Salena Gomez Tiba Di KL

Penyanyi yang terkenal dengan aksi lincah di pentas, Selena Gomez tiba di Kuala Lumpur pada Ahad untuk menggegarkan konsert Revival Tour di Malaysia.

Salena Gomez Tiba Di KL

Selena, yang dianggap sebagai penyanyi remaja yang mempunyai bakat luar biasa, tiba pada 8 malam dan disambut oleh hampir seratus orang peminatnya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Seorang pengikut kelab peminat Selena Gomez Malaysia di laman Twitter,  Syazwin Aireena Norhazani, 18, memberitahu Bernama beliau dan peminat yang lain telah menyediakan buku skrap khas, mengandungi ucapan mereka untuk Selena selepas penyanyi itu meraikan sambutan hari jadinya ke-24 pada Sabtu.

"Kami menunggu sejak pagi tadi di lapangan terbang bagi ketibaannya dan kami juga telah menyediakan beberapa hadiah untuk beliau," kata pelajar Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Hands to Myself" itu dijadual mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Revival, yang dikeluarkan tahun lepas, di Stadium Melawati di Shah Alam pada malam Isnin.

Kuala Lumpur ialah destinasi persinggahan keduanya selepas persembahan di Jakarta pada Sabtu.-mstar

Harrison Pecah Rekod Dunia Acara Lompat Pagar 100m

Atlet olahraya, Amerika Syarikat (AS), Kendra Harrison memecah rekod dunia acara lompat pagar 100 meter dalam acara Sukan Ulangtahun London.

Harrison Pecah Rekod Dunia Acara Lompat Pagar 100m

Harrison yang gagal melayakkan diri pada aksi Olimpik di Rio selepas sekadar menamatkan ujian Olimpik AS di tempat keenam menamatkan larian dengan catatan masa 12.20 saat.

Keputusan itu membolehkan Harrison memadamkan rekod yang pernah dicatatkan Yordanka Donkova dari Bulgaria pada 1988.

Brianna Rollins (12.57), Kristi Castlin (12.59) dan Ali Nia (12.63) yang akan beraksi di Rio menamatkan larian di belakang Harrison pada Jumaat.

"Gagal ke Olimpik amat menyedihkan dan saya datang ke sini untuk membuktikan kemampuan saya.

"Saya berlatih bersungguh-sungguh untuk saat ini. Selamat maju jaya kepada rakan-rakan lain yang akan bersaing di Rio tetapi saya amat terkejut sekarang," kata Harrison.-mstar

Amar Baharin & Amyra Rosli Selamat Bertunang Di Sebuah Majlis Tertutup

Selepas pengumuman mengenai status hubungan cinta mereka diadakan beberapa hari lalu, maka hari ini berlangsunglah sebuah majlis yang cukup indah dimana pasangan merpati dua sejoli, Amar Baharin dan Amyra Rosli mengikat tali pertunangan mereka dalam sebuah majlis tertutup petang tadi di kediaman keluarga perempuan di Sunway Montana, Desa Melawati.

Amar Baharin & Amyra Rosli Selamat Bertunang Di Sebuah Majlis Tertutup

Memetik laporan Berita Harian Online, majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pasangan, Amyra kelihatan begitu anggun seperti puteri mengenakan busana berwarna putih. Manakala Amar pula hadir segak dengan kemeja berwarna putih yang kelihatan sedondon pada majlis pertunangan mereka yang diadakan di rumah pihak perempuan.

Amar Baharin & Amyra Rosli Selamat Bertunang Di Sebuah Majlis Tertutup

Sebelum ini, pasangan selebriti ini sering menafikan status hubungan pencintaan mereka walaupun kerap dihimpit dengan pelbagai kontroversi mengatakan bakal bernikah. Namun segalanya terlerai apabila pasangan ini bertindak mengumumkan berita gembira tersebut didalam sebuah majlis. Pada majlis itu, mereka turut berkongsikan tarikh perkahwinan mereka yang akan.


Manakala majlis persandingan disebelah keluarga Amyra pula akan diadakan sehari selepas acara akad nikah. Majlis berterusan pada 19 November di sebelah pihak keluarga lelaki. Terdahulu, ibu Amyra, pernah memaklumkan bahawa kehadiran Amar didalam hidup anak perempuannya itu begitu disenangi ramai dan merupakan calon suami terbaik buat Amyra.-rotikaya

Pengakuan Suami Adira Yang Mengundang Bala

Walaupun menyedari risiko yang bakal dihadapinya apabila keluar berduaan secara terangan bersama pelakon, Ruhainies, Datuk Seri Adnan Abu tidak mengambil pusing dengan perkara itu kerana merasa senang dengan kehadiran wanita itu. Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan keinginannya untuk menjadikan Ruhainies sebagai isteri ketiga jika ditakdirkan.

