Mia Ahmad Buang Gambar Syarul Ridzwan

Pelakon Mia Ahmad menjelaskan tindakan dia membuang gambar-gambar mesranya bersama aktor Syarul Ridzwan di laman Instagram bukan kerana mereka putus cinta.


Mia Ahmad Buang Gambar Syarul Ridzwan

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, dia memadam gambar-gambar itu agar peminat tidak terus terbawa-bawa watak mereka setelah drama berjudul Hati Perempuan itu tamat April lalu.

"Kabanyakkan gambar itu saya muat naik ketika drama kami sedang ditayangkan, kami cuma tolong promosikan sahaja, namun ia tidak bermakna saya tidak menghargai sokongan peminat terhadap cerita itu.

"Saya nak keluar dari zon selesa dan tidak mahu peminat terus terbawa-bawa dengan cerita Hati Perempuan itu dan membuang imaginasi peminat yang terlalu terikat dengan watak Yuhanis dan Tengku Zaril," ujarnya kepada mStar Online.

Mia Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya memadam gambar-gambar bersama aktor Syarul Ridzwan di Instagram miliknya baru-baru ini adakah kerana hubungan cinta mereka sudah berkahir.

Pasangan yang popular dengan drama Hati Perempuan ini juga dikatakan menjalinkan hubungan cinta dan sering kelihatan bersama biarpun selepas penggambaran drama berkenaan.

Walau Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan hubungan percintaan tersebut.

"Hubungan saya dan Syarul hanya sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu, sehingga sekarang pun kami masih berkawan macam biasa.

"Kalau kami diminta untuk digandingkan sekali lagi juga saya tiada masalah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mia berkata dia kini sedang dalam penggambaran muzik video untuk kumpulan Hyperact berjudul Tak Kan Pergi bersama pelakon Hafreez Adam.-mstar

Punca Hubungan Cinta Nora Danish, Nedim Putus Di Tengah Jalan

Setelah pelbagai spekulasi timbul sejak akhir-akhir ini tentang hubungan kasih yang terjalin antara pelakon popular, Nora Danish dan Nedim Nazri, akhirnya empunya diri membuka mulut mengesahkan bahawa cinta antara mereka sudah terputus di tengah jalan.


Punca Hubungan Cinta Nora Danish, Nedim Putus Di Tengah Jalan

Dalam satu laporan yang disiarkan portal MStar, Nora, 33, berkata, keputusan untuk memutuskan hubungan tersebut dibuat bersama bekas teman lelakinya itu.

Walau bagaimanapun, pelakon watak Puteri dalam siri popular arahan Aziz M Osman itu enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahan mereka berdua.

“Lagipun cinta tidak seharusnya dimiliki. Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Saya tidak mahu cerita panjang-panjang lagi,” ujarnya kepada portal berkenaan.

Sebelum ini, keretakan hubungan kedua-dua mereka mulai dihidu pihak media dan peminat setelah masing-masing tidak lagi memuatkan foto bersama dalam akaun Instagram seperti yang selalu dilakukan.

Kedua-duanya mula dikatakan bercinta sekitar dua tahun lalu, namun baik Nora mahupun Nedim yang turut dikenali sebagai BossNed, enggan mengakuinya.

Tapi lama kelamaan, mereka semakin terbuka berkongsi hubungan tersebut terutamanya melalui gambar dan kapsyen di laman sosial.

Patah tumbuh hilang berganti. Apa-apapun, diharapkan Nora dan Nedim terus tabah menghadapi ‘dugaan’ ini… – mynewshub

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Diam tak diam, dah makin hampir due date pelakon Lisa Surihani untuk melahirkan cahaya mata sulungnya yang dijangka pada bulan September ini.


Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Bersama-sama berkongsi kegembiraan bakal ibu ini, rakan-rakan baik aktres jelita itu mengadakan satu majlis baby shower yang menjadi kejutan buat Lisa dan suami kesayangannya, Yusry Abdul Halim.

Majlis bertemakan warna putih itu dihadiri ramai rakan artis yang rapat dengan Lisa antaranya Liyana Jasmay, Intan Ladyana, Izara Aishah, Diana Danielle, Farid Kamil, Deborah Henry dan Farish Aziz.

