Hanya Shah Rukh Khan Mampu Buat Preity Zinta Menangis

Aktres Preity Zinta berkata hanya seorang aktor sahaja yang boleh membuatkan dia melakonkan babak menangis di set penggambaran iaitu Datuk Shah Rukh Khan.


Hanya Shah Rukh Khan Mampu Buat Preity Zinta Menangis

"Pelakon yang boleh membuat saya menangis dalam babak beremosi adalah Shah Rukh Khan.

"Saya sudah menangis dalam pelbagai babak bersamanya untuk macam-macam filem," katanya menerusi akaun Twitter miliknya.


Hanya Shah Rukh Khan Mampu Buat Preity Zinta Menangis
Shah Rukh Khan


Antara filem yang menggandingkan Preity dan Shah Rukh ialah Dil Se, Veer Zaara dan Kal Ho Na Ho.

Tambah Preity, lakonan Shah Rukh yang terlalu menjiwai watak membuatkan dia juga mudah berlakon di samping aktor itu walaupun perlu melakonkan babak menangis dengan kerap.

Dalam pada itu, Preity turut mendedahkan pernah berasa takut berlakon dengan Salman Khan yang disifatkannya terlalu garang dan tegas ketiga bekerja di set.-mstar

"Saya Tak Khianati Ahmad Idham" - Pekin Ibrahim

Pelakon Pekin Ibrahim menyifatkan tuduhan Ahmad Idham mengatakan dia mengkhianati penerbit filem itu dalam perjanjian menghasilkan filem Mat Motor adalah mengarut.


"Saya Tak Khianati Ahmad Idham" - Pekin Ibrahim

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 34, berkata, Ahmad Idham tidak sepatutnya memberi kenyataan tersebut memandangkan dia tiada kaitan dengan projek berkenaan.

"Ini projek dan idea asal saya bersama seorang lagi rakan, Azwan Annuar yang kini sudah meninggal dunia. Bagi menjayakan projek ini, sudah pasti saya mencari penerbit untuk menggerakkan pembikinan filem ini dan diakui Ahmad Idham juga antara penerbit yang disenaraikan.

"Tetapi segala mesej menerusi WhatsApp saya tidak dibalas, jadi saya pun cari orang lain. Maka saya anggap dia tak berminat. Kalau berminat, dia dah mula bagi duit untuk mulakan filem ini. Saya tidak khianati dia pun," katanya kepada mStar Online.

Ahmad Idham sebelum ini pernah meluahkan rasa terkilan terhadap Pekin kerana mengkhianatinya berhubung usaha sama tersebut.


"Saya Tak Khianati Ahmad Idham" - Pekin Ibrahim
Ahmad Idham


Kata Ahmad Idham idea asal Pekin itu telah dikembangkan bersama-sama kira-kira lima bulan lalu untuk dijadikan filem tetapi ia sudah 'dilarikan' Pekin kepada pihak lain di luar pengetahuannya.

Sementara itu, Pekin berkata, isu tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan memandangkan penerbit itu tidak memberi respons mengenai perancangan seterusnya filem itu.

Bagaimanapun, Pekin turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk membidas Ahmad Idham sekiranya projek tersebut 'diganggu'.

"Kalau dia kacau saya lagi, saya kacau dia balik. Dulu saya mungkin budak-budak. Tetapi sekarang saya dah tua. Saya dah sama dengan dia.

"Saya hormat dia sebagai seorang anak seni. Tetapi kalau saya jadi dia, saya tidak akan bertindak melulu memberi kenyataan media seperti itu.

"Saya tuan punya karya, suka hati sayalah nak buat dengan siapa," ujarnya.

Mengenai filem Mat Motor, filem terbitan Viper Studios diarahkan sendiri oleh Pekin dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Penggambaran filem tersebut telah pun selesai di tujuh  buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Selain itu, Mat Motor turut mengumpulkan ramai pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish, Zul Huzaimy termasuk Pekin Ibrahim sendiri.-mstar

Cristiano Ronaldo Beli Kediaman Mewah Di New York

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah membeli sebuah pangsapuri mewah bernilai RM79 juta ($18.5 juta) yang terletak di tengah-tengah New York. 