Pengakuan Suami Adira Yang Mengundang Bala

“Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Tetapi saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan yang sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti ‘automatik’ pula. Ini namanya saya sendiri yang mencari bala. Saya berasakan sama seperti dalam cerita P Ramlee pula”


“Saya seorang yang jujur dan akan meminta izin kepada isteri-isteri jika mahu berkahwin lagi. Lagipun bukannya saya buat perkara yang tidak elok. Cuma dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau juga apa reaksinya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Pengakuan Suami Adira Yang Mengundang Bala

Menerusi video yang tersebar meluas itu, Ruhainies dan Dato red kelihatan begitu mesra sekali ketika berjalan berduaan di pusat membeli belah terkemuka, Pavilion baru-baru ini. Dalam rakaman berkenaan juga, Dato Red kelihatan merangkul pinggang wanita itu ketika menaiki tangga bergerak selain kedua-duannya berpegangan tangan dengan mesra di pusat membeli belah itu.

Sebelum ini, Ruhainies ada mengeluarkan kenyataan dimana beliau merasakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memerangkapnya dengan sengaja mengambil video itu ketika pinggannya dirangkul oleh Dato Red. Selain itu, beliau turut menuduh Dato Red menjadi dalang kepada kontroversi ini berlaku dengan mengupah seseorang untuk mengambil video terbabit.-rotikaya

Wijnaldum Sarung Jersi Liverpool

Liverpool berjaya mengikat Georginio Wijnaldum dari Newcastle. Newcastle mahu mengekalkan pemain tengah itu dalam kempen kejohanan pasukan tersebut tetapi enggan menolak bidaan 25 juta pound terhadap Wijnaldum.

Wijnaldum Sarung Jersi Liverpool

Pemain Belanda itu menyertai Newcastle selepas berhijrah dari PSV Eindhoven dengan nilai perpindahan dianggarkan 14.5 juta pound.

"Pemain berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak jangka masa panjang dengan The Reds dan akan kembali beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris.

"Dia akan menyertai kelab itu dalam siri jelajah di Amerika Syarikat," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web rasmi Liverpool.

Wijnaldum merupakan penjaring terbanyak Newcastle pada musim lalu dengan 11 gol, empat daripada dijaringkan ketika menundukkan Norwich 6-2.

"Saya amat seronok kerana Liverpool merupakan sebuah kelab besar dengan sejarah yang hebat. Ia sentiasa menjadi impian untuk beraksi bersama kelab besar seperti Liverpool," katanya.-mstar

Allardyce Sah Pengurus Baharu England

Sam Allardyce sah dilantik sebagai pengurus baharu skuad The Three Lions oleh Persatuan Bola Sepak England (FA).

Allardyce Sah Pengurus Baharu England

Pelantikan pengurus berusia 61 tahun itu ditangguhkan berikutan rundingan pampasan oleh Sunderland pada Khamis.

Namun isu itu akhirnya berjaya diselesaikan.

"Pengurus berusia 61 tahun yang dihormati itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun dan akan mengambil alih jawatan tersebut dengan serta-merta selepas berjaya mengekalkan Sunderland dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Aksi pertama Allardyce bersama England adalah perlawanan persahabatan di Stadium Wembley pada 1 September ini.

"Pilihan sebulat suara panel pemilihan tiga jawatankuasa FA yang terdiri daripada Ketua Eksekutif FA, Martin Glenn, Pengarah Teknikal Dan Ashworth dan Pemangku Pengerusi David Gill, Allardyce tiba dengan rekod pretasi terbaik bersama pasukan yang dikendalinya dan reputasi kuat sebagai pemikir idea progresif," demikian menurut kenyataan FA itu.

Allardyce mengambil alih jawatan Roy Hodgson selepas aksi hambar England pada Euro 2016 apabila pasukan itu tewas mengejut kepada Iceland pada kelompok 16 pasukan terakhir.

Beliau turut menyatakan rasa bangga kerana dilantik sebagai pengurus England memandangkan ia merupakan peranan yang sentiasa diimpikannya.

