Paris Hilton Bakal Lancar Tiga Hotel Mewah

Bintang realiti Paris Hilton dilaporkan bakal mengikut jejak langkah moyangnya iaitu Conrad Hilton apabila bakal melancarkan hotel mewah bawah jenamanya.


Menurut laporan Forbes, Paris memilih melancarkan hotel berkenaan di Dubai, New York dan Las Vegas yang juga lokasi kegemarannya.

Bagaimanapun Paris masih belum menetapkan tarikh pelancaran hotel berkenaan.

Dalam pada itu, ini bukan kali pertama Paris terlibat dalam bidang perniagaan kerana dia juga pernah bertindak sebagai pereka bentuk dua buah kelab di Filipina sebelum ini.

Malah rangkaian wangian yang dilancarkan Paris sebelum ini turut membawa pulangan lumayan berjumlah USD1.5 bilion.

Selain itu Paris juga mempunyai 50 buah butik di seluruh dunia yang menjual produk seperti wangian, beg tangan, jam dan kasut.-mstar

Dilantik Duta Produk, Che Ta Tak Guna Wang Diterima Aaisyah

Aktres Rozita Che Wan tidak pernah menggunakan wang pendapatan yang diterima anaknya Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia 18 bulan.


Aaisyah Dhia Rana

Rozita atau lebih dikenali Che Ta, 43, berkata, dia menyimpan semua wang yang diperoleh Aaisyah dalam akaun peribadi kanak-kanak berkenaan untuk kegunaan masa depannya.

"Kami tidak pernah sentuh sedikit pun duit yang dia dapat kerana semua telah dimasukkan terus ke dalam akaun peribadinya.

"Apa yang dia dapat itu saya tidak anggap dia bekerja sebaliknya sebagai rezekinya yang sentiasa murah sejak dilahirkan," ujarnya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada majlis perlantikan Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me yang diadakan di Flora Tarrace, di sini, Khamis.

Yang turut hadir pada majlis tersebut suaminya pelakon Zain Saidin.
Aaisyah Dhia Rana

Dalam pada itu, Rozita berkata,  dia menerima tawaran produk mandian organik tersebut berikutan komitmen yang perlu diberikan tidak terlalu banyak dan membebankan anaknya itu.

"Aaisyah banyak terima tawaran untuk jadi duta produk hampir 20 produk tetapi terpaksa ditolak kerana mengambil kira komitmen yang perlu dilakukan.

"Kalau boleh saya tidak mahu komitmen yang membebankan dan membuatkan dia penat. Produk tu juga mestilah yang bagus dan tidak berbahaya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kanak-kanak itu, Rozita berkata, Aaisyah kini sudah pandai bercakap dan gemar bergaya.

Dia juga sudah membeli dua beg tangan untuk kanak-kanak itu.

"Dia tidak suka mainan dan di rumah kami tidak ada mainan. Jika bawa dia ke tempat menjual mainan dia tidak ada reaksi.

"Aaisyah lebih teruja kalau bawa ke kedai beg tangan. Selain itu, saya juga tidak ajar dia menggunakan gajet sepeti telefon pintar atau iPad," ujarnya.-mstar

Adlin Ditahan Polis Kes Penipuan Hartanah

Seniwati veteran Ruminah Sidek, 70, terkejut selepas dimaklumkan anaknya iaitu pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan hartanah.

Adlin Ditahan Polis Kes Penipuan Hartanah

“Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu,” katanya ketika dihubungi mStar Online lewat malam Khamis tanpa mahu mengulas lanjut.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon lelaki bersama beberapa individu lain berpangkat Datuk telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan hartanah yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Roslan Abd Wahid dilaporkan berkata, seorang pelakon telah ditahan di rumahnya di Cyberjaya dekat sini kira-kira pukul 2 petang Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Artis berkenaan dikatakan direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasaan.

Dalam pada itu Adlin iaitu Emelda yang dihubungi mStar Online tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.-mstar

DOJ: Tun M Cadang Perhimpunan Aman

Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak susulan dakwaan melibatkan 1MDB oleh Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat (DOJ).


DOJ: Tun M Cadang Perhimpunan Aman

"Rakyat Malaysia malu-malu (untuk mengadakan tunjuk perasaan). Di negara lain, berjuta-juta rakyatnya akan berarak di jalanan. Rakyat Malaysia amat baik, kita biasanya tidak mengadakan tunjuk perasaan.

"Saya rasa kita perlu mengadakan satu perhimpunan aman bagi menuntut penyingkiran perdana menteri," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Khamis.

Dr Mahathir berkata, perhimpunan aman perlu diadakan susulan tindakan DOJ yang memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dialihkan dari 1MDB.

"Kenyataan DOJ amat komprehensif menunjukkan bahawa semua perkara yang dinyatakan dalam Deklarasi Rakyat. Memandangkan perdana menteri tidak mahu berundur, maka rakyat mesti meneruskan referendum yang telah kita mulakan," katanya.

Sementara itu, bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga yang turut hadir pada sidang media itu turut tidak menolak badan pemantau pilihan raya sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perhimpunan aman tersebut.

