Muhyiddin Kecewa Dilarang Berucap, Rayuan Ditolak

Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kecewa apabila Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan menghalangnya daripada menggunakan platform Perhimpunan Agung Umno 2015 untuk berucap di hadapan perwakilan parti itu.


Muhyiddin Kecewa Dilarang Berucap, Rayuan Ditolak

Menurut Timbalan Presiden Umno itu, rayuannya untuk menyampaikan ucapan penggulungan sebelum sesi penangguhan Sabtu ini ditolak tanpa sebab.

"Saya kecewa, saya dan Datuk Seri Shafie merayu supaya saya diberikan peluang berucap, tapi nampaknya dia (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata tak boleh juga.

"Daripada perbincangan itu (mesyuarat MT) ada yang menghalang. Saya tak tahu kenapa, tapi itulah keputusannya," katanya kepada pemberita di pekarangan Menara Dato' Onn di sini, Rabu malam.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat khas MT Umno yang dipengerusikan Najib.

Ditanya sama ada beliau menerima keputusan berkenaan, Muhyiddin berkata: "Saya tak berapa setuju, tapi itulah keputusannya.

"Sepatutnya bagilah ruang dan peluang, itu amalan biasa, tapi Majlis Tertinggi dah buat keputusan, apa yang saya nak kata?" katanya.

Bagaimanapun, bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau akan tetap mengikuti perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan bermula pada Khamis.

"Saya akan duduk dalam mesyuarat sampai selesai sebab saya timbalan presiden.

"Akan terus duduk daripada awal sehingga akhir," katanya.-mstar

4 Gol C. Ronaldo Bantu Real Madrid Belasah Malmo 8-0

Cristiano Ronaldo terus membuktikan dirinya sebagai pemain bola sepak nombor satu dunia apabila menjaringkan empat gol untuk membantu Real Madrid menewaskan Malmo 8-0.


4 Gol C. Ronaldo Bantu Real Madrid Belasah Malmo 8-0

Dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu, Karim Benzema mencipta hatrik manakala satu lagi gol Real dihasilkan oleh Mateo Kovacic.

Ronaldo yang berjaya mencipta sejarah penjaring gol paling banyak dalam saingan UCL sekali lagi memperbaharui rekod dengan muncul sebagai pemain pertama menjaringkan 11 gol di peringkat kumpulan.

Sebanyak 11 gol itu dihasilkan Ronaldo menerusi enam perlawanan peringkat kumpulan A.

Dengan kemenangan tersebut Real yang dibimbing Rafael Benitez berjaya layak ke pusingan kalah mati.-mstar

Man United Dimalukan Di Wolfsburg

Louis van Gaal mengakui beliau sukar memahami keputusan pasukannya Manchester United tewas di tangan Wolfsburg dengan 2-3 sehingga tersingkir dari Liga Juara-Juara.


Louis van Gaal mengakui beliau sukar memahami keputusan pasukannya Manchester United tewas di tangan Wolfsburg dengan 2-3 sehingga tersingkir dari Liga Juara-Juara.

Man United hanya sempat sempat menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol 'bunuh diri' oleh pemain Wolfsburg, Josuha Guilavogui pada minit ke-82.

Namun hanya dua minit selepas itu, Naldo memberikan gol ketiga buat Wolfsburg.

"Keputusan ini sukar untuk difahami. Saya harus menganalisis apa yang terjadi," kata Van Gaal.

"Saya harus mengatakan bahawa kami tidak begitu bernasib baik pada perlawanan kali ini," katanya.

Keputusan itu Man United gagal untuk ke pusingan seterusnya dalam Liga Juara-Juara.

Malah mereka turun kepada kedudukan ketiga dalam saingan B, dan PSV Eindhoven mengambil alih pada posisi kedua.

Dalam pada itu, Van Gaal turut meluahkan bahawa saingan Kumpulan B semenangnya bukan satu perkara yang mudah untuk ditanganil.

"Saya sudah katakan sebelum ini bahawa kumpulan (B) ini begitu mencabar. Anda boleh lihat apa yang terjadi pada pasukan-pasukan yang bersaing. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada pemain," katanya.

Kegagalan ini merupakan kali keempat Man United tersingkir dalam fasa saingan kumpulan dalam Liga Juara-Juara.-mstar

Kate Middleton Pertama Kali Pakai Tiara Kegemaran Puteri Diana

Isteri kepada pewaris takhta diraja Britain, Kate Middleton buat pertama kali memakai tiara kegemaran milik mendiang Puteri Diana.


Kate Middleton Pertama Kali Pakai Tiara Kegemaran Puteri Diana

Portal Mail Online melaporkan Duchess of Cambridge itu dilihat memakai tiara berkenaan sewaktu menghadiri majlis diplomatik tahunan di Istana Buckingham, London.

Tiara tersebut merupakan kegemaran Puteri Diana semasa hayatnya.

Tiara itu pada asalnya dibuat mengikut rekaan Ratu Mary, isteri kepada Raja George V pada 1914 dengan hiasan bertakhtakan mutiara dan berlian.

