Polis Tak Jadi Marah, ‘Lawan’ Menari Gadis Remaja

Sebuah video yang menunjukkan seorang anggota polis wanita dan seorang gadis remaja menari di tepi sebatang jalan di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) telah menjadi viral menerusi media sosial.


Polis Tak Jadi Marah, ‘Lawan’ Menari Gadis Remaja

Hal tersebut dikatakan berlaku selepas pihak polis tempatan di ibu kota AS itu cuba untuk meleraikan pergaduhan melibatkan antara dua kumpulan remaja.

Walau bagaimanapun, seorang remaja perempuan di situ secara tiba-tiba menari di hadapan anggota polis wanita mengikut alunan muzik yang dipasang di lokasi tersebut.

Namun begitu, anggota polis yang tidak mahu mendedahkan namanya itu kemudian telah bersikap positif berbanding memarahi remaja berkenaan.

“Itu sahaja gaya yang kamu ada? Saya ada gerak tari yang lebih hebat daripada itu,” kata polis tersebut sambil menunjukkan skill menari yang dimilikinya.

Semua remaja di situ kedengaran ketawa dan terhibur dengan aksi rakan mereka bersama dengan anggota polis berkenaan.

Memang sporting habislah kalau semua polis macam ni!-mynewshub

Terketar-Ketar Acu Pistol & Beg Plastik Rompak Kedai Emas

Bukan saja terketar-ketar ketika mengacukan pistol, malah seorang penjenayah hanya menggunakan beg plastik untuk mengisi barang kemas bernilai lebih RM10,000 sebelum melarikan diri dari sebuah kedai emas di Kubang Semang, di sini, Jumaat.


Terketar-Ketar Acu Pistol & Beg Plastik Rompak Kedai Emas

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa yang mahu dikenali sebagai Ghor, 46 tahun, dan isteri berada di belakang kaunter sebelum didatangi lelaki berkenaan yang lengkap memakai topi keledar dan topeng muka.

Ghor berkata, lelaki itu mengacukan pistol tepat ke mukanya yang duduk sebelum mengarahkannya mengambil beg plastik yang digantung di belakangnya.

“Dia mengugut menyuruh saya mengambil beberapa utas rantai leher yang dipamerkan dalam rak pameran dan memasukkannya ke dalam beg plastik putih.

“Ketika itu, saya melihat tangannya terketar-ketar memegang pistol dan tidak pasti sama ada ia senjata palsu atau tidak kerana terlalu bimbang ditembak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, dia hanya mengikuti saja arahan penjenayah dengan mengambil sekurang-kurangnya enam rantai emas yang dilarikan lelaki itu.

Katanya, penjenayah itu mengambil masa kurang seminit untuk melakukan jenayah sebelum melarikan dengan menaiki sebuah kereta yang menunggunya di luar kedai.

“Saya tidak sempat mengecam kereta dinaiki lelaki itu kerana pada mulanya menyangkakan dia menunggang motosikal.

“Sejurus selepas itu, saya menghubungi pihak berkuasa dan memberikan keterangan berhubung kejadian itu. Ini kali kedua kedai saya disamun sejak 13 tahun berniaga, di sini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – myMetro Online

Zizan Dinobat Juara Super Spontan All Stars, Menangi RM150K

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang telah dinobatkan sebagai juara Super Spontan All Stars serta membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 dengan trofi sumbangan Astro, malam tadi.


Zizan Dinobat Juara Super Spontan All Stars, Menangi RM150K

Kemenangan ini sekali gus menumpaskan ramai peserta lain termasuk pesaing terkuatnya, Johan yang hanya merangkul tempat kedua untuk memenangi wang tunai RM75,000 serta trofi.


Zizan Dinobat Juara Super Spontan All Stars, Menangi RM150K

Tidak dapat menahan sebaknya ketika diumum sebagai juara, Zizan dari kumpulan Silat Dongibab dilihat memeluk Johan sambil mengalirkan air mata dalam acara yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Selangor.


Zizan Dinobat Juara Super Spontan All Stars, Menangi RM150K

Sebelum ini, pelakon filem Polis Evo ini pernah memenangi program Super Spontan musim pertama.

Sementara itu, gelanggang akhir Super Spontan All Stars turut menyaksikan Achey berada di tempat ketiga, diikuti Pak Yus (tempat keempat), Rahim (tempat kelima), dan Tauke (tempat keenam).-mynewshub

Real Madrid Tagih Khidmat Jose Mourinho

Real Madrid mahu Jose Mourinho kembali membimbing kelab itu dengan membawa pemain penting Chelsea ke Bernabeu.


