Najib Razak berdepan siasatan rasuah US lapor The New York Times

Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Low Taek Jho, lapor The New York Times (NYT) hari ini.


Najib Razak berdepan siasatan rasuah US lapor The New York Times

Sebuah unit di Jabatan Kehakiman AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa sedang menjalankan siasatan itu, lapor NYT memetik sumber tanpa nama.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan dilakukan “syarikat bayangan”.

NYT melaporkan pada Februari mengenai pembelian ini yang menggunakan “syarikat bayangan” daripada pelbagai tokoh antarabangsa, termasuk Riza dan Low, juga dikenali sebagai Jho Low.

NYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga akan melihat dakwaan AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib - pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai "derma politik".

Pemindahan dana adalah di bawah bidang kuasa AS kerana ia melalui bank Amerika Wells Fargo, kata akhbar itu.

Dalam laporan NYT pada Februari, akhbar berpengaruh itu mendapati hartanah mewah bernilai lebih RM150 juta dikesan mempunyai kaitan sama ada dengan Low atau Riza.

Ini termasuk "penthouse" bernilai AS$30.55 juta di Time Warner Centre di Manhattan, rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane di New York.

Ia juga mengesan sebuah kondominium bernilai AS$33.5 di Laurel Park, Manhattan, di samping hartanah lain di Los Angeles yang turut melibatkan Riza, melalui pelbagai “syarikat bayangan”.

Laporan NYT juga menyebut, bekas eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan menandatangani pembelian kondominium AS$4.5 juta yang dibeli “syarikat bayangan” dikenali sebagai Cricklewood One Madison LLC, tahun lepas.

Penjaga di bangunan itu mengesahkan seorang wanita dengan nama berkenaan tinggal di situ, menurut NYT.

Loo sedang dicari Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan bantuan berhubung siasatan ke atas 1MDB.

NYT berkata, ia cuba mendapatkan maklum balas daripada beberapa individu dan syarikat yang disebut dalam laporan itu tetapi semuanya enggan mengulas.

Seorang peguam bagi Cricklewood enggan mengulas, manakala Loo tidak memberi respons kepada nota yang ditinggalkan di kondominium beliau.

Wakil Riza dan Low bagaimanapun memberitahu akhbar itu mereka tidak terlibat dalam apa-apa urusan jual beli tidak sepatutnya.

NYT berkata, Najib bersiap sedia untuk berlepas ke London minggu ini bagi konvensyen perdagangan dan dijangka ke New York selepas itu untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Akhbar itu juga memetik bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott yang menyatakan Najib "benar-benar menghargai imej antarabangsa" dan mempersoalkan jika perdana menteri kini "dipulaukan".

Najib berada di bawah tekanan yang besar berhubung skandal 1MDB, yang beliau selia sebagai menteri kewangan, dan pemindahan wang ke dalam akaun peribadinya.

Beliau juga merombak Kabinet pada Julai, menggugurkan seorang timbalan perdana menteri dan seorang lagi menteri kerana mengkritik cara beliau mengendalikan syarikat sarat hutang itu, dan menukar peguam negara yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB dan pemindahan dana ke dalam akaun peribadinya lapor The Malaysian Insider

Rani Kulup Rakam Lagu Duet ‘Kipidap’ Bersama Radhi OAG

Tidak  keterlaluan kami katakan, populariti yang dikecap ‘Raja Report Malaysia’ iaitu Abdul Rani Kulup kini persis seorang selebriti.

Rani Kulup Rakam Lagu Duet ‘Kipidap’ Bersama Radhi OAG

Buktinya, aktivis popular ini bukan sahaja diundang ke sebuah stesen radio dan rancangan ‘Super Spontan Musim-4’, malah turut berpeluang merakamkan lagu duet bersama Radhi OAG dan Neves (Pretty Ugly).

Uniknya, slogan yang cukup sinonim dengan Rani Kulup iaitu ‘Kipidap’ dipilih menjadi title bagi lagu single duet itu.

Lagu ‘Kipidap’ hasil gubahan bersama oleh Neves dan Amad Karyawan ini membawakan konsep Poppish yang kedengaran sangat ‘catchy’ dan turut diiringi muzik dari kumpulan The Cekelat Cedap.

Menurut pengurus produksi lagu single itu, Amad, lirik lagu ini lebih bersifat motivasi dan mengajak masyarakat bergerak untuk maju.

