Umno Sungai Besar Lulus Usul Minta Muhyiddin Lepas Jawatan

Umno Bahagian Sungai Besar pada Ahad meluluskan usul meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatanTimbalan Presiden parti secara terhormat.


Umno Sungai Besar Lulus Usul Minta Muhyiddin Lepas Jawatan

Usul itu dicadangkan oleh ketua bahagian berkenaan, Datuk Jamal Md Yunos dalam persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Besar sebelum ia dibahas dan diluluskan dengan sejumlah 274 perwakilan menyokong manakala 171 membantah.

Usul tersebut antara lain berpandangan bahawa Muhyiddin perlu memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan usaha mengukuhkan parti untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.

Jamal dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu berakhir, berkata usul itu dibangkitkan setelah pihaknya berpendapat Umno tidak boleh mempunyai dua nakhoda, apatah lagi di saat parti sedang diasak dengan pelbagai isu yang memerlukan kesepakatan semua anggotanya.

"Usul ini menerima sokongan lebih dua pertiga perwakilan yang hadir. Kita merasakan Najib perlu mempunyai pembantu yang setia, iaitu Ahmad Zahid. Masa sudah terlalu suntuk, fokus perlu diberikan untuk menentang pihak lawan.

"Jika Muhyiddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden, Najib nanti tidak ada kerja lain kerana asyik perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan Muhyiddin," katanya.

Jamal berkata cadangan usul itu juga bagi menjaga kerahsiaan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti.-mstar

Tun Dr Mahathir Sertai Bersih 4.0

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara. Beliau tiba di Pasar Seni kira-kira pukul 4.15 petang ditemani bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Turut sama ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.


Tun Dr Mahathir Sertai Bersih 4.0

Kehadiran Dr Mahathir ke perhimpunan Bersih 4.0 hari ini adalah yang kedua selepa pertama kali mengejutkan perserta perhimpunan tersebut pada kira-kira pukul 7.25 malam Sabtu.

Ketika bercakap kepada media di hadapan pintu masuk utama Pasar Seni, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaannya berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan derma politik berjumlah RM2.6 bilioan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga menggesa Najib supaya meletak jawatan.

"Kita tak patut benarkan beliau menyalahguna kuasanya sebagai perdana menteri.

"Patut diadakan undi tidak percaya di Parlimen," katanya.

Mengulas mengenai kehadirannya di perhimpunan Bersih 4.0, Dr Mahathir berkata: "Kita di sini kerana tidak boleh menerima pentadbiran Datuk Seri Najib."-mstar


Bersih 4.0 Lengkapkan Demo 34 Jam

Menjelang kemuncak perhimpunan Bersih 4.0 di perkarangan Dataran Merdeka, ribuan peserta terus membanjiri hampir keseluruhan jalan dan lorong di kawasan sekitar di sini.


Bersih 4.0 Lengkapkan Demo 34 Jam

Sejak pukul 9.30 malam Ahad, jumlah peserta perhimpunan gergasi itu semakin bertambah dari masa ke masa bagi menantikan sambutan ambang merdeka anjuran Bersih 4.0.

Jumlahnya dilihat begitu luar biasa dengan 'mood' peserta masih dalam keadaan bersemangat menanti detik 12 tengah malam.

Tepat pukul 12 tengah malam, peserta Bersih 4.0 melaungkan laungan 'merdeka' diikuti dengan nyanyian Negaraku dengan penuh bersemangat.

Lebih mengujakan apabila kumpulan 'orang kuning' itu akhirnya mencatat rekod mengadakan perhimpunan jalanan paling lama iaitu selama 34 jam bermula pukul 2 petang Sabtu.

Keseluruhan jalan disepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak serta persimpangan jalan Raja, Jalan Parlimen dan Jalan Raja Laut dipenuhi lautan manusia.

Tinjauan di hadapan Masjid Jamek juga didapati begitu sesak dengan kehadiran peserta Bersih 4.0.

