Memaparkan catatan dengan label Dekoder MYTV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dekoder MYTV. Papar semua catatan

Rm 4.5 Billion, Syed Mokhtar Bukhary Buat Astro Sesak Nafas

Susulan artikel mengenai siaran analog RTM yang bakal membuatkan Astro berisiko bankrap, ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dan juga mengucapkan tahniah kepada TS Syed Mokhtar Al Bukhary kerana mengambil inisiatif untuk memperkasakan RTM melalui MyTV.


Rm 4.5 Billion, Syed Mokhtar Bukhary Buat Astro Sesak Nafas, info, terkini,berita, Syed Mokhtar Bukhary, Astro, RTM, MyTV, Dekoder MYTV,

Tak kurang juga ramai yang ternanti-nanti bilakah siaran analog RTM tersebut bermula dan juga bagaimanakah bentuk dekoder MYTV serta harga yang dikenakan untuk melanggan siaran itu nanti.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, maklumat yang diberikan oleh pihak RTM menyatakan bahawa MyTV akan mula beroperasi seawal Jun 2015 yang akan bermula dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Manakala Dekoder untuk siaran analog HD yang dibekalkan oleh MyTV Broadcasting itu pula akan dijual dengan harga RM200 selain dari 2 Juta dekoder percuma yang akan diberikan percuma kepada penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin.

Difahamkan juga, diantara 80 saluran Definasi Tinggi secara percuma yang dibekalkan oleh RTM itu nanti akan merangkumi saluran bagi negeri-negeri secara individual sepertimana saluran radio negeri yang bersiaran selama ini.

Ini bermakna, setiap negeri akan mempunyai saluran khas mereka yang akan digunakan untuk menyampaikan berita-berita serta perkembangan tempatan.

Bagi mereka yang mempersoalkan mengenai kemampuan Syed Mokhtar Al Bukhary didalam pelaburan modal projek pendigitalan RTM ini, Billionair melayu tersebut telah melabur sebanyak RM2 billion melalui Puncak Semangat Sdn Bhd sebagai perbelanjaan modal dan juga rm2.5 billion lagi akan dilaburkan bagi permulaan perbelanjaan operasi.

Pelaburan modal itu meliputi pembangunan Hab Penyiaran Media Digital (DMBH), Pusat Pemulihan Bencana (DRC), pembinaan enam pusat panggilan serantau dan lapan pusat perhubungan pelanggan, menaik taraf dan memasang 60 pemancar di kawasan utama termasuk 32 di Semenanjung dan bakinya di Sabah dan Sarawak.

Pelaburan itu juga diperuntukkan bagi merapatkan jurang liputan di 30 kawasan kecil seluruh negara. Ia meliputi bantuan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada penyedia rangkaian, transponder satelit , dekoder serta antena mudah alih (CPE).

Jadi, dengan adanya pilihan saluran TV percuma berkualiti oleh RTM/MyTV ini nanti, rakyat Malaysia tidak lagi perlu bergantung kepada Astro semata-mata untuk menikmati siaran berdefinasi tinggi. Malah rakyat Malaysia tidak lagi perlu terbeban dengan yuran bulanan yang mahal semata-mata untuk bersantai bersama keluarga.

Tahniah RTM! Terima Kasih TS Syed Mohktar Al Bukhary!!


Sumber : ohmy-gummy

Dekoder MYTV akan dipasarkan Jun ini, berharga sekitar RM200

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.


Dekoder MYTV, info, terkini, berita,

Menurut sumber, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.

“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.

Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.

Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.

Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.

Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.

Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.

Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.


Sumber : viralla