ujar Izara menamatkan perbualan.

Sumber : murai

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih

Tahun 2015 merupakan tahun yang paling meriah dengan majlis pertunangan dan juga perkahwinan barisan selebriti di Malaysia. Malah Izara Aisyah juga tidak terlepas daripada soalan mengenai masa depannya bersama Adib Khalid, yang juga anak lelaki Datuk K, suami kepada Dato’ Siti Nurhaliza ini.



Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah


Baru-baru ini, melalui kenyataan di dalam sebuah majalah, Izara mengakui dia kini mahu mencapai kejayaan di dalam kerjayanya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri.

“Walaupun hampir satu tahun mengenali dia, tapi sehingga kini saya belum mahu berfikir mengenai berumah tangga. Banyak yang saya belum capai dalam kerjaya. Sebelum nak jadi isteri, saya nak berjaya dulu dalam bidang yang saya ceburi”

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

“Alhamdulillah, hubungan kami baik. Saya masih lagi berkawan dengannya dan bolehlah saya katakan, dialah teman lelaki paling rapat dalam hidup. Insya-Allah, dah sampai masanya nanti, saya akan berkongsi dengan semua tentang masa depan kami,” kata Izara.

Khabarnya juga, Izara Aishah yang pandai memasak membuatkan keluarga Adib sangat menyenangi pelakon ini. Jika sudah jodoh, pasti tidak ke mana juga, bukan? Apa-apa pun semoga Izara berjaya mencapai apa yang diimpikannya.


Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Izara Aishah Belum Bersedia Dilamar Kekasih, info, terkini, hiburan, sensasi, Izara Aishah

Sumber : rotikaya

Siti Nurhaliza Dedah Sikap Sebenar Izara Aishah

Penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza telah mengakui dirinya kini senang dengan hubungan yang terjalin antara anak suaminya iaitu Adib bersama aktres jelita, Izara Aishah.


Siti Nurhaliza Dedah Sikap Sebenar Izara Aishah, info, terkini, sensasi, hiburan, Siti Nurhaliza, Izara Aishah

“Sebelum ini saya mengenalinya sebagai selebriti. Apabila dia mula berkawan dengan anak suami dan sering berjumpa, saya melihat dia seorang yang menyenangkan. Tambahan pula dia berasal dari Pulau Pinang, jadi boleh ngam dengan sebelah suami yang berasak dari Kedah.

“Kata orang, keserasian itu ada. Lagi satu, dia sangat ‘friendly’. Jadi saya harap dia boleh bimbing Adib untuk jadi insan berjaya. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Artikel Terdahulu : Lelaki Pilihan Pelakon Zara Zya

Sumber : katakcomel.my