Mengaku Bapanya Pengemis, Marshanda Dipuji Netizen

Baru-baru ini, industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan pengakuan seorang pengemis yang mendakwa dirinya merupakan bapa kandung kepada aktres dan penyanyi popular tempatan, Marshanda.


Mengaku Bapanya Pengemis, Marshanda Dipuji Netizen


Pengakuan itu dibuat selepas pengemis yang dikenali sebagai Irwan Yusof itu ditahan oleh pihak berkuasa Jakarta kerana didapati mengemis di bandar raya tersebut, pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Marshanda yang popular di Malaysia menerusi drama sinetron Putri Yang Terbuang mengesahkan perkara tersebut.

Menurut Marshanda, dia tidak malu mengaku pengemis itu adalah bapanya dan dia gembira dapat bertemu semula dengan lelaki itu.

“Saya tidak malu kerana ini adalah cerita lama dalam keluarga saya.

“Selepas dua tahun berpisah, saya gembira kerana dapat bertemu semula dengan papa,” katanya.

Pada masa yang sama, Marshanda turut memberitahu, hubungannya dengan bapa, Irwan Yusuf menjadi renggang selepas lelaki itu bercerai dengan ibunya kira-kira 15 tahun lalu.

Bagaimanapun, jelasnya hubungan antara mereka terputus selepas dia bercerai dengan bekas suaminya.

“Selepas bercerai saya menukar nombor telefon menyebabkan saya hilang nombor telefon papa,” katanya selepas melawat bapanya di sebuah rumah perlindungan di Jakarta.

Difahamkan, Irwan menjadi gelandangan sejak tiga bulan lalu selepas bengkel besi tempatnya bekerja ditutup.

Dalam perkembangan terbaru, bapa Marshanda telah dibawa pulang oleh ahli keluarganya.

Berita Marshanda mengaku bapanya adalah seorang pengemis kini hangat diperkatakan netizen termasuklah memuji sikap bintang jelita itu menerusi media sosial di Indonesia.

Sebelum ini, Marshanda pernah mencetuskan kontroversi apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani. – MYNEWSHUB

Maya Dirisik Lelaki Misteri, Bimbang Diancam Bahaya

Heroin filem Ombak Rindu, Maya Karin dikatakan telah dirisik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali melalui ibunya sewaktu beliau sedang bercuti di Jerman baru-baru ini.


Maya Dirisik Lelaki Misteri, Bimbang Diancam Bahaya


Lelaki misteri itu malah membawa sebentuk cincin telah datang berjumpa dengan ibunya yang berada di Sungai Pencala, Kuala Lumpur untuk melamar Maya.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 37 apabila dikhabarkan oleh ibunya mengenai kejadian itu terasa meremang bulu roma, masakan tidaknya, tetiba sahaja dirisik lelaki yang tidak tahu asal usulnya.

“Saat diberitahu ibu ada lelaki datang memberi hadiah sebentuk cincin untuk melamar, bulu roma saya terus meremang.

“Yalah, saya sifatkan lelaki itu seorang yang pelik dan berani kerana terus berjumpa dengan ibu saya, namun saya langsung tidak mengenalinya,” kata Maya kepada sebuah akhbar tempatan.

Menurut Maya kepada sebuah portal akhbar, dia masih lagi belum membuat keputusan apa yang bakal dilakukan dengan cincin tersebut yang berada dalam simpanan ibunya.

Pelantun lagu ‘Serik Dengan Cinta’ ini bimbang akan keselamatan dirinya ekoran kejadian itu.

“Apa yang boleh saya katakan, mengabaikannya adalah tindakan paling wajar harus saya buat kerana saya langsung tidak mengenali tuan empunya diri dan bimbang akan mendatang ancaman bahaya pada diri saya kelak.”

Namun kejadian itu tidak menjadikan aktres ini fobia sekiranya ada individu yang datang untuk melamarnya melalui cara dan saluran yang betul.

Tambahnya lagi, dia yang kini solo, akui susah untuk mencari pengganti yang betul-betul berkenan di hati.

“Agak sukar memperkatakan soal pengganti sekarang. Bukan kerana saya tidak mencari, tetapi sehingga sekarang masih belum jumpa.

“Selalunya orang yang saya nak, dia tidak serius. Tetapi bila ada yang serius, saya pula tak terbuka hati. Agak rumit juga situasi itu,” katanya. – MYNEWSHUB

Egypt Air Dirampas, 4 Warga Asing Jadi Tebusan

Perampas pesawat EgyptAir bertindak membebaskan semua penumpang kecuali empat warga asing dan kru, menurut syarikat penerbangan Mesir itu menerusi Twitter.
Egypt Air Dirampas, 4 Warga Asing Jadi Tebusan

Syarikat itu sebelum ini mengakui, lima warga asing dan kru berada dalam pesawat yang dirampas sebelum dipaksa mendarat di Lapangan Terbang Larnaca di Cyprus.

