Mira Filzah Bercinta Denagn Zizan Razak

Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan Mira Filzah dan Zizan Razak kini sedang menjalinkan hubungan rapat dan berkemungkinan sedang dilamun cinta. Namun begitu, Mira Filzah tampil menafikan dakwaan itu dan mengatakan beliau masih sendirian dan tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini.
Mira Filzah Bercinta Denagn Zizan Razak


Memetik laporan Utusan Online, pada masa yang sama, Mira menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin diantara beliau dan Zizan hanya sebagai teman rapat sahaja dan tidak lebih daripada itu. Malah jelasnya lagi, beliau dan Zizan berada didalam industri yang sama jadi hubungan itu terjalin hanya sebagai teman sesama industri.

Desas-desus mengenai gosip cinta diantara mereka mula tercetus apabila mereka dikatakan dilihat berdua menemani Mira membuat laporan polis selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil baru-baru ini. Hubungan mereka juga mula mendapat perhatian ramai sejurus selepas kejadian itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sebelum ini, Mira pernah menyatakan bahawa kerjayanya sebagai insan seni membuatkan beliau sendiri tidak mempunyai masa untuk mencari kekasih hati kerana jadual kerjaya yang padat sehari-harian. Malah beliau juga menafikan sekeras-kerasnya jika terdapat sebarang gosip cinta yang dikaitkan dengannya.-rotikaya

‘Saya Tak Reti Masak, Tapi Puaskan Nafsu Pandai’

Buktinya, seorang gadis remaja telah memuat naik ‘berani mati’ dengan membuat pengakuan pandai memuaskan nafsu.

‘Saya Tak Reti Masak, Tapi Puaskan Nafsu Pandai’

Status yang dimuat naik remaja berkenaan yang dikenali sebagai ‘Fy’, menerusi aplikasi WeChat mengundang rasa jelik ramai.

“Wahai ibu mentuaku, saya nak cakap saya ni tidaklah pandai masak, tetapi setakat memuaskan nafsu anak mak, Insha’Allah saya pandai,” tulisnya.

Meskipun, status berkenaan berbunyi gurauan, namun mengungkapkan kata-kata lucah tanpa merasa segan silu di tempat khalayak ramai bukan sesuatu yang boleh diterima.

Tambahan pula, usia remaja ini baru belasan tahun dan masih bersekolah.

Kenyataan Fy ni juga jelas menunjukkan pemikirannya yang kotor dan dangkal.

Akhir sekali, pesanan kami kepada adik Fy, bawa-bawalah bertaubat dan belajar rajin-rajin kerana dunia ini bukan semata-mata hanya kerana seks. – MYNEWSHUB

Aksi Tak Senonoh Remaja Di Gua Musang

Gambar curi yang berjaya ditangkap ini memaparkan aksi tidak senonoh pasangan remaja yang disyaki masih bersekolah di belakang sebuah bangunan dipercayai di Gua Musang, Kelantan.


Aksi Tak Senonoh Remaja Di Gua Musang

Dengan aksi ringan-ringan macam inilah akan membawa kepada kancah maksiat jika tidak dibendung di kalangan budak-budak sekolah.


Aksi Tak Senonoh Remaja Di Gua Musang

Aksi Tak Senonoh Remaja Di Gua Musang

Mungkin sudah sampai masanya pendidikan seks diajar di sekolah agar masalah ini sosial seperti ini dapat diatasi sekali gus dapat memperbaiki akhlak anak-anak muda masa kini. – MYNEWSHUB

Nilai mahal perceraian

Ikatan perkahwinan terjalin dengan adanya cinta, persefahaman dan kepercayaan di antara dua insan. Hari-hari yang dilalui terasa indah, malah kasih sayang semakin subur dengan adanya zuriat.


Nilai mahal perceraian

Namun bukan semua perkahwinan diulit bahagia, malah ada antaranya berakhir dengan perceraian andai kemelut yang melanda tiada jalan penyelesaian.