Selain itu, Dr Mahathir turut mengulangi desakan agar satu tribunal bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan DOJ terhadap 1MDB.

Namun beliau berkata, tribunal itu tidak boleh melibatkan Najib kerana beliau merupakan orang yang perlu disiasat.

"Kita dah lama jangka perkara ini akan berlaku. Apa yang Peguam Negara (Loretta Lynch) sedang lakukan ini adalah bukti apa yang kita perjuangkan selama ini untuk mendedahkan semua salah laku 1MDB yang jelas melibatkan perdana menteri adalah betul.

Turut hadir bekas Presiden MCA Tan Sri Dr Ling Liong Sik, Datuk Zaid Ibrahim & Ahli Parlimen Shah Alam (Parti Amanah Negara) Khalid Samad.

Pada Rabu, DOJ mendakwa AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik 'Malaysian Official No 1' yang tidak dinamakan.
DOJ tidak menamakan 'Malaysia Official No 1' tetapi menggambarkan individu itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB."-mstar

Video: Pura-Pura Jadi Jemaah Untuk Mencuri

Pantang lihat peluang, seorang lelaki tergamak curi barangan milik jemaah yang sedang menunaikan solat dalam kejadian di Masjid Al-Siddiq, Iskandar Perdana, di sini, kelmarin.

Video: Pura-Pura Jadi Jemaah Untuk Mencuri

Gelagat lelaki berkenaan yang dilihat berpura-pura menjadi seorang jemaah ketika solat asar berjemaah, berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

“Daripada rakaman CCTV, kita dapati ada seorang lelaki yang berpakaian lengkap, berkopiah serta berkain pelikat seperti mahu bersolat.

“Namun, lelaki itu dilihat mengambil beg jemaah yang sedang solat dan menyebabkan seorang jemaah kerugian RM400,” kata pengerusi masjid, Abdul Rahim Basri yang dipetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, kejadian kecurian seumpama itu bukanlah yang kali pertama berlaku di masjid berkenaan, tetapi sebelum ini cuma melibatkan kecurian duit tabung masjid.

Tambahnya, pihak masjid mengambil serius kejadian tersebut termasuklah memasang CCTV, selain merancang meletakkan anggota Rela ketika solat Jumaat.

Menurut portal itu lagi, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Aziz Hasan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Pihaknya ada menerima laporan berkenaan kejadian itu yang melibatkan seorang jemaah kerugian RM400 apabila dompetnya diambil suspek terlibat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuklah melihat rakaman CCTV masjid itu untuk mengesan suspek terlibat,” katanya. – MYNEWSHUB

Lady Gaga Ditahan Polis Sekali Lagi

Penyanyi Lady Gaga ditahan polis baru-baru ini hanya selepas dua minggu menerima lesen memandu.

Daily Mail melaporkan Gaga ditahan ketika sedang memandu kereta baharunya jenis Ford F-150 di California apabila kenderaannya tidak mempunyai nombor plat.


Penyanyi lagu Poker Face itu turut menjelaskan situasi berkenaan kepada peminatnya menerusi Twitter.

"Ya benar saya ditahan polis. Ia perkara besar!

"Saya belum menerima nombor plat untuk kereta baharu saya itu dan sebab itu polis menahan saya," katanya.

Menurut Unit Kenderaan California, pemandu akan menerima permit sekiranya mereka membeli kereta baharu atau terpakai sebelum diberikan nombor plat.

Kebiasaannya mereka dibenarkan untuk memandu tanpa nombor plat namun perlu membawa permit sementara sebagai bukti jika ditahan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Gaga membawa permit berkenaan atau pun tidak.

Terdahulu, Lady Gaga memuat naik gambar di Instagram memberitahu dia akhirnya berjaya memiliki lesen memandu pada usia 30 tahun.-mstar

Fathia Latiff Dikritik Hebat Buka Aurat Di Luar Negara

Boleh tahan juga kritikan yang ditinggalkan pengikut Instagram Fathia Latiff di bahagian komen. Semuanya hanya kerana sekeping gambar pelakon berkenaan ketika menjalani penggambaran di Sepanyol baru-baru ini.


Fathia Latiff Dikritik Hebat Buka Aurat Di Luar Negara

Rata-rata komen yang ditinggalkan mengkritik Fathia kerana membuka aurat di luar negara malah ada yang menyatakan bahawa mereka sudah membeli tudung keluaran Fathia atas tanda sokongan namun begini pula jadinya.


Fathia Latiff Dikritik Hebat Buka Aurat Di Luar Negara

Namun masih ada peminat yang menasihati Fathia secara baik dan turut mendoakan agar pelakon ini sentiasa kuat untuk beristiqamah dalam berhijab. Lebih menarik lagi, Fathia tidak cepat melatah sebaliknya hanya meninggalkan reaksi cukup tenang – thanks for all the advice. Will try to improve InsyaAllah.


Bermula daripada teguran itu juga, rata-rata gambar yang dimuatnaik selepas itu semuanya bertudung litup. Semoga Fathia kekal tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan mendatang.-rotikaya

Mira Filzah Perlekeh Kerjaya Gadis Pejabat?