Dalam wasiatnya, Ratu Mary mewariskan tiara berkenaan kepada Ratu Elizabeth.

Pada 1981, baginda memberikan tiara tersebut kepada Diana yang merupakan ibu Putera William.

Diana memakainya buat pertama kali semasa pembukaan parlimen pada November tahun berkenaan.

Diana turut memakai tiara tersebut pada 1985 dalam lawatan rasminya ke Washington, Amerika Syarikat (AS) bersama Putera Charles.

Bagaimanapun, Istana Buckgham belum dapat mengesahkan sama ada tiara berkenaan telah dikembalikan kepada Ratu Elizabeth berikutan kematian Diana dan kini diberikan kepada Kate, atau hanya sekadar dipinjamkan untuk dipakai pada majlis itu.-mstar

Lee Chong Wei Pemain Paling Mahal Dalam Lelongan

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain rebutan utama dalam lelongan bagi Liga Badminton Premier 2016  yang berprestij.


Lee Chong Wei Pemain Paling Mahal Dalam Lelongan

Lelongan itu berkesudahan dengan pasukan Hyderabad Hunters memperoleh khidmat Chong Wei pada harga USD100,000 (kira-kira RM420,000) untuk menghadapi pusingan awal kejohanan itu di Mumbai, yang berlangsung mulai 2 Jan dan perlawanan akhir diadakan pada 17 Jan di sini.

Pemain Nombor 2 dunia dari India, Saina Nehwal, akan bermain untuk Awadh Warriors dari Lucknow setelah pemberi francais membayar USD100,000 (kira-kira RM420,000) untuk khidmatnya.

Persatuan Badminton India (BAI) menganjurkan liga itu setelah mengadakannya untuk kali pertama pada 2013, yang menarik penyertaan banyak pemain terkemuka dunia.

PBL 2016 melibatkan enam francais, dengan setiap francais menjadi hos bagi satu liga dua hari.

Pasukan yang mengambil bahagian ialah Delhi Acers, Hyderbad Hunters, Mumbai Rockets, Awadhe Warriors, Bengaluru Topguns dan Chennai Smashers.

Selain Chong Wei, dua pasangan beregu Malaysia juga akan menyertai kejohanan dua minggu ini.

Lim Khim Wah dan Hoon Thien How akan bermain untuk Bengaluru Topguns dengan bayaran kira-kira USD15,000 (kira-kira RM63,000) seorang.

Koo Keat Kien dan Tan Bonn Heong pula akan bermain untuk Hyderabad Hunters, dengan Koo dibayar USD36,000 (kira-kira RM151,200) dan Tan USD30,000 (kira-kira RM126,000).-mstar

Kelab Borussia Dortmund Bertafakur Seminit untuk Tunku Abdul Jalil

Kelab bola sepak Borussia Dortmund bertafakur selamat seminit pada Sabtu sebelum perlawanan menentang Kelab Wolfsburg sebagai tanda memberi penghormatan susulan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.


Kelab Borussia Dortmund Bertafakur Seminit untuk Tunku Abdul Jalil


Pasukan dari Jerman itu berdiri untuk bertafakur selama seminit sebelum perlawanan menentang VfL Wolfsburg di Volkswagen Arena.
"Pasukan Borussia Dortmund ingin mengucapkan takziah kepada Duli Yang Amat Mulia (Tunku Mahkota Johor, Tunkur Ismail Sultan Ibrahim) atas kemangkatan adinda tersayang dan untuk semua sahabat kami di Malaysia ����", tulis pasukan itu di Facebook rasmi mereka.


Kelab Borussia Dortmund Bertafakur Seminit untuk Tunku Abdul Jalil

Pasukan Borussia Dortmund dan Johor Southern Tigers bekerja sama dalam membangun dan melatih bakat-bakat- baharu bagi golongan kanak-kanak dan golongan belia Malaysia.

Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada malam Sabtu jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu akibat kanser hati. - Siakapkeli

Tarif Elektrik Turun, Tambang Pengangkutan Awam Dikaji

Tarif elektrik untuk pengguna di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bakal dikurangkan antara 3.3 peratus hingga 5.9 peratus mulai Januari tahun depan.


Tarif Elektrik Turun, Tambang Pengangkutan Awam Dikaji

Berita gembira penurunan kadar tarif elektrik itu dijangka membabitkan pengguna industri dan isi rumah dalam usaha kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan.

Tarif baharu elektrik tersebut dijangka berkuat kuasa selama enam bulan memandangkan pihak kerajaan turut perlu mengkaji semula kadar bil utiliti tersebut pada setiap setengah tahun

Portal berita tempatan AgendaDaily yang memetik satu sumber memberitahu, pengurangan tarif mungkin boleh dilakukan melalui konsep rebat Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).

Selain itu, kejatuhan harga minyak dunia turut telah memberi kesan kepada harga semasa gas asli yang sering digunakan sebagai bahan untuk stesen penjanaan tenaga elektrik tempatan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dijangka mengadakan sidang akhbar pengumuman mengenai tarif elektrik baharu di kementeriannya di Putrajaya.