"Bagi saya ia tugas terbaik dalam bola sepak Inggeris. Saya akan melakukan apa sahaja untuk membantu dan membawa lebih banyak kejayaan kepada England," kata Allardyce.-mstar

Video Dating Terbongkar, Ruhainies Dakwa Diperangkap Suami Adira

Pelakon baharu Ruhainies berasakan dirinya telah diperangkap apabila videonya keluar bersama suami Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu didedahkan.
Video Dating Terbongkar, Ruhainies Dakwa Diperangkap Suami Adira

Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, berkata, dia mengaku ada keluar bersama ahli perniagaan itu pada khamis lalu di sekitar pusat beli belah Bukit Bintang selepas dipelawa oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

"Ya, itu memang saya, kami ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain.

"Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, dia mahu berjumpa saya untuk berbincang tentang tawaran kerja, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun ia berlaku dan kenapa ada orang merakamkannya jika bukan tujuan untuk perangkap," ujarnya kepada mStar Online.    

Ruhainies dihubungi bagi mengesahkan gambar dan video yang diterima mStar Online pada Jumaat membabitkan dia dan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi. Video berkenaan disiarkan di mStar Online.

SILA KLIK: Rakaman Video Suami Artis 'Kantoi' Dating Pelakon Baharu

Menerusi video tersebut kedua-dua mereka kelihatan mesra sehingga mencetuskan tanda tanya hubungan berkenaan.

Video Dating Terbongkar, Ruhainies Dakwa Diperangkap Suami Adira

Ruhainies berkata, mereka sebelum ini pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video kormersial sempena Hari Raya Aidilfitri lalu untuk syarikat milik usahawan itu.

"Ramadan lalu saya ada berlakon untuk video kormersial iklan Hari Raya Aidilfitri syarikat dia selepas itu kami ada berbuka puasa dengan Datuk dan isteri pertamanya.

"Selepas daripada projek itu saya tidak berhubung cuma dia sahaja yang sering mesej-mesej ajak keluar. Secara jujur saya menolak keras dan memaklumkan kepadanya yang saya tidak melayan hal tidak berkaitan kerja.

"Sehingga pada Khamis saya setuju berjumpa dengannya kerana dia beritahu untuk berbincang tentang satu projek lain," ujarnya.

Ruhainies berkata, dia berasa kesal apabila menjadi mangsa dan terperangkap dalam rancangan lelaki berkenaan.

Katanya, dia tidak tahu niat sebenar Adnan yang cuba meraih populariti dengan mencetuskan kontroversi.

"Sekali lagi saya tegaskan saya tidak ada hubungan istimewa dengannya dan saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah.

"Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk ambil gambar kami seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum," ujarnya.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015.

Sementara itu, Adnan yang dihubungi berkata, dia mengesyaki gambar dan video tersebut dirakam oleh individu yang mempunyai niat buruk terhadap dia dan keluarga.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon Hello Mr Perfect  kecuali berkaitan kerja.


"Kami berjumpa atas dasar kerja sahaja tapi bagaimana pula orang boleh ambil gambar seperti itu? Saya juga tidak ada masa untuk merancang perkara-perkara begini seperti yang dituduh Ruhainies.

"Saya syak ada orang atau musuh yang sengaja ambil gambar begitu semata-mata untuk burukkan nama saya," ujarnya.

Bagaimanapun kata Adnan, dia tidak menolak mempunyai niat untuk berkawan lebih rapat dengan pelakon wanita itu.

Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai masalah untuk berkahwin buat kali ketiga jika ada jodoh.

"Secara jujurnya saya memang mahu berkawan dengan dia dan tidak salah rasanya kerana dia juga bujang. Saya pula masih ada dua kekosongan lagi.

"Isteri pertama tidak ada masalah kalau ingin berkahwin lagi, cuma dengan Adira sahajalah sukar untuk berbincang kerana kena ikut 'angin' dia dahulu," ujarnya.

Ditanya mengenai hubungan dia dengan Adira setakat ini Adnan bagaimanapun enggan memberi ulasan panjang mengenainya.

"Awak tulis okey je," katanya.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015.

Bagaimanapun gambar-gambar Adira bersama suamiya itu di Instagram sudah dipadamkan tanpa diketahui puncanya.-mstar

Nama Ronaldo Diabadikan Di Lapangan Terbang Madeira

Lapangan Terbang Antarabangsa Madeira akan dinamakan sempena nama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Nama Ronaldo Diabadikan Di Lapangan Terbang Madeira

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat Presiden Madeira, Miguel Albuquerque pada Jumaat.