Lisa sebelum ini turut mengadakan kenduri doa selamat menyambut kelahiran pada 15 Ogos lalu yang dihadiri ahli keluarga dan sanak-saudara pasangan popular itu. –mynewshub

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Kemeriahan Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Shia LaBeouf Bengang Dituduh Perosak Rumah Tangga Megan Fox

Shia LaBeouf bengang dengan khabar angin yang mengatakan dia merupakan individu yang telah meruntuhkan rumah tangga pasangan pelakonnya dalam filem Transformers, Megan Fox.


Shia LaBeouf Bengang Dituduh Perosak Rumah Tangga Megan Fox

Fox baru-baru ini mengumumkan dia sudah berpisah dengan suaminya, Brian Austin Green yang dinikahinya lima tahun lalu.

Punca perpisahan Fox dikatakan berpunca daripada kesibukannya sebagai pelakon sehingga menyebabkannya sering kesuntukan waktu untuk menghabiskan masa bersama suami dan dua anak lelakinya, Noah, 3, dan Bondi, setahun.


Shia LaBeouf Bengang Dituduh Perosak Rumah Tangga Megan Fox
Saat bahagia Megan Fox dengan bekas suaminya, Brian Austin Green.


Paparazi dilaporkan sanggup menunggu di luar kediaman aktor itu hanya untuk bertanyakan soalan tersebut memandangkan dia pernah bergandingan dengan aktres seksi itu sebelum ini.

Ketika diajukan soalan panas terbabit, ini merupakan reaksi pelakon berusia 29 tahun itu.

Walaupun sering kali bertelagah dengan kekasihnya di kawasan tumpuan umum, namun sehingga kini LaBeouf masih lagi dilaporkan berpacaran dengan teman wanitanya, aktres Mia Goth.-mynewshub

Linda Onn, Suria FM Disaman Fitnah Majalah Ujang

Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memerintahkan juruhebah Suria FM, Linda Onn dan stesen radio itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada pemilik majalah humor, ‘Ujang‘ berhubung kenyataan fitnah dalam satu segmen radio pada Januari tahun lepas.


Linda Onn, Suria FM Disaman Fitnah Majalah Ujang

Hakim See Mee Chun turut memerintahkan defendan, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlinda Onn dan Rimakmur Sdn Bhd yang memiliki stesen radio Suria FM, supaya membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd.

See membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam C. Vignesh Kumar yang mewakili plaintif dan peguam Bhag Singh yang mewakili defendan.

Vignesh Kumar memberitahu pemberita bahawa mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar faedah lima peratus kepada plaintif bermula dari tarikh kenyataan fitnah itu dikeluarkan sehingga penyelesaian kes hari ini.

Selain itu, katanya, mahkamah juga mengeluarkan perintah bagi menghalang defendan dengan sendirinya atau melalui ejen atau pengkhidmatnya atau dengan cara lain daripada terus menerbitkan sebarang penerbitan lisan atau secara bertulis yang memfitnah plaintif.

Pada Jun tahun lepas, plaintif memfailkan saman dengan mendakwa Linda Onn ketika mengendalikan segmen ‘Carta 30 Lagu Top Mingguan‘ kira-kira 1.30 tengah hari, 25 Januari tahun lepas, telah menjawab soalan seorang pendengar Suria FM mengenai apakah yang telah berlaku kepada majalah Ujang yang dimiliki plaintif.

Plaintif mendakwa segmen itu telah diulang siar pada 26 Januari tahun lepas, kira-kira pukul 6.30 petang di stesen radio yang sama.

Plaintif mendakwa ketika menjawab soalan pendengar tersebut yang merujuk kepada plaintif, juruhebah itu telah mengutarakan kenyataan yang tidak berasas, tidak benar dan memfitnah plaintif.

Plaintif mendakwa perkataan-perkataan tersebut telah mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk kepada reputasi, imej dan nama baik plaintif serta merendahkan martabat plaintif di mata masyarakat umum.

