Dr M Akan Hadir Perhimpunan Desak Najib Undur

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menghadiri perhimpunan bertujuan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan pada 27 Mac depan sekiranya menerima jemputan.


Dr M Akan Hadir Perhimpunan Desak Najib Undur

"Jika dijemput, saya akan pergi," katanya pada Rabu berhubung perhimpunan yang dirancang bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Sebelum ini Zaid menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadual pada 27 Mac itu adalah perjumpaan tertutup.-mstar

Terkini | Pesawat Hangus, 23 Terkorban

Bangkai pesawat penerbangan Nepal yang dilaporkan hilang pada pagi Rabu ditemui terbakar dan semua 23 penumpang termasuk tiga anak kapal terkorban, kata Menteri Penerbangan Awam, Ananda Prasad Pokharel.


Pesawat Hangus, 23 Terkorban

Menurut beliau, perkara itu disahkan pegawai ketenteraan Nepal yang berada di lokasi pesawat berkenaan ditemui di Solighopte di daerah Myagdi.

"Pesawat itu telah jatuh dan ditemui hangus. Semua penumpang dan anak kapal terbunuh," kata menteri itu.

Sebelum ini dilaporkan sebuah pesawat milik Tara Air yang yang membawa 23 penumpang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Pokhara ke Jomson, Nepal.

Pesawat jenis Twin Otter itu dilaporkan berlepas dari Pokhara pada pukul 7.47 pagi Rabu sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan 10 minit kemudian.-mstar

Guardiola Tawar Arteta Tugas Kejurulatihan Bersama City

Mikel Arteta akan ditawarkan peranan kejurulatihan oleh Pep Guardiola di Manchester City sekiranya pemain itu memutuskan untuk bersara pada akhir musim ini.


Guardiola Tawar Arteta Tugas Kejurulatihan Bersama City

Kontrak Arteta bersama Arsenal akan berakhir pada hujung musim ini dan dia dijangka menerima tawaran bekerja di samping Guardiola yang juga rakan baiknya.

Arteta merupakan pemain yang dilahirkan menerusi akademi Barcelona ketika Guardiola mewakili skuad utama kelab gergasi Sepanyol itu.

Dia turut sudah melengkapkan lesen untuk melatih pemain muda bawah 13 tahun dan 16 tahun.

Susulan itu Guardiola sedang mempertimbangkan untuk menawarkan Arteta pekerjaan dalam mempersiapkan dirinya untuk mengalas tugas baharu pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Arteta yang kini masih bersama Arsenal melakukan lapan penampilan pada musim ini kerana bergelut dengan kecederaan betis.

Pada Disember lalu, Wenger memberi bayangan akan menawarkan tugas melatih kanak-kanak di akademi Arsenal kepada Arteta.

Namun bekas pemain tengah Barcelona itu mungkin diberi peranan lebih besar oleh Guardiola di City.

"Dia perlu melatih pemain belia terlebih dahulu, tetapi saya tidak menolak dia mungkin akan menjadi seorang jurulatih pada masa depan," kata Wenger.-mstar

Willian Ditawarkan Kontrak Baharu

Chelsea menghadiahkan Willian dengan kenaikkan gaji bagi menghargai sumbangan pemain itu yang berusaha memulihkan reputasi kelab tersebut.


Willian Ditawarkan Kontrak Baharu

Pemain sayap itu antara yang menyerlah sehingga musim ini walaupun Chelsea gagal ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Willian yang menjaringkan 10 gol untuk Chelsea pada musim ini diberikan perghargaan kerana bimbang dia memilih kelab lain untuk musim depan.

Pemain Brazil berusia 27 tahun itu ditawar gaji sebanyak £120,000 seminggu menerusi kontrak selama empat tahun.

Bagaimanapun, tidak mustahil terdapat pasukan lain akan memberi tawaran lebih baik kepada Willian berdasarkan prestasi semasanya.-mstar

Antonio Conte Setuju Bimbing Chelsea

Antonio Conte dilapor telah bersetuju untuk dilantik sebagai jurulatih Chelsea bagi musim depan. Jurulatih Itali berusia 46 tahun itu dikatakan telah memberi persetujuan secara tidak rasmi tanpa menandatangani sebarang penjanjian.

