Tidak Mungkin Dapatkan Khidmat Ronaldo - Van Gaal

Pengurus Manchester United Louis van Gaal menegaskan membawa masuk Cristiano Ronaldo dari Real Madrid adalah sesuatu yang 'tidak mungkin' dilakukan, tetapi beliau mahukan pemain terkemuka dunia yang mampu mencipta kreativiti di dalam pasukannya.


Tidak Mungkin Dapatkan Khidmat Ronaldo - Van Gaal

United kini berjaya mendapatkan khidmat Morgan Schneiderlin, Bastian Schweinsteiger, Matteo Darmian dan Memphis Depay pada musim panas ini.

Beberapa muka baharu itu dilihat mampu mengimbangi skuad United sedia ada sejak dua tahun lalu.

Namun, ketiadaan Radamel Falcao dan Robin van Persie yang berhijrah ke kelab lain menyebabkan United kini kehilangan 'pemain bintang' pada musim panas ini.

"Chelsea memiliki Hazard. Dia sentiasa menjaringkan gol dan boleh mencipta pelbagai peluang. Chelsea juga ada Willian dan Oscar.

"Manchester City ada Agüero, dia pemain yang memiliki kebolehan yang sama. Barcelona ada Messi, Neymar dan Suarez.

"Kami di Manchester United perlu bersaing dengan kelab tersebut. Jadi kita perlu mencari pemain seperti itu," katanya.

Ketika ditanya adakah United berminat untuk memancing semula Ronaldo, Van Gaal berkata: “Ronaldo? Dia mungkin datang, tetapi perkara itu tidak mungkin berlaku.'-mstar

Sergio Romero Akan Ambil Alih Tempat David De Gea?

Pengendali Manchester United, Louis Van Gaal memberi amaran kepada penjaga gol kelab itu, David De Gea bahawa pemain tersebut mungkin berada di bangku simpanan berikutan kehadiran Sergio Romero.


Sergio Romero Akan Ambil Alih Tempat David De Gea?

Bagi mempertahankan kedudukan sebagai penjaga gol utama, Van Gaal mahu pemain Sepanyol itu bersaing dengan Romero yang merupakan penjaga gawang Argentina.

Romero yang berpindah secara percuma kini memulakan latihan bersama United di Amerika Syarikat sebagai persediaan kelab itu bertemu Paris Saint-Germain.

De Gea sebelum ini memohon untuk menyertai Real Madrid apabila kelab gergasi Sepanyol berkenaan ingin menjadikan dirinya sebagai pengganti kepada Iker Casillas.

Bagaimanapun perkara itu tidak dipersetujui United berikutan bidaan rendah.

United terpaksa mendapatkan Romero sebagai persediaan sekiranya De Gea menyertai Real Madrid secara percuma pada tahun depan selepas kontraknya tamat.

Kelab England itu turut melepaskan bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes selepas pemain itu dikatakan gagal mengikut kehendak Van Gaal pada musim lalu.-mstar

Manchester United Kempunan Dapatkan Sergio Ramos

Manchester United terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan Sergio Ramos apabila pemain itu bakal menandatangani lanjutan kontrak bersama Real Madrid dalam tempoh terdekat.


Manchester United Kempunan Dapatkan Sergio Ramos

Daily Mail melaporkan, sumber terdekat dengan kepimpinan tertinggi Real Madrid mendedahkan, Ramos telah menemui Preisden kelab, Florentino Perez di China untuk berbincang mengenai kontrak itu.

Hasil perbincangan, kedua-dua pihak dikatakan telah mencapai kata sepakat yang akan membawa Ramos menandatangani lanjutan kontrak bersama Real.

Berita itu bukan sahaja mengecewakan United tetapi penjaga gol utama kelab itu, David de Gea yang mengharapkan Ramos dijadikan pertukaran untuk dia ke Real.

Real mula mengurangkan minatnya untuk mendapatkan De Gea selepas kelab itu berjaya mendapatkan Kiko Casilla selain mempunyai Keylor Navas.-mstar

Sambutan Hari Raya Low Yat Setelah Jualan Merosot Kerana Boikot

Pengurusan Plaza Low Yat merancang untuk mengadakan sambutan Hari Raya bagi mengembalikan keadaan seperti sebelum kejadian yang tidak diingini pada baru-baru ini.


Sambutan Hari Raya Low Yat Setelah Jualan Merosot Kerana Boikot

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, rancangan penganjuran Hari Raya itu dibuat bagi mengembalikan semula kenyakinan pelanggan selepas berlaku penurunan penjualan sebanyak 50%.

Rancangan itu diusahakan oleh pihak MCA dan pihak pengurusan Plaza Low Yat yang akan diadakan di pusat IT berkenaan.

