Memaparkan catatan dengan label Adinda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adinda. Papar semua catatan

Shila Amzah Puji Nyanyian 'Little Shila'

Salah seorang rakyat Malaysia yang mengagumi bakat Adinda Tasya Mansor dalam usahanya untuk menjadi juara program program realiti TV di China, Let’s Sing Kids, tidak lain tidak bukan adalah penyanyi Shila Amzah.


Shila Amzah Puji Nyanyian 'Little Shila'

Apa yang lebih penting, Adinda yang sering dikaitkan dengan Shila telah pun menerima 'kelulusan' daripada bintang dari Malaysia ini sendiri.

Sejak kanak-kanak berusia 11 tahun yang berasal dari Taiping, Perak, ini membuatkan penonton di China dan rakyat Malaysia kagum dengan persembahan memukaunya dalam program realiti TV kanak-kanak pada 2 Julai, beliau telah digelar 'Little Shila'.

Shila Amzah Puji Nyanyian 'Little Shila'

Malah, video kanak-kanak ini yang membuat persembahan yang disiarkan di stesen Hunan TV, China, ini telah pun menjadi viral.

Walaupun Shila sendiri belum pernah bertemu dengan Adinda, beliau telah menyaksikan video penyanyi kecil berbakat besar ini menyampaikan lagu 'Next Stop In The Future' oleh penyanyi Lin Yu-Chun dalam bahasa Mandarin.

"Seseorang telah berkongsi video itu dengan saya dan timbul perasaan ingin tahu apabila orang mula memanggilnya Little Shila, jadi saya melihatnya. Memang nyanyiannya hebat!

"Saya hanya inginkan dia memakai pakaian yang lebih berwarna-warni!" kata penyanyi berusia 26 tahun itu, yang mempunyai imej fesyen tersendiri.

"Bagi saya, ia adalah satu petunjuk yang besar dan bukti bahawa bahasa tidak lagi menjadi penghalang untuk sesiapa sahaja yang mahu menjadi penyanyi," kata Shila, yang baru kembali dari Hong Kong, dalam satu temu bual telefon.

Setelah muncul sebagai juri jemputan untuk program Let’s Sing Kids tahun lepas, Shila optimis mengenai peluang Adinda dalam pertandingan itu.

"Saya dengar bintang pop Malaysia yang berpengkalan di Taiwan Gary Chaw juga terlibat dengan program itu, jadi Adinda berada dalam kedudukan yang baik," katanya.

Shila yang mula mendapat pengiktirafan antarabangsa pada tahun 2012 apabila beliau memenangi program Asian Wave, juga program realiti TV China, sudah tentunya tahu serba-sedikit tentang cara untuk memikat hati penonton dan juri di sana.

Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu pertama kali muncul dengan album bahasa Cina, My Journey, pada April.

Adinda, murid SJK (C) Sin Min di Taiping, telah kembali ke China untuk lawatan kali ketiganya sejak 1 Jun. Persaingan Let’s Sing Kids untuk peringkat seterusnya dijangka bermula tidak lama lagi.-mstar