“Slogan ‘kipidap’ diterima oleh semua penyokong politik tidak kira parti mana dan Rani Kulup adalah ikon. Projek ini suatu eskapisme untuk kita bertenang setelah serabut dengan kerenah politik,” ujarnya.

Difahamkan, CD single lagu berkenaan akan dijual dalam bentuk pakej bersama komik, juga bertajuk ‘Kipidap’.

Dalam komik itu, Rani digambarkan sebagai seorang yang cintakan keamanan dan sering membantu mereka yang kesusahan. – mynewshub

Staf Maxis Kepong Amal Sikap ‘Rasis’ Terima Padah

14 September lalu, seorang pemilik akaun Facebook mendapat perhatian netizen apabila mendedahkan layanan bersifat perkauman yang diterimanya ketika berkunjung ke Maxis cawangan Kepong.


Staf Maxis Kepong Amal Sikap ‘Rasis’ Terima Padah

Samantha Resh mendedahkan, ketika berkunjung ke sana untuk membayar bil dia tidak mengambil angka giliran apabila mendapati terdapat pelanggan Cina yang tidak berbuat demikian.

Staf Maxis Kepong Amal Sikap ‘Rasis’ Terima Padah

Namun apabila tiba gilirannya dia disuruh mengambil angka giliran tidak seperti pelanggan Cina yang beratur di belakangnya. Apabila perkara ini diajukan kepada pengurus di situ, dia tertawa dan mengaku mengamalkan sikap rasis dan mencabar Samantha untuk mengambil tindakan.

Tambah menyakitkan hati apabila kertas mencetak angka giliran didapati habis dan selepas ianya pulih, pengurus berkenaan memberikan angka giliran kepada pelanggan yang datang selepas Samantha dan memberikannya angka giliran terakhir.

Staf Maxis Kepong Amal Sikap ‘Rasis’ Terima Padah

Tak berakhir di situ, dia turut mempermainkan Samantha dengan memberikan nombor telefon yang didakwa milik pengurusnya untuk dihubungi dan sebaik sahaja nombor itu dihubungi dia menjawab telefon lalu ketawa!

Apabila kisah ini menjadi viral di media sosial, terdapat pelanggan lain turut berkongsi pengalaman dilayan dengan rasis di cawangan terbabit.

Staf Maxis Kepong Amal Sikap ‘Rasis’ Terima Padah


Bagaimanapun, pihak Maxis wajar dipuji apabila mereka segera memberi respon berkaitan perkara ini.

Menurut Samantha menerusi Facebook, satu pertemuan dengannya telah diatur oleh Maxis pada 19 September lalu di Mid Valley di mana dia dimaklumkan lelaki yang melayannya secara rasis telah pun digantung kerja.

Staf Maxis Kepong Amal Sikap ‘Rasis’ Terima Padah

Bagi kami ini adalah berita baik yang dapat dijadikan peringatan buat semua rakyat Malaysia bahawa sikap rasis tidak dialu-alukan di negara ini.

Semoga semangat muhibah sesama kaum dapat dikekalkan seterusnya membawa kepada keharmonian 1Malaysia selamanya.-mynewshub

Gambar Doktor Pujuk Bayi 2 Tahun Sebelum Pembedahan Jadi Viral

Gambar seorang doktor muda di China yang sedang memujuk seorang bayi berusia 2 tahun telah mendapat perhatian serta menyentuh hati masyarakat tempatan.

Gambar Doktor Pujuk Bayi 2 Tahun Sebelum Pembedahan Jadi Viral

Sifat kebapaan yang ditunjukkan oleh lelaki itu segera menjadi viral selepas ia dimuat naik di secara online di sana.

Gambar Doktor Pujuk Bayi 2 Tahun Sebelum Pembedahan Jadi Viral

Doktor Shi Zhuo yang bekerja di Hospital Zhejiang dilihat cuba menenangkan anak kecil itu di dalam bilik surgeri dengan berikannya melihat video kelakar di telefon bimbitnya selepas dia menangis ketakutan kerana ibu bapanya tiada disisi.

Gambar Doktor Pujuk Bayi 2 Tahun Sebelum Pembedahan Jadi Viral


“Dalam bilik pembedahan, para doktor akan cuba menenangkan pesakit dengan memberikan pelukan serta kata-kata semangat kepada mereka. Perkara seperti ini adalah normal,” katanya kepada sumber.

