Apa Juga Alasan: Tak Berbaloi Guru Masuk Penjara!

Perbincangan isu guru menghukum pelajar tidak akan menemui titik diskusi yang releven sekiranya fokus utama topik ini, tidak dijadikan asas dalam berhujah.

Apa Juga Alasan: Tak Berbaloi Guru Masuk Penjara!

Dalam artikel Sekolah Bukan Mahkamah: Guru Bukan Hakim! respons pembaca di FB MyMewsHub agak sarkastik.

Teguran melarang guru menghukum pelajar disambut dengan nada sinis – termasuk hujah: “Kalau sekolah bukan mahkamah, jadi biarlah pelajar buat suka hati!

Apa Juga Alasan: Tak Berbaloi Guru Masuk Penjara!

Malah, lebih daring: “Kalau begitu mak bapa saja ajar anaknya!”



Isu sebenar ialah bukan hukuman, tetapi cara menghukum. Soal hukuman merotan atau didenda terhadap pelajar, mestilah mengikut Pekeliling Garis Panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah dirujuk. Justeru, menampar muka atau kepala, merotan bertubi-tubi di bahagian sensitif, malah didenda berdiri di atas meja atau kerusi juga sudah tidak relevan.

Apa yang disarankan ialah: Jangan menghukum pelajar di luar garis panduan. Melakukan sesuatu yang menyeret guru pada perlakuan jenayah atau diklasifikan sebagai tindakan mendatangkan kecederaan, hanya akan menyeret guru ke mahkamah.

Ambil masa sebentar berfikir. Sekali pun atas niat semurni mana pun: Apakah berbaloi sekiranya ia berakhir di mahkamah?

Tentera Kacang Merah yang menyerang tulisan semalam harus bersikap munasabah: Teguran terhadap tindakan mendatangkan kecederaan mesti dibuat. Kita tidak mahu atas alasan mendisiplinkan pelajar, hukuman berakhir dengan perbuatan jenayah!

Soal guru menganggap ibu bapa seperti melempar anak ke sekolah dan menyerahkan tugas mendidik secara total kepada guru juga satu analisis tidak berasas. Fungsi guru di sekolah tertakluk pada etika dan garis panduan profesional. Guru ada cara bekerja. Cuma, sekiranya mahu melaksanakan kerja perguruan sebagai jihad – silakan.

Namun, sekiranya ada guru berasa sekadar bekerja demu makan gaji bulan sahaja – pun masih tidak salah. Profesionalisme membenarkannya. Namun, tidak ada alasan untuk bertindak di luar batas. Kita tidak mencela tindakan guru mendisiplinkan pelajar. Isu berbangkit ialah: Apabila tindakan itu menjurus pada keganasan.

Guru ada pilihan. Kalau dirasakan hendak mendisiplinkan pelajar, guru perlu bertindak sampai macam Yahudi mabuk, eloklah resign. Sebab nanti akan ada pelajar jadi mangsa dan kerjaya seorang guru pula berakhir di penjara.

Saya ambil contoh. Sekali pun murid itu celupar, mengeluarkan kata-kata kesat dan bersolek atau bergaya seperti GRO ke sekolah, sudah pasti ada garis panduan Pekeliling KPM untuk tindakan disiplin.

Walaupun tercabar atau tercalar dengan kata-kata pelajar, undang-undang tidak membenarkan tindakan fizikal termasuk menampar muka.

Kerjaya guru memang mencabar. Namun, ia perkara yang diketahui setiap calon guru. Anda memilih jadi guru – jadi anda kena akur dengan cabaran yang dihadapi. Anda tidak boleh menganggap sekolah ialah tempat ibu bapa melempar anak-anak untuk menjadi beban pada guru mendidik!

Guru kena berjiwa besar. Orang sangap jangab jadi guru. Jadi bouncer kelab malam!

Kalau terbeban dengan anggungjawab mendidik; anda salah pintu kerjaya. Perguruan tidak memerlukan penjawatnya bertindak emosi semata-mata kerana pelajarnya biadap. Sistem pendidikan yang beretika tidak menerima budaya membelasah pelajar sekali pun terhadap pelajar itu dianggap biadap!

