Ewal AF Bercinta Gadis Bawah Umur

Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia (AF) 2014 iaitu Ewal menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis bawah umur.

Ewal AF Bercinta Gadis Bawah Umur

Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail, 23, bagaimanapun menegaskan hubungan mereka sekadar teman biasa.

"Gadis berkenaan seorang 'Insta Famous' dan saya mengenalinya daripada seorang kawan sebelum sering berhubung di Instagram.

"Bagaimanapun ingin saya tegaskan hubungan kami sekadar kawan biasa dan perkara itu sengaja dibangkitkan mungkin kerana agenda tertentu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Ewal berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas peminatnya menerusi e-mel kepada sebuah akhbar mingguan yang mendedahkan percintaannya dengan remaja bawah umur selain dikatakan seorang yang tidak boleh ditegur.

Ewal AF Bercinta Gadis Bawah Umur
Ewal dituduh tidak boleh ditegur.


Dalam pada itu, Ewal berkata, layanan yang dilihat istimewa terhadap gadis berkenaan turut menjadi punca dia menjadi sasaran pengikut di Instagram yang cemburu melihat kemesraan mereka.

Bagaimanapun kata Ewal, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu kesalahan kerana gadis berkenaan adalah kawannya di alam nyata.

"Saya layan peminat sama rata tetapi apabila timbul kononnya layanan berlebihan terhadap rakan saya itu dipersoalkan, saya jadi pelik.

"Ia sepatutnya tidak menjadi isu kerana gadis berkenaan adalah rakan yang saya kenali secara rapat. Salahkan kami saling berbalas komen di Instagram?" soalnya.

Sementara itu, Ewal berkata, dia kesal apabila menjadi sasaran segelintir pihak yang jelas ingin menjatuhkan karier seninya hanya kerana isu remeh.
Ewal AF Bercinta Gadis Bawah Umur
Ewal tidak mengetahui identiti sebenar pengirim e-mel memburukkannya.

Malah tuduhan kononnya dia tidak boleh ditegur adalah tidak adil tanpa ia dilihat menerusi prespektifnya selain situasi sebenar.

"Saya seorang yang terbuka dalam menerima nasihat membina tetapi tanya kembali kepada pihak yang membangkitkan isu ini apakah cara digunakan dalam memberi teguran kepada saya?

"Setakat ini yang saya padam komen mereka dan 'block' dari Instagram adalah mereka yang meninggalkan nasihat tanpa adab dan kurang ajar selain menggunakan cara sarkastik.

"Adakah itu cara yang betul untuk menegur seseorang? Sehingga hari ini tiada satu kata-kata cacian dan makian saya balas cuma tindakan saya adalah dengan cara padam dan sekat mereka," jelasnya.

Tambah Ewal, dia tidak mengetahui dalang disebalik pengirim e-mel berkenaan dan enggan terlalu mengambil pusing mengenai hal itu.

"Jika betul dia berada di pihak benar datang jumpa dan cakap semua perkara yang ditulis dalam e-mel itu dihadapan muka saya," katanya.-mstar

Ungku Ismail Kini Bercinta Dengan Anis Al Idrus

Pelakon Ungku Ismail menganggap gosip mengatakan dia mempunyai hubungan intim dengan aktres Anis Al Idrus sebagai tidak masuk akal.


Ungku Ismail Kini Bercinta Dengan Anis Al Idrus

Ungku Ismail atau nama sebenarnya Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 30, berkata, hubungan mereka sekadar rakan biasa dan tidak wujud soal cinta dalam diri mereka.

"Saya kenal dia dan kami adalah rakan. Gosip mengatakan kami bercinta tidak masuk akal dan ia sama sekali tidak benar," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Terdahulu, Anis Al Idrus yang juga bekas teman wanita aktor Sharnaaz Ahmad mengakui sudah mempunyai pengganti namun menyangkal lelaki berkenaan adalah Ungku Ismail.

Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata, dia tidak mahu memperbesar-besarkan gosip berkenaan kerana fokusnya kini untuk mempromosikan kempen #TravellingBeruang yang merupakan projeknya bersama Media Prima.

Ungku Ismail Kini Bercinta Dengan Anis Al Idrus
Anis Al Idrus dikaitkan dengan Ungku Ismail.


"Saya kini sibuk dengan #TravellingBeruang dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit kanser dan tiada masa untuk berfikir soal remeh temeh seperti gosip diperkatakan itu.

"Alhamdulillah setakat ini projek ini telah membawa saya melawat beberapa destinasi dengan membawa patung beruang sebagai simbolik penjelajahan dan mewakili harapan kanak-kanak melawan kanser," katanya.

Projek itu bermula sebagai sebuah telefilem yang mengisahkan Ungku Ismail membuat kajian wataknya sebagai seorang ayah yang kehilangan anak kerana kanser.

Ia akan disiarkan di TV3 pada November depan.

