Gadis Ternganga Mulut Tengok Kekasih Menggatal

Tiada perkataan yang dapat digambarkan oleh seorang gadis apabila melihat kekasihnya memegang punggung wanita lain menerusi kamera yang tersembunyi yang dipasang oleh saluran YouTube `To Catch A Cheater’.

Gadis Ternganga Mulut Tengok Kekasih Menggatal

Gadis itu, Stephanie dari Amerika Syarikat telah menghubungi saluran berkenaan kerana ingin mengetahui sama ada teman lelakinya, Michael adalah seorang yang setia.

Mengejutkan apabila kamera berkenaan merakamkan bagaimana Michael mengaku masih solo, sedang mengurat seorang wanita yang dikenali sebagai Lisa dan bersedia memberikan nombor telefon kepada wanita terbabit.

Lisa sebenarnya adalah model yang berlakon untuk saluran berkenaan.

Pada masa sama Stephanie yang menyaksikan keadaan berkenaan terkejut dan terngaga mulut kerana tidak menyangka teman lelakinya seorang yang gatal.

“Ia membuatkan saya nak muntah. Menjijikkan dan saya tidak mahu tengok mukanya,’’ katanya selepas menonton keseluruhan aksi tersebut.

Video rakaman itu telah disaksikan lebih 60,000 kali. Ada yang menyokong Stephanie meninggalkan lelaki itu terutama kaum wanita.

Manakala bagi kaum lelaki pula, mereka tidak menyalahkan Michael dan menyatakan mereka juga akan berdepan keadaan sama sekiranya digoda sedemikian rupa.-mynewshub


Along Cham Failkan Saman Terhadap Isteri

Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, muncul khabar angin menyatakan hubungan pelawak terkenal Along Cham bersama isterinya Zila Seeron sedang berantakan.

Along Cham Failkan Saman Terhadap Isteri

Bercakap kepada Astro Gempak, Zila yang juga bekas finalis Akademi Fantasia musim keempat mengakui sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu.

Menurut, Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, mereka sudah empat bulan tidak tinggal bersama dan dia kini sedang berdepan proses mahkamah difailkan Along membabitkan kes nusyuz.

“Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.

“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.

“Saya terlalu rindukan anak saya,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Mawi di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Along Cham Failkan Saman Terhadap Isteri

Jelas Zila, buat masa ini hak penjagaan anak berpihak kepada suaminya namun dia akan tetap mendapatkan hak itu suatu hari nanti.

Ditanya mengenai punca bergolak rumah tangga mereka, Zila mendakwa Along sentiasa mencari salahnya tanpa alasan kukuh.

“Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna,” katanya sayu.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada tanggal 23 Januari 2010.

Apa pun, sama-sama kita doakan agar pasangan ini berbincang dengan baik dan bersama kembali. –mynewshub

Johan (Raja Lawak) Perjelas Isu Kenakan Bayaran Mahal

Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak menyangkal dakwaan kononnya dia mengenakan bayaran yang tinggi kepada pihak produksi Super Spontan Superstar sebelum bersetuju bertanding dalam program berkenaan.


Johan (Raja Lawak) Perjelas Isu Kenakan Bayaran Mahal

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 32, sebaliknya berkata, tidak timbul isu bayaran tambahan pula produksi yang menerbitkan program itu adalah milik rakan baiknya sendiri iaitu Afdlin Shauki.

"Sejujurnya sebelum bersetuju dalam sesuatu projek pasti akan perbincangan di antara kedua-dua belah pihak dan soal bayaran kebiasaannya mengikut tolak ansur.

"Seperti Super Spontan Superstar ia diterbitkan oleh rakan baik saya sendiri dan tidak munasabah jika saya kenakan bayaran tidak masuk akal seperti didakwa," katanya kepada mStar Online.

Super Spontan Superstar bakal bersiaran bermula 5 Ogos depan di saluran Astro Warna 132 dan Mustika HD 134 pada setiap hari Jumaat, 9 malam.