Seterusnya plaintif mendakwa perkataan yang dikatakan memfitnah mereka telah disebut hanya sebelum lagu juara dalam carta itu disiarkan di mana kebanyakan pendengar akan mengikuti program sehingga lagu juara dimainkan.

Dalam pada itu program tersebut juga dikendalikan oleh juruhebah terkemuka Halim Othman serta Linda Onn yang mempunyai peminat tersendiri.

Plaintif turut mendakwa sebelum menjawab soalan pendengar dan membuat hebahan di dalam siaran radio nasional, defendan tidak membuat sebarang verifikasi dengan plaintif mengenai ketepatan maklumat yang diperoleh defendan.

Setelah mengetahui bahawa maklumat yang diberikan kepada pendengar bersifat fitnah, defendan tidak pula membuat sebarang langkah untuk memperbetulkan keadaan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan fitnah tersebut selain faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.-mynewshub

Trend Wanita Rusia Bonceng Motosikal Tak Pakai Baju

Sekali lagi seorang wanita di Rusia telah menjadi sensasi internet selepas bertindak nekad berani membonceng sebuah motosikal dalam keadaan tidak berbaju atau bogel sepenuhnya.


Trend Wanita Rusia Bonceng Motosikal Tak Pakai Baju

Walau bagaimanapun, wanita terbabit dikatakan masih mementingkan keselamatan dirinya serta patuh kepada undang-undang jalan raya apabila dia dilihat masih memakai helmet untuk melindungi kepalanya.

Rakaman video yang dibuat oleh penunggang motosikal lain telah tersebar menerusi laman sosial dan menjadi viral dan insiden tersebut dilaporkan berlaku di bandar Oryol, wilayah Rusia Barat.


Trend Wanita Rusia Bonceng Motosikal Tak Pakai Baju

Wanita berkenaan yang hanya memakai topi keledar berwarna biru serta sepasang kasut berwarna merah jambu itu menunggang motosikal tersebut bersama seorang lelaki yang memakai sut kulit yang lengkap.

Motif utama wanita itu bertindak sedemikian masih lagi tidak diketahui dan jika dilihat semula, wanita bogel yang membonceng motosikal di sekitar bandar di Rusia kini memang menjadi satu trend.


Trend Wanita Rusia Bonceng Motosikal Tak Pakai Baju

Sebelum ini, kes sedemikian juga pernah berlaku di negara itu dan ia telah mencetuskan pelbagai tanggapan negatif di kalangan netizen.-mynewshub

Justin Gatlin Catat Masa Terpantas, Di Depan Usain Bolt

Pelari pecut kontroversi dari Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin berjaya mencatatkan masa terpantas dalam acara 100 meter Kejuaraan Dunia IAAF di Beijing untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.


Justin Gatlin Catat Masa Terpantas, Di Depan Usain Bolt

Kejayaan itu turut menjadi Gatlin sebagai pelari pilihan untuk memenangi pingat emas dalam kejohanan berkenaan.

Gatlin yang pernah digantung dua kali kerana gagal dalam ujian doping berjaya mencatakan masa 9.83 saat untuk berada di depan pemenang pingat Olimpik, Usain Bolt.

Dalam ujian kelayakan itu, Usain turut mengiringi Gatlin untuk beraksi dalam peringkat separuh akhir 100 meter yang akan berlangsung pada Ahad.

Bolt, 29, yang mencatat masa 9.97 saat kembali mewarnai acara 100 meter selepas mengalami kecederaan sebelum ini.

Banyak pihak meramalkan Gatlin bakal menewaskan Bolt pada kejuaraan dunia kali ini berdasarkan kemampuan yang ditunjukkan atlet berkenaan pada aksi kelayakan.-mstar

Paul Scholes Kritik Kenyataan Van Gaal

Lagenda Manchester United, Paul Scholes mengkritik tindakan Louis Van Gaal yang menyifatkan skuad kendaliannya sebagai hebat apabila seri tanpa jaringan ketika bertemu Newcastle pada Sabtu.


