Memaparkan catatan dengan label GST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GST. Papar semua catatan

Syarikat Telekomunikasi Akan Beri Rebat Kepada Pelanggan Prabayar Tahun Depan

Syarikat telekomunikasi akan memberi rebat kepada pelanggan prabayar Malaysia mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2016.


Syarikat Telekomunikasi Akan Beri Rebat Kepada Pelanggan Prabayar Tahun Depan

Forum Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata rebat berkenaan, bersamaan dengan jumlah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), akan dikredit secara terus kepada akaun pelanggan prabayar seiring dengan pengumuman kerajaan semasa Bajet 2016 pada Oktober.

"Ini bermakna pelanggan yang menambah nilai RM10 akan pada mulanya mendapat masa bual RM9.43 kerana enam peratus GST akan ditolak daripada tambah nilai itu.

"Pelanggan terlibat akan menerima rebat RM0.57 dalam tempoh 24 jam. GST yang dibayar pelangggan akan dikumpul dan dibayar kepada Jabatan Katam Diraja Malaysia, selaras dengan Undang-Undang GST dan garis panduan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang diguna," tambahnya.



CFM berkata, syarikat telekomunikasi telah bekerja keras untuk memastikan transisi lancar agar pengguna mempunyai pengalaman baik apabila menambah nilai.

Syarikat terbabit juga telah melabur secara berterusan bagi memodenkan rangkaian di negara ini agar pengguna mendapat perkhidmatan berkualiti.

CFM ditubuhkan pada Februari 2001 sebagai persatuan yang mewakili pelbagai pihak berkaitan, termasuk pihak 'penawaran dan permintaan' industri komunikasi dan multimedia Malaysia.

Ia ditetapkan oleh Malaysia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada 2002 untuk melindungi hak-hak pengguna di sektor berkenaan. - Bernama

SPR Akan Siasat Kewujudan Poster ‘Melayu Bayar Lebih GST’

Kewujudan poster yang memaparkan tulisan ‘Melayu bayar lebih GST, GST manfaat kita (orang Cina)‘ akan disiasat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


SPR Akan Siasat Kewujudan Poster ‘Melayu Bayar Lebih GST’, info, terkini, sensasi, berita, GST

Poster yang turut memaparkan wajah Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie itu menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat Melayu kerana ia berbaur perkauman.

Memetik kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dari portal Malaysiakini, “Pegawai kempen di Permatang Pauh akan menyiasat hal ini.”

Ujarnya lagi, tindakan susulan bakal dibuat selepas pasukannya berjaya menyelesaikan kes iu.

Sebelum ini, satu dakwaan timbul apabila pihak pembangkang menuduh Seai Kie mengeluarkan kenyataan tersebut dalam salah satu ceramahnya di sana.

Namun, dia kemudiannya menafikan sambil menambah pihak pembangkang sengaja memutar belitkan kenyataannya atas isu GST.

Sumber : mynewshub

Beg Tangan Paling Mahal Diisytihar di Kaunter Pembayaran Balik GST

Beg tangan jenama Channel berharga RM16,000  merupakan barang paling mahal diisytihar di Kaunter Verifikasi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak ia mula beroperasi semalam.


Beg Tangan Paling Mahal Diisytihar di Kaunter Pembayaran Balik GST, info, terkini, berita, GST

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim  berkata beg tangan itu diisytihar semalam iaitu pada hari pertama pengenalan Skim Pembayaran Balik Pelancongan (TRS) yang diperkenal bersempena pelaksanaan GST.

Katanya setakat ini sebanyak 13 transaksi direkodkan di kaunter verifikasi di bawah TRS.

"Kebanyakan barang yang diisytihar adalah pakaian, jam tangan serta pewter dan berdasarkan resit kebanyakan barang dibeli di Suria KLCC, Pavilion dan Bukit Bintang," katanya kepada Bernama selepas meninjau Kaunter Verifikasi Pembayaran Balik GST di KLIA pada Khamis.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah KDRM Datuk Abdul Rahman Othman.

