Memaparkan catatan dengan label Gempa Nepal: Angka Korban Meningkat Lebih 3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gempa Nepal: Angka Korban Meningkat Lebih 3. Papar semua catatan

Gempa Nepal: Angka Korban Meningkat Lebih 3,200

Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter yang melanda Nepal pada Sabtu meningkat kepada 3,218 orang, manakala 6,538 lagi mengalami pelbagai kecederaan.


Gempa Nepal: Angka Korban Meningkat Lebih 3,200, info, terkini, berita gempa di nepal, nahas gempa nepal

Perkembangan terkini itu disampaikan ketua pasukan pengurusan bencana di kementerian dalam negeri Nepal, Rameshwor Dangal.

"Angka kematian meningkat kepada 3,218 dan lebih 6,500 cedera," katanya.

Sebelum ini, dilaporkan jumlah korban seramai 2,430, selain itu ratusan lain dipercayai terbunuh di beberapa negara jiran termasuk India dan China.

Pasukan penyelamat di Nepal masih meneruskan usaha mencari mangsa terselamat dalam kejadian dengan menggali sisa runtuhan di ibu kota Kathmandu.

Rata-rata penduduk masih terkejut dan ketakutan akibat bencana yang melanda negara Himalaya itu sejak gempa bumi terkuat melanda Nepal pada 1934.

Tragedi itu juga menyebabkan mereka yang terselamat terpaksa bermalam di jalanan dan membuat khemah di kawasan terbuka.

Situasi di hospital menjadi sesak sehingga pasukan perubatan terpaksa membina khemah di luar bangunan bagi merawat pesakit.

Menara Dharahara setinggi lapan tingkat yang menjadi tarikan utama pelancong dan dibina pada 1832 turut musnah dengan sekurang-kurangnya 12 mayat berjaya dibawa keluar daripada runtuhan bangunan bersejarah tersebut.
 

Gempa Nepal: Angka Korban Meningkat Lebih 3,200, info, terkini, berita gempa di nepal, nahas gempa nepal


Kerajaan dari seluruh dunia turut menawarkan bantuan dengan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mengumumkan akan menghantar pasukan respons bencana, manakala India akan membawa keluar rakyatnya yang terkandas menggunakan pesawat tentera.

Khidmat helikopter telah dihantar ke kawasan pedalaman dan pasukan keselamatan masih mencari mangsa yang mungkin terselamat di sebalik runtuhan bangunan.

Seorang pegawai berkata, seramai 18 mangsa disahkan terbunuh di Gunung Everest kerana berlakunya runtuhan salji akibat gempa tersebut dan menimbus sebahagian kem induk.


Gempa Nepal: Angka Korban Meningkat Lebih 3,200, info, terkini, berita gempa di nepal, nahas gempa nepal

Ketua biro agensi berita AFP di Nepal, Ammu Kannampilly yang terperangkap di kem induk kerana satu tugasan melaporkan, enam buah helikopter telah berjaya sampai di kawasan itu pagi semalam selepas cuaca kembali cerah.

“Enam mangsa yang cedera diusung keluar apabila helikopter mendarat pagi ini (semalam). Cuaca kembali cerah dan bersalji,” kata Kannampilly melalui mesej teks.

Nepal dan kawasan di Himalaya sa­ngat terdedah kepada gempa bumi ke­rana perlanggaran plat India dan Eurasia. Pada 1934 gempa bumi di Nepal membunuh lebih 10,700 orang. – AFP