"Ruhainies Hanya Teman Rapat, Bukan Kekasih Saya"

Walaupun pernah mengakui Ruhainies merupakan insan istimewa didalam hidupnya, Azrel Ismail menepis dakwaan yang mengatakan beliau merupakan teman lelaki kepada pelakon itu. Tindakannya yang seolah dilihat melindungi wanita itu daripada kontroversi dengan suami Adira baru-baru ini hanya dibuat atas dasar teman rapat kepada pelakon itu.

"Ruhainies Hanya Teman Rapat, Bukan Kekasih Saya"

“Sebagai kawan rapat, saya berharap Ruhainies akan terus fokus kepada kerjaya seninya yang semakin berkembang naik. Dia haruslah lebih berhati-hati dan berwaspada dengan hal yang tidak terduga,” katanya kepada Berita harian Online mengenai kontroversi video mesra membabitkan rakan baiknya, Ruhainies bersama Dato Seri Adnan Abu tempoh hari.


Sementara itu, dalam masa yang sama Azrel turut terkejut apabila dirinya turut dikaitkan sekali dengan kontroversi yang melanda Ruhainies minggu lalu sehingga mendapat status kekasih kepada wanita itu. Jelasnya, oleh kerana kerap digandingan bersama-sama didalam drama sejak tahun lalu, mereka mula berkawan baik tanpa mempunyai hubungan cinta.


Terdahulu, Azrel pernah mengeluarkan kenyataan dimana beliau sangat yakin bahawa Ruhainies tidak mempunyai hubungan cinta bersama Dato Seri Adnan Abu seperti yang didakwa orang ramai. Malah katanya, ketika Ruhainies ingin keluar berjumpa Dato Red pada hari tersebut, Ruhainies turut memaklumkan kepadanya namun tidak diberitahu tujuan perjumpaan itu.-rotikaya

Enggan Dihimpit Kontroversi Lagi, Adi Putra Keluar Dari Industri Hiburan

Selepas beberapa kali dihimpit kontroversi berkaitan wanita, Adi Putra akhirnya membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada industri hiburan, namun tetap kekal aktif dalam industri perfileman tempatan. Keputusan itu dibuat kerana ingin memastikan dirinya tidak lagi dikaitkan dengan gosip dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerjaya.

Enggan Dihimpit Kontroversi Lagi, Adi Putra Keluar Dari Industri Hiburan

“Saya akan keluar daripada industri hiburan tanah air tetapi saya tetap akan kekal dalam industri perfileman. Saya mempunyai perancangan-perangcangan saya sendiri mengenai pembabitan saya di dalam dunia perfileman,” katanya kepada Malaysian Digest selepas dihimpit kontroversi membabitkan perkahwinan buat kali kedua bersama seorang janda beranak satu.


Tempoh hari, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan sekeping gambar menunjukkan Adi telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Norshahida Zolkifly. Perkara itu juga akhirnya telah diakui oleh Adi sendiri, manakala majlis resepsi pula masih di dalam perancangan namun baginya ia bukanlah keutamaan beliau buat ketika ini.

Apabila ditanya mengenai kehidupan berpoligami, Adi berkata, buat masa ini tidak banyak beliau boleh kongsikan memandang dirinya juga masih baru dan tidak mahir di dalam kehidupan berpoligami. Namun katanya, setakat ini kehidupan beliau bersama kedua-dua isteri tidak mempunyai masalah dan masih bahagia bersama kedua-dua wanita itu.-rotikaya

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Bintang Barcelona, Lionel Messi menerusi imej terbaharunya tampil dengan warna rambut yang lebih ranggi iaitu platinum blonde.

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Gambar bintang bolak sepak terkemuka dunia itu dikongsikan oleh isterinya, Antonella Roccuzzo menerusi laman Instagram, baru-baru ini.

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Messi merupakan antara sebahagian pemain bola sepak yang menyertai trend mewarnakan rambut dengan rona warna terang itu.

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Lionel Messi Tukar Imej Rambut Jadi Kelabu

Antara pemain yang memiliki warna rambut yang sama seperti Messi ialah pemain Manchester City, Samir Nasri; bintang Arsenal, Aaron Ramsey; pemain tengah Real Madrid, James Rodriquez dan pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones.-mynewshub

ND Lala Sponsor Single Baharu Kaza Saisi

Menurut pelakon berusia 57 tahun itu, single terbaharu itu dibiayai sepenuhnya oleh penyanyi ND Lala.

ND Lala Sponsor Single Baharu Kaza Saisi

“Saya sedang dalam perancangan buat single, lagu baharu merupakan hasil gubahan komposer Farid 30 sen dan diterbitkan oleh Helen Yap.

