Pekin Ibrahim Sahkan Bercinta Dengan Model Antarabangsa

Pelakon Pekin Ibrahim mengesahkan kini sedang hangat bercinta dengan seorang model antarabangsa yang kini menetap di London.

Pekin Ibrahim Sahkan Bercinta Dengan Model Antarabangsa

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 35, berkata, wanita itu sudah pun memeluk agama islam baru-baru ini dengan menggunakan nama Iman.

"Ya, saya sedang berkawan secara serius kira-kira enam bulan dengan seorang wanita yang bekerja sebagai model dan pelukis di London.

"Saya selalu jumpa dia di sana jika kelapangan dan dia juga sudah beberapa kali datang ke Malaysia.

"Alhamdulillah dia juga sudah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Iman," ujarnya kepada mStar Online.

Pekin Ibrahim Sahkan Bercinta Dengan Model Antarabangsa

Pekin ditemui pada majlis tayangan filem Kampung Drift yang diadakan di Cathay Cineleisure, di sini, malam Khamis.

Dalam pada itu, Pekin berkata, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkan hubungan istimewa berkenaan berikutan wanita itu terikat dengan beberapa kontrak.

"Saya tidak boleh dedahkan identitinya kerana dia terikat kontrak dengan beberapa jenama terkenal. Dia juga minta saya merahsiakan perkara ini hingga dia tamat kontrak tersebut.

"Inysa-Allah, kalau dia dah sedia, saya tidak kisah untuk berkongsi kepada umum tentang hubungan kami," ujarnya.

Pekin Ibrahim Sahkan Bercinta Dengan Model Antarabangsa

Sementara itu, ditanya tentang sikap terbukanya bercerita tentang hubungan peribadi, Pekin berkata, dia tidak gemar menyembunyikan sesuatu yang benar berlaku.

"Saya terbuka jika ada yang bertanya, masa saya bercinta dengan Uqasha dulu pun saya tidak pernah mengelak jika wartawan bertanya.

"Bagaimanapun, kami hanya merancang dan tuhan yang menentukannya," katanya.

Dalam perkembangan kerjaya, Pekin turut membintangi filem Kampung Drift yang bakal ditayangkan Khamis depan.

Dia membawa watak sebagai Acai yang juga bapa kepada Johan lakonan Syafie Naswip.

Filem arahan pertama Nevin Hiong ini turut dibintangi oleh Pablo Amirul, Fatin Afeefa dan Syazwan Yunos.-mstar

'The Flying Youth' Gelaran Buat Khairul Hafiz

 'The Flying Youth' adalah gelaran terbaik buat Raja Pecut Sukma ke-18, Khairul Hafiz Jantan berdasarkan keupayaan anak Melaka itu muncul sebagai pelari terpantas negara pada usia 18 tahun, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

'The Flying Youth' Gelaran Buat Khairul Hafiz

Beliau berkata dengan menjadi pelari terbaik negara pada usia yang masih muda Khairul Hafiz dan seorang lagi pelari pecut muda negeri ini Badrul Hisham Abdul Manap, 19, mempunyai masa depan cerah bagi mengharumkan nama Malaysia di pesada dunia.

"Layaklah beliau (Khairul Hafiz) digelar pemuda paling laju atau ramai yang bertanya saya apa kita nak namakan beliau seperti raja pecut sebelum ini, jadi saya kira yang terbaik ialah 'The Flying Youth' orang muda terpantas di negara ini.

"Tahniah Khairul (Hafiz), Badrul (Hisham) dan rakan-rakan lain kerana berjaya mencipta nama untuk Melaka serta memecah rekod Sukma dan kebangsaan...moga mencapai kejayaan selepas ini di Sukan Sea, Sukan Asia seterusnya Sukan Olimpik...saya bangga dengan kamu semua," katanya menerusi kenyataan video kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp pada Jumaat.

Khairul Hafiz itu menjadi sebutan selepas berjaya memecahkan rekod kebangsaan 100m 10.30s berusia 18 tahun milik Watson Nyambek dengan catatan baharu 10.18s, Rabu lepas.

Beliau meraih pingat emas acara 200m Sukma selepas memperbaharui rekod kejohanan dicatatkannya semalam iaitu 21.14s, yang mengatasi rekod terdahulu berusia 14 tahun milik Raja Pecut Sukan Sea 2003, Nazmizan Mohammed dari Terengganu dengan catatan 21.33s yang dibuat pada Sukma 2002 di Sabah.

Dua raja pecut negara sebelum ini iaitu Tan Sri Dr M. Jegathesan digelar 'The Flying Doctor' manakala gelaran 'The Flying Dayak' diberikan kepada Watson Nyambek. -Bernama

Pogba Milik Mourinho, Rekod Perpindahan Tertinggi Dunia

Paul Pogba sekali lagi menjadi milik Manchester United selepas mencatat nilai perpindahan rekod dunia sebanyak 100 juta pound (RM535.72 juta) pada Jumaat.