Real Madrid Tagih Khidmat Jose Mourinho

Perkara didakwa oleh bekas Presiden Real Madrid, Ramon Calderon yang turut mengesahkan kelab gergasi Sepanyol tersebut mahukan khidmat Eden Hazard.

Media melaporkan, dakwaan Calderon boleh dipercayai kerana dia mempunyai hubungan rapat dengan presiden ketika ini iaitu Florentino Perez.

"Real Madrid mahu Mourinho kembali membimbing Real Madrid pada awal musim lalu manakala Rafael Benitez adalah pilihan keempat kelab.

"Mungkin mereka akan cuba mendapatkan dia lagi pada musim depan. Real Madrid juga mahukan Joachim Low yang kini membimbing pasukan kebangsaan Jerman.

Jelasnya, selain mahukan Mourinho, kelab itu juga berminat untuk mendapatkan Hazard.-mstar

Pemain Dram Flop Poppy Tiada Tempat Tinggal, Anak Pula Derita Sakit Usus

Bekas pemain dram Flop Poppy, Azman Ismail memohon bantuan bagi menjalani kos perbelanjaan rawatan dan pembedahan anaknya yang mengalami masalah usus selepas seminggu dilahirkan.


Pemain Dram Flop Poppy Tiada Tempat Tinggal, Anak Pula Derita Sakit Usus


Azman, 43, berkata, anaknya yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan mengalami masalah usus tidak bersambung dan perlu membuat pembedahan selepas usia bayi tersebut mencecah tiga bulan. 

"Anak saya mengalami masalah usus kerana usus besarnya tidak bersambung dan harus dibedah dalam tempoh umurnya berusia tiga bulan.

"Buat masa sekarang doktor telah menebuk perut anak saya bagi mengeluarkan najis dari perutnya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, Azman berkata, pihak hospital masih belum memberitahu kos yang diperlukan untuk pembedahan usus tersebut.

Tambahnya, selain kos pembedahan, dia turut memerlukan kos perbelanjaan dan rawatan harian untuk anaknya yang kini memerlukan dia berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Lebih perit lagi, pendapatannya sebagai seorang pemuzik jalanan (busker) selepas empat tahun kumpulan Flop Poppy dibubarkan tidak cukup menampung kos kehidupan keluarga mereka.

Katanya, dia kini terpaksa berpindah ke sebuh hotel bajet berhampiran dengan HKL bagi memudahkan mereka untuk ke hospital.

"Selepas Flop Poppy dibubarkan, saya hanya jadi busker di sekitar Kuala Lumpur, jadi pendapatan tidak menentu, isteri saya yang dulu bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak kami.

"Saya kini pindah berhampiran HKL supaya senang kami ulang alik dan disebabkan saya tiada pendapatan tetap dan memerlukan sejumlah wang deposit memasuki rumah baru, saya terpaksa tinggal di hotel bajet buat sementara," ujarnya.

Azman mendirikan rumah tangga dengan Azi Fitrah Ahmad pada tahun 2014.

Dalam pada itu, Azman berkata, bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi nombor 011-11906910.-mstar

Rajinikanth Tak 'Rampas' Limosin Saya - Amber Chia

Model Amber Chia tidak berang sama sekali apabila mendapat tahu bahawa limosin dihiasi dengan pelekat 'Hello Kitty' yang sepatutnya dinaiki beliau turut digunakan oleh bintang besar filem Tamil, Rajinikanth.


Rajinikanth Tak 'Rampas' Limosin Saya - Amber Chia

"Tak apa, bila saya dapat tahu supestar Kollywood yang mengambil limosin saya. Cuma agensi pengembaraan sepatutnya memaklumkan kepada saya lebih awal," katanya kepada The Star Online.

Amber telah menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama hampir tiga jam, dengan menantikan limosin yang sama untuk menjemputnya ke majlis pembukaan kafe Hello Kitty di Sunway Pyramid.

"Bila saya dengar mengenai 'rampasan' itu, saya tidak fikir seorang selebriti akan melakukannya. Saya percaya Rajinikanth dan amat menghormati beliau. Beliau tak akan melakukan perkara seperti itu kepada orang lain," katanya.