Ia turut bersiaran secara langsung setiap minggu di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini.

Dalam pada itu, Johan berkata, sebagai pelawak dia sentiasa menantikan untuk bertanding dalam Super Spontan Superstar kerana cabaran yang diketengahkan mampu menguji kreativitinya sebagai pelawak.

Malah katanya, idea-idea baharu itu juga berguna sebagai bahan untuk digunakan ketika ke udara sebagai penyampai radio.

"Ini adalah acara tahunan untuk saya kerana ia bukan sahaja menyeronokkan tetapi ia mampu mengasah akal saya untuk cepat dalam membuat keputusan selain memikirkan idea-idea baharu ketika di pentas.

"Ia juga berguna untuk memperbaiki persembahan saya ketika bersiaran di radio kerana perlu sentiasa tampil dengan sesuatu yang segar agar pendengar tidak bosan," ujarnya.
Johan (Raja Lawak) Perjelas Isu Kenakan Bayaran Mahal

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatan isterinya dalam program sama, Johan berkata dia tidak melihat ia sebagai satu masalah malah memberi peluang kepada mereka untuk bersaing secara sihat.

Kata Johan, sekiranya Ozlynn tidak terlibat dalam program berkenaan wanita itu tetap akan bersamanya kerana dia juga adalah pengurusnya.

"Masuk atau tidak dia tetap berada dengan saya ke mana sahaja saya pergi.

"Jadi alang-alang dah dapat tawaran juga, apa salahnya tambahan pula inilah peluang kami untuk bersaing sesama sendiri kerana kami dipisahkan dengan kumpulan berbeza," jelasnya.

Akui Johan lagi, Ozlynn terlebih dahulu meminta kebenarannya sebelum membuat keputusan menyertai pertandingan itu.-mstar

Ariana Grande-Ricky Alvarez Berpisah Selepas Setahun Bercinta

Penyanyi Ariana Grande dan teman lelakinya Ricky Alvarez dilaporkan sudah berpisah hanya selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Ariana Grande-Ricky Alvarez Berpisah Selepas Setahun Bercinta

E Online melaporkan Ariana yang mengambil keputusan berpisah dengan lelaki berkenaan kerana sudah tidak mempunyai persefahaman.

Bagaimanapun sumber terdekat penyanyi itu menyangkal dakwaan perpisahan itu berpunca daripada sikap Ricky yang curang terhadapnya.

"Dia gembira dengan kehidupan solo tanpa terikat dengan sebarang hubungan buat masa ini.

"Mereka masih kekal sebagai rakan walaupun telah berpisah," katanya.

Ariana sebelum ini memberi gambaran tentang perpisahan tersebut apabila bertindak memadam gambar dan status berhubung lelaki berkenaan di laman sosial.-mstar

Mahu Elak Daripada Kontroversi, Ruhainies Pasang “Pengawal Peribadi”

Tidak mahu terus dihimpit kontroversi selepas terlibat dalam isu bersama Dato Red baru-baru ini, pelakon Ruhainies kini membawa seorang pengawal peribadi untuk menghadiri setiap urusan mengenai kerjayanya. Pengawal peribadi yang dimaksudkan adalah ibunya sendiri.

Mahu Elak Daripada Kontroversi, Ruhainies Pasang “Pengawal Peribadi”


Ruhainies percaya tiada siapa yang berani untuk melakukan apa-apa kepadanya ketika ibu beliau berada di sisinya.
    Saya bertuah kerana ibu yang mahu menemani saya dan menjadi teman paling rapat. Ibu juga banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya. Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, ibu banyak nasihatkan saya supaya bertenang berdepan dengan dugaan.

    Jadi, untuk beberapa tempoh waktu ini saya lebih selesa dan yakin apabila ibu berada di sisi.