Sebelum ini, gambar seorang bapa yang sanggup basah kuyup demi melindungi anaknya daripada terkena hujan juga mendapat perhatian orang ramai.-mynewshub

Imej Lady Gaga yang Curi Tumpuan

Penyanyi yang dikenali dengan penampilan unik, Lady Gaga berjaya mencuri tumpuan apabila tampil dengan imej anggun di majlis Anugerah Emmy 2015, pada malam Ahad lalu.


Imej Lady Gaga yang Curi Tumpuan

Lady Gaga yang digelar sebagai Mother Monster ini mengayakan gaun hitam tanpa sebarang hiasan yang pelik seperti kebiasaan digayakan pada mana-mana majlis anugerah.
Penampilan Lady Gaga yang mencuri tumpuan media.

Imej Lady Gaga yang Curi Tumpuan

Gaun tersebut benar-benar memberi penampilan anggun dan aksesori minima dan solekan tipis.

Penyanyi lagu Born This Way ini hanya memakai cincin tunangnya dan sepasang subang berlian. Tidak hairanlah, kemunculannya kali ini benar-benar mencuri perhatian lensa kamera media.

Selain itu, Lady Gaga juga dikatakan hadir ke majlis anugerah tersebut berikutan bakal terbabit dalam drama bersiri American Horror Story.-mstar

Zeti Aziz: 1MDB Penyebab Ringgit Jatuh

1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyuarakan rasa kesalnya ke atas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang seolah-olah menyebut syarikat pembangunan strategik itu sebagai penyebab ringgit lemah.

Zeti Aziz: 1MDB Penyebab Ringgit Jatuh

Penyusutan nilai ringgit dan mata wang lain disebabkan oleh kejatuhan mendadak minyak mentah, unjuran kadar peningkatan kadar faedah US serta kelembapan ekonomi dunia dalam pasaran pesat membangun, katanya.

"Berdasarkan fakta sejarah, belum ada satu syarikat pun yang dikaitkan sebegitu rupa kepada nilai ringgit. Kami yakin fakta yang dikongsi oleh 1MDB dan penjelasan segera yang dikeluarkan setakat ini, akan memberikan penjelasan dan jaminan kepada semua pihak berkepentingan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

1MDB berkata nilai aset syarikat itu adalah melebihi hutangnya.

Tambahan pula, Zeti menyedari bahawa 1MDB sentiasa memenuhi, tanpa ingkar, obligasi pembayaran asas dan kadar faedah, kepada peminjam domestik dan asing. - BERNAMA

Shahrizal Jaszle Diarah Bela Diri Berkhalwat

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selesa memerintahkan pelakon Shahrizal Jaszle membela diri atas tuduhan melakukan khalwat dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 23, pada 16 Mei 2013.

Shahrizal Jaszle Diarah Bela Diri Berkhalwat

Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya elemen kes yang boleh disabitkan ke atas tertuduh.

Sehubungan itu, Abd Halim memerintahkan Shahrizal atau sebelum ini dikenali dengan nama Shahz Jaszle membela diri sama ada secara memberi keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri.

Kes berkenaan disambung pada 8 Disember depan.

Dalam kejadian 16 Mei 2013,  Shahrizal dan pasangannya  Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.-mstar

Anzalna Nasir Umum Bakal Nikah

Sebelum ini Anzalna Nasir pernah menjelaskan bahawa dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dan baru-baru ini, Anzalna sendiri telah memaklumkan bahawa dia akan bernikah bersama pilihan hati, Hanif Zaki pada awal tahun hadapan.


Anzalna Nasir Umum Bakal Nikah

Pengumuman itu dibuat secara terbuka ketika dalam program hiburan terbitan Astro, Apa Kata Malaysia kendalian pengacara terkenal, Aznil Nawawi. Mereka akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama.

