Memaparkan catatan dengan label 35 Maut Dipijak Malam Tahun Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 35 Maut Dipijak Malam Tahun Baru. Papar semua catatan

Rebut Wang Palsu, 35 Maut Dipijak Malam Tahun Baru

Seramai 35 terbunuh dalam satu rempuhan di Shanghai apabila mereka berlumba untuk mendapatkan wang palsu yang dibuang dari atas sebuah bangunan ke arah kumpulan besar orang ramai yang sedang menunggu sambutan tahun baru.

Rebut Wang Palsu, 35 Maut Dipijak Malam Tahun Baru, china, sambutan tahun baru 2015,

Dalam kejadian terburuk dan memalukan di bandar besar di China sejak beberapa tahun lalu itu, kerajaan turut mengesahkan bahawa seramai 42 lagi mengalami kecederaan.

Menurut media dan saksi, rempuhan melibatkan kumpulan besar orang ramai itu berlaku apabila sejumlah wang kertas dibuang dari sebuah bar di atas bangunan berdekatan.

Cui Tingting, 27, memberitahu, dia dan rakan turut cuba mendapatkan wang berkenaan namun mereka meninggalkan kawasan berkenaan selepas mendapati ia palsu.

Rebut Wang Palsu, 35 Maut Dipijak Malam Tahun Baru, china, sambutan tahun baru 2015,

"Ia tindakan kejam, kerana wang itu orang ramai saling merempuh, ada yang terjatuh dan dipijak," katanya.

Seorang lagi saksi yang dikenali sebagai Wei berkata, kawasan itu tiba-tiba menjadi kecoh apabila orang ramai mahu mendapatkan wang yang dibuang dari atas bangunan.

Media melaporkan, terdapat kumpulan yang mengalami kecederaan berhimpun di bahagian kecemasan sebuah hospital berdekatan selepas kejadian.

Artikel Terdahulu : "Hentikan Sebar Gambar Saya"

Sumber : mstar.com.my