Cristiano Ronaldo Beli Kediaman Mewah Di New York

Pemain Real Madrid yang disenarai sebagai atlit menerima bayaran tertinggi di dunia oleh Forbes telah membeli kediaman seluas 2,509 kaki persegi di tingkat lima Menara Trump, lapor New York Post.


Cristiano Ronaldo Beli Kediaman Mewah Di New York

Rekaan pangsapuri eksklusif itu merupakan ilham daripada sebuah novel yang kemudian direalisasikan oleh taikun hartanah Itali, Alessandro Proto - rakan kongsi Donald Trump.


Cristiano Ronaldo Beli Kediaman Mewah Di New York

Akhbar Amerika Syarikat (AS) itu turut mengaitkan bahawa Ronaldo bakal mengakhiri karier di negara berkenaan sebagai pemain bola di MLS.


Cristiano Ronaldo Beli Kediaman Mewah Di New York

Ronaldo yang mempunyai aset di banyak negara dilaporkan belum mempunyai teman wanita selepas berpisah dengan model, Irina Shayk.

Pemain Portugal itu juga terkenal sebagai seorang penderma khususnya kepada Palestin dan badan bebas yang membantu negara Islam berkenaan.-mstar

Mia Ahmad Buang Gambar Syarul Ridzwan

Pelakon Mia Ahmad menjelaskan tindakan dia membuang gambar-gambar mesranya bersama aktor Syarul Ridzwan di laman Instagram bukan kerana mereka putus cinta.


Mia Ahmad Buang Gambar Syarul Ridzwan

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, dia memadam gambar-gambar itu agar peminat tidak terus terbawa-bawa watak mereka setelah drama berjudul Hati Perempuan itu tamat April lalu.

"Kabanyakkan gambar itu saya muat naik ketika drama kami sedang ditayangkan, kami cuma tolong promosikan sahaja, namun ia tidak bermakna saya tidak menghargai sokongan peminat terhadap cerita itu.

"Saya nak keluar dari zon selesa dan tidak mahu peminat terus terbawa-bawa dengan cerita Hati Perempuan itu dan membuang imaginasi peminat yang terlalu terikat dengan watak Yuhanis dan Tengku Zaril," ujarnya kepada mStar Online.

Mia Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya memadam gambar-gambar bersama aktor Syarul Ridzwan di Instagram miliknya baru-baru ini adakah kerana hubungan cinta mereka sudah berkahir.

Pasangan yang popular dengan drama Hati Perempuan ini juga dikatakan menjalinkan hubungan cinta dan sering kelihatan bersama biarpun selepas penggambaran drama berkenaan.

Walau Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan hubungan percintaan tersebut.

"Hubungan saya dan Syarul hanya sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu, sehingga sekarang pun kami masih berkawan macam biasa.

"Kalau kami diminta untuk digandingkan sekali lagi juga saya tiada masalah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mia berkata dia kini sedang dalam penggambaran muzik video untuk kumpulan Hyperact berjudul Tak Kan Pergi bersama pelakon Hafreez Adam.-mstar

Punca Hubungan Cinta Nora Danish, Nedim Putus Di Tengah Jalan

Setelah pelbagai spekulasi timbul sejak akhir-akhir ini tentang hubungan kasih yang terjalin antara pelakon popular, Nora Danish dan Nedim Nazri, akhirnya empunya diri membuka mulut mengesahkan bahawa cinta antara mereka sudah terputus di tengah jalan.


Punca Hubungan Cinta Nora Danish, Nedim Putus Di Tengah Jalan

Dalam satu laporan yang disiarkan portal MStar, Nora, 33, berkata, keputusan untuk memutuskan hubungan tersebut dibuat bersama bekas teman lelakinya itu.

Walau bagaimanapun, pelakon watak Puteri dalam siri popular arahan Aziz M Osman itu enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahan mereka berdua.

“Lagipun cinta tidak seharusnya dimiliki. Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Saya tidak mahu cerita panjang-panjang lagi,” ujarnya kepada portal berkenaan.

Sebelum ini, keretakan hubungan kedua-dua mereka mulai dihidu pihak media dan peminat setelah masing-masing tidak lagi memuatkan foto bersama dalam akaun Instagram seperti yang selalu dilakukan.

Kedua-duanya mula dikatakan bercinta sekitar dua tahun lalu, namun baik Nora mahupun Nedim yang turut dikenali sebagai BossNed, enggan mengakuinya.