Sekolah bukan jalanan!

Seperti juga kita tidak suka polis bertindak sesuka hati konon alasan menjaga negara, kita juga tidak suka guru mengunakan kuasa tanpa mengambil kira undang-undang negara!

Tidak berbaloi semata-mata kes berpakaian seksi, murid ditampar tiga kali. Sekiranya ibu bapa membuat laporan polis, dan siasatan menemui cukup bukti perlakuan jenayah – guru pasti diseret ke mahkamah.

Ingat! Kita ada kes pelajar mati di pukul guru agama di Jejawi, Perlis pada 4 April 2011. Meski pun kes itu berlaku di Sekolah Agama Rakyat, namun tidak salah kita jadikan ikhtibar.

Tidak perlu melenting dan bereaksi seperti Bani 10 Yhudi mabuk. Sebab nasihat kita ialah: Adakah berbaloi guru bergari naik turun mahkamah kerana alasan mendisiplinkan pelajar?-mynewshub

Video: Pemandu Bot Gaduh Dengan Pelancong Arab

Sebuah rakaman video memaparkan insiden pergaduhan membabitkan pemandu bot dan sekumpulan pelancong warga Arab di sebuah pangkalan nelayan di Langkawi, mula tersebar di media sosial.

Video: Pemandu Bot Gaduh Dengan Pelancong Arab

Pergaduhan yang dirakam selama satu minit 14 saat itu dipercayai berlaku sejurus bot bergerak membawa pelancong menjelajah pulau sekitar perairan Tanjung Rhu.

Keadaan semakin tegang apabila seorang daripada rakan pemandu bot terbabit yang tidak berbaju dilihat memegang sebatang spanar untuk menyuraikan pergaduhan.

Bagaimanapun, spanar itu dirampas seorang individu atas bot berkenaan bagi mengelak kejadian menjadi lebih buruk.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar pergaduhan, namun netizen berkongsi pendapat dengan mengatakan ia berpunca daripada sikap pelancong Arab tersebut yang tidak menghormati pemandu bot.-mynewshub


‘Cemburu’ Dengan Kemesraan Pasangan Pengasas D’Herbs

Meskinpun media sosial tempatan viral dengan kisah-kisah selebriti kahwin dua, pelakon baharu cuba rampas suami artis senior dan macam-macam lagi, namun yang ini agak berbeza pula.


‘Cemburu’ Dengan Kemesraan Pasangan Pengasas D’Herbs

Kisah kebahagiaan rumah tangga pengasas produk kecantikan tempatan D’Herbs iaitu Datuk Aliff Syukri ini malah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Axie Moleq.

‘Cemburu’ Dengan Kemesraan Pasangan Pengasas D’Herbs

Menurut individu berkenaan, dia begitu senang sekali melihat tingkah laku Abang Terlajak Laris dengan isterinya, Datin Nur Shahida yang sentiasa tampil mesra dan bahagia sebagai sepasang suami isteri.

Jelasnya lagi, dia kagum dengan Aliff Syukri kerana tahu menghargai dan menghormati isterinya dan begitu juga sebalik. Malah pasangan ini sanggup bersama-sama dalam keadaan senang mahupun susah.


“Sebab dia tau hargai isteri dia yang dari susah sampai jadi jutawan. Dia tak cari lain tapi dia grooming isteri dia jadi kurus, jadi cantik, jadi bergaya.

“Dia tau bezakan antara wanita yang bersamanya semasa susah dengan wanita yang mungkin bersamanya sesudah senang. Jarang2 nak jumpa lelaki spesies ni dah. Kategori rare,” tulisnya.

Umum mengetahui kisah perjalanan hidup Aliff Syukri dan isterinya daripada seorang ‘nobody’ kepada ‘somebody‘. Namun perhubungan mereka sebagai pasangan suami isteri tetap utuh malah bertambah ceria lagi.

Difahamkan, Nur Shahida merupakan anak kepada seorang penjual soya dan pernah menginap di sebuah flat yang terletak di Sentul.

Namanya melonjak naik setelah menyertai sebuah kumpulan nasyid dan membintangi sebuah iklan syampu tempatan.