Mahu Elak Daripada Kontroversi, Ruhainies Pasang “Pengawal Peribadi”


Menurut ibu Ruhainies, Che Bunga Salleh, beliau sedih melihat anaknya Ruhainies hanya terkurung didalam bilik dek kerana kontroversi bersama Dato Red yang cukup hangat diperkatakan. Walaubagaimanapun, beliau merasa syukur kerana tahu Ruhainies seorang yang cukup kuat kerana mampu bangkit dan menghadapi segala kritikan.
    Saya selalu berpesan supaya mereka menjaga tingkah laku dan tutur kata. Seperti apa yang menimpa Ruhanies, saya ingatkan dia berhati-hati apabila berkata-kata. Saya sedih apabila tengok Ruhainies berkurung dalam bilik tempoh hari. Syukurlah dia seorang yang kuat dan tenang berdepan semua ini.

Mahu Elak Daripada Kontroversi, Ruhainies Pasang “Pengawal Peribadi”

Kami percaya selepas ini memang susah untuk mana-mana lelaki mengambil kesempatan terhadap Ruhainies kerana ibu beliau akan memerhati setiap gerak langkah anaknya itu. Ia adalah langkah yang tepat untuk Ruhainies lakukan ketika ini.-beautifulnara

Monspace Sky Airline Ada Kaitan Dengan 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia'

Lebih banyak petunjuk muncul mengaitkan Monspace Sky Airline dengan Zhang Jian dari China yang mendakwa dirinya sebagai 'bakal orang terkaya di dunia'.

Monspace Sky Airline Ada Kaitan Dengan 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia'

Satu risalah yang berlegar di aplikasi WeChat telah mempromosikan perjalanan syarikat penerbangan itu ke Langkawi dengan jelas menunjukkan Zhang sedang tersenyum sambil menunjukkan isyarat 'bagus' dengan dua ibu jarinya.

Sebuah pesawat dengan logo Monspace Sky Airline dan gambar bayang-bayang Zhang di tengah iklan juga telah dibuat dengan tujuan menarik pelancong dari China.

Syarikat induk kepada syarikat penerbangan itu, Monspace Group yang dikenali di kalangan orang-orang Cina sebagai Yun Xun Tong, dikatakan telah mengiklankannya dalam sebuah laman web China, Zhong Zhi Wang.

Pelabur yang memasukkan 7,000 yuan (RM4,283) untuk membeli mata saham syarikat itu secara automatik akan menjadi 'ahli keluarga Yun Shu' dan menikmati enam hari perjalanan ke Langkawi yang telah dibayar.

Dalam iklan tersebut, Langkawi telah dirujuk sebagai pulau Yun Xun Tong, membayangkan bahawa pulau itu adalah milik syarikat terbabit.

Dalam sebuah lagi video lain yang dimuat naik di laman web video Cina Youku.com, pengasas Monspace Group Datuk Seri Jessy Lai mendakwa Yun Xun Tong telah memperoleh sebuah pulau yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari Langkawi.

Ia telah ditukar kepada nama Monspace Sands Island.

Video 38 minit itu menunjukkan Lai mempromosikan pembangunan di pulau ini, termasuklah sebuah hotel empat bintang.

Bercakap dalam bahasa Mandarin, beliau menggesa penonton untuk menyertai 'ahli keluarga Yun Shu' dan mendakwa mereka bakal mendapat manfaat termasuk bayaran bonus tiga tahun serta perjalanan enam hari ke Langkawi.

Penerbangan akan diuruskan untuk 'ahli keluarga' dari pelbagai bandar di China, termasuk Chongqing, Hangzhou, Chengdu dan Xi'an ke Langkawi, katanya.

Video ini telah ditonton lebih 21,000 kali.

Laman web Monspace Group menyatakan bahawa ia telah terlibat dalam enam perniagaan teras termasuk hartanah, telekomunikasi, e-dagang, hiburan, kewangan serta makanan dan minuman.

