Sekitar Bulan Madu Hafiz Suip Dan Isteri Di Sydney

Selepas selesai melangsungkan majlis resepsi kedua mereka di Hotel Grand Dorssert Subang, Hafiz Suip dan isterinya Nureffy sudah boleh meluangkan masa berdua dan menikmati percutian bulan madu di Sydney, Australia.


Sekitar Bulan Madu Hafiz Suip Dan Isteri Di Sydney

Hafiz sempat memuat naik foto beliau dan isteri ketika berbulan madu dan mereka sempat berkunjung ke tempat menarik seperti Sydney Opera House dan Hard Rock Cafe Sydney.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar bulan madu Hafiz dan isterinya di Sydney dengan membaca entri ini sepenuhnya.-beautifulnara



Sekitar Bulan Madu Hafiz Suip Dan Isteri Di Sydney

Sebab Tak Boleh Cium Lara Alana

Gara-gara dicium orang ramai, anak kepada Awal Ashaari dan juga Scha al-Yahya iaitu Lara Alana baru-baru ini telah terkena alahan di pipinya. Melalui akaun Instagramnya, kelihatan ruam merah di pipi Lara.


Sebab Tak Boleh Cium Lara Alana

Dalam kenyataan di Instagram tersebut, ibu bapa Lara Alana telah menjelaskan bahawa perkara tersebut terjadi kerana terlalu ramai orang yang mencium anaknya selain menafikan bahawa mereka sombong apabila hanya membenarkan orang lain berselfie dengan Lara.


Sebab Tak Boleh Cium Lara Alana

Bagaimanapun, tindakan tersebut seperti biasa menimbulkan perbalahan di kalangan peminat dan juga pengkritik yang mengikuti laman Instagram Lara Alana. Apa pun, sebagai ibu bapa pastinya Awal dan Scha mengharapkan peminat menghormati permintaan mereka.-rotikaya

Elly Mazlein Bakal Tuntut Hak Penjagaan Anak

Selepas mendedahkan status perkahwinan beliau yang telah bercerai setahun lalu, Elly Mazlein kini memberitahu bahawa beliau bakal membuat tuntutan hak penjagaan anaknya tidak lama lagi bagi mendapatkan hitam putih berikutan menginginkan masa depan yang terbaik buat dirinya dan juga puteri sulong beliau, Putri Sara Sefhia


Elly Mazlein Bakal Tuntut Hak Penjagaan Anak

“Pada saya terpulang pada diri sendiri dan masing-masing pun sudah besar serta fikir-fikirkanlah sendiri. Sekarang ini tengah nak naik mahkamah untuk hak penjagaan anak, saya mahukan hitam putih. Jadi, tak mahu esok hari ada hak-hal yang berbangkit. Sebab dari hari pertama sehingga kini saya yang menjaga anak”


“Alhamdulillah kehidupan sekarang rezeki lebih melimpah, menumpang rezeki anaklah kan, insya-Allah. Sekarang ini saya ada gunakan dua khidmat nurse untuk jaga anak sebab saya nak yang terbaik untuk dirinya,” jelasnya kepada Media Hiburan mengenai kehidupannya kini yang lebih bahagia selepas bercerai.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perspektif negatif orang ramai berkenaan menggunakan pembantu rumah untuk menjaga anak, Elly berpendapat tidak perlulah menjatuhkan hukuman membabi buta disebabkan cerita negatif yang didengar. Malah katanya, beliau berfikiran positif dengan keputusannya itu.-rotikaya

Tak Perlu Bertunang Untuk Tunjuk Kamal Milik Saya - Emma Maembong

Jika sebelum ini Kamal Adli pernah menyatakan hasratnya yang sudah bersedia untuk berkahwin dengan Emma Maembong, namun hubungan itu dilihat masih tidak mempunyai hala tuju sehingga ada sesetengah pihak mempertikaikan sikap Emma yang kelihatan seakan bermain tarik tali dan menyembunyikan status mereka.
Tak Perlu Bertunang Untuk Tunjuk Kamal Milik Saya - Emma Maembong


“Kami masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Sesetengah pihak yang tidak faham mungkin akan menghentam dan menyelar seolah-olah kami tidak serius merencana perjalanan masa hadapan. Malah tidak kurang ada yang pertikaikan mengapa saya seperti bermain tarik tali mengenai hubungan cinta kami”


“Mereka mempertikaikan mengapa saya masih muat naik gambar berdua tetapi masih membiarkan hubungan kami tergantung begitu sahaja. Seperti pasangan bercinta lain, saya juga ingin mengenali insan yang dicintai dengan lebih mendalam. Proses itu memerlukan masa,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara itu.


