Memaparkan catatan dengan label BASARNAS Sudah Temui Bangkai Utama Pesawat AirAsia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BASARNAS Sudah Temui Bangkai Utama Pesawat AirAsia. Papar semua catatan

BASARNAS Sudah Temui Bangkai Utama Pesawat AirAsia

Laman web Detik.com melaporkan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dilaporkan telah menemui bangkai utama pesawat AirAsia Indoensia QZ8501 yang terhempas bulan lepas.

Laporan itu turut menyebut bahawa bangkai itu turut terdapat mayat penumpang pesawat berkenaan yang turut terperangkap.


BASARNAS Sudah Temui Bangkai Utama Pesawat AirAsia, info, terkini, berita Pesawat AiriAsia QZ8501, Bangkai pesawat QZ8501
Pasukan penyiasat memeriksa serpihan ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang ditemui bagi mengenalpasti punca kejadian itu yang berlaku bulan lepas. - Foto Reuters
 
 
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Operasi BASARNAS, Bambang Supriyadi di Lapangan Terbang Tentera Udara Iskandar hari ini.

Ia ditemui kira-kira 1.7 batu nautika berhampiran lokasi penemuan ekor pesawat arah timur laut.

“Kedudukan badan pesawat ini tidak berada berdekatan sayap yang menindih Perakam Suara Kokpit (CVR).

“Bagaimanapun, pasukan SAR gabungan akan mengangkat badan utama ini menggunakan beg pelampung sama seperti kaedah digunakan untuk menaikkan ekor pesawat,” katanya.

Menurut Bambang, kapal KN Jadayat dilaporkan sudah berada di lokasi bangkai utama dan beg pelampung yang akan digunakan juga sudah ada di lokasi kejadian.

BASARNAS juga dilaporkan akan menambah kekuatan pasukan dan kapal tongkang yang kini sudah pun bersiap sedia di Pelabuhan Panglima Utar Kumai.

“Sekarang kapal KN Jadayat berada di lokasi bangkai utama. Proses pengangkatan kira-kira sama dengan ekor iaitu menggunakan beg pelampung yang sudah ada di lokasi kejadian.

“Mungin ada beberapa tambahan belon apungan yang kita cuba turunkan di dalam air. Ia boleh mengangkat keseluruhan badan pesawat,” kata Bambang.

Katanya, penemuan bangkai utama pesawat diberi keutamaan berikutan BASARNAS menjangkakan terdapat lebih 50 peratus mayat masih berada di dalamnya.

Sumber : mynewshub.cc