‘Cemburu’ Dengan Kemesraan Pasangan Pengasas D’Herbs

Meskipun pernah terpalit dengan desas-desus mengatakan rumah tangga mereka goyah namun pasangan ini bangkit membuktikan sebaliknya.

Buktinya, banyak foto mesra mereka bersama dikongsikan melalui Instagram peribadi masing-masing.

Selain menyatakan kekaguman kepada pengasas D’Herbs ini, Axie Moleq juga menempelak ‘individu’ bernama lelaki yang tidak tahu menghargai kehadiran seorang isteri apabila sanggup menduakan isteri mereka.

“Sekali dia bersuara nampak macam pondan tapi actually he is real man tidak macam orang tu dah dua pun tidak cukup, kalau ye pun mampu, deeply hati perempuan manalah yang tidak terguris walau secalit kan,” luahnya.-mynewshub

Video Lelaki Maut Ditembak Puluhan Das Di Setapak

Satu lagi kejadian maut membabitkan kes tembak dilaporkan berlaku di Setapak, hari ini. Mangsa dikatakan berbangsa India menemui ajal di tempat kejadian selepas cermin keretanya ditembak bertalu-talu lelaki tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat berdekatan pusat beli belah Setapak Sentral.

Video Lelaki Maut Ditembak Puluhan Das Di Setapak

Berdasarkan video rakaman CCTV dua motosikal dilihat menghampiri kereta mangsa lalu berhenti sebelum pembonceng kedua-dua motosikal tersebuyt turun lantas menembak bertalu-talu ke arah mangsa.

Video Lelaki Maut Ditembak Puluhan Das Di Setapak

Video Lelaki Maut Ditembak Puluhan Das Di Setapak

Video Lelaki Maut Ditembak Puluhan Das Di Setapak

Kejadian itu berlaku dengan pantas sebelum kedua-dua suspek kembali menunggang motosikal dan beredar dari tempat kejadian.Gambar dan video kejadian kini mula membanjiri timeline media sosial namun maklumat penuh kejadian masih belum diperolehi setakat ini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang tadi.-mynewshub

Khairul Padam Rekod 18 Tahun Acara Pecut Milik Watson

Rekod 100 meter kebangsaan berusia 18 tahun akhirnya dileburkan pelari muda Melaka, Khairul Hafiz Jantan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-18, di sini pada Rabu.

Khairul Padam Rekod 18 Tahun Acara Pecut Milik Watson

Raja Pecut baharu negara itu melintasi garisan penamat dalam saingan akhir acara berkenaan di Stadium Sarawak dengan catatan 10.18 saat, sekali gus memadamkan rekod lama 10.30s yang dicipta Watson Nyambek pada Sukan Pra-Komanwel 1998.

Pingat perak milik pelari tuan rumah, Jonathan Nyepa yang mencatat masa 10.36s. Seorang lari pelari Melaka, Badrul Hisyam Abdul Manap, yang turut mencatat masa 10.36s terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Keputusan itu dibuat berdasarkan 'photo-finish'.

Bercakap kepada pemberita selepas kemenangan itu, Khairul Hafiz, 18, berkata rakan sepasukannya, Badrul Hisyam menjadi penyuntik semangat baginya mencatat keputusan tersebut.

"Badrul Hisyam bagaikan abang kepada saya kerana semangat yang diberi oleh dialah, saya mampu mencapai keputusan ini. Saya sebenarnya tidak sangka dapat mencapai keputusan ini kerana baru saja balik dari (Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di) Poland.

"Saya ingin mendedikasikan kemenangan ini kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ini rekod yang begitu lama...Alhamdulillah, saya dapat pecahkan rekod itu," katanya yang menangis kegembiraan meraikan kejayaannya itu.

Khairul Hafiz yang juga atlet di bawah Program Kita Juara Sukan SEA 2017, berkata kejayaan itu juga hasil tunjuk ajar jurulatihnya, Mohd Poad Md Kassim, selain doa serta restu ibu bapanya.

Terdahulu pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail itu menjuarai saingan kedua separuh akhir 100m pada sesi pagi dengan masa 10.44 saat, sekali gus menyamai catatan di Poland.

