Memaparkan catatan dengan label Bayi Melecur Selepas Diberi Susu Panas Di Pusat Asuhan Kanak-Kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bayi Melecur Selepas Diberi Susu Panas Di Pusat Asuhan Kanak-Kanak. Papar semua catatan

Bayi Melecur Selepas Diberi Susu Panas Di Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Seorang bayi perempuan berusia enam bulan melecur di bibir , leher san pipi selepas diberi susu panas oleh pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).


Bayi Melecur Selepas Diberi Susu Panas Di Pusat Asuhan Kanak-Kanak, info, terkini, berita, sensasi, kes dera budak, pusat asuhan

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian ini, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat oleh ibu mangsa pada jam 8.49 malam tadi di Balai Polis Rawang di sini.

Bayi tersebut telah dihantar oleh ibunya ke taska tersebut yang terletak di Rawang pada pagi semalam.

"Ibu mangsa bagaimanapun mendapat tahu kejadian itu selepas dihubungi pengusaha taska melalui telefon.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian melecur itu berlaku pada jam 4 petang semalam. Mangsa segera dibawa ke klinik berhampiran oleh pengusaha taska sebelum dirujuk ke Hospital Selayang," katanya.

Bayi tersebut sekarang dirawat di Hopital Selayang dan dilaporkan stabil. Pihak polis kini sedang menyiasat punca sebenar tentang kejadian tersebut.

"Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan polis akan melakukan siasatan terperinci sama ada kejadian itu disengajakan atau sebaliknya," katanya.

Susulan itu pihak polis akan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : siakapkeli