Dalam perkembangan lain, Ungku Ismail berkata, selain sibuk dengan kempen #TravellingBeruang dia masih sibuk dengan aktiviti lakonan.-mstar

Dua Lagi Dicari Bantu Siasatan Kes Bunuh Kevin Morais

Polis sedang mencari dua lagi individu berhubung kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Dua Lagi Dicari Bantu Siasatan Kes Bunuh Kevin Morais

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dua individu berkenaan ialah Dinishwaran a/l Raman, 23, and Vishwanath a/l Murugaya, 25, bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan Morais di mana mayatnya ditemui dalam tom dram yang disimen di Subang Jaya pada 16 September lalu.

Alamat terakhir Dinishwaran ialah Estet Batu Pekaka di Kedah, manakala Vishwanath di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan di Kedah.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai di mana kedua-dua individu ini diminta untuk menghubungi ibu pejabat polis Sentul di talian 03-40482222 atau pegawai penyiasat, ASP Wan Abdullah at 012-3482737.

Setakat ini, tujuh individu direman, termasuk seorang pegawai perubatan tentera yang didakwa terlibat dalam perniagaan yang menyalahi undang-undang semasa masih bertugas sebagai penjawat awam.

Pakar pantologi berusia 52 tahun itu terlibat dengan beberapa kes rasuah yang masih dalam perbicaraan.

Tiga Timbalan Pendakwa Raya termasuk Kevin, terlibat dalam pendakwaan terhadap pakar pantologi itu sejak 2013.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lalu selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.-mstar

Terbuka Korea: Cabaran Malaysia Berakhir Di Suku Akhir

Cabaran Malaysia di kejohanan badminton Siri Super Terbuka Korea berakhir selepas gandingan Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong tewas di suku akhir di Gimnasium Olimpik 2, Seoul, Korea Selatan, Jumaat.


Terbuka Korea: Cabaran Malaysia Berakhir Di Suku Akhir

Pasangan veteran yang merupakan naib juara Kejohanan Dunia 2010 itu tunduk mudah di tangan beregu China, Fu Haifeng/Zhang Nan, 16-21, 12-21 dalam masa 31 minit.

Koo/Tan menempah tempat ke suku akhir selepas mempamerkan aksi cemerlang menjinakkan pilihan kelima, Chai Biao/Hong Wei dari China 21-14, 21-12 di pusingan kedua pada Khamis.

Untuk rekod, Koo/Tan sudah memenangi dua gelaran sejak kembali ke gelanggang pada Mei lepas iaitu di Cabaran Antarabangsa Sri Lanka pada Jun dan Cabaran Antarabangsa Rusia pada Julai lepas. - BERNAMA

Hujan Bakal Bikin Konsert Selepas 2 Tahun Berehat

Selepas dua tahun menyepi, kumpulan Hujan bakal muncul menerusi sebuah konsert #hujan10tahun di KL Live dekat sini pada 31 Oktober depan.

Hujan Bakal Bikin Konsert Selepas 2 Tahun Berehat

Menurut vokalisnya, Noh Salleh, konsert tersebut diadakan sempena sambutan ulang tahun yang ke-10 penubuhan kumpulan itu.

"Kami cukup bersemangat dan teruja untuk mengadakan persembahan di hadapan peminat dan penyokong (Raingers) yang setia bersama kami selama 10 tahun.

"Saya harap konsert ini akan menjadi kenangan paling manis buat Raingers kerana konsert ini juga adalah permintaan mereka menerusi laman sosial dengan hashtag #hujan10tahun," katanya kepada mStar Online.

Selain Noh, Hujan dianggotai oleh Hezry Hafidz atau AG Coco (gitar), Azham Ahmad (dram), Izzat Uzaini (bass) dan Dimas Santoso (keyboard).


Pada konsert itu nanti, Hujan dijangka mempersembahkan lebih 20 lagu daripada album pertama iaitu 1,2,3 Go yang dihasilkan pada 2006 hingga Sang Enemy pada 2012.

Sementara itu, Hujan berharap tiada lagi spekulasi kononnya kumpulan berkenaan akan berpecah kerana perkara itu tidak mungkin berlaku.

"Bukan senang mahu perjuangkan Hujan. Sibuk macam mana sekalipun, perkara itu (berpecah) adalah jalan terakhir yang akan kami lakukan.

"Dua tahun kami sepi adalah kerana masing-masing sibuk dengan komitmen peribadi selain kerja-kerja penerbitan muzik. Dimas pula sibuk dengan urusan penubuhan badan agihan royalti di Indonesia. Hujan tidak pernah berkubur," tegasnya.

Tiket konsert berharga RM53 boleh ditempah dengan melayari www.galactix.asia/hujan10tahun-mstar

Jadi Penyanyi Solo, Eyza Bahra Tinggalkan Salam Music

Vokalis Salam Music, Eyza Bahra memberitahu dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut bagi mengembangkan kerjayanya sebagai penyanyi solo.

Jadi Penyanyi Solo, Eyza Bahra Tinggalkan Salam Music

Eyza, 27 berkata, keputusan itu diambil sebagai salah satu cabaran untuk tidak berada dalam zon selesa bersama kumpulan muzik tersebut.