Kejayaan memecahkan rekod kebangsaan itu melengkapkan musim cemerlang untuk Khairul Hafiz yang sudah memenangi beberapa gelaran, tahun ini.

Antaranya pingat emas acara 100m pada Kejohanan Remaja Asia di Vietnam bulan lepas dengan catatan 10.36 saat, selain mara ke separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia di Poland.

Khairul Hafiz dan Badrul Hisyam bakal menyertai acara saringan separuh akhir 200m lelaki pada Khamis.

Sementara itu, wakil Perak Noor Eewan Syafiqah Mohd Sabri ditabalkan sebagai Ratu Pecut selepas memenangi acara 100m wanita dengan catatan 12.01 saat.

Pingat perak menjadi milik pelari Terengganu, Azreen Nabila Alias yang mencatat 12.04s, manakala rakan sepasukan Noor Eewan Syafiqah, Kang Woan Yi  mengutip gangsa dengan masa 12.13s. - BERNAMA

Tunku Tun Aminah Kini Presiden Kelab JDT

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan pelantikan adindanya, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai presiden kelab bola sepak itu.

Tunku Tun Aminah Kini Presiden Kelab JDT

Pengumuman itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Rabu.

"Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim telah dilantik oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim," demikian menurut kenyataan itu.

Pada awal tahun ini, Tunku Ismail secara rasminya menjadi pemilik kelab bola sepak JDT.

Manakala, jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pula disandang Datuk Ismail Karim.

Selain pelantikan tersebut, Johor Southern Tigers turut memberi penjelasan lanjut mengenai organisasi Kelab Bola Sepak JDT dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

"Tunku Mahkota Johor adalah Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim dan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.

"Tunku Tun Aminah adalah Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim.

"Datuk Ismail Karim adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor," demikian menurut kenyataan ringkas itu.-mstar

Ini Cara Abadikan Foto Di Kad ATM Maybank

MAYBANK merupakan salah satu ‘jenama bank terbaik’ di negara dan sejak dari kecil lagi, kami sudah mengenali Maybank kerana sering mengikut ibu menggeluarkan wang di mesin ATM.

Ini Cara Abadikan Foto Di Kad ATM Maybank

Sesuai dengan gelaran yang diterima, syarikat perbankan itu sentiasa memastikan kepuasan dalam memberi pelbagai faedah kepada pelanggannya.

Terbaharu, selepas memperkenalkan edisi kad debit yang menggunakan logo Superman, pelanggan Maybank kini boleh memohon untuk meletak gambar sendiri pada kad ATM masing-masing.

Pelanggan boleh menggunakan sebarang nilai estetik yang ingin diterapkan seperti gambar bersama keluarga, ketika melancong, gambar kenangan ataupun bersama haiwan kesayangan.

Ini Cara Abadikan Foto Di Kad ATM Maybank

Anda bebas memilih gambar yang digemari dan perkara ini juga secara tidak langsung membuatkan pengguna menjadi lebih teruja sewaktu menggunakan di mesin ATM.

Kepada pengguna yang ingin menukar kad lama anda kepada jenis ini, anda boleh mengunjungi ke portal Maybank di sini untuk mendaftar dan kadar bayaran perkhidmatan akan dicaj sebanyak RM26.50 (termasuk GST) dan jumlah berkenaan akan didebit dari akaun anda.

Cara-cara memohon adalah seperti berikut :

1. Di Bawah ‘How to apply?’ Tekan ‘Click here’ to apply for Debit Picture Card.

2. Pilih ‘Accept’ di ruangan syarat dan terma.

3. Kemudian tekan ruangan muat naik gambar di ‘use custom image’.

4. Selepas selesai muat naik gambar, tekan ‘finalize’.

5. Buat pembayaran dan klik ‘continue’.

Permohonan akan di proses dalam tempoh tujuh hari dari tempoh pembayaran dan akan dimaklumkan melalui emel jika permohanan berjaya.-mynewshub

Juventus Dapatkan Gonzalo Higuain £76 Juta

Juventus menandatangani perjanjian bagi mendapatkan Gonzalo Higuain daripada Napoli dengan kontrak lima tahun bernilai £76 juta (RM406.07 juta).