TRS diperkenal bertujuan memudahkan pelancong asing menuntut kembali jumlah GST yang dibelanjakan ke atas barangan yang dibeli daripada 800 peruncit yang berdaftar di bawah skim itu.

Untuk membolehkan pelancong menuntut semula GST, mereka perlu datang ke kaunter verifikasi lengkap dengan barangan yang perlu diisytihar; resitpembelian; pasport; pas pelepasan dan borang tuntutan GST yang diperoleh daripada premis (tempat membeli barang) selepas membuat bayaran.

Menjelaskan mengenai prosedur itu, Chik Omar berkata setelah selesai semua urusan di kuanter verifikasi tersebut, pelancong kemudian perlu ke kauntertuntutan bayaran bersama borang tuntutan GST yang telah disahkan oleh Kastam.

"Kaunter tuntutan bayaran terletak di dalam balai pelepasan kerana kami (Kastam) mahu memastikan pelancong tersebut benar-benar berlepas ke luarnegara," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata untuk memastikan tidak berlaku unsur penipuan tuntutan semula GST bagi barang kemas, pihak Kastam turut melakukanujian ketulenan barang tersebut menggunakan mesin khas dikenali sebagai "Spectometer".
Katanya mesin yang ditempatkan di kaunter tuntutan bayaran GST di balai pelepasan itu akan menguji jenis emas dan tahap ketumpatan logam berkenaan yangdibeli di negara ini.

"Pegawai Kastam akan terlebih dahulu menimbang barang (kemas) yang diserahkan oleh pelancong, kemudian barang itu akan diletak di dalam Spectometeruntuk diuji yang mengambil masa kira-kira lima minit.

"Ujian ini (barang kemas) selalunya dibuat tiga kali.  Misalnya gelang, mula-mula kami akan uji badan gelang itu dahulu, kemudian cangkuk dan aksesori lain (jika ada seperti loceng) untuk pastikan semua ini adalah daripada jenis emas yang sama," jelas Abdul Rahman.



Sumber : mstar online

Video Promosi GST Kastam Teruk Dikritik Netizen

Sebuah video yang diterbitkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai pelaksanaan GST tersebar di media sosial dan mendapat kritikan teruk dari netizen.


Video Promosi GST Kastam Teruk Dikritik Netizen, info, terkini, sensasi, GST, Viral, Kastam

Mana tidaknya, dalam video berdurasi 3 minit yang tersebar itu jelas menunjukkan wajah beberapa pegawai Kastam yang menyanyi bersama-sama tidak begitu ceria, seolah-olah terpaksa berbuat demikian dan seperti ada sesuatu yang tersirat.

Video itu diterbitkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mempromosikan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa Rabu depan.

video

Pegawai lelaki itu, yang berdiri dalam barisan paling belakang, bagaimanapun dilihat berjaya mengekalkan kedudukan dan mengikut rentak tarian.

Netizen juga mempersoalkan jumlah dana yang digunakan untuk penerbitan video berkenaan yang dilihat berkualiti rendah seperti iklan Cap Ayam.

Ekoran dari penyebaran video tersebut, ada segelintir netizen menyarankan jabatan berkenaan mengupah seorang pereka tari bagi memperkemaskan persembahan itu.

"Mereka perlukan seorang pereka tari denga lenggok tarian lebih baik. RTM sangat," kata Fazi Ghazali.

"Hancur lagu dan video GST Kastam ini. Lagu dan video pun tidak boleh urus dengan baik macam mana hendak urus cukai?," kata penulis muda terkenal, Pipiyapong di Twitter.

Sumber : thehypemedia

1 April Ini Rokok Naik Harga Lagi

Dalam banyak-banyak barang, apa barang yang orang takkan (berani) bising walau baru je naik harga?

Pandai… jawapannya rokok!

Sejak semalam, sekeping kertas memaparkan harga baru rokok yang didakwa berkuatkuasa 1 April ini, mulai tersebar.

