Kemenangan tipis 1-0 Barcelona ketika menentang Celta Vigo dicemari dengan insiden paling pelik musim ini.
Barcelona membuka tirai jaringan pada minit ke-73 menerusi tandukan Jeremy Mathieu sebelum berlaku perbalahan di antara Fabian Orellana dan pemain tengah Barcelona Sergio Busquets apabila Busquets dilihat seperti membuang masa di akhir minit perlawanan.

Orellana menunjukkan reaksi marah kepada pengadil sebelum mengambil segenggam rumput dan membaling ke arah Busquets.
Busquets yang terkenal dengan lakonan di atas padang meneruskan tabiatnya itu dengan menjatuhkan diri dan memegang mukanya walaupun rumput yang dibaling itu jelas terkena pada bahagian belakang lehernya.

Pengadil perlawanan, Inaki Vicandi Garrido yang melihat insiden tersebut melayangkan kad merah kepada Orellana.
Pasukan kendalian Luis Enrique mempertahankan kedudukan sehingga ke akhir perlawanan untuk memperoleh tiga mata penting selepas musuh tradisi mereka, Real Madrid menang bergaya 9-1 ke atas Granada, Ahad.
Sumber : mstar online