Keputusan untuk menamakan semula lapangan terbang itu dibuat sebagai memberi penghormatan kepada Ronaldo susulan kejayaannya membantu Portugal memenangi Euro 2016.

Proses untuk menukar nama lapangan terbang itu sudah dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis kerajaan tempatan negara berkenaan pada Khamis lalu.

Terdahulu, Ronaldo menghadiri majlis pembukaan hotel miliknya, Pestana CR7 yang terletak di Funchal dengan kerjasama Kumpulan Pestana.

Hotel tersebut mula beroperasi awal bulan ini.-mstar

Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

Semenjak video tarian geleknya menjadi viral di laman sosial, nama anak pelakon dan penyanyi Kazar Saisi iaitu Ira Kaza bukan lagi asing di telinga masyarakat Malaysia.


Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

Dalam orang ramai mengecam dan mengkritik aksi tersebut, namun ternyata insiden viral tersebut turut membawa tuah buatnya apabila bilangan pengikutnya di laman Instagram meningkat dengan drastik.

Mana tidaknya, ramai pengikut khususnya wanita mencemburui tubuh badan yang dimiliki Ira hinggakan dia dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai rahsia yang diamalkan untuk mendapatkan body mantap sepertinya.

Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

Berkongsi rahsia kepada umum, gadis yang mempunyai berat badan 54 kilogram ini memberitahu, dia sangat mementingkan amalan gaya hidup sihat.

“Saya selalu pergi ke gym sekurang-kurangnya 3, 4 kali seminggu bersama rakan untuk mengeluarkan peluh.

“Setiap pagi, saya akan membuat kira-kira 30 sit up agar perut tidak buncit.

“Untuk mendapatkan tubuh yang cantik, kita juga kena pastikan kalori intake kurang daripada kalori keluar.

“Paling penting adalah disiplin. Kalau kita jaga makan, dapatkan tidur yang cukup dan melakukan senaman cardio memang badan kita akan maintain fit,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.

Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar

Pun begitu, Ira atau nama sebenarnya, Fadira Fatini Kazar, 21, mengakui sebagai orang Melayu dia tidak boleh lari daripada pengambilan nasi namun mengawalnya dengan senaman.

Kata Ira yang juga salah seorang peserta ujibakat Akademi Fantasia 2016 ini, dia merupakan individu sangat mementingkan senaman di bahagian kaki.

Sementara itu, Ira memberitahu, idola yang sering dijadikan inspirasi untuk memiliki badan fit adalah Michelle Lewin. – MYNEWSHUB

Ibrahimovic Sarung Jersi No 9

Zlatan Ibrahimovic akan menyarung jersi No 9 di Manchester United manakala Anthony Martial yang sebelum ini memakai jersi dengan nombor itu akan menggunakan No 11.


Ibrahimovic Sarung Jersi No 9

Penyerang Sweden itu sering memakai jersi pelbagai nombor antaranya lapan, sembilan dan 10 sepanjang kariernya.

Namun ketiga-tiga nombor itu sudah digunakan di Old Trafford.

Martial bertukar ke No 11 manakala pemain yang menggunakan nombor itu sebelum ini, Adnan Januzaj kini menggunakan No 15.

Juan Mata kekal menggunakan jersi No 8 manakala Wayne Rooney, No 10.

Ibrahomovic memuatnaik gambarnya menggunakan jersi No 9 di laman Instagram miliknya dengan kapsyen 'Saya memilih nombor 9'.

Sementara itu, pemain baharu yang dibawa masuk pada musim panas ini, Eric Bailly dan Henrikh Mkhitaryan masing-masing menggunakan jersi No 3 dan No 22.

Jersi No 6 yang masih kosong dan ia dilaporkan disimpan untuk Paul Pogba yang turut menggunakan nombor sama semasa tiba di Juventus.

Harapan penyokong United untuk melihat Ibrahimovic beraksi dengan jersi No 9 semasa Jelajah ke China tidak kesampaian apabila Jose Mourinho memberikan cuti lanjutan kepadanya selepas tamat saingan Euro 2016.

"Keputusan saya terhadap Zlatan selepas mengambil kira kajian, analisis dan perbincangan dengan kakitangan saya. Segalanya berbeza di sini... badan, fikiran dan personaliti amat berbeza. Dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri," katanya.

United akan menentang Borussia Dortmund, Manchester City dan Galatasaray di China.-mstar