Paul Scholes Kritik Kenyataan Van Gaal

Van Gaal ketika bercakap kepada media selepas perlawanan di Old Traffod menyifatkan barisan pemain telah menunjukkan aksi yang hebat dan menakjubkan.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak dapat diterima oleh Scholes kerana baginya United sepatutnya menang di laman sendiri dalam perlawanan itu.

Tidak cukup dengan itu, bekas pemain tengah itu yakin penyokong pasti mahukan kemenangan selepas Van Gaal membelanjakan £250 juta untuk mendapatkan pemain baru sejak musim lalu.

"Dia kata 'hebat' pada masa tertentu. Saya tidak nampak sesuatu yang hebat dalam perlawanan itu.

"United beraksi sebagai tuan rumah, kamu perlu menang pada perlawanan ini. Penjaga gol lawan hanya membuat satu-dua tepisan sahaja. Adakah ini hebat? tidak bagi saya," katanya kepada BT Sport.

Scholes juga percaya dengan pengalaman yang ada pada Van Gaal, jurulatih kelahiran Belanda itu sepatutnya membentuk rentak permainan yang lebih baik.

"Setakat ini United hanya menang 1-0 dalam dua perlawanan, adakah ini hebat?" jelasnya.-mstar

Pesawat Klasik Terhempas, 7 Maut, 14 Cedera

Seramai tujuh orang terbunuh selepas sebuah pesawat Hawker terhempas dalam satu pertunjukkan udara di Shoreham, England pada petang Sabtu.


Pesawat Klasik Terhempas, 7 Maut, 14 Cedera

Bagimanapun juruterbang pesawat berkenaan, Andy Hill yang merupakan bekas tentera udara berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.

Pihak perubatan mengesahkan bahawa seramai tujuh orang maut manakala 14 lagi mengalami kecederaan akibat berlaku letupan.


Pesawat Klasik Terhempas, 7 Maut, 14 Cedera

Saat pesawat klasik itu terhempas turut berjaya dirakam oleh orang ramai yang berada berdekatan lokasi kejadian.

Hill, 50, merupakan seorang juruterbang berpengalaman dengan mencatat masa selama 12,000 jam di kokpit sepanjang kariernya.


Pesawat Klasik Terhempas, 7 Maut, 14 Cedera

Pegawai Polis Sussex, Supritendan Jane Derrick berkata, ketujuh-tujuh mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.

Berikutan itu, pihak berkuasa kini sedang berusaha mengesan identiti mangsa dan mengenalpasti punca kejadian di lokasi nahas.-mstar

Rykarl Iskandar Berhenti Sekolah Tak Tahan Diejek

Pelakon kanak-kanak iaitu Rykarl Iskandar memberitahu dia sudah berhenti belajar di sekolah sejak awal tahun ini dan beralih kepada pembelajaran dari rumah atau home schooling.


Rykarl Iskandar Berhenti Sekolah Tak Tahan Diejek

Rykarl, 10, berkata, dia mengambil keputusan itu selepas tidak tahan diejek oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga menggangu konsentrasi pembelajaran hanya kerana dia seorang pelakon.

"Saya sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah hanya kerana saya seorang pelakon sehingga menyebabkan fokus saya terhadap pelajaran terganggu.

"Atas sebab itu saya berhenti sekolah dan belajar secara 'home schooling' sejak awal tahun ini," katanya kepada mStar Online.

Rykarl sebelum ini bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway dekat sini.

Pelakon kanak-kanak iaitu Rykarl Iskandar memberitahu dia sudah berhenti belajar di sekolah sejak awal tahun ini dan beralih kepada pembelajaran dari rumah atau home schooling.

Rykarl, 10, berkata, dia mengambil keputusan itu selepas tidak tahan diejek oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga menggangu konsentrasi pembelajaran hanya kerana dia seorang pelakon.

"Saya sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah hanya kerana saya seorang pelakon sehingga menyebabkan fokus saya terhadap pelajaran terganggu.

"Atas sebab itu saya berhenti sekolah dan belajar secara 'home schooling' sejak awal tahun ini," katanya kepada mStar Online.

Rykarl sebelum ini bersekolah di Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway dekat sini.-mstar