Bagaikan karnival jalanan, peserta yang hadir bersorak, menyanyi, melaungkan kata-kata semangat berselang-seli dengan tiupan vuvuzela hingga mencetuskan bunyi bising.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, beliau berpuas hati dan menyifatkan perhimpunan Bersih 4.0 bagi edisi 2015 berlangsung dengan jayanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang memberi kerjasama penuh bagi membantu menjayakan perhimpunan aman tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata perhimpunan tersebut berakhir tanpa sebarang insiden kekecohan.

Beliau turut berpuas hati dengan kerjasama peserta Bersih 4.0 yang sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang perhimpunan tersebut.

"Anggota kami sentiasa memantau dengan dekat perkembangan perhimpunan bagi memastikan ianya berlangsung denga baik dan aman

"Walaupun terdapat beberapa insiden kecil, namun polis berjaya menanganinya dengan baik untuk kepentingan semua pihak," katanya ketika dihubungi.-mstar

Terkini | Kenyataan Stacy Isu Peluk Islam

Hajat penyanyi Stacy untuk memeluk agama Islam telah dimamklumkan kepada orang tuanya dan mendapat restu keluarga.


Kenyataan Stacy Isu Peluk Islam

Ibu kepada penyanyi itu Agnes Kaloos, 57, berkata, anaknya telah memaklumkan hasrat berkenaan dan dia sekeluarga tidak menghalang kehendak Stacy itu.

"Memang Stacy sudah bagi tahu saya pasal hajat dia nak masuk Islam. Dulu dia Kristian. Dia cakap agama sama sahaja cuma cara (pelaksanaan) itu berbeza dan dia nak pilih agama Islam,” katanya kepada mStar Online dalam sidang media di pejabat Astro di sini pada Selasa.

Hadir sama pada sidang media itu ialah bapa Stacy iaitu Annam Bayar, 53.

Stacy menggunakan nama Islamnya iaitu Ummu Shaikhah Stacy Abdullah.

Terdahulu, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan memeluk  Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor.


Kenyataan Stacy Isu Peluk Islam

Selain ibu dan bapanya, semasa lafaz syahadah dilakukan Stacy, dia turut ditemani kekasihnya Akim Ahmad dan ibu-bapa penyanyi lelaki itu.

Ia dilakukan kira-kira pukul 10 pagi Isnin.

Dalam pada itu Stacy berkata, sebelum ini dia sering mendengar mengenai Islam daripada kakaknya sehingga hatinya terbuka kepada agama itu tetapi tetap menghormati agama Kristian.

Dia juga menafikan hasrat memeluk Islam adalah untuk berkahwin dengan Akim.

Malah Stacy turut memuji ibu dan bapa Akim yang banyak membantunya dalam usaha memeluk Islam.

"Kalau tak ada jodoh saya dengan Akim, saya akan tetap peluk Islam. Saya masuk Islam bukan sebab nak kahwin dengan dia tapi sebab saya mahukan Islam itu sendiri,” katanya.

Ditanya pemberita apakah yang dia rasa selapas mengucap dua kalimah syahadah Stacy berkata, perasaannya amat teruja ketika itu walaupun tiada pengetahuan mengenainya.

"Masa tu saya sangat-sangat teruja. Bersemangat nak mengucap dan saya menangis kerana sangat gembira apatah lagi ketika itu ayah dan ibu saya ada bersama,” katanya yang terkenangkan kenangan bersama keluarga selepas memilih menukar agama.

Stacy yang mahu kekal dipanggil nama berkenaan berkata, dia akan mempelajari Islam secara berperingkat dengan memasuki kelas agama.

Malah dia juga berhadap semua pihak di luar sana tidak terus berdebat isu pertukaran agamanya itu.

Dalam perlkembangan sama Stacy meluahkan rasa terkilan apabila gambar dia hadir ke pejabat agama Islam telah disebarkan kepada umum sehingga menjadi viral di media sosial.

Ujar Stacy, pada waktu itu dia sanggup bersembunyi untuk masuk ke dalam bilik dengan alasan tidak mahu dilihat orang namun ia tetap didedahkan kepada umum oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun kata Stacy dia memaafkan mereka yang terlibat menyebarkan gambar berkenaan.