Selebriti terkenal Hollywood juga tidak terkecuali berdepan dugaan ini. Sudah semestinya kisah perceraian mereka mendapat perhatian masyarakat dunia, apatah lagi jika ia membabitkan ganti rugi ratusan juta ringgit.

Berikut 10 perceraian termahal dalam sejarah selebriti Hollywood.

1. Kenny Rogers & Marianne

Penyanyi country, Kenny Rogers sudah lima kali mendirikan rumah tangga. Ketika berpisah dengan isteri keempat, Marianne Gordon, Rogers mengejutkan peminatnya apabila membayar ganti rugi sebanyak RM243 juta.

Rogers dan Marianne berkahwin pada 1977 dan bercerai pada 1993.

2. Tiger Woods & Elin Nordegren

Nama Tiger Woods pernah terpalit pelbagai kontroversi dan skandal dengan ramai wanita. Selepas hampir enam tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata, Woods bercerai dengan isterinya, Elin Nordegren.

Menurut laporan media antarabangsa, perceraian pasangan ini bernilai RM3 bilion.

3. Jennifer Lopez & Cris Judd

Selepas melantik Cris sebagai pengarah klip video lagu popularnya, Love Don’t Cost a Thing, Jennifer Lopez mengahwini jejaka itu pada September 2001. Pun begitu, tidak sampai setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi itu memfailkan perceraian dan prosesnya mencecah RM57 juta.

4. Mel & Robyn Gibson

Jumlah yang disebut ini mungkin akan membuatkan ramai terkedu. Mana tidaknya, perceraian pasangan yang berkahwin selama 28 tahun ini mencecah RM3 bilion. Pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata dan mengambil masa selama dua tahun untuk berbincang secara baik sebelum bercerai secara sah.

5. Madonna & Guy Ritchie

Selepas tujuh tahun bersama, akhirnya Madonna dan Guy Ritchie bercerai pada 2008. Tiada angka yang tepat untuk penceraian mereka, namun menurut beberapa maklumat yang dibocorkan sumber terdekat pasangan itu, ia mencecah RM291 juta hingga RM372 juta.

6. Paul McCartney & Heather Mills

Paul McCartney dan Heather Mills mengikat hubungan sebagai suami isteri pada 2002 namun bercerai empat tahun kemudian. Selepas penceraian mereka disahkan pada 2008, Heather menerima wang bernilai RM197 juta daripada McCartney. Setiap bulan, Heather menerima wang nafkah RM283,006 untuk menyara anak mereka, Beatrice.

7. Donald Trump & Ivana Trump

Trump dan Ivana berkahwin pada 1977 dan sepakat berpisah pada 1992. Ivana dikatakan kecewa apabila Trump menjalin hubungan sulit dengan bekas Ratu Cantik Amerika Syarikat, Marla Maples. Sebagai tanda terima kasih melahirkan tiga zuriat, Trump membayar RM81 juta kepada bekas isterinya itu.

8. Lionel & Diane Ritchie

Pasangan ini berpisah pada 2003 selepas tujuh tahun hidup bersama dan dikurniakan dua cahaya mata. Alasan mereka bercerai kerana tidak lagi sehaluan.

Nilai perceraian mereka sebanyak RM81 juta, namun Diane menuntut elaun bulanan RM60,644 untuk pakaian dan RM80,859 setahun untuk perbelanjaan pembedahan plastik.

9. Michael & Juanita Jordan

Selepas 17 tahun menyulam kasih, bintang bola keranjang dunia, Michael Jordan dan isterinya, Juanita sah bercerai pada 2006. Pasangan ini berkahwin pada 1989 dan dikurniakan tiga cahaya mata. Kos perceraian mereka mencecah RM679 juta.

10. Harrison Ford & Melissa Mathison

Harrison Ford dan Melissa Mathison berpisah secara rasmi pada 2004 selepas dua dekad berkongsi suka duka. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini memilki dua zuriat. Melissa dilaporkan menerima wang RM47 juta daripada Harrison.-hmetro

Nenek Tua Tanpa Senjata Samun 3 Bank

Suspek yang berusia 60-an dan ketinggiannya 1.7 meter itu dilihat memasuki tiga bank berbeza sebelum menyerahkan nota kepada petugas untuk menunutut wang.