1 April Ini Rokok Naik Harga Lagi, info, terkini, berita, sensasi, GST, harga barang naik

Buat masa ini belum ada pengesahan daripada pihak berkaitan tentang harga baru rokok ini tapi boleh tahan jugak kenaikannya.


1 April Ini Rokok Naik Harga Lagi, info, terkini, berita, sensasi, GST, harga barang naik

Antaranya kesemua jenis Dunhill, Benson & Hedges dan Kent bakal berharga RM16 manakala Pallmall RM14.

Kiranya sesiapa yang jenis hisap rokok tahap ‘no mercy’ selama ini, ada kemungkinan akan mencongak sama ada mahu kenyang makan nasik atau sedut asap terutama menjelang hujung bulan.

Bangsa yang kena hisap rokok lepas makan tu pulak, akan bawa rokok ngam-ngam sebatang je dalam kotak untuk mengelak daripada dipau kawan-kawan.

Kali terakhir harga rokok dinaikkan adalah pada November tahun lalu.


1 April Ini Rokok Naik Harga Lagi, info, terkini, berita, sensasi, GST, harga barang naik

Tahniah kepada yang berazam mahu berhenti merokok selepas ini dan berjaya melaksanakannya manakala buat mereka yang berkeras mahu meneruskan tabiat itu selamat membakar duit diucapkan.


Sumber : mynewshub

Penyerahan memorandum bantah GST di Ibu Pejabat Kastam kecoh

Penyerahan Memorandum kepada Kastam oleh Gabungan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Ibu Pajabat Kastam di Kelana Jaya menjadi kecoh selepas pertengkaran berlaku di antara polis dan sekretariat Bantah GST.


Penyerahan memorandum bantah GST di Ibu Pejabat Kastam kecoh, info, terkini, sensasi, berita, GST

Menurut sumber, keadaan pada tengahari Isnin masih tegang dengan rundingan masih diteruskan oleh kedua pihak.

"Hanya segelintir yang berada di dalam sementara yang lain berada di luar bangunan dan berteriak untuk masuk.

"Mereka mula berkumpul seawal 11 pagi dan lebih 100 anggota keselamatan sudah mula berkawal sejak pagi," kata sumber itu.

Memorandum itu sebelum ini difahamkan akan dihantar bersama beberapa soalan mengenai GST kepada pegawai Kastam.

Sebelum ini anggota gabungan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, memorandum itu merupakan usaha terakhir kerana bantahan rakyat untuk GST telah diabaikan oleh Putrajaya.

Sebuah portal melaporkan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan berkata, sejarah akan menjadi lebih buruk seandainya rakyat gagal untuk menentang GST daripada dilaksaksanakan.

"Ini usaha terakhir kami untuk memberi signal rakyat masih belum bersedia untuk GST, kerajaan juga sebenarnya belum bersedia untuk pelaksanaannya," ujarnya.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kerajaan tidak akan menangguhkan GST yang akan berkuatkuasa mulai 1 April depan seperti yang telah diluluskan di Parlimen.

Kata kenyataan itu, GST dilihat sebagai satu langkah konsolidasi fiskal yang amat penting untuk memastikan kemapanan ekonomi negara dan sebarang penangguhan pelaksanaan GST akan memberi impak negatif ke atas penarafan kredit Malaysia.


Sumber : astroawani

Tambang Teksi, Bas Ekspres Naik Bermula 1 April

Tambang bas ekspres dan teksi akan dinaikkan bermula 1 April dengan teksi bajet di Lembah Klang akan mengenakan caj 25 sen untuk setiap 200 meter.


Tambang Teksi, Bas Ekspres Naik Bermula 1 April, info, terkini, berita, GST, kesan GST

Menurut helaian fakta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  pada Khamis, kadar untuk teksi bajet di seluruh negara tetap sama iaitu pada kadar RM3, tetapi kadar jarak dan masanya akan disemak semula.

