Bestnya Aaisyah...dapat bercuti sampai ke Jepun. Boleh la jumpa Doraemon kan... hehehee. Kali ini mummy ke Jepun untuk rakaman siri Primadona yang akan berlangsung di Astro Prima.
Tidak mahu berjauhan, Che Ta akhirnya membawa Aaisyah sekali. Ye la ibu mana yang mahu berjauhan dengan anaknya bukan?
Jom kita saksikan lagi 9 keping gambar comel Aaisyah bercuti sakan di Jepun dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Digelar artis termuda LOL Entertainment
Meskipun Aisyah Dhia Rana baru berusia lima bulan, namun anak kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini telah menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.
"Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.
"Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata kepada BH.