Antonio Conte Setuju Bimbing Chelsea

Bagaimanapun, pelantikan secara rasmi dijangka akan dilakukan selepas saingan Euro 2016 kerana Conte akan mengetuai skuad Itali dalam saingan berkenaan.

Gazzetta dello melaporkan, Conte yang merupakan bekas jurulatih Juventus akan menggantikan Guus Hiddink sebelum aksi Liga Perdana Inggeris musim depan bermula.

Sementara itu, pemain Tengah Chelsea, John Obi-Mikel pula mendakwa 99 peratus pemain mahu Hiddink kekal sebagai jurulatih kelab itu.

Selain Conte, nama lain yang disebut akan dilantik sebagai jurulatih Chelsea musim depan ialah Diego Simeone, Massimiliano Allegri dan Manuel Pellegrini.-mstar

Punca Usain Bolt Benci Manchester United

Usain Bolt mendakwa semakin tidak berminat terhadap Manchester United kerana dipimpin oleh Louis Van Gaal.


Punca Usain Bolt Benci Manchester United

Raja Pecut dunia itu merupakan salah seorang peminat tegar United yang meluahkan kebencian terhadap kelab tersebut akibat corak permainan yang digunakan Van Gaal.

Atlet berusia 29 tahun yang sering menonton perlawanan di Old Trafford mendakwa kelab berkenaan semakin menyimpang daripada tradisinya apabila dibimbing oleh Van Gaal.

"Sebagai penyokong Manchester United, kami telah biasa melihat serangan, hiburan dan kemenangan.

"Tetapi kami tidak melihatnya pada musim ini," katanya kepada Eurosport.-mstar

Kenyataan "Peluru Darah Babi" Trump Cetus Kemarahan Islam Amerika

Kakak kepada pelajar beragama Islam yang dibunuh tahun lalu mencabar Donald Trump untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan  calon presiden parti Republikan susulan kenyataannya mahu menghukum pengganas Islam menggunakan peluru yang disalut darah babi.


Kenyataan "Peluru Darah Babi" Trump Cetus Kemarahan Islam Amerika

Suzanne Barakat, 28, kakak kepada Daeh Barakat yang terkorban di kediaman mereka di utara Carolina bersama isterinya, Yusor Abu Salha, 21 serta adik iparnya, Razan Abu Salha, 19 tahun lalu.

Ketika kejadian itu, pasangan berkenaan baru dua bulan bernikah dan masih menuntut dalam bidang pergigian di Universiti Utara Carolina-Chapel Hill, manakala Razan pula pelajar tahun dua universiti sama.

Jiran mereka, Craig Hicks menyerah diri kepada polis dan telah didakwa membunuh ketiga-tiga mangsa. Motif pembunuhan dikatakan melibatkan pertelingkahan tempat letak kereta.

Selepas mendapat tahu mengenai komen Trump, Barakat menerusi akaun Twitternya pada Ahad mengajak usahawan terkemuka Amerika Syarikat itu bertemunya.

Daeh (kanan) dan Yusnor terbunuh selepas dua bulan bernikah.

"Jumpa saya secara berdepan dan beritahu jika adik saya, Yusnor dan Razak layak mendapat peluru sedemikian.

"Trump bercakap seolah-olah dia adalah pihak berkuasa kepada golongan Muslim di Amerika," katanya kepada New York Times.

Bagaimanapun, setakat ini, Trump, 69, masih belum memberi sebarang maklum balas berkaitan cadangan Barakat itu.

Ketika ini, Trump masih mengungguli carta pemilihan pendahuluan Republikan berbanding calon lain walaupun dikecam banyak pihak kerana sering menggunakan retorik anti-Islam dalam setiap kempennya.-mstar

TMJ Jawab Kritik, Bikin Video Sindiran

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab kritikan netizen berhubung tindakannya bersalaman dengan isteri pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim.