Mengakui mahu mencari kelainan dari segi kerjaya, Mira Filzah ada berkongsi serba sedikit tentang perwatakan serta pencapaian akademik beliau didalam majalah Intrend. Namun Mira dikecam hebat apabila beliau menyatakan tidak mahu terikat dengan kerja di pejabat kerana menganggap kerjaya itu sebagai sesuatu yang membosankan buat dirinya.


Mira Filzah Perlekeh Kerjaya Gadis Pejabat?

Bagaimanapun kenyataan itu nampaknya mencetuskan kemarahan gadis-gadis pejabat yang merasakan pelakon itu cuba memperlekehkan kerjaya mereka sebagai PTD dengan menganggap kerjaya itu membosankan selain asyik terperap didalam pejabat sahaja. Malah mereka juga turut menjelaskan realiti sebenar pekerja yang bekerja didalam bidang itu.

Mira Filzah Perlekeh Kerjaya Gadis Pejabat?

Namun pada masa yang sama, Mira menerusi akaun Instagramnya tampil menjelaskan perkara itu bahawa baginya kerjaya PTD merupakan satu kerjaya yang mempunyai masa depan yang cerah, namun masing-masing mempunyai minat yang berbeza. Bagi Mira, dirinya lebih suka kerjaya yang tidak mempunyai waktu kerja yang tetap seperti bidang lakonan sekarang.

Mira Filzah Perlekeh Kerjaya Gadis Pejabat?

Apapun mungkin perkongsian Mira terhadap minatnya didalam sesuatu kerjaya tidak bermaksud untuk memperlekehkan mahupun menyinggung perasaan mana-mana pihak. Mungkin sikap terus terangnya telah disalah erti, tetapi apa yang pasti setiap kerjaya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang tidak perlu dibandingkan.-rotikaya

Gambar Bahagia Adi Putra Di Instagram Cetus Tanda Tanya

Selepas membatalkan majlis sambutan Aidilfitri bersama kelab peminat, kini muncul pula sekeping gambar bahagia Adi Putra dan isteri pertamanya Aida Yusof yang dimuat naik menerusi Instagram masing-masing semalam. Tindakan Adi itu terus menjadi tanda tanya apabila beliau sendiri juga pada ketika ini terus berdiam diri mengenai kontroversi pernikahannya.

Gambar Bahagia Adi Putra Di Instagram Cetus Tanda Tanya

Gambar yang dimuat naik semalam tidak disertakan dengan kepsyen manis, hanya sekadar meletakkan emotikon berbentuk senyuman. Pada masa yang sama, ruangan komen juga dibanjiri dengan peminat beliau yang rata-rata mendokankan kebahagiaan rumah tangga mereka walaupun masih ada juga yang berang dengan tindakan Adi menipu isteri pertamanya.

Gambar Bahagia Adi Putra Di Instagram Cetus Tanda Tanya

Manakala memetik laporan Utusan Online pula, difahamkan oleh sumber terdekat, pasangan suami isteri Adi dan Aida dikhabarkan kini sedang bercuti diluar negara hujung minggu ini namun lokasinya tidak dapat dipastikan. Dikhabarkan percutian itu merupakan satu usaha menenangkan serta memujuk hati isteri pertamanya itu yang baru sahaja menerima madu.

Sebelum ini, beberapa hari lalu cerita mengenai perkahwinan pelakon itu kecoh diperkatakan apabila gambar Adi berada pada majlis perkahwinan mula tersebar. Pelakon berkenaan dikatakan telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda beranak satu yang juga merupakan rakan kongsi kepada Adi sejak setahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertamanya.-rotikaya

Video Yuna Peluk Usher Terus Dikritik

Akibat dikritik teruk oleh peminat yang tidak senang dengan tindakan beliau memeluk rakan duetnya, Usher ketika mengadakan persembahan Live at The Roots Picnic 2016, di Philadelphia, Amerika Syarikat, baru-baru ini, Yuna tampil membidas kritikan itu dengan menyatakan bahawa kehadirannya didalam industri bukan untuk memuaskan hati semua orang.
Video Yuna Peluk Usher Terus Dikritik

“Khas untuk anda semua yang buat saya trending hari ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda jugalah yang mahu bergambar dengan saya”


“Jangan ingat saya tak tahu apa yang anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh. Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara berkenaan.

Semalam, sebuah video menunjukkan Yuna yang sedang menyanyikan lagu hits, Crush bersama Usher menjadi trending apabila pada penghujung persembahan mereka, Yuna dan Usher telah berpelukan. Gara-gara kejadian itu, ramai meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan penyanyi itu sebagaimana beliau adalah seorang wanita bertudung.


Pada masa yang sama, disebabkan video itu juga para peminat Yuna mula bertelagah sesama sendiri. Ada diantaranya berpendapat bahawa kejadian itu berlaku secara tidak sengaja. Ada yang membuat teori bahawa, Yuna terpaksa memeluk Usher hanya kerana ingin menghormati selebriti antarabangsa itu yang pada awalnya ingin memeluknya.-rotikaya