Tak Perlu Bertunang Untuk Tunjuk Kamal Milik Saya - Emma Maembong


Selain itu, Emma turut berkongsi luahan hatinya tentang pengalaman cinta lalu yang banyak membuatkan beliau untuk lebih berhati-hati mengenali seseorang secara berperingkat. Malah, tambahnya lagi beliau tidak ingin terlalu hanyut didalam soal cinta sehingga boleh menyebabkan jiwa melara apabila hubungan putus ditengah jalan.-rotikaya

Tak Perlu Bertunang Untuk Tunjuk Kamal Milik Saya - Emma Maembong

Pemain Olympiakos Selamat Selepas Jadi Mangsa Culik

Pemain bola sepak dari Mexico, Alan Pulido selamat selepas polis berjaya melepaskannya daripada kumpulan penculik yang menculiknya di timur laut Mexico.


Pemain Olympiakos Selamat Selepas Jadi Mangsa Culik

Pulido, 25, diculik pada malam Sabtu di bandar kelahirannya, Ciudad Victoria, Tamaulipas.

Penyerang yang bermain untuk pasukan Greek, Olympiakos, itu sempat menelefon polis tanpa disedari orang yang menangkapnya, menurut pegawai.

Seorang lelaki berusia 38 tahun telah ditangkap. Pegawai-pegawai berkata dia mengaku menjadi salah seorang anggota kumpulan jenayah tempatan.

Polis sedang mencari tiga lelaki lain yang dipercayai terlibat dalam penculikan itu.

Kereta Pulido telah dikelilingi oleh beberapa kenderaan ketika dia meninggalkan sebuah parti bersama teman wanitanya pada malam Sabtu.

Lelaki bertopeng telah menculiknya, meninggalkan teman wanitanya tanpa dicederakan, dalam kejadian yang berlaku di sebuah tempat letak kereta.

Keluarga Pulido menerima panggilan telefon pada Ahad menuntut bayaran wang tebusan, kata pendakwa negeri Ismael Quintanilla kepada wartawan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada keluarga itu merancang untuk memenuhi permintaan penculik atau berapa besar permintaan wang tebusan itu.

Quintanilla berkata pasukan keselamatan tidak dapat mengesan Pulido, tetapi Pulido berjaya menelefon pihak polis.

Katanya, tiada kesan tembakan ditemui dan Pulido hanya mengalami kecederaan ringan.

Sambil salah satu tangannya dibalut, Pulido berkata kepada pemberita awal pagi semalam, "Saya baik, syukur kepada Tuhan."

Tamaulipas adalah salah satu negeri yang paling ganas di Mexico.

Mexico baru-baru ini mengerahkan lebih banyak pasukan keselamatan untuk menangani kartel yang beroperasi di kawasan itu.

Negara itu mempunyai kadar penculikan tertinggi di dunia, dengan kira-kira 1,000 orang diculik setiap tahun.

Angka itu bagaimanapun dipertikaikan kerana ia didakwa boleh menjadi hampir 10 kali ganda lebih tinggi.-mstar

Adele Beli Rumah Mewah Harga RM38 Juta

Penyanyi terkenal Adele dilaporkan membelanjakan USD9.5 juta (RM38 juta) untuk memiliki sebuah kediaman mewah di Beverly Hills, Los Angeles.



TMZ melaporkan penyanyi lagu Hello itu membeli rumah agam berkenaan pada bulan lalu.