Nenek Tua Tanpa Senjata Samun 3 Bank

Wanita berusia lanjut itu dikatakan membawa beg berwarna hijau setiap kali melakukan rompakan sambil menutup kepala dan berpakaian hitam, namun tidak bersenjata.

Stesen televisyen Fox 11 melaporkan, pada Jumaat lalu wanita itu dilihat memulakan rompakan dengan memasuki bank Wells Fargo di Willingboro0, di New Jersey.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita itu berjalan sambil memakai skaf menutup sebahagian mukanya ke arah kaunter pada pukul 11.41 pagi. – MYNEWSHUB

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/fFnSV_L34uE" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Ibrahimovic Bakal Ke United

Manchester United sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk bintang Paris St Germain (PSG) Zlatan Ibrahimovic ke Old Trafford.


United Pertimbang Tawar Kontrak Setahun Kepada Ibrahimovic

Pemain berusia 34 tahun itu kini bebas daripada ejen selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan PSG kerana ingin membuka lembaran baharu di dalam kariernya.

Malah, Ibrahimovic turut menyatakan keinginannya untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Selepas menghantar pencari bakat untuk melihat persembahannya ketika PSG terikat 1-1 dengan Bordeaux minggu lalu, United kini masih berfikir-fikir untuk menawarkan kontrak secara rasmi kepada Ibrahimovic.

Laporan di Perancis pada Isnin mendakwa United telah menawarkan kontrak selama setahun kepada penyerang Sweden itu yang akan melakukan penampilan terakhir bersama PSG dalam perlawanan final Piala Perancis menentang Marseille, Sabtu ini.

Namun, Mino Raiola menafikan khabar angin itu dengan menyifatkan masih terlalu untuk bercakap mengenainya.

Selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan pada Mac lalu, akhirnya United dan Ibrahimovic berhubung semula.

Ibrahimovic dikatakan menerima pelbagai tawaran termasuk dari kelab MLS tetapi United antara yang menjadi pilihannya.

United mengadakan perbincangan dengan Ibrahimovic pada musim panas lalu  tetapi memilih untuk kekal bersama kelabnya.

Susulan pengumuman beliau baru-baru ini, Ibrahimovic dianggap individu terbaik yang mampu membantu memperkuat Red Devils berdasarkan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak.

Popularitinya sebagai salah seorang pemain hebat di dunia dipercayai menepati dasar komersial United.-mstar

De Gea Akan Tinggalkan Man United

David De Gea akan meninggalkan Manchester United pada akhir musim ini sekiranya Louis Van Gaal kekal sebagai jurulatih kelab itu.


De Gea Akan Tinggalkan Man United

Penjaga gol Sepanyol itu dilapor tidak gembira berada di bawah kendalian Van Gaal walaupun melanjutkan kontraknya selama empat tahun pada awal musim ini.

Sumber di Old Trafford berkata, De Gea yang dikehendaki oleh Real Madrid cuba memberi tekanan untuk berhijrah.

De gea dikatakan pemain pertama yang akan meninggalkan United selepas kelab itu gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Sementara itu, Man United dilapor sedang mengadakan perbincangan dengan Zlatan Ibrahimovic untuk membawa pemain itu ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

Pemain Sweden itu akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas kontraknya tamat pada musim ini.-mstar

Bung Mokhtar Cadang Tembak Penagih, Pengedar Dadah

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata cadangan menembak penagih dan pengedar dadah tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

 Bung Mokhtar Cadang Tembak Penagih, Pengedar Dadah

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan yang diutarakan oleh Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin ketika membahaskan Rang Undang-undang Antidadah Kebangsaan 2016 di Dewan Rakyat pada Isnin.

"Kita tidak boleh emosi dalam memberi apa-apa pandangan ataupun mengambil apa-apa tindakan.