Amber yang melakukan lawatan ke Da Nang, Vietnam untuk menjadi juri pada pencarian model 'Face of Vietnam' tiba di KLIA pada kira-kira pukul 6.15 petang Isnin.

Bagi memastikan beliau tiba pada majlis Hello Kitty tepat pada waktunya, Amber membuat dandanan rambut dan bersolek semasa transit di Ho Chi Minh dan memutuskan untuk tidak mendaftar masuk bagasi.

Setibanya di KLIA, Amber sudah bersedia untuk meninggalkan lapangan terbang bagi menghadiri majlis berkenaan pada pukul 6.20 petang.

"Tetapi bila saya telefon pemandu berkenaan, dia kata dia ingatkan waktu ketibaan saya pukul 7.30 petang. Saya tanya dia berapa lama saya perlu tunggu, dan dia beritahu dia perlu mengambil masa 45 minit untuk sampai ke KLIA," katanya.


Amber kemudiannya menghubungi semula bagi mengetahui kedudukan pemandu itu sejam selepas itu.

"Dia kata dia ada kecemasan di Melaka, dan perlukan lagi 45 minit," katanya.

Amber menghubungi pemandu berkenaan buat kali ketiga pada pukul 8.20 malam tetapi tidak berjawab.

Kliennya menundakan waktu pembukaan kafe kepada pukul 9 malam, dan Amber mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke Sunway Pyramid dan tiba 20 minit sebelum pusat membeli-belah itu tutup pada 10 malam.

Amber memberi penjelasan bahawa beliau terpaksa menunggu lama kerana kliennya telah melaburkan sejumlah wang untuk menghiasikan limosin berkenaan, dan membayar untuk kemunculannya termasuk ketibaan pada pembukaan kafe menggunakan kenderaan tersebut.

"Saya perlu jalankan tanggungjawab saya. Saya berasa serba salah terhadap klien saya, dan mereka memohon maaf. Mereka meminta saya supaya menunggu limosin itu, dan saya fikir ia kerana mereka telah berbelanja banyak untuk pelekat (Hello Kitty)," katanya.


Rajinikanth Tak 'Rampas' Limosin Saya - Amber Chia

Beliau menjelaskan kepada kliennya bahawa limosin tersebut sudah ditempah sepanjang hari.

Menurut Amber, penulis blog lain juga terpaksa menunggu lama kerana kenderaan itu sepatutnya menjemput mereka untuk lawatan limosin bersama media sebelum sesi bergambar di hadapan kafe.

Bagaimanapun, apa yang berlaku masih menjadi misteri dan beliau berharap klienya dapat menjelaskan mengenai insiden berkenaan.

"Saya harap saya betul, kerana mengambil telefon orang lain adalah salah," katanya mengenai lapoan bahawa wakil kepada bintang ternama itu merampas telefon mudah alih milik pemandu tersebut.

"Saya amat menghormati Rajinikanth dan saya tidak fikir beliau akan melakukan perkara ini kepada orang lain. Beliau seorang yang matang," tambah Amber.-mstar

Foto Pra-Perkahwinan Shukri Yahaya & Tya Adnan

Mengambil foto pra-perkahwinan sudah menjadi trend di kalangan pengantin hari ini dan yang terbaru pelakon Shukri Yahaya dan tunangnya Tya Adnan juga tidak ketinggalan.


Foto Pra-Perkahwinan Shukri Yahaya & Tya Adnan

Astro Gempak telah menerima beberapa keping foto Pra-Perkahwinan Shukri dan Tya daripada jurugambar rasmi mereka, Pinography Official.

Shukri dan Tya dilihat sangat ranggi dan sempoi mengenakan kemeja putih dan jeans biru sedondon bersama sepasang kaca mata.

Foto Pra-Perkahwinan Shukri Yahaya & Tya Adnan


 Astro Gempak kongsikan kepada anda beberapa keping foto pra-perkahwinan Shukri dan Tya. Comel sangat tau mereka berdua ni, macam pinang dibelah dua!

Pasangan sama cantik sama padan ini bakal melangsungkan pernikahan pada 20 November depan.


Foto Pra-Perkahwinan Shukri Yahaya & Tya Adnan

Majlis akad nikah Shukri dan Tya akan berlangsung di Putrajaya manakala majlis resepsi mereka akan diadakan keesokan hari di Cyberjaya.-astrogempak

(5 Gambar) Foto Hanez Suraya Dan Baby Bump!