Bagi Teks1m, yang mana Proton Exora warna coklat digunakan, akan menyaksikan kadar baharu yang dinaikkan kepada RM4, dengan caj 30 sen akan dikenakan bagi setiap 200 meter.

Bas ekspres akan memperlihatkan kenaikan tambang semasa daripada 9.3 sen setiap km kepada 11.4 sen per km.

Tambang Teksi, Bas Ekspres Naik Bermula 1 April, info, terkini, berita, GST, kesan GST

Menurut kertas fakta, ini bermakna satu tiket ke Ipoh dari KL akan berharga RM25.30 berbanding RM20.60 pada sebelumnya.

Struktur tambang baharu dijangka bertepatan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Sumber : mstar online

Tuala Wanita Kena GST Cuit Hati Sidang Dewan Rakyat

Perbahasan seorang anggota Parlimen yang menyuarakan luahan hati kaum wanita di kawasan beliau yang risau terpaksa membayar harga lebih tinggi bagi tuala wanita apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan kelak, mencuit hati anggota Dewan Rakyat.


Tuala Wanita Kena GST Cuit Hati Sidang Dewan Rakyat, info, terkini, berita, sensasi, GST

Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mendakwa ramai wanita di kawasan Parlimen beliau keliru dan tertanya-tanya mengenai senarai barangan yang akan dikenakan CBP, apabila dikuatkuasakan pada 1 April nanti.

“Kotex (tuala wanita) pun mau kena caj CBP. Wanita kata kepada saya kami tiap-tiap bulan kena caj. Banyak lagi barang kena caj seperti sos tomato, sos cili, sharpener, pensil dan bahan cuci tandas pun kena caj,” katanya yang mengundang ketawa anggota Parlimen yang berada di dalam dewan.

Tiong yang membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, mendakwa kini semakin banyak barang keperluan rakyat telah disenaraikan sebagai barangan yang akan dikenakan CBT.

“Sebelum ini saya menghadiri penerangan (mengenai CBP) hanya barang tertentu dikenakan CBP, namun kini semakin banyak barangan keperluan rakyat biasa turut dikenakan cukai dan ini membebankan kewangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana,” hujah beliau.

Beliau turut mempersoalkan mengapa agensi penguatkuasa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang mempromosikan jualan produk melalui iklan dengan menimbulkan rasa takut terhadap CBP seperti ‘Best Sales Before GST’ dan ‘Premium Sales Pre-GST’.

Susulan ucapannya itu, Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) bangkit mencelah dengan meminta Tiong menyokong usul penangguhan pelaksanaan CPB, manakala Chua Tian Chang (PKR-Batu) meminta pengesahan terhadap pelaksanaan cukai itu menjejaskan kemasukan pelabur dari luar.

Tiong bagaimanapun menegaskan beliau bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu kerana ia dilaksanakan oleh 160 negara lain dan menolak cadangan pembangkang dengan menyifatkan mereka sebagai ‘banyak kung kali kung’ (putar-belit) kerana mempunyai agenda tersendiri.

Justeru beliau mengusulkan kerajaan agar pelaksanaan CBP tidak dibuat secara berperingkat dengan didahuli dengan barangan mewah untuk mengelakkan kemarahan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.– BERNAMA

Gambar Troll Duit RM100 Selepas GST Dilaksanakan

Sungguh kreatif rakyat Malaysia ni dalam isu troll apabila terbaru mereka telah mengedit gambar sekeping duit RM100 telah menjadi RM94 setelah ditolak GST.


Gambar Troll Duit RM100 Selepas GST Dilaksanakan, info, terkini, sensasi, lawak, lucuk, GST

Gambar tersebut telah tersebar luas dilaman sosial dan digunakan sebagai gambar komen terutama pos-pos berkaitan GST yang akan dilaksanakan bermula 1 April ini.

Gambar wang berkenaan membawa maksud duit kertas RM100 itu telah ditolak RM6 kerana dikenakan cukai 6 peratus GST.