Agensi berita MENA melaporkan, perampas pesawat EgyptAir merupakan seorang warga Mesir dikenali sebagai Ibrahim Samaha yang dikenalpasti duduk di tempat duduk bernombor K38.-MYNEWSHUB

Dayana Roza Bedah Muka Demi Serupai Scha Al-Yahya

Pelakon yang semakin meningkat naik, Dayana Roza menolak dakwaan orang ramai yang mengatakan dirinya sanggup membuat pembedahan wajah demi kelihatan seperti pelakon wanita terkenal, Scha Al-Yahya.
Dayana Roza Bedah Muka Demi Serupai Scha Al-Yahya


“Bagi saya itu bukan masalah besar pun, banyak artis yang mempunyai iras-iras wajah dengan selebriti lain. Saya tak pernah buat pembedahan plastik semata-mata untuk kelihatan sama dengan Scha. Lagipun, saya memang kasar”

“Saya tidak pernah cuba meniru siapa-siapa. Mungkin di mata orang ramai, ada iras-iras Scha tapi sebenarnya, saya tak nampak persamaannya. Sejak dulu pun orang dah cakap, tapi itulah saya tak nampak apa yang seirasnya kami,” katanya kepada Utusan Online berkenaan perkara yang timbul.

Walaupun sudah berkecimpung didalam bidang lakonan selama tujuh tahun, Dayana tidak pernah sesekali mengeluh dan mempersoalkan rezeki yang diperolehinya, malah terus berusaha untuk mengukuhkan namanya.

Sebelum ini, Dayana yang dikenali melalui filem Zombi Kilang Biskut mengakui sejak namanya dikenali ramai, beliau amat menjaga tindak tanduknya apabila setiap kali keluar rumah. Malah, tambahnya lagi, jika keluar dengan muka yang tidak bersiap pun, pasti akan ada yang mengenalinya.-rotikaya

Shaarnaz Kursus Kahwin Dengan Nabila

Baru-baru ini kedengaran pelakon popular, Shaarnaz Ahmad bersama cinta hatinya, Nabila telah menghadiri kursus perkahwinan namun empunya badan, Shaarnaz menafikan dakwaan itu. Beliau juga tenang dan tidak terlalu ambil pusing apabila mendengar perkara tersebut.

Shaarnaz Kursus Kahwin Dengan Nabila



“Nabila memang sudah pergi kursus, tinggal saya sajalah belum pergi. Saya pun dah berusia 32 tahun mestilah saya mahu kahwin kan. Tetapi perancangan kahwin tu masih belum ada, insyallah mungkin tahun ini atau tahun hadapan”

“Saya tidak suka ambil pusing dan cepat melatah dengan gosip-gosip macam ni. Saya dalam industri ini pun dah lama, jadi dah biasa dah. Bagi saya asalkan mereka tak usik keluarga saya sudah cukup,” katanya kepada Rotikaya.

Jika dimbas kembali, pasangan ini satu ketika dahulu dikatakan pernah mengakhiri hubungan mereka namun dek kerana cinta yang masih utuh, mereka kembali bersatu. Katanya lagi, Nabila juga merupakan orang kuat didalam hidupnya yang sentiasa menyokong beliau dalam pelbagai aspek selain tidak membuat kepalanya berserabut.-rotikaya

Faktor Kecewa: Liverpool Yakin Dapatkan Mario Gotze

Liverpool yakin mampu mendapatkan bintang final Piala Dunia, Mario Gotze pada harga serendah £20 juta untuk saingan musim depan.


Faktor Kecewa: Liverpool Yakin Dapatkan Mario Gotze

Ini kerana, pemain tengah Bayern Munich itu sedia untuk kembali berkerjasama dengan Jurgen Klopp yang pernah bersamanya di Borussia Dortmund.

Ketua Jurulatih Jerman, Joachim Low minggu lalu mendedahkan telah memberi nasihat kepada Gotze supaya berbincang dengan bakal jurulatih Bayern iaitu Carlo Ancelotti sebelum meninggalkan kelab berkenaan.

Gotze ingin meninggalkan kelab gergasi Jerman itu selepas kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk membarisi kesebelasan utama Bayern pada musim ini.