Juventus Dapatkan Gonzalo Higuain £76 Juta

Yuran perpindahan itu akan dibayar menerusi dua ansuran, dengan pemain pasukan Argentina itu memperoleh £6.3 juta (RM33.69 juta) selepas cukai setiap tahun.

Menurut kenyataan Juventus: "Kelab Bola Sepak Juventus pada hari ini mengesahkan bahawa ia telah mendapatkan Gonzalo Higuain dengan 90 juta Euro, yang dibayar dalam dua tahun.

"Pemain itu telah bersetuju dengan kontrak selama lima tahun bersama kelab."

Sementara itu, Napoli dalam kenyataan pula berkata: "Kelab Bola Sepak Juventus membeli untuk perpindahan Gonzalo Gerardo Higuain." - Mail Online

Vanidah Imran Korbankan Kerjaya Demi Anak-Anak

Pelakon Vanidah Imran memberitahu dia kini memperlahankan karier seninya buat sementara waktu bagi memberi perhatian terhadap keluarga terutama anak-anak yang semakin membesar.

Vanidah Imran Korbankan Kerjaya Demi Anak-Anak

Vanidah, 43, berkata, dua cahaya matanya iaitu Mikhail Imran, 15, dan Maryam Rashika, 12, bakal menghadapi peperiksaan penting yang perlu diberi perhatian sepenuhnya.

"Sekarang saya tidak banyak berlakon kerana sibuk jaga anak di rumah sahaja.

"Saya korbankan kerjaya kerana anak-anak perlukan saya tambahan pula mereka akan menduduki peperiksaan penting tahun ini iaitu Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)," ujarnya.

Vanidah ditemui pada tayangan perdana filem Temuan Takdir di Mid Valley, di sini, Selasa.

Isteri kepada pelakon Rashidi Ishak itu berkata, dia kini hanya memilih tawaran yang dirasakan berbaloi dan memberi kesan kepada penonton.

"Saya sudah jarang berlakon dan kalau dapat tawaran biarlah yang berbaloi dan dapat beri kepuasan.

"Kalau ada skrip dan pengarah yang bagus bolehlah saya fikirkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Vanidah memberitahu, dia tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah bagi membantunya menguruskan rumah tangga yang dibina lebih 15 tahun lalu.

"Dulu suami saya banyak berkorban jaga anak dan hantar anak ke sekolah kerana kami tidak pernah ada pembantu rumah.

"Sekarang masa saya pula perlu berkorban kerana suami sibuk dengan kerjayanya," ujarnya.

Bercerita tentang lakonannya dalam filem Temuan Takdir, Vanidah berkata, dia menerima tawaran tersebut bagi memberi sokongan kepada produksi Zazen Design & Production.

Vanidah Imran Korbankan Kerjaya Demi Anak-Anak

Selain itu, katanya, mesej yang cuba disampaikan dalam filem berkenaan menyentuh keharmonian hidup dalam masyarakat telah membuatkannya tertarik untuk terlibat.

"Banyak sebab yang membuatkan saya terima untuk berlakon filem ini dan salah satunya untuk memberi sokongan kepada produksi tersebut.

"Mereka masih baru dalam bidang ini dan saya harap mereka dapat perbaiki kekurangan pada filem ini untuk projek akan datang," ujarnya.

Filem Temuan Takdir bakal ditayangkan pada 11 Ogos depan di 50 pawagam seluruh negara.-mstar

Foto Baby Bump Nad Zainal Yang Semakin Terserlah

Nad Zainal kini sedang menanti detik bahagia untuk menyambut cahaya mata pertama beliau pada bulan Oktober ini. Difahamkan, Nad bakal menimang cahaya mata lelaki.

Foto Baby Bump Nad Zainal Yang Semakin Terserlah

Sedang  hamil 6 bulan kini, baby bump Nad nampaknya sudah semakin terserlah. Nampak comel pula bila Nad yang kecil orangnya mempunyai baby bump.


Kami harap segala proses bersalin nanti berjalan lancar buat Nad dan bayi beliau didalam kandungan juga berada didalam keadaan sihat.-beautifulnara