Sebelum iini terdapat juga penyebaran duit seperti ini dimana sekeping gambar duit RM100 yang memaparkan wajah Agong menutupi muka kerana malu dengan kejatuhan nilai ringgit.


Sumber : siakapkeli

CIMB Kenakan GST Setiap Kali Keluarkan Duit Di ATM?

Menjelang pelaksanaannya bermula 1 April depan, masih ramai masyarakat Malaysia yang kabur tentang apa sebenarnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


CIMB Kenakan GST Setiap Kali Keluarkan Duit Di ATM?, info, terkini, berita, GST, CIMB, spekulasi

Lantas, ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dengan memomokkan keburukan cukai GST sekaligus membuat ia dipandang negatif oleh golongan yang tidak memahaminya.

Terbaharu ada pihak menyebarkan resit bank CIMB yang tercatat nota tentang GST sambil mendakwa, ia bermakna bermula bulan hadapan setiap transaksi pengeluaran wang melalui mesin ATM akan dikenakan caj sebanyak 6 peratus.


CIMB Kenakan GST Setiap Kali Keluarkan Duit Di ATM?, info, terkini, berita, GST, CIMB, spekulasi

Individu ini juga telah ‘siap-siap’ kirakan sekali contoh di mana jika kita keluarkan wang sebanyak RM1,000 dari akaun maka cukai GST yang perlu dibayar adalah RM60! Amboi banyaknya…

Jika difikirkan secara logik pun hal ini memang tidak masuk akal namun masih ada segelintir pengguna yang percaya bulat-bulat dan berkongsikan berita tak benar ini, sekaligus mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat yang tak faham GST, macam dia juga.

Pihak CIMB bagaimanapun telah membuat satu kenyataan rasmi, menafikan perkara ini seterusnya menerangkan cara cukai GST dilaksanakan bagi transaksi melalui mesin ATM kepada pelanggan bank.


CIMB Kenakan GST Setiap Kali Keluarkan Duit Di ATM?, info, terkini, berita, GST, CIMB, spekulasi

Memetik kenyataan bank tersebut, cukai GST hanya akan dikenakan bagi pelanggan yang melakukan transaksi di mesin ATM bank lain menggunakan perkhidmatan MEPS.

Jika sebelum ini, yuran MEPS dicaj sebanyak RM1 bagi setiap transaksi, namun bermula 1 April depan, ia bakal menginjak sebanyak 6 peratus kepada RM1.06.

Maksudnya, caj RM1 yang dikenakan selama ini jika pengguna CIMB mengeluarkan wang menggunakan mesin ATM lain bank, kini dinaikkan kepada RM1.06 bermula 1 April depan, itu sahaja.

Seperti sekarang, pemegang kad CIMB tidak akan dikenakan sebarang caj andai transaksi dibuat di mesin bank tersebut.

Kenyataan ini senada dengan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad yang menafikan caj dibuat berdasarkan jumlah pengeluaran.

“Perkhidmatan yang mengenakan fi atau yuran memang tertakluk kepada GST, contohnya seperti perkhidmatan MEPS.

“Tetapi, kalau pengeluaran wang di ATM bank sendiri tiada apa-apa caj GST,” ujarnya dalam satu laporan disiarkan akhbar Sinar Harian.

Justeru buat individu yang masih keliru tentang cara cukai GST dilaksanakan, ada baiknya anda mendapatkan informasi sebenar melalui saluran yang telus dan sahih.

Jangan jadi segelintir manusia yang sudahlah telan bulat-bulat informasi salah, kemudian semberono pula menyebarkannya kepada orang lain.

Jangan disebabkan perangai ‘bodoh sombong’ yang tak tahu tapi tak mahu ambil tahu.. habis semua orang kena tipu macam si penyebar info jugak.


CIMB Kenakan GST Setiap Kali Keluarkan Duit Di ATM?, info, terkini, berita, GST, CIMB, spekulasi

Apa pula kata anda tentang notis diatas?

Sumber : mynewshub