Sementara itu, mesyuarat Menteri pada Jumaat lalu juga bersetuju supaya kenaikan harga tiket untuk Komuter, transit aliran ringan (LRT), Monorel dan Express Rail Link (ERL) dinilai semula.

Difahamkan sebahagian besar daripada anggota Kabinet telah menyuarakan bantahan mereka mengenai kenaikan tinggi harga tiket pengangkutan awam rel tersebut baru-baru ini.

“Jemaah menteri kemudian mengarahkan pihak terlibat agar mengkaji semula kenaikan harga tersebut dan menyerahkan laporan dalam mesyuarat yang seterusnya pula.

“Keputusan selanjutnya akan dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang,” kata sumber itu dipetik oleh AgendaDaily. – Agensi/Mynewshub

Neville Hanya Berunding Dengan Ferguson Selepas Terima Tawaran Valencia

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville mendedahkan bahawa beliau berunding dengan Alex Ferguson mengenai jawatan jurulatih Valencia hanya selepas menerima tawaran itu.


Neville Hanya Berunding Dengan Ferguson Selepas Terima Tawaran Valencia

Neville dilantik di Mestalla pada Rabu mengenai perjanjian itu sehingga akhir musim, tetapi tidak mendapatkan nasihat daripada individu yang merupakan pengurus sepanjang kerjayanya di Manchester United.

Beliau yang juga bekas pemain pertahanan England itu berkata: "Saya tidak berunding dengan Sir Alex Fergudon terlebih dahulu, saya mengambil keputusan saya sendiri tetapi telah bercakap dengan beliau beberapa hari lalu. Perbualan kami baik, beliau memberikan kata-kata sokongan. Bukan beliau sahaja, saya juga bercakap Roy Hodgson dan jurulatih-jurulatih Liga Perdana Inggeris lain yang mempunyai pengalaman di luar negara.

"Saya bodoh kalau tak ambil nasihat mereka," katanya.

Neville menjadi penolong di bawah pengurus England, Hodson semasa pasukan Three Lions berjaya melayakkan diri pada Euro 2016 dan beliau mendedahkan bekas pengurus Liverpool itu merupakan individu di sebalik keputusannya untuk meneruskan kerjayanya di La Liga Sepanyol.

"Bila saya bercakap dengan Roy, beliau begitu bersemangat dan memberi sokongan, dan saya mendapat inspirasi daripada perbualan itu," katanya.

"Beliau faham peluang tersebut dan memberikan sokongan penuh kepada saya supaya melakukannya. Beliau di belakang saya 100 peratus," katanya.

Jurulatih Inggeris tidak begitu dikenali dengan pencapaian yang berjaya di luar negara, namun Neville percaya terdapat contoh yang positif boleh diikuti.

Beliau berkata, Sir Bobby Robson, Roy Hodgson dan Terry Venables berjaya di luar negara.-mstar

Sokong Tun M Pun Akan Didakwa?

Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung bahan yang dimuatnaik pada laman blognya bertarikh 2 September lalu.

Zaid dipercayai dengan niat menggunakan aplikasi Internet untuk mengeluarkan kenyataan menggunakan bahasa kesat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Seksyen 233 (1) (a) akta berkenaan.


Sokong Tun M Pun Akan Didakwa?

Keterangannya dirakamkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 2.15 petang, Khamis.

Zaid diiringi dua peguam meninggalkan balai berkenaan sejam kemudian.

"Saya dipanggil ke ibu pejabat ini untuk merakamkan keterangan dan menyerahkan paparan skrin blog termasuk teks menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta supaya Najib meletak jawatan," kata Zaid.

Zaid berkata, beliau sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

"Di negara demokratik, kita sepatutnya diberi kebebasan untuk menyuarakan pandangan untuk manfaat negara," katanya di luar balai berkenaan.

Kenyataan Zaid pada blognya, www.zaid.my bertajuk "Rally Behind Tun Mahathir Mohamad".

Beliau juga dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara sama dan disiasat mengikut Akta Hasutan pada November lalu.-mstar

SPRM Tetapkan Tarikh Ambil Keterangan PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan pihaknya mengadakan pertemuan dengan Pejabat Perdana Menteri pada Khamis.

SPRM Tetapkan Tarikh Ambil Keterangan PM

"Ia bagi memuktamadkan tarikh mengambil keterangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion," menurut kenyataan SPRM.

SPRM juga memberitahu pihaknya akan memaklumkan perkembangan perkara itu dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, dilaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed ke Menara Parlimen untuk menemui Perdana Menteri berhubung perkara sama.

Pada 12 November lepas, Abu Kassim berkata SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.

Ketika itu beliau berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemu bual Najib berhubung isu yang berkaitan dengan siasatan itu.

Najib pada hari yang sama, berkata beliau bersedia untuk memberi kenyataan kepada SPRM.

SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.-mstar