Tapi lama kelamaan, mereka semakin terbuka berkongsi hubungan tersebut terutamanya melalui gambar dan kapsyen di laman sosial.

Patah tumbuh hilang berganti. Apa-apapun, diharapkan Nora dan Nedim terus tabah menghadapi ‘dugaan’ ini… – mynewshub

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Diam tak diam, dah makin hampir due date pelakon Lisa Surihani untuk melahirkan cahaya mata sulungnya yang dijangka pada bulan September ini.


Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Bersama-sama berkongsi kegembiraan bakal ibu ini, rakan-rakan baik aktres jelita itu mengadakan satu majlis baby shower yang menjadi kejutan buat Lisa dan suami kesayangannya, Yusry Abdul Halim.

Majlis bertemakan warna putih itu dihadiri ramai rakan artis yang rapat dengan Lisa antaranya Liyana Jasmay, Intan Ladyana, Izara Aishah, Diana Danielle, Farid Kamil, Deborah Henry dan Farish Aziz.

Lisa sebelum ini turut mengadakan kenduri doa selamat menyambut kelahiran pada 15 Ogos lalu yang dihadiri ahli keluarga dan sanak-saudara pasangan popular itu. –mynewshub

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Shia LaBeouf Bengang Dituduh Perosak Rumah Tangga Megan Fox

Shia LaBeouf bengang dengan khabar angin yang mengatakan dia merupakan individu yang telah meruntuhkan rumah tangga pasangan pelakonnya dalam filem Transformers, Megan Fox.


Shia LaBeouf Bengang Dituduh Perosak Rumah Tangga Megan Fox

Fox baru-baru ini mengumumkan dia sudah berpisah dengan suaminya, Brian Austin Green yang dinikahinya lima tahun lalu.

Punca perpisahan Fox dikatakan berpunca daripada kesibukannya sebagai pelakon sehingga menyebabkannya sering kesuntukan waktu untuk menghabiskan masa bersama suami dan dua anak lelakinya, Noah, 3, dan Bondi, setahun.


Shia LaBeouf Bengang Dituduh Perosak Rumah Tangga Megan Fox
Saat bahagia Megan Fox dengan bekas suaminya, Brian Austin Green.


Paparazi dilaporkan sanggup menunggu di luar kediaman aktor itu hanya untuk bertanyakan soalan tersebut memandangkan dia pernah bergandingan dengan aktres seksi itu sebelum ini.

Ketika diajukan soalan panas terbabit, ini merupakan reaksi pelakon berusia 29 tahun itu.

Walaupun sering kali bertelagah dengan kekasihnya di kawasan tumpuan umum, namun sehingga kini LaBeouf masih lagi dilaporkan berpacaran dengan teman wanitanya, aktres Mia Goth.-mynewshub

Linda Onn, Suria FM Disaman Fitnah Majalah Ujang

Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memerintahkan juruhebah Suria FM, Linda Onn dan stesen radio itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada pemilik majalah humor, ‘Ujang‘ berhubung kenyataan fitnah dalam satu segmen radio pada Januari tahun lepas.


Linda Onn, Suria FM Disaman Fitnah Majalah Ujang

Hakim See Mee Chun turut memerintahkan defendan, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlinda Onn dan Rimakmur Sdn Bhd yang memiliki stesen radio Suria FM, supaya membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd.

See membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam C. Vignesh Kumar yang mewakili plaintif dan peguam Bhag Singh yang mewakili defendan.

Vignesh Kumar memberitahu pemberita bahawa mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar faedah lima peratus kepada plaintif bermula dari tarikh kenyataan fitnah itu dikeluarkan sehingga penyelesaian kes hari ini.

Selain itu, katanya, mahkamah juga mengeluarkan perintah bagi menghalang defendan dengan sendirinya atau melalui ejen atau pengkhidmatnya atau dengan cara lain daripada terus menerbitkan sebarang penerbitan lisan atau secara bertulis yang memfitnah plaintif.

Pada Jun tahun lepas, plaintif memfailkan saman dengan mendakwa Linda Onn ketika mengendalikan segmen ‘Carta 30 Lagu Top Mingguan‘ kira-kira 1.30 tengah hari, 25 Januari tahun lepas, telah menjawab soalan seorang pendengar Suria FM mengenai apakah yang telah berlaku kepada majalah Ujang yang dimiliki plaintif.