"Sebenarnya saya terkilan bila berita itu keluar. Saya nak rahsiakan kerana saya nak masuk agama Islam dalam keadaan tenang. Saya percaya ada orang dalam yang dedahkan tetapi saya maafkan," katanya.-mstar

Kemaskini : Pesanan ekslusif dari Stacy kepada semua.


@stacyanam
Posted by Sabahan.FM on Tuesday, 25 August 2015

Putri Mardiana Dikenakan Waran Tangkap

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Putri Mardiana selepas wanita berkenaan gagal hadir pada perbicaraan atas tuduhan berkhalwat pada 14 Disember tahun lalu.


Putri Mardiana Dikenakan Waran Tangkap

Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu selepas aktres filem Ngangkung itu tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah.

Malah waran tangkap tersebut turut dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani.

Terdahulu, pada 23 Jun lalu, Putri atau nama sebenarnya Putri Mardiana Zainal Abdiin dan pasangannya, Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di mahkamah sama dan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500.

Menurut fakta kes, Putri Mardiana, 34, dan Shahrizam, 31, telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada 14 Disember 2014, pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mereka ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Putri Mardiana atau lebih mesra dengan sapaan Nina dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertarikh 17 Disember 2014 memberitahu kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.

Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.-mstar

Tak Puas Hati, Bekas Pengurus Muat Naik Video Nad Zainal

Dek kerana berang dengan tuduhan Nad Zainal, bekas pengurus kepada pelakon terbabit, Alog Zuren bertindak memuat naik video pelakon tersebut dalam keadaan tidak sopan dan kelihatan sedang asyik dengan telefonnya sehingga tidak mempedulikan anak-anak yatim dalam satu progam yang dihadirinya pada bulan Ramadan yang lepas.


Tak Puas Hati, Bekas Pengurus Muat Naik Video Nad Zainal

Difahamkan, Alog Zuren tidak berpuas hati apabila dituduh melarikan sejumlah wang dan menjadi dalang pembubaran kelab peminat Nad Zainal.-siakapkeli

  
Tak Puas Hati, Bekas Pengurus Muat Naik Video Nad Zainal




To start watching : click show video button
 

Giliran Emelda Rosemila ‘Serang’ Wartawan Yang Sebar Fitnah

Baru-baru ni kecoh dek kerana station radio sosial, Peace Y’all FM dikatakan tidak membayar gaji pekerja-pekerja di sana. Memang terkejut juga dengar berita macam ni sebab AC Mizal sendiri dikenali ramai dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam industri hiburan Malaysia.


Giliran Emelda Rosemila ‘Serang’ Wartawan Yang Sebar Fitnah

Walaubagaimana pun, AC Mizal menyangkal berita yang dinyatakan tersebut. Tak cukup dengan itu, Serina Redzuawan dan Emelda Rosemila menafikan perkara tersebut dan mengatakan berita itu adalah fitnah semata-mata! Haihh siapa la yang bawak cerita macam ni..



    "Kepala hotak kau syed! Nak jadi wartawan jadi betul2,jangan bawak sikap pondan pastu memondankan citer yg kau tulis. Check betul2 kesahihan cerita yg kau nak tulis dgn org yg dituduh tu dulu betul2 baru publish kasi satu Msia tahu. @peaceyallfm mmg takde masalah dari dulu. Nie laa klu dah pondan jadi wartawan,jahanam cerita diputar belitkan. Becareful ya, ingat org boleh ambil tindakkan atas penulisan yg boleh menjatuhkan maruah dan reputasi seseorang. Wartawan bodoh. Sekolah mana dulu ek? @emyliaac #theothasideofemelda #icanbemean"

Giliran Emelda Rosemila ‘Serang’ Wartawan Yang Sebar Fitnah

MashaAllah..ini 1 fitnah yg tak berasas! Serina sebagai salah seorang Vj di @peaceyallfm menafikan sekeras kerasnya..kami semua di bayar gaji tepat pada waktunya..Dato Ac President kami sangat menjaga kebajikan semua staff dengan baik.Sabar lah Abgku..ramai yg cemburu atas kejayaan mu.Tolong jangan fitnah Radio kami.Ini tempat kami semua mencari rezeki untuk anak anak kami.-ohbulan