Rumah berkeluasan 6,600 kaki persegi itu terletak di sebuah kawasan eksklusif dan berpagar yang turut memperlihatkan Adele bakal berjiran dengan bintang terkenal lain seperti Jennifer Lawrence, Ashton Kutcher, Mila Kunis dan Cameron Diaz.

Ia mempunyai empat bilik tidur, enam bilik air dan kolam renang peribadi.

Adele
turut mengubahsuai laman belakang rumah berkenaan yang dilengkapi dengan rumah pokok dan set kereta api untuk anaknya bermain.

Bagaimanapun penyanyi itu masih belum berpindah ke rumah tersebut kerana kini sedang sibuk dengan konsert jelajah di Eropah dan Amerika Syarikat.-mstar

Hazama & Genervie Kam Rancang Nikah Selepas Hari Raya Aidilfitri

Setelah menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu, akhirnya penyanyi, Hazama akan menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, Genervie Kam selepas sambutan Aidilfitri nanti. Bagaimanapun, mereka sudah sepakat menginginkan sebuah majlis perkahwinan ringkas yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Hazama & Genervie Kam Rancang Nikah Selepas Hari Raya Aidilfitri

“Kami mempunyai hasrat untuk berkahwin selepas hari raya nanti namun belum menetapkan tarikh. Lagipun kami menginginkan sebuah majlis ringkas dan sekadar akad nikah saja. Lakukan perkara wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu dilaburkan membeli rumah”


“Saya pun sudah mencecah 32 tahun dan rasanya tidak perlu untuk bertunang atau merisik. Di atas nasihat keluarga, kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas mungkin,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perancangan majlis pernikahan mereka.

Pada masa yang sama, mengenangkan kejadian yang pernah dilalui oleh isteri teman rapatnya, Stacy, Hazama mengambil iktibar daripadanya dan enggan perkara yang sama terjadi kepada kekasihnya yang juga merupakan seseorang yang baru belajar mengenai agama Islam apabila berdepan dengan tekanan yang serupa.


Tambah Hazama lagi, kekasihnya atau mesra dipanggil Gen yang juga seorang pemuzik kini dikatakan sudah terbuka untuk mengenali secara mendalam tentang keindahan agama Islam walapun kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kata putus berhubung fasa seterusnya berikutan perbezaan agama diantara mereka berdua.-rotikaya

Lelaki Masih Hidup Biarpun ‘Ditelan’ Eskalator

Insiden ngeri membabitkan kemalangan eskalator bukan lagi perkara baharu malah merupakan isu hangat yang sering dijadikan topik hadapan di dada-dada akhbar.


Lelaki Masih Hidup Biarpun ‘Ditelan’ Eskalator

Terbaharu, seorang lelaki yang ditugaskan untuk menyelenggara sebuah eskalator di Chongqing, China cedera teruk setelah ‘dimakan’ oleh mesin tangga bergerak tersebut.

Lelaki Masih Hidup Biarpun ‘Ditelan’ Eskalator

Menurut portal Shanghaiist, insiden malang itu berlaku awal pagi ini di luar sebuah pasar raya yang terletak berdekatan dengan kampus di Universiti Southwest.


Lelaki Masih Hidup Biarpun ‘Ditelan’ Eskalator

Difahamkan, lelaki berkenaan ditelan oleh mesin tersebut akibat dia terlupa untuk mematikan dahulu kuasa elektrik yang masih ada, sebelum memulakan kerja.

Lelaki Masih Hidup Biarpun ‘Ditelan’ Eskalator

Lelaki terbabit terlekat di eskalator tersebut sehinggalah pihak bomba tiba di lokasi kejadian. Dia dilaporkan mengalami kecederaan agak teruk namun berada dalam keadaan stabil. – MYNEWSHUB

Video: Teksi Halang Ambulans Keluar Pisau, Gertak Orang

Belum pun reda isu puluhan kenderaan memasuki laluan kecemasan di lebuh raya PLUS dekat Alor Gajah, Melaka sehingga menyekat ambulans dan mengorbankan mangsa nahas, lagi cerita individu menghalang ambulans muncul.