"Saya sudah keluar daripada Salam Music minggu lepas dan Alhamdulillah ahli kumpulan lain semua terima keputusan ini dengan positif, malah memberi semangat untuk saya bergerak sendiri.

"Saya ambil keputusan itu untuk masa depan kerjaya saya. Saya mahukan cabaran dan rebut peluang yang datang pada usia ini,"  ujarnya kepada mStar Online.

Eyza berkata, dia kini bernaung di bawah syarikat rakaman milik DJ Fuzz iaitu Mixology Music.

Dia juga mengambil keputusan tersebut kerana tidak mahu menyekat perkembangan kumpulan itu dengan kekangan jadual kerjanya sebagai penyanyi solo.

"Ketika saya bersama kumpulan itu, saya juga ada projek secara solo dan saya tidak mahu jadual kerja secara solo saya menganggu jadual Salam Music," ujarnya.

Dalam pada itu, Eyza berkata, dia berasa sedih untuk meninggalkan kumpulan yang membawanya melangkah ke dunia seni yang memberi banyak pengalaman berharga.

Bagaimanapun dia terpaksa belajar untuk melepaskan sesuatu perkara demi kebaikan masa depan.

"Saya sayang kumpulan itu kerana selama enam tahun bersama banyak benda yang saya belajar. Tapi saya juga perlu belajar untuk lepaskan sesuatu perkara yang saya sayang.

"Ketika DJ Fuzz tawarkan untuk bergerak solo, saya rasa ini adalah masa terbaik sebelum usia saya sudah tua," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Eyza yang popular dengan lagu Imaginasiku baharu sahaja keluar dengan single solo ketiganya berjudul Cakerawala.-mstar

Southampton, Belanda Rebut Ronald Koemen

Ronald Koemen akan ditawarkan lanjutan kontrak di Southampton selepas berjaya membawa kelab itu menjadi pesaing hebat dalam Liga Perdana Inggeris.

Southampton, Belanda Rebut Ronald Koemen

Koeman menyertai Southampton dengan kontrak selama tiga tahun pada 2014 dan menarik perhatian ramai mengenai kejayaan membawa kelab itu.

Bagaimanapun, Koeman mula dikaitkan dengan tugas sebagai ketua jurulatih Belanda selepas skuad negaranya gagal mempamerkan aksi terbaik pada saingan Euro 2016.

Akibat tidak mahu kehilangan jurulatih itu, St Mary sedia menawarkan lanjutan kontrak yang turut menaikkan gaji Koemen.

Koeman menyertai Southampton bagi menggantikan Mauricio Pochettino yang berhijrah ke Tottenham.

Dia juga berjaya memenangi pengurus terbaik Liga Perdana Inggeris bagi bulan September 2014 dan Januari 2015.-mstar

Bolt Derma RM5.5 Juta Kepada Bekas Sekolahnya Di Jamaica

Juara Olimpik enam kali, Usain Bolt menyerahkan sumbangan bernilai $1.3 juta (RM5.5 juta)  kepada sekolah lamanya di Jamaica.


Bolt Derma RM5.5 Juta Kepada Bekas Sekolahnya Di Jamaica

Pemegang rekod dunia 100 meter dan 200m itu bermurah hati memberi kelengkapan sukan kepada Sekolah Tinggi William Knibb Memorial.

Bolt menyerahkan 50 pasang but bola,pelindung betis, bib serta peralatan bola sepak yang lain bagi membantu kempen Piala ISSA FLOW DaCosta yang disertai sekolah itu tahun ini.

"William Knibb memainkan peranan penting kepada atlet yang telah meletakkan saya berada di tempat sekarang.

"Apa sahaja yang mereka mahukan saya akan cuba untuk membantu dan pastinya saya sangat gembira," jelas Bolt.

Malah Bolt turut menyediakan peralatan sukan kriket menjelang musim baharu kejohanan yang akan disertai William Knibb.-mstar

Lisa Surihani & Yusry KRU Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Tahniah kami ucapkan kepada Lisa Surihani kerana telah selamat melahirkan cahaya mata pertama (perempuan) pada pukul 11.44 malam, 15 September. Peminat setia selebriti tersebut dalam masa yang sama turut melahirkan rasa syukur dan gembira di laman Instagram HLIVE! selain mendoakan yang terbaik untuknya sekeluarga.


Lisa Surihani & Yusry KRU Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Semoga kehadiran cahaya mata baru di dalam keluarga ini bakal membawa lebih sinar & bahagia kepada pasangan suami isteri yang sememangnya kelihatan manis sentiasa.

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais

Polis percaya kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan kes satu kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais

Menurut kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, polis setakat ini masih belum dapat memastikan motif pembunuhan.

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais

“Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais

“Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya memetik laporan dari FMT.

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais

Pagi tadi, mayat Kevin ditemui setelah kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat Kevin.


Mayat Kevin dimampatkan di dalam konkrit sebelum dicampakkan di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu. - Siakapkeli