Bayern sebelum ini meletak nilai Gotze sebanyak £30 juta tetapi kontraknya hanya berbaki semusim yang memungkin harga pemindahan lebih rendah.-mstar

Kontena Apa Warna-Warni Di Tengah Sawah Padi Ini?

PERGHH… memang cantik dan style habis! Itulah yang dapatkan kami ungkapkan tatkala melihat kontena warna-warna yang berada di tengah-tengah sawah padi di Sekinchan, Selangor.


Kontena Apa Warna-Warni Di Tengah Sawah Padi Ini?

Pada mulanya kami menyangkakan, kontena ini adalah kafe-kafe hipster yang kini tumbuh bak cendawan. Namun, rupa-rupanya adalah sebuah homestay yang berkonsepkan urban and chic.

Apa yang menariknya, homestay kontena yang diberi nama Padi Box ini turut menyajikan pemandangan sawah padi yang cukup mendamaikan.


Kontena Apa Warna-Warni Di Tengah Sawah Padi Ini?

Malah, dekorasi dalamannya yang moden dan berwarna-warna memberikan mood ceria kepada sesiapa sahaja yang menginap di homestay ini.

Selain itu, pengunjung juga boleh mengisi masa lapang dengan melakukan bermacam-macam aktiviti seperti memancing dan berbasikal mengelilingi sawah. Menarik bukan?

Kontena Apa Warna-Warni Di Tengah Sawah Padi Ini?


Sesiapa yang berminat, bolehlah dapatkan maklumat lanjut di Facebook Sekinchan Padi Box – homestay. Pasti tak menyesal! – MYNEWSHUB

Wanita Panik…Kemaluan Terbakar Ketika Menari

Seorang wanita berdepan dengan pengalaman menakutkan apabila celah kangkangnya terbakar ketika dia sedang menari.

Wanita Panik…Kemaluan Terbakar Ketika Menari

Aksi bodoh berkenaan berjaya dirakamkan dan kemudiannya menjadi viral di seluruh dunia.

Ketika kejadian itu, dia hanya memakai seluar pendek.

Orang ramai yang menyaksikan tarian terbabit turut terkejut dan menjerit ketakutan ketika wanita terbabit berlari ke sebelah pentas untuk meminta bantuan daripada pengawal keselamatan.

Manakala penonton yang lain cuba membantu memadamkan api dengan cuba membuka seluar pendek terbabit.

Namun laporan media menyebut wanita berkenaan yang kemaluannya turut terbakar enggan menjadikan kemalangan itu sebagai halangan untuknya menyertai pertandingan menari.

Sebaliknya selepas api berjaya dipadamkan, dia kembali ke pentas dan menyambung semula tariannya. – MYNEWSHUB

Amelina Dilabur Ratusan Ribu Ringgit Dek Kerana Aura Dangdut

Pengasas D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman sanggup laburkan ratusan ribu ringgit demi mendapatkan Ratu Dangdut Malaysia Amelina sebagai duta produk pewarna rambut.
Amelina Dilabur Ratusan Ribu Ringgit Dek Kerana Aura Dangdut

“Tidak perlu saya nyatakan apa nombornya, tetapi ia berjumlah ratusan ribu. Selain mempunyai rambut yang sihat, Amelina juga pandai menjaga penampilannya untuk sentiasa nampak bergaya sejak kembali semula aktif di dunia hiburan,” jelasnya kepada portal Astro Gempak.


Jelasnya lagi, pemilihan Amelina dibuat adalah berdasarkan penampilan penyanyi itu yang sentiasa segar selain daripada aura dangdutnya yang tersendiri.

Amelina Dilabur Ratusan Ribu Ringgit Dek Kerana Aura Dangdut
 

Sementara itu menerusi portal Media Hiburan, Amelina meluahkan rasa bersyukur dan gembira kerana terpilih sebagai duta produk berkenaan termasuk menjayakan beberapa program yang diatur oleh D’Herbs.-rotikaya

Sekitar Gambar Majlis Sambutan Birthday Emma Maembong

Tahniah kami ucapkan kepada Emma Maembong yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke 24 tahun pada 27 Mac ini. Lebih beruntung, baru-baru ini kelab peminatnya juga turut mengadakan kejutan sambutan hari lahirnya.

Sekitar Gambar Majlis Sambutan Birthday Emma Maembong

Majlis sambutan hari lahirnya itu juga turut dihadiri oleh keluarga dan juga rakan selebriti. Buat Emma Maembong, semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Sekitar Gambar Majlis Sambutan Birthday Emma Maembong

Sekitar Gambar Majlis Sambutan Birthday Emma Maembong

Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar sepanjang majlis sambutan hari lahir Emma berlangsung.-rotikaya