Video: Teksi Halang Ambulans Keluar Pisau, Gertak Orang

Kali ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemandu teksi dengan pendaftaran plat HQ 2000 yang cuba menghalang laluan dalam kejadian di Sibu, Sarawak, mengundang kecaman ramai netizen menerusi media sosial.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pengguna Facebook bernama Francis Ngu Hown Hua, pemandu teksi tersebut difahamkan telah menghalang perjalanan beberapa buah kenderaan lain, termasuk sebuah ambulans.

Lantas sikap tidak bertanggungjawab individu itu membuatkan dia dihon beberapa kali. Namun bak mencurahkan air ke daun keladi sahaja, pemandu teksi itu seakan tidak menghiraukan perkara tersebut.

Ini membuatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menegur lelaki terbabit supaya segera mengalihkan kenderaanya.

Namun dia pula dilihat marah dan segera mengeluarkan objek seakan-akan pisau yang diambil dari dalam kenderaan itu bagi mengugut orang ramai.

Aksi ‘gengster’ pemandu teksi terbabit seterusnya membuatkan netizen meminta pihak Polis Diraja Malaysia segera menyiasat insiden tersebut. – MYNEWSHUB

Saya Akan Saman Malu! – ADUN Kedah

Berikutan tersebarnya video viral mendakwa Datuk Azmi Che Hussain menumbuk sepasang kekasih di hadapan pusat beli belah di Alor Setar 15 Mei lalu, beliau hari ini tampil membuat kenyataan akan menyaman malu pihak yang memfitnahnya.


Saya Akan Saman Malu! – ADUN Kedah

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, akan mengambil tindakan terutamanya kepada pihak yang cuba memfitnah dirinya telah memukul seorang wanita dalam insiden tersebut.

“Saya akan ambil tindakan saman malu kerana ada cubaan menjatuhkan reputasi saya. Saya juga akan buat laporan kepada pihak berwajib.

“Ini selepas menerima pandangan peguam agar tindakan diambil kepada mereka yang terlibat memburuk-burukkan keadaan tidak benar di laman media sosial.

“Fitnah dan viral itu boleh menjejaskan reputasi saya sebagai timbalan speaker dan Adun, malah menjatuhkan maruah keluarga saya,” katanya seperti yang dipetik daripada sebuah portal berita arus perdana.

Beliau yang juga ADUN Bayu turut bersimpati dengan wanita yang terlibat dalam kejadian itu kerana dilayan buruk oleh teman lelakinya sendiri.

“Saya lihat apa yang berlaku kepada wanita itu. Masa dia dikasari, saya ada tegur sikap lelaki tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, portal Sinar Harian melaporkan dua individu tampil menjadi saksi kejadian memberi keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, malam kelmarin.

Azamuddin Mansor, 18, dari Kepala Batas, berkata, wanita berkenaan ditarik kasar sebelum ditolak masuk di tempat duduk belakang kereta.

Menurutnya, perkara itu berlaku selepas wanita tersebut cuba menenteramkan lelaki berkenaan daripada meneruskan pergaduhan.

“Saya hanya sedar kejadian ketika wanita berkenaan menarik lelaki itu supaya tidak teruskan pergaduhan. Kemudian Datuk (Azmi) dan anak-anaknya menuju ke kenderaan mereka semula.

“Tetapi lelaki itu menarik teman wanitanya dengan kasar dan menolak dia ke dalam kereta di tempat duduk belakang. Selepas itu dua orang awam dilihat menghampiri lelaki itu untuk meredakan keadaan,” katanya.

Azamuddin berkata, dia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa selepas menyedari ramai pengguna media sosial bertindak membuat tuduhan melulu biarpun tidak mengetahui kejadian sebenar.

Seorang lagi saksi, Siti Hajar Azmi, 25, berkata, insiden berkenaan bukan hanya berlaku dalam tempoh 33 saat seperti yang dirakam.

“Ia berlaku lebih panjang dari itu. Waktu kejadian saya ada di seberang jalan. Apa yang saya nampak lelaki berkenaan bertindak kasar kepada wanita itu apabila menarik dan menolaknya masuk dalam kereta. Sikap lelaki itu memang kasar, wanita itu hanya mahu leraikan keadaan,” katanya. -MYNEWSHUB