Pogba Milik Mourinho, Rekod Perpindahan Tertinggi Dunia

Selepas beberapa minggu rundingan, United bersetuju dengan bayaran besar untuk mendapatkan bintang Juventus itu sekaligus melengkapkan musim perpindahan pemain bagi skuad Jose Mourinho.

United amat teruja dengan pemain baharunya itu dan bakal mengumumkannya secara rasmi selepas Pogba melengkapkan ujian kesihatan di Los Angeles.

Pogba bakal memakai jersi nombor 6 di Old Trafford dan menjadi pemain baharu keempat di bawah bimbingan Mourinho selepas Eric Bailly, Zlatan Ibrahimovic dan Henrick Mkhitaryan.

Pogba Milik Mourinho, Rekod Perpindahan Tertinggi Dunia

Pemain ini pernah meninggalkan United pada tahun 2012 tanpa sebarang tarikan, sebaliknya kini Pogba berjaya mencatat rekod perpindahan tertinggi dunia.

Proses perpindahan pemain tengah Perancis berusia 23 tahun ini diuruskan oleh ejennya, Mino Raiola bersama pegawai-pegawai kelab Juventus serta beberapa peguam di Turin pada Khamis petang.

United dan Juventus mencapai persetujuan untuk membayar yuran Raiola sebagai bonus sebanyak 20 peratus untuk rundingan keseluruhan bagi kedua-dua pihak.


Bagaimanapun difahamkan Juventus akan membayar cukai sebanyak 84.3 juta pound ketika proses pembayaran perpindahan dilakukan.

Sebelum ini, perpindahan Gareth Bale merupakan nilai tertinggi dibayar Real Madrid kepada Tottenham iaitu 86 juta pound pada tahun 2013 untuk mendapatkan pemain itu.

Dalam pada itu, Pogba telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan jumlah gaji 290,000 pound seminggu.

Pogba Milik Mourinho, Rekod Perpindahan Tertinggi Dunia

Malah bonus tambahan buat Pogba sekiranya dia menyambung kontrak baharu di United dan juga jika dia berjaya memenangi anugerah Ballon d'Or.

Sebagai rekod, Pogba meninggalkan Old Trafford pada Julai 2012 selepas pengurus kelab ketika itu, Sir Alex Ferguson menolak permintaan Raiola untuk menyambung kontraknya.

Juventus ketika itu membayar hanya membayar pampasan sebanyak 800,000 pound kepada United.


Statistik permainan Pogba 2015-16:

Penampilan: 42

Gol:10

Pembantu: 12

Tempoh beraksi (minit): 3621


Senarai 10 rekod perpindahan tertinggi dunia:

1. Paul Pogba - Juventus ke Man United 100 juta pound

2. Gareth Bale - Tottenham ke Real Madrid 86 juta pound

3. Cristiano Ronaldo - Man United ke Real Madrid 80 juta pound

4. Gonzalo Higuain - Napoli ke Juventus 76 juta pound

5.Neymar - Santos ke Barcelona 72 juta pound

6. Luis Suarez - Liverpool ke Barcelona 63juta pound

7. James Rodriguez - Monaco ke Real Madrid 60 juta pound

8.Angel di Maria - Real Madrid ke Man United 60 juta pound

9.Kaka - Milan ke Real Madrid 56 juta pound

10. Kevin De Bruyne - Wolfsburg ke Man City 55 juta pound
-mstar

Gadis Ternganga Mulut Tengok Kekasih Menggatal

Tiada perkataan yang dapat digambarkan oleh seorang gadis apabila melihat kekasihnya memegang punggung wanita lain menerusi kamera yang tersembunyi yang dipasang oleh saluran YouTube `To Catch A Cheater’.

Gadis Ternganga Mulut Tengok Kekasih Menggatal

Gadis itu, Stephanie dari Amerika Syarikat telah menghubungi saluran berkenaan kerana ingin mengetahui sama ada teman lelakinya, Michael adalah seorang yang setia.

Mengejutkan apabila kamera berkenaan merakamkan bagaimana Michael mengaku masih solo, sedang mengurat seorang wanita yang dikenali sebagai Lisa dan bersedia memberikan nombor telefon kepada wanita terbabit.

Lisa sebenarnya adalah model yang berlakon untuk saluran berkenaan.

Pada masa sama Stephanie yang menyaksikan keadaan berkenaan terkejut dan terngaga mulut kerana tidak menyangka teman lelakinya seorang yang gatal.

“Ia membuatkan saya nak muntah. Menjijikkan dan saya tidak mahu tengok mukanya,’’ katanya selepas menonton keseluruhan aksi tersebut.

Video rakaman itu telah disaksikan lebih 60,000 kali. Ada yang menyokong Stephanie meninggalkan lelaki itu terutama kaum wanita.

Manakala bagi kaum lelaki pula, mereka tidak menyalahkan Michael dan menyatakan mereka juga akan berdepan keadaan sama sekiranya digoda sedemikian rupa.-mynewshub


Along Cham Failkan Saman Terhadap Isteri

Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, muncul khabar angin menyatakan hubungan pelawak terkenal Along Cham bersama isterinya Zila Seeron sedang berantakan.