Bagaimanapun laman web Monspace Sky Airline, www.monskyways.com telah ditutup.

Laman web itu memaparkan pengiraan masa dan mesej bahawa ia sedang berada di bawah penyelenggaraan.-mstar

Chelsea Tawar €45 Juta Untuk Kalidou Koulibaly

Chelsea telah membuat tawaran bernilai €45 juta bagi mendapatkan khidmat pemain Napoli, Kalidou Koulibaly, menurut laporan.

Chelsea Tawar €45 Juta Untuk Kalidou Koulibaly

Pemain pertahanan itu adalah salah seorang daripada tulang belakang kelab dengan gelaran Partenopei yang menduduki tempat kedua saingan Serie A musim lalu tetapi mahu meninggalkan kelabnya musim panas ini.

Kini, laman web Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa Chelsea telah membuat tawaran baharu bernilai €45 juta (£37.7 juta) untuk membawa Koulibaly ke Stamford Bridge.

Bagaimanapun Napoli belum memberikan sebarang tindak balas terhadap tawaran itu, di mana mereka mungkin sedang melihat beberapa alternatif lain.

Urusan perpindahan musim panas di Naples nampaknya menjadi sibuk kerana Gonzalo Higuain telah berlepas ke Juventus, manakala Arkadiusz Milik dan Corentin Tolisso sedang menghampiri perjanjian perpindahan ke San Paolo.-mstar

Juventus Benarkan Paul Pogba Ke Man United

Juventus membenarkan Paul Pogba menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan memecah rekod dunia iaitu sebanyak £92 juta - tambahan £8 juta.

Juventus Benarkan Paul Pogba Ke Man United

Dalam terma perpindahan itu juga disertakan bonus dan komisen 20 peratus untuk ejen Pogba iaitu Mino Raiola.

United sebelum ini enggan membantu Juventus dengan memberikan komisen kepada Raiola kerana telah membayar harga yang tinggi.

Bagaimanapun, Juventus memberitahu masalah itu akan diselesaikan dan Pogba akan ke Old Traffod.

Masalah yang menyebabkan ujian kesihatan Pogba disekat itu telah diselesaikan selepas perbicangan diadakan di Hotel Milan Palazzo Parigi pada Selasa.

Raiola telah bertemu Ketua Eksekutif United, Ed Woodward untuk menyelesaikan komisen bernilai £20 juta itu.

Berikutan penyelesaian tersebut, Pogba yang sedang bercuti di Miami telah memuat naik warna merah hitam putih untuk memberitahu mengenai masa depannya.

Kepulangan pemain tengah Perancis itu ke pangkuan bekas kelabnya menyaksikan dia bakal menerima gaji sebanyak £290,000 seminggu.-mstar

Azura Zainal Belum Sedia Ada Anak

Pengacara dan pelakon Azura Zainal memberitahu dia masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata biarpun sudah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Azura Zainal Belum Sedia Ada Anak


Azura, 35, mengakui masih belum puas untuk melakukan aktiviti lasak dan meneruskan kerjayanya sebagai pengacara program travelog.

"Saya belum bersedia untuk ada anak lagi kerana saya sayangkan kerjaya dan suka dengan aktiviti lasak. Jika sudah ada anak saya perlu bahagikan perhatian saya kepada anak-anak pula.

"Sekarang belum puas lagi, banyak benda yang saya rasa belum lakukan lagi. Insya-Allah saya bagi tempoh setahun sahaja lagi lepas itu baru saya fikir tentang anak," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia bersyukur keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah memberikan tekanan kepadanya supaya mendapatkan anak dengan segera.

Azura ditemui pada majlis tayangan filem Temuan Takdir di Mid Valley pada Selasa.

Azura berkahwin dengan lelaki berasal dari Brazil Cristiano Genuino Da Silva pada 28 Disember 2013.