Akim Ahmad Kecewa Video Stacy Dirakam Individu Tidak Bertanggungjawab

Jika sesiapa pun yang berada di pihak Akim Ahmad, mungkin mereka juga merasakan perkara yang sama. Gara-gara video kekasihnya, Stacy AF, yang sedang belajar mengucap tersebar, Akim menjelaskan perasaan kecewanya itu di laman Twitter.


Akim Ahmad Kecewa Video Stacy Dirakam

Menurut Akim, dia mengetahui siapa di sebalik perakam video tersebut malah melalui beberapa tweet Akim juga menjelaskan individu terbabit merakam video itu tanpa kebenaran selain mempersoalkan sifat tanggungjawab dan juga amanah individu terbabit.


Akim Ahmad Kecewa Video Stacy Dirakam

“Saya bukan marah, tapi kecewa. Kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh perakam yang tidak amanah. Sangat kecewa. Harap janganlah ada yang buat silap macam ni lagi. Saya merayu, sama-samalah kita mengingatkan ye. Assalammualaikum,” luah Akim di laman sosial tersebut.
Akim Ahmad Kecewa Video Stacy Dirakam

Mungkin ini hanya cabaran kecil kepada Akim dan juga Stacy dalam menangani perkara sebegini. Apa pun, semoga perjalanan pasangan ini menuju ke gerbang perkahwinan akan dipermudahkan malah peminat juga tidak berhenti berdoa untuk kebaikan mereka bersama.-rotikaya

Stacy AF Selamat Peluk Islam

Dalam kemaskini terbaru di laman sosial, seorang peminat telah memaklumkan yang penyanyi Stacy AF telah selamat memeluk agama Islam baru baru ini. Beliau hadir ke jabatan agama Islam ditemani ibunya bersama kekasih yang juga selebriti, Akim Ahmad.


Stacy AF Selamat Peluk Islam

Stacy dikhabarkan telah memeluk Islam dan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islam beliau. Satu sidang media bakal diadakan oleh pihak Stacy petang ini untuk mengesahkan mengenai perkhabaran yang kini sedang hangat diperkatakan.


Stacy AF Selamat Peluk Islam

Stacy AF juga dikhabarkan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islam beliau. Tahniah dan selamat datang kepada saudara baru kita jika berita ini benar.

Lupakan Pedro, Sasaran Man United Lebih Besar

Ketua Eksekutif Manchester United, Ed Woodward dilaporkan menjadi individu yang menerima tekanan paling kuat apabila penyerang Barcelona, Pedro menyertai Chelsea baru-baru ini.


Lupakan Pedro, Sasaran Man United Lebih Besar

Pedro yang dikaitkan dengan United melakukan pemindahan mengejutkan apabila memilih Chelsea minggu lalu.

Tidak cukup dengan itu pemain terbabit berjaya membantu skuad kendalian Jose Mourinho untuk mendapat kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Berikutan itu, Woodward dipersalahkan kerana gagal membawa penyerang terbaik ke United untuk membantu barisan serangan Louis Van Gaal yang agak tumpul ketika ini.


Lupakan Pedro, Sasaran Man United Lebih Besar

Bagaimanapun kenyataan terbaru Woodward ternyata mengejutkan penyokong United sebelum jendela pemindahan pemain ditutup.

"Jangan bimbang, kami ada sasaran yang lebih besar. Kamu boleh lupakan Pedro," jelas Woodward untuk mengembalikan keyakinan peminat setia kelab gergasi Inggeris berkenaan.

United ketika ini dikatakan sedang memancing bintang Brazil, Neymar dengan pembelian  lebih £100 juta dari Barcelona.

Selain itu antara nama lain yang dikaitkan ialah Gareth Bale, Thomas Muller dan Zaltan Ibrahimovic.-mstar