Plaintif mendakwa segmen itu telah diulang siar pada 26 Januari tahun lepas, kira-kira pukul 6.30 petang di stesen radio yang sama.

Plaintif mendakwa ketika menjawab soalan pendengar tersebut yang merujuk kepada plaintif, juruhebah itu telah mengutarakan kenyataan yang tidak berasas, tidak benar dan memfitnah plaintif.

Plaintif mendakwa perkataan-perkataan tersebut telah mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk kepada reputasi, imej dan nama baik plaintif serta merendahkan martabat plaintif di mata masyarakat umum.

Seterusnya plaintif mendakwa perkataan yang dikatakan memfitnah mereka telah disebut hanya sebelum lagu juara dalam carta itu disiarkan di mana kebanyakan pendengar akan mengikuti program sehingga lagu juara dimainkan.

Dalam pada itu program tersebut juga dikendalikan oleh juruhebah terkemuka Halim Othman serta Linda Onn yang mempunyai peminat tersendiri.

Plaintif turut mendakwa sebelum menjawab soalan pendengar dan membuat hebahan di dalam siaran radio nasional, defendan tidak membuat sebarang verifikasi dengan plaintif mengenai ketepatan maklumat yang diperoleh defendan.

Setelah mengetahui bahawa maklumat yang diberikan kepada pendengar bersifat fitnah, defendan tidak pula membuat sebarang langkah untuk memperbetulkan keadaan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan fitnah tersebut selain faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.-mynewshub

Trend Wanita Rusia Bonceng Motosikal Tak Pakai Baju

Sekali lagi seorang wanita di Rusia telah menjadi sensasi internet selepas bertindak nekad berani membonceng sebuah motosikal dalam keadaan tidak berbaju atau bogel sepenuhnya.


Trend Wanita Rusia Bonceng Motosikal Tak Pakai Baju

Walau bagaimanapun, wanita terbabit dikatakan masih mementingkan keselamatan dirinya serta patuh kepada undang-undang jalan raya apabila dia dilihat masih memakai helmet untuk melindungi kepalanya.

Rakaman video yang dibuat oleh penunggang motosikal lain telah tersebar menerusi laman sosial dan menjadi viral dan insiden tersebut dilaporkan berlaku di bandar Oryol, wilayah Rusia Barat.


Trend Wanita Rusia Bonceng Motosikal Tak Pakai Baju

Wanita berkenaan yang hanya memakai topi keledar berwarna biru serta sepasang kasut berwarna merah jambu itu menunggang motosikal tersebut bersama seorang lelaki yang memakai sut kulit yang lengkap.

Motif utama wanita itu bertindak sedemikian masih lagi tidak diketahui dan jika dilihat semula, wanita bogel yang membonceng motosikal di sekitar bandar di Rusia kini memang menjadi satu trend.


Trend Wanita Rusia Bonceng Motosikal Tak Pakai Baju

Sebelum ini, kes sedemikian juga pernah berlaku di negara itu dan ia telah mencetuskan pelbagai tanggapan negatif di kalangan netizen.-mynewshub

Justin Gatlin Catat Masa Terpantas, Di Depan Usain Bolt

Pelari pecut kontroversi dari Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin berjaya mencatatkan masa terpantas dalam acara 100 meter Kejuaraan Dunia IAAF di Beijing untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.


Justin Gatlin Catat Masa Terpantas, Di Depan Usain Bolt

Kejayaan itu turut menjadi Gatlin sebagai pelari pilihan untuk memenangi pingat emas dalam kejohanan berkenaan.

Gatlin yang pernah digantung dua kali kerana gagal dalam ujian doping berjaya mencatakan masa 9.83 saat untuk berada di depan pemenang pingat Olimpik, Usain Bolt.

Dalam ujian kelayakan itu, Usain turut mengiringi Gatlin untuk beraksi dalam peringkat separuh akhir 100 meter yang akan berlangsung pada Ahad.

Bolt, 29, yang mencatat masa 9.97 saat kembali mewarnai acara 100 meter selepas mengalami kecederaan sebelum ini.

Banyak pihak meramalkan Gatlin bakal menewaskan Bolt pada kejuaraan dunia kali ini berdasarkan kemampuan yang ditunjukkan atlet berkenaan pada aksi kelayakan.-mstar