“ND Lala yang suruh saya buat, saya memang nak menyanyi (balik), ini dah sampai peluangnya,” katanya yang pernah mencipta fenomena dengan lagu Memburu Impian.

Memburu Impian merupakan lagu tema filem terkenal, Gila-Gila Remaja yang diterbitkan 31 tahun lalu.

Kaza yang kini merupakan datuk kepada enam cucu berkata, dia masih lagi aktif berlakon dan banyak menerima tawaran daripada syarikat produksi.-mynewshub

Papa Gomo Diarah Bayar Ganti Rugi RM800,000 Kepada Anwar

Blogger Papa Gomo harus membayar ganti rugi RM800,000 kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas permohonan terakhirnya untuk mengetepikan saman itu ditolak.

Papa Gomo Diarah Bayar Ganti Rugi RM800,000 Kepada Anwar

Ini adalah selepas Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris, juga dikenali sebagai Papa Gomo, bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Anwar.

Mahkamah Rayuan pada 4 Disember tahun lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.


Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum menolak permohonan untuk kebenaran merayu itu dengan kos RM10,000 selepas mendapati permohonan perayu tidak mempunyai merit.


Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Zaharah Ibrahim. Panel itu membuat keputusan selepas mendengar hujahan peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan Amran Aminuddin yang mewakili Wan Muhammad Azri.


Pada 28 Februari 2014, Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 dan kos guaman RM50,000 kepada plaintif berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.


Pada 21 Mac 2013, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.-mstar

AirAsia Terkejut Dengan Rayuan MyCC Kenakan Semula Denda

AirAsia Bhd melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang merayu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengenakan semula denda ke atas AirAsia dan Malaysia Airlines Bhd (MAB).

AirAsia Terkejut Dengan Rayuan MyCC Kenakan Semula Denda

MAB, sebelum ini dikenali sebagai Malaysian Airline System Bhd (MAS).

Menurut syarikat tambang rendah itu, rayuan terbaharu untuk menentang keputusan tribunal tersebut bukan sesuatu yang memberi manfaat dalam menggunakan sumber dan dana awam.

"Kami yakin keputusan yang dibuat tribunal tersebut pada 4 Feb, 2016 telah menetapkan hala tuju tepat bagi pembangunan jurispridens undang-undang persaingan di Malaysia," menurut AirAsia dalam satu kenyataan.

Panel Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) dianggotai lima anggota sebelum ini sebulat suara bersetuju mengenepikan denda terhadap AirAsia dan MAS serta memutuskan tidak berlaku amalan anti-persaingan dalam kerjasama diusahakan kerajaan pada 2011.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan MyCC untuk mencabar keputusan CAT yang mengenepikan denda RM10 juta ke atas MAS dan AirAsia atas pelanggaran Akta Persaingan 2010.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan 15 Ogos ini bagi pengurusan kes selepas membuat keputusan itu dalam kamar hakim di hadapan peguam Leonard Yeoh mewakili AirAsia serta peguam Sharon Chong Tze Ying bagi pihak MyCC.-mstar

Pemuda Umno Buat Laporan Polis Terhadap Zeti, Abu Kassim, Gani Patail

Pemuda Umno pada Selasa membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pemuda Umno Buat Laporan Polis Terhadap Zeti, Abu Kassim, Gani Patail

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun selepas membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi, mendakwa tiga individu tersebut dipercayai terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Menurut laporan itu, mereka didakwa telah memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi luar termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Khairul mendakwa, dokumen-dokumen palsu telah dikemukakan dan maklumat telah dimanipulasi untuk memenuhi agenda mereka.

Berikutan itu, beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu dengan teliti.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainol Samah mengesahkan menerima laporan itu.

"Kes telah telah diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi.-mstar

Mahkamah Rayuan Anugerah Kok RM350,000 Kerana Ditahan Di Bawah ISA

Mahkamah Rayuan pada Selasa membenarkan rayuan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim berhubung penangkapan dan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008 dan menganugerahkan beliau RM350,000 sebagai ganti rugi.

Mahkamah Rayuan Anugerah Kok RM350,000 Kerana Ditahan Di Bawah ISA

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan bahawa bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan responden lain telah gagal menunjukkan kepada mahkamah bukti yang andal dan mencukupi bahawa pegawai yang menangkap Kok mempunyai alasan munasabah dan substantif untuk bertindak demikian.

Dua lagi hakim ialah Datuk Varghese George Varughese dan Datuk Zaleha Yusof.

Hakim Varghese yang membacakan penghakiman 36-muka surat itu berkata peruntukan dalam undang-undang tidak harus digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengganggu atau mengugut mana-mana orang tetapi hanya untuk tujuan yang sah demi memenuhi matlamat ditetapkan.