"Tindakan itu tidak sesuai kerana ia tidak mengikut undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan di negara ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Dalam majlis itu, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman menggantikan Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim yang akan bersara wajib sebagai Pengarah KDNKA, esok.

Sementara itu, Khalid memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap penjawat awam termasuk anggota polis yang terlibat dalam sebarang aktiviti penyeludupan manusia.

"Operasi akan diteruskan dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak mahupun sindiket terlibat," katanya.

Amaran itu dikeluarkan beliau ketika diminta mengulas mengenai kejayaan polis menumpaskan sindiket pemalsuan Pasport Malaysia pada 6 Mei lepas yang menyaksikan seramai 19 individu termasuk dua pegawai Jabatan Imigresen ditahan.

Siasatan polis mendapati sindiket itu cuba menyeludup warga Sri Lanka ke Geneva, Switzerland dengan bayaran RM60,000 seorang.-mstar

Piala Thomas: Malaysia Juara Kumpulan C Tewaskan Korea Selatan

Malaysia mencapai matlamatnya untuk menjadi juara Kumpulan C selepas menewaskan Korea Selatan 3-2, pada pusingan akhir Piala Thomas peringkat kumpulan di Pusat Sukan Kunshan, Selasa.


Piala Thomas: Malaysia Juara Kumpulan C Tewaskan Korea Selatan

Pasukan Malaysia mencatat kemenangan melalui ketiga-tiga pemain perseorangan, yang menyumbangkan tiga mata manakala strategi negara untuk meraih mata awal menerusi beregu gagal.

Datuk Lee Chong Wei memulakan kutipan mata dengan menewaskan Son Wan-ho 21-18, 21-15.

Seterusnya, pasangan beregu negara Koo Kien Keat-Goh V Shem telah ditewaskan oleh gandingan Nombor 1 dunia Lee Yong-dae-Yoo Yeon-seong 16-21, 11-21.
Bagaimanapun, Iskandar Zulkarnain Zainuddin bangkit semula pada perlawanan seterusnya dengan menewaskan Lee Dong-keun 21-17, 21-15.


Pasangan Korea Selatan tidak mahu mengalah dan berjaya mengutip mata kedua mereka, sekali gus mengikat kedudukan 2-2 melalui Kim Ki Jung-Kim Sa-rang dengan menewaskan satu lagi pasangan beregu negara Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong 21-14, 24-22.

Namun, pemain berpengalaman negara Chong Wei Feng mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan penentu dengan memberikan mata kemenangan, menewaskan Jeon Hyeok-jin 21-16, 21-16 dalam perseorangan ketiga.

Malaysia, yang sebelum ini menewaskan England 4-1 dan Jerman 5-0, akan bersaing di peringkat kalah mati untuk menentukan empat pasukan pilihan utama.-mstar

Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Pekan

Seorang jurulatih dan pelatih penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terselamat selepas pesawat latihan Aermacchi MB339CM terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Serum, Pekan dekat sini, tengah hari Selasa.


Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Pekan

Pesawat yang berpangkalan di TUDM Kuantan itu dilaporkan terhempas akibat kerosakan teknikal semasa mangsa menjalani latihan penerbangan.

Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Operasi Pahang Ashrul Rezal Asbar berkata pelatih penerbangan Leftenan Mohd Hakimi Hairi patah kaki manakala jurulatih, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi tidak mengalami sebarang kecederaan.


Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Pekan

"Kedua-dua mereka telah diambil oleh helikopter tentera pada pukul 1.37 tengah hari sejurus selepas kejadian itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa.


Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.52 tengah hari sebelum satu jentera dengan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan bergegas ke tempat kejadian.


Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Pekan

Ashrul Rezal berkata ketika anggota bomba sampai di lokasi, kedua-dua mangsa telah keluar daripada pesawat dan berada di tempat kejadian.




"Pesawat berkenaan didapati rosak dan remuk di bahagian hadapan akibat terjunam di kawasan sawah padi," katanya.

Kedua-dua mangsa dilaporkan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), untuk mendapat rawatan lanjut.-mstar