Lama tak dengar cerita mak buyung yang sorang ni, Hanez Suraya yang kini tengah sarat mengandungkan anak pertamanya bersama suami tercinta, Romie Razin Adilha.


Foto Hanez Suraya Dan Baby Bump!

Pasangan Hanez Suraya dan Romie Dinikahkan pada 14 Mac 2015 dan kini kehidupan yang mereka bina semakin bahagia lebih-lebih lagi menanti kedatangan insan baru sekaligus menepis dakwaan sebelum ini Rumah Tangga Hanez Suraya Kini Bermasalah.


Foto Hanez Suraya Dan Baby Bump!

Untuk pengetahuan, kandungan Hanez Suraya kini sudahpun memasuki usia 5 bulan. Sejak mengetahui diri berbadan dua setelah pulang dari mengerjakan umrah, Hanez Suraya tidak henti melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Mungkin Allah merencanakan sesuatu yang indah buat dirinya.


    “Saya dan suami sudah mula membuat persiapan dengan membeli barangan keperluan anak. Pada waktu sama, saya menerima banyak hadiah daripada saudara-mara dan kenalan rapat.

    “Insya-Allah, dalam tempoh sebulan dua lagi saya mengadakan majlis kesyukuran dan lenggang perut.

Apa kata kita layan dulu beberapa lagi gambar Hanez Suraya yang terbaru ini, semakin berseri-seri aurat keibuannya. Tahniah Hanez, jaga diri!-gosipmalaysia




Foto Sekitar WebTVAsia Awards 2015

Buat julung kalinya, WebTVAsia Awards 2015 telah berlangsung dengan meriah malam tadi. Bertempat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, acara yang dibawakan oleh Prodigy Media Group and WebTVAsia ini meraikan kebangkitan kandungan online terbaik bagi 12 negara Asia.


Foto Sekitar WebTVAsia Awards 2015

Dihoskan oleh JinnyBoyTV dari Malaysia dan Kandy dari Hong Kong, WebTVAsia Awards turut menjemput bintang sensasi YouTube serta artis-artis terkenal seperti Namewee, Najwa Mahiaddin dan Amir Jahari (Malaysia), SNH48 (China), The Viral Fever (India), Mikey Bustos (Philippines), Last Day Production (Indonesia), LadyBaby (Japan), Awesome Hauen (Korea), Wah! Banana (Singapore), Bie the Ska (Thailand) dan banyak lagi.

Mari kita lihat lihat koleksi foto yang berlangsung di sekitar WebTVAsia Awards 2015 malam semalam. Foto diambil menerusi pelbagai akaun Instagram dan carian gambar adalah menerusi hashtag #WebTVAsia dan #WebTVAsiaAwards2015.-murai


Foto Sekitar WebTVAsia Awards 2015







Chong Wei Mara Ke Final Terbuka Perancis

Bekas pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei mara ke pusingan akhir Kejohanan Siri Super Terbuka pertamanya selepas 16 bulan apabila menewaskan pemain China, Wang Zhengming pada perlawanan separuh akhir Terbuka Perancis pada Sabtu.


Chong Wei Mara Ke Final Terbuka Perancis

Chong Wei menumpaskan lawannya yang juga pemain ke sembilan dunia , 21-7, 21-13 pada saingan yang mengambil masa 35 minit itu.

Pemain Malaysia dan berada di kedudukan nombor 19 dunia ini menewaskan pemain Jepun, Sho Sasaki, 21-9, 21-12 pada perlawanan suku akhir pada Jumaat.

Penerima pingat perak Olimpik ini bakal merebut gelaran juara ke 39 Kejohanan Siri Super Terbuka dan akan menentang juara bertahan dari Taiwan, Chou Tien-chen pada Ahad.

Tien-chen, pemain nombor lima dunia, menyingkirkan pemain nombor dua dunia, Jan O Jorgensen dengan straight set 21-11, 21-19  dalam empat perlawanan menentang pemain dari Denmark.

Sebelum ini, Chong Wei tidak pernah menentang pemain berusia 25 tahun itu, tetapi turut berwaspada dengan Tien-chen.

Pemain dari Taiwan ini layak ke pusingan separuh akhir pada tiga kejohanan iaitu Terbuka Jepun, Terbuka Korea dan Terbuka Denmark.

Chong Wei sebelum ini beraksi pada pusingan akhir Kejohanan Siri Super Terbuka Jepun pada Jun.-mstar