TMJ Jawab Kritik, Bikin Video Sindiran

Selain itu menerusi posting di laman Facebook Johor Southern Tigers, turut disiarkan klip video berdurasi 16 saat menunjukkan Tunku Ismail bersalaman dengan dua wanita secara berlapik.

Bagaimanapun Tunku Ismail tidak memakai sarung tangan biasa sebaliknya bewarna hijau menyerupai tangan watak adiwira Hulk.

Terdahulu menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook sama, Tunku Ismail turut membidas sesetengah individu yang yang disifatkannya mahu menjadi 'Ustaz atau mufti negeri'.

"Hanya Allah boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak. Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka.

"Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian," katanya pada Isnin.

Sebelum ini, foto isteri Safiq Rahim bersalaman dengan Tunku Ismail ketika meluangkan masa di kafe milik kapten kelab bola sepak itu mendapat kritikan daripada netizen.


Selain itu Tunku Ismail berkata beliau sentiasa berpegang dengan prinsip yang diajar sejak kecil selain berpandukan al-Quran.

"Saya juga akan berpegang kepada adat dan tradisi Melayu Johor saya kerana saya dilahirkan sebagai seorang Melayu Bangsa Johor.

Jika ada sebahagian dari anda yang mahu menjadi orang Arab dengan budaya mereka dan tidak ingin mengikut adat Melayu dan tradisi, terpulang kepada anda.

Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan bukan seseorang hipokrit, dan rakyat saya tahu siapa raja mereka sebenarnya," katanya.-mynewshub

Harga Kepala Salman Rushdie $600,000

Harga kepala penulis buku yang menghina Nabi Muhammad S.A. W, iaitu Salman Rushdie telah diperbarui dengan tawaran sebanyak $600,000 telah diumumkan.


Harga Kepala Salman Rushdie $600,000

Salman merupakan penulis kelahiran India dan `The Satanic Verses’ merupakan novel keempatnya yang ditulis pada 1988. Dia dilahirkan sebagai seorang Islam.

The Satanic Verses telah mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia hinggakan Ayatollah Ruhollah Khomeini telah mengeluarkan fatwa bunuh ke atas Salman pada 1989.

Selepas fatwa itu dikeluarkan, Salman telah menghabiskan masa bertahun-tahun dengan menyembunyikan diri.

Kini selepas 20 tahun fatwa dibuat, sebanyak 40 pengendali media di Iran telah bergabung bagi mengumumkan wang berkenaan.

Salah satu penyumbang terbesar adalah Fars News Agency, yang menderma sebanyak hampir $30,000.

Menurut Timbalan Menteri Kebudayaan Iran, Seyes Abbas Salehi, fatwa itu adalah satu dikri yang tidak akan hilang atau dimansuhkan.-mynewshub

Video: Transformer Muslimah Kini Mendarat Di Malaysia

TRANSFORMER’ Muslimah, patuh undang-undang syariah kini sudah mendarat di Malaysia dan Singapura.


Video: Transformer Muslimah Kini Mendarat Di Malaysia

Bagaimanapun, transformer yang dimaksudkan itu bukan diperbuat daripada besi mahupun mempunyai sebarang kuasa eletronik, tetapi ianya sejenis pakaian yang diperbuat daripada kain.’

Afdlin Shauki yang merupakan pemilik perniagaan ‘Pelikat Pants‘ telah melancarkan produk Muslimahnya yang pertama, ‘tudung transformer‘ pada 18 Februari lalu.

Menurut Afdlin, tudung itu adalah ilham daripada ibunya yang juga merupakan lambang kepada kekuatan dirinya.

“Saya mahu mencipta tudung yang mudah beliau pakai di luar dan ketika solat tanpa perlu banyak membawa beg telekung dan sebagainya.

“Memandangkan beliau dulu terkena angin ahmar jadi pergerakan beliau agak terhad, jadi saya harap ia dapat membantu dan mempermudahkan beliau sedikit,” jelas Afdlin.


Tudung transformer ini malah boleh dijadikan seperti ‘shawl‘ dan ia juga memenuhi tuntutan syariah.

Mengikut keperluan untuk menunaikan solat, ia boleh diubah terus menjadi telekung tanpa menggunakan sebarang pin.-mynewshub