Azura berkata, dia juga baharu melangkah ke satu tahap dalam kerjaya seninya dengan membabitkan diri dalam dunia lakonan filem menerusi filem Temuan Takdir.

Katanya, peluang untuk berlakon filem ini datang selepas 17 tahun berada dalam industri sebagai pengacara dan penyampai radio.

"Selepas 17 tahun sebagai pengacara dan penyampai radio, barulah saya dapat peluang ini. Mungkin kerana saya juga tidak mencari kerana tidak ada masa untuk pergi ujibakat.

"Saya anggap ia salah satu impian yang sudah menjadi kenyataan dalam kerjaya saya. Kalau boleh lepas ini saya ingin meneruskan penglibatan dalam bidang lakonan jika diterima," ujarnya.

Sementara itu, Azura berkata, dia menganggap pembabitannya dalam filem ini adalah salah satu platfom untuk dia belajar berlakon.

Katanya, salah satu cabaran ialah, melakonkan babak menunggang motosikal sambil berdialog.

"Saya tidak ada pengalaman dalam bidang lakonan, jadi semuanya baru dan cabaran bagi saya. Salah satu yang saya rasa agak susah ialah adegan menunggang motosikal sambil berdialog, ia bukan mudah.

"Selain itu, babak romantik bersama pelakon gandingan saya juga salah satu perkara yang sukar dilakonkan," ujarnya.

Filem Temuan Takdir bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 11 Ogos depan.-mstar

Kali Ini Adik Ipar Dakwa Adi Putra Menipu

Walaupun sudah mengadakan sidang media mengenai rumah tangga beliau semalam, Adi Putra nampaknya tidak boleh lari daripada kontroversi.


Kali Ini Adik Ipar Dakwa Adi Putra Menipu

Kali ini, adik kepada isteri pertamanya iaitu Aida Yusoh telah tampil mendedahkan perangai sebenar Adi.


Menurut adik iparnya itu, Adi cuma menipu dan berpura-pura sebelum ini. Sebenarnya memang niat Adi berkahwin lain untuk mendapatkan zuriat.

Kali Ini Adik Ipar Dakwa Adi Putra Menipu

Malah Adi didakwa sering mencetuskan masalah semenjak di awal perkahwinan beliau dan Aida lagi.

Luahan itu dilakukan kerana beliau dan keluarga  sudah tidak boleh bersabar lagi dengan sikap Adi yang sering menipu

Kali Ini Adik Ipar Dakwa Adi Putra Menipu

Berikut penjelasan penuh adik ipar Adi :-
    1 Malaysia kau tipu dengan kenyataan kau di sidang akhbar dan di Metro. Dari dahulu lagi macam-macam hal kau buat memalukan family aku. Masa dah kantoi kahwin lain kau cakap semua itu jadi atas permintaan  ibu kau dan sebab zuriat . Lepas itu kau pusing.

    Ingat dah pergi haji berubah tetapi tetap sama kaki penipu. Berani buat sidang akhbar dan statement di  Metro. Bercakap macam “gentleman” tetapi bapak mertua kau sendiri tak berani jumpa.

    Bukan hendak masuk campur hal rumah tangga korang, tetapi hendak tegakkan maruah keluarga aku yang kau aibkan daripada dahulu. Apa “function”  kau   sebagai abang ipar dalam family pun aku tidak tahu tau, sejak dari mula kahwin sampai sekarang.

    “Hope” dengan kenyataan ini rakyat Malaysia tahu siapa sebenar nya ADI PUTRA..!!! Agak-agak kau tak puas  hati dengan “statement” sebenar-benarnya ini kau boleh “face to face” dengan aku

    Assalamualaikum …

Tidak tahu sejauh mana kebenaran didalam kenyataan diatas. Walaubagaimanapun, harap Adi ada penjelasan yang kukuh tentang perkara ini. Jika benar beliau berkahwin untuk mendapatkan zuriat, apa salahnya berterus-terang dengan orang ramai.-beautifulnara