Anzalna Nasir Umum Bakal Nikah

“Selepas ini saya ingin mengambil masa untuk memanjakan diri sebagai persediaan sebelum mendirikan rumah tangga,” jelas Anzalna selain turut menyatakan bahawa dengan sifat sabar dan kepercayaan yang diberikan oleh Hanif, Anzalna mengharapkan impian perkahwinannya itu akan menjadi kenyataan.
Anzalna Nasir Umum Bakal Nikah

Anzalna Nasir Umum Bakal Nikah

“Hanif sangat memahami saya dan sentiasa meletakkan kepercayaan ?tinggi terhadap saya membuatkan saya berasa selesa. Lagipun kami telah berkenaan dan bercinta sebelum saya menjadi artis. Alhamdulillah, sepanjang empat tahun bercinta, nak kata bergaduh tu, kurang tiga kali je kot..” gurau Anzalna.-rotikaya

Kes Wanita Tanggal Baju Di Petaling Street

Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan kes bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, April lalu.

Kes Wanita Tanggal Baju Di Petaling Street

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne supaya diberikan tempoh dua minggu untuk serahan gambar serta rakaman video kes terbabit.

Malini turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beberapa dokumen yang akan digunakan untuk perbicaraan telah diserahkan kepada tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tiga hari bermula 11 Januari depan untuk perbicaraan kes itu.

Persana Avril, yang diwakili peguam Kelvin Tan hadir di mahkamah hari ini memakai baju hitam serta berseluar biru.

Pada 10 Ogos lepas, mahkamah sama memutuskan Persana Avril adalah waras dan layak dibicarakan selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan.

Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas.

Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-mstar

Ada Pihak Sangsi Pengaruh Dadah Radhi (OAG)

Vokalis kumpulan OAG, Radhi memberitahu terdapat segelintir pihak masih sangsi dengan dirinya sama ada dia benar-benar sudah meninggalkan najis dadah atau pun tidak.

Ada Pihak Sangsi Pengaruh Dadah Radhi (OAG)

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, berkata, presepsi itu timbul berikutan dia dilihat sentiasa tampil dengan aksi lincah ketika mengadakan persembahan biarpun usianya kini mencecah 38 tahun.

"Biarpun saya sudah menjelaskan berkali-kali saya sudah bebas daripada dadah tetapi masih ada yang tidak percaya hanya kerana aksi lincah saya di pentas dan menyangka ia kesan daripada bahan terlarang itu.

"Terkilan itu ada juga tetapi saya tidak dapat hendak menepis setiap kali cakap-cakap begitu timbul kerana paling penting saya tahu diri saya," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Radhi pernah menjalani pemulihan di Pengasih Malaysia selama setahun setengah pada 2011.

Ada Pihak Sangsi Pengaruh Dadah Radhi (OAG)
Radhi tidak lagi terlibat dengan najis dadah.


Dalam pada itu, Radhi menegaskan dia kini bebas daripada najis dadah dan aksinya di pentas datang secara semula jadi dan bukan disebabkan pengaruh bahan tertentu.

Radhi berkata, menyedari cakap-cakap kurang enak mengenai dirinya, dia sanggup memperlahankan pergerakan di pentas bagi mengelak fitnah sedemikian berulang.

"Biarpun tidak dapat menjadi diri sendiri ketika di pentas, saya sanggup memperlahankan pergerakan di pentas walaupun kadang-kadang terbabas juga sebab sudah terbiasa," ujarnya.

Sementara itu, Radhi berkata, dia juga banyak mempelajari soal disiplin daripada anggota baharu dalam OAG bagi memastikan tidak menimbulkan sebarang masalah.

Jelas Radhi, sebagai seorang yang lebih berusia dia berasa malu dengan kesungguhan dan komitmen diberikan ahli kumpulan terhadap OAG membuatkan dia sentiasa menjaga disiplin.

Ada Pihak Sangsi Pengaruh Dadah Radhi (OAG)
OAG kembali dengan single terbaharu berjudul BawahTanahAyer.


"Saya akui dulu saya memang bermasalah dan tidak ada disiplin tetapi kini semuanya sudah berubah dan ia adalah jasa anggota lain dalam OAG.

"Sebagai seorang yang lebih tua, saya malu mereka dapat menunjukkan disiplin yang tinggi sehingga membuatkan saya tersedar dan mahu melakukan perkara sama," katanya.

Selain Radhi, OAG kini dibarisi oleh generasi pemuzik kelima kumpulan tersebut iaitu Nizam (gitar), Azam (drum), Nazrin (bass) dan Izmer (keyboard & biola).

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu 60's TV itu baharu sahaja muncul dengan single terbaharu mereka iaitu BawahTanahAyer.-mstar