"Setelah memberi pertimbangan yang paling serius dan secukupnya kepada perkara yang dibincangkan di atas, dan mengambil kira status dan kedudukan perayu (Kok), kami seterusnya memerintahkan responden membayar kepada perayu ganti rugi berikut," katanya.

Panel memerintahkan bayaran kepada Kok RM200,000 sebagai ganti rugi am, RM150,000 ganti rugi teruk dan teladan, dan sejumlah RM70,000 sebagai kos.

Mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini menolak saman Kok terhadap Syed Hamid, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, DSP E Kim Tien dan kerajaan Malaysia.

Pada 13 Mac, 2009, Kok memfail saman terhadap empat pihak itu dengan mendakwa beliau telah ditangkap dan ditahan secara salah di bawah ISA.

Dalam kenyataan tuntutan, Kok berkata beliau telah ditangkap oleh defendan di pintu masuk ke kediamannya di Pearl Tower, OG Heights pada 11.15 malam 12 Sept, 2008, dan ditahan selama dua jam tanpa dibenarkan menghubungi saudara terdekat atau peguamnya.

Kok berkata pada 2 pagi 13 September 2008, di balai polis Wangsa Maju beliau diberitahu oleh tiga defendan itu bahawa beliau ditahan di bawah seksyen 73(1) ISA atas alasan menyertai aktiviti yang boleh menyebabkan ketegangan dan pergaduhan kaum.

Beliau mendakwa tangkapan dan penahanannya dilakukan tanpa asas.

Kok mendakwa kerana kecuaian, sikap arbitrari dan sembrono dalam melakukan penangkapan dan penahanannya, beliau mengalami tekanan mental, kesakitan dan derita akibat keracunan makanan dan penafian haknya dari segi perlembagaan.-mstar

Raysha Rizrose Tidak Terkilan DIbayangi Populariti Kakak

Hadir di dalam dunia seni selepas kejayaan Uqasha dan Nelydia menempa nama dan populariti terlebih dahulu, bekas Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose menyatakan bahawa dia tidak terkilan dengan sesetengah pihak yang mendakwa dia dibayangi populariti kakaknya.

Raysha Rizrose Tidak Terkilan DIbayangi Populariti Kakak

“Orang boleh kata apa sahaja mengenai diri saya. Tapi itu bukanlah satu masalah buat diri saya dan saya tak terkilan pun akan hal itu. Sebab saya tahu langkah saya dalam industri bermula dari bawah sewaktu mula-mula saya menyertai Dewi Remaja di peringkat ujibakat sehinggalah saya memenangi pertandingan tersebut,” katanya kepada Rotikaya.

Melihatkan kerjaya Raysha yang kurang menyerlah berbanding rakan-rakan seperjuangannya di pertandingan Dewi Remaja lepas. Raysha optimis kerana percaya akan rezeki dan perjalanan yang masih jauh dalam industri.

“Sejujurnya rasa tak terkilan sebab pihak pengurusan saya iaitu, Astro sendiri menitik beratkan kualiti dan eksklusitiviti. Saya ada diberi penerangan dan juga bercakap sendiri dengan pihak pengurusan tentang apa yang saya mahukan dalam kerjaya saya dalam industri ini”

“Perjalanan saya dalam industri masih jauh lagi dan saya akan pilih projek-projek yang boleh keluarkan mutu dan kualiti. Saya juga percaya pada rezeki,” jelasnya.-rotikaya

Video: Lepas Gelek, Ira Menyanyi Pulak

Baru-baru ini nama Ira Kaza menjadi sebutan dan trending di kalangan netizen dengan penyebaran sebuah video gelekan maut yang dimuat naiknya sendiri di laman mikro Twitter.

Video: Lepas Gelek, Ira Menyanyi Pulak

Tidak menjangka video gelekannya itu menjadi viral, Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 21, berkata video itu dibuat secara suka-suka memandangkan dia suka menari.

Tapi anda jangan tak tahu, Ira ni bukan sahaja berkebolehan menari gelek, sebaliknya dia juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang seni suara.

Ira mendedahkan namanya kini sudah berada di penilaian terakhir untuk menjadi peserta sebuah program realiti tv nyanyian popular yang bakal memulakan siarannya dalam masa terdekat ini.

Sekiranya namanya terpilih, Ira mengakui dia sudah bersedia untuk menghadapi asam garam dalam menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti seperti bapanya.

Jom kita layan dulu video Ira menyanyikan lagu Flashlight dan Terukir Di Bintang, boleh tahan sedap juga kan suara Ira ni? –mynewshub