Memaparkan catatan dengan label FMC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FMC. Papar semua catatan

Kemalangan DUKE, Dua Pemandu Bertanggungjawab Akan Didakwa Esok

Beberapa hari lalu seluruh Malaysia kecoh membicarakan berkenaan kemalangan di DUKE yang meragut tiga nyawa termasuk bayi berusia enam bulan.


Kemalangan DUKE, info, terkini, berita, FMC,


Menurut laporan myMetro, dua orang pemandu yang bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta esok.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff kepada akhbar berkenaan.

Dua orang pemandu berkenaan adalah seorang lelaki berumur 31 tahun dan seorang wanita berumur 35 tahun bakal dihadapkan ke mahkamah pada pagi esok.

Dalam kemalangan di lebuhraya DUKE pada jam 1.05 pagi Sabtu lalu sepasang suami isteri, Fairuz Nizam Husain, 35 dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27 serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa berusia enam bulan disahkan meninggal dunia di di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dua orang pemandu tersebut dan saksi utama serta 8 orang lain telah membuat keterangan berkenaan kejadian.

Video rakaman CCTV KEmalangan Di Jalan DUKE DISINI

Sumber : Siakapkeli.my

Kenyataan Paling Bangang Dari Yana FMC

Setelah dihimpit bertalu-talu oleh keyboard warriors di alam maya dan sehingga kereta putih kesayangan Yana pun diterbalikkan, Yana FMC luahkan perasaannya kepada Kiki CDM. Ikuti luahan rasanya di FB.

Kenyataan Paling Bangang Dari Yana FMC, info, terkii, berita, sensasi, FMC, Yana FMC. Familia Myvi Club

Disebabkan Yana ramai yang nak beli Myvi tapi xjadi beli.. tadi yana keluar kejap jumpa Kiki, siapa xkenal Kiki sila google "Kiki Sereng Block" pasti google ada jawapan.. dia kongsikan kisah dia camna dia bleh hidup walaupon masyarakat bnyak kecam dia.. insyaallah dia bleh yana 2 kali ganda bolehh..

Kenyataan Paling Bangang Dari Yana FMC, info, terkii, berita, sensasi, FMC, Yana FMC. Familia Myvi Club

Skrang ni Yana tgah tggu konti2 radio yang sudi jemput yana datang.. kalo Kiki boleh masuk radio, yana 4 kali ganda boleh masuk radio.. yang pasti yana nak cakap, YANA SAYANG ANDA SEMUA!

Ugutan Demo Dari Yana FMC dan Myvi  DISINI

Sumber : om-fabulous.blogspot.com

MYVI FMC Lumba Haram, PDRM Jamin Bawa Pesalah Ke Mahkamah

Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur telah memulakan siasatan berkaitan insiden maut yang telah meragut tiga nyawa di Lebuh Raya Duke melibatkan kenderaan Perodua Myvi dan Mitsubishi Pajero Sports, awal pagi Sabtu lalu.


MYVI FMC Lumba Haram, PDRM Jamin Bawa Pesalah Ke Mahkamah, info, terkini, berita, FMC, Nahas Jalan DUKE

PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara terus tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan ini.

Pihak polis masih menjalankan siasatan dan mana-mana pihak yang didapati cuai menyebabkan kemalangan maut tersebut akan dibawa ke mahkamah untuk didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehingga kini, polis telah menahan lelaki dan wanita masing-masing berusia 31 dan 35 tahun yang terbabit di dalam kemalangan maut tersebut. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan dan dikehendaki melapor diri ke balai polis trafik KL dalam masa dua minggu.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut diminta untuk tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Semua pihak diminta untuk menghentikan sebarang spekulasi mengenai kemalangan yang berlaku di mana boleh menganggu proses siasatan polis dalam usaha untuk mencari kebenaran.

Dato' Mohd Fuad Abdul Latiff
Ketua Trafik Pasukan
PDRM Bukit Aman

Video Bukti Rakam CCTV Ahli FMC Terlibat Dalam Lumba Haram DiSini

Sumber : thehypemedia