Along Cham Failkan Saman Terhadap Isteri

Bercakap kepada Astro Gempak, Zila yang juga bekas finalis Akademi Fantasia musim keempat mengakui sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu.

Menurut, Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, mereka sudah empat bulan tidak tinggal bersama dan dia kini sedang berdepan proses mahkamah difailkan Along membabitkan kes nusyuz.

“Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.

“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.

“Saya terlalu rindukan anak saya,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Mawi di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Along Cham Failkan Saman Terhadap Isteri

Jelas Zila, buat masa ini hak penjagaan anak berpihak kepada suaminya namun dia akan tetap mendapatkan hak itu suatu hari nanti.

Ditanya mengenai punca bergolak rumah tangga mereka, Zila mendakwa Along sentiasa mencari salahnya tanpa alasan kukuh.

“Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna,” katanya sayu.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada tanggal 23 Januari 2010.

Apa pun, sama-sama kita doakan agar pasangan ini berbincang dengan baik dan bersama kembali. –mynewshub

Johan (Raja Lawak) Perjelas Isu Kenakan Bayaran Mahal

Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak menyangkal dakwaan kononnya dia mengenakan bayaran yang tinggi kepada pihak produksi Super Spontan Superstar sebelum bersetuju bertanding dalam program berkenaan.


Johan (Raja Lawak) Perjelas Isu Kenakan Bayaran Mahal

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 32, sebaliknya berkata, tidak timbul isu bayaran tambahan pula produksi yang menerbitkan program itu adalah milik rakan baiknya sendiri iaitu Afdlin Shauki.

"Sejujurnya sebelum bersetuju dalam sesuatu projek pasti akan perbincangan di antara kedua-dua belah pihak dan soal bayaran kebiasaannya mengikut tolak ansur.

"Seperti Super Spontan Superstar ia diterbitkan oleh rakan baik saya sendiri dan tidak munasabah jika saya kenakan bayaran tidak masuk akal seperti didakwa," katanya kepada mStar Online.

Super Spontan Superstar bakal bersiaran bermula 5 Ogos depan di saluran Astro Warna 132 dan Mustika HD 134 pada setiap hari Jumaat, 9 malam.

Ia turut bersiaran secara langsung setiap minggu di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini.

Dalam pada itu, Johan berkata, sebagai pelawak dia sentiasa menantikan untuk bertanding dalam Super Spontan Superstar kerana cabaran yang diketengahkan mampu menguji kreativitinya sebagai pelawak.

Malah katanya, idea-idea baharu itu juga berguna sebagai bahan untuk digunakan ketika ke udara sebagai penyampai radio.

"Ini adalah acara tahunan untuk saya kerana ia bukan sahaja menyeronokkan tetapi ia mampu mengasah akal saya untuk cepat dalam membuat keputusan selain memikirkan idea-idea baharu ketika di pentas.

"Ia juga berguna untuk memperbaiki persembahan saya ketika bersiaran di radio kerana perlu sentiasa tampil dengan sesuatu yang segar agar pendengar tidak bosan," ujarnya.
Johan (Raja Lawak) Perjelas Isu Kenakan Bayaran Mahal

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatan isterinya dalam program sama, Johan berkata dia tidak melihat ia sebagai satu masalah malah memberi peluang kepada mereka untuk bersaing secara sihat.

Kata Johan, sekiranya Ozlynn tidak terlibat dalam program berkenaan wanita itu tetap akan bersamanya kerana dia juga adalah pengurusnya.

"Masuk atau tidak dia tetap berada dengan saya ke mana sahaja saya pergi.

"Jadi alang-alang dah dapat tawaran juga, apa salahnya tambahan pula inilah peluang kami untuk bersaing sesama sendiri kerana kami dipisahkan dengan kumpulan berbeza," jelasnya.

Akui Johan lagi, Ozlynn terlebih dahulu meminta kebenarannya sebelum membuat keputusan menyertai pertandingan itu.-mstar

Ariana Grande-Ricky Alvarez Berpisah Selepas Setahun Bercinta

Penyanyi Ariana Grande dan teman lelakinya Ricky Alvarez dilaporkan sudah berpisah hanya selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Ariana Grande-Ricky Alvarez Berpisah Selepas Setahun Bercinta

E Online melaporkan Ariana yang mengambil keputusan berpisah dengan lelaki berkenaan kerana sudah tidak mempunyai persefahaman.

Bagaimanapun sumber terdekat penyanyi itu menyangkal dakwaan perpisahan itu berpunca daripada sikap Ricky yang curang terhadapnya.

"Dia gembira dengan kehidupan solo tanpa terikat dengan sebarang hubungan buat masa ini.

"Mereka masih kekal sebagai rakan walaupun telah berpisah," katanya.

Ariana sebelum ini memberi gambaran tentang perpisahan tersebut apabila bertindak memadam gambar dan status berhubung lelaki berkenaan di laman sosial.-mstar