"Kami ingin membantu dalam apa jua cara yang mungkin untuk mengembalikan keadaan kembali normal. Tiada sebarang gangguan tetapi perniagaan merosot sebanyak 40 hingga 50%.

"MCA Wilayah Persekutuan ingin mencadangkan sambutan Hari Raya itu pada awal bulan Ogos ini bagi mengembalikan keharmonian di Plaza Low Yat," katanya yang melakukan lawatan ke plaza itu pada Jumaat lalu.-thehypemedia

Arturo Vidal Tinggalkan Juventus, Sertai Bayern Munich

Arturo Vidal diumumkan akan menyertai Bayern Munich selepas kelab Juventus bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai 25.9 juta pound (RM154 juta).
Arturo Vidal Tinggalkan Juventus, Sertai Bayern Munich

Jumlah perpindahan itu turut disertakan dengan yuran tambahan sebanyak 2.1 juta pound (RM12.5 juta ) dengan persetujuan kontrak selama empat tahun.

Pemain tengah Chile itu bakal menerima gaji sebanyak 90,000 pound (RM533,646) seminggu dan meninggal Turin selepas empat tahun bersama empat trofi Serie A.

Vidal kini terbang ke Munich bagi melengkapkan laporan kesihatan dan Bayern dijangka akan membuat pengumuman rasminya hujung minggu ini.

Setelah sekian lama mencari pengganti Frank Ribery yang dibelenggu kecederaan hampir 18 bulan, kelab juara Jerman ini akhirnya menemui pemain yang sesuai selepas mencapai kata sepakat dengan kedua-dua kelab.

Ejen Vidal, Fernando Felicevich telah berada di Munich bagi meneliti kontrak buat kali terakhir sebelum pemain itu kembali ke aksi Bundesliga setelah bersama Bayer Leverkusen di antara tahun 2007 dan 2011.

Sebelum ini Bayern Munich telah mengikat pemain tengah Brazil, Douglas Costa dari Shakhtar Donetsk (21.3 juta pound) selepas Bastian Schweinsteiger ke Manchester United.

Dalam pada itu, beberapa minggu lalu Carlos Tevez meninggalkan Juventus dan kini diikuti Vidal, namun kelab ini tidak bimbang memandangkan Mario Mandzukic, Sami Khedira dan Paulo Dybala akan bersama mereka.

Finalis Liga Juara-Juara Eropah ini juga dalam fasa perbincangan dengan Schalke untuk mendapatkan Julian Draxler bagi melengkapkan skuad Massimiliano Allegri di bahagian tengah.-mstar

Presiden FIFA Sepp Blatter Dimalukan

Presiden Fifa, Sepp Blatter berhadapan detik memalukan beberapa minit sebelum memulakan sidang media di Zurich apabila dilemparkan dengan wang kertas.

Sambil melemparkan wang kertas palsu itu, lelaki yang berpakaian kemas dengan kot dan tali leher berkenaan memberitahu Blatter, dana itu bagi menyokong Korea Utara dalam bidaan Piala Dunia 2026.


Presiden FIFA Sepp Blatter Dimalukan

Tindakan itu dilakukan Lee Nelson atau watak serta identitinya pada laman Facebook - Jason9Bent itu dikenal pasti sebagai pelawak dari Britain.

Melihatkan perbuatan lelaki itu, Blatter secara spontan berkata: "Mana pengawal keselamatan?"

Beberapa ketika kemudian, pengawal keselamatan membawa lelaki berkenaan keluar dari bilik sidang media itu.

Blatter kemudiannya meminta untuk menangguhkan sessi itu sehingga segalanya tenang.

Difahamkan, Nelson atau nama sebenarnya Simon Brodkin pernah melakukan perkara sama kepada selebriti, Kanye West dan skuad bola sepak Piala Dunia England.

Pada Jun lalu, ketika festival muzik di Glastonbury, Nelson naik ke pentas ketika West sedang membuat persembahan dan bernyanyi bersamanya.

Pada 2013, Nelson pernah menyarung jersi Manchester City dan masuk ke padang bermain bersama pasukan itu sebelum pengurusan pasukan dan orang ramai menyedari kehadirannya.-mstar

Punca Jualan Tudung Zara Zya Kurang Dapat Sambutan

Pelakon Zara Zya terpaksa memeperlahankan perniagaan tudungnya kerana kurang mendapat sambutan peminat berbanding produk makanan.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, perkara tersebut disebabkan ramai pembeli tidak gemar membeli tudung yang dijual artis yang tidak memakai tudung.


Punca Jualan Tudung Zara Zya Kurang Dapat Sambutan

"Saya perlahankan penjualan tudung kerana sambutan agak kurang, mungkin mereka tak suka artis yang tidak bertudung menjual tudung. Lagi pula saya sibuk dengan produk makanan dan tiada orang yang uruskan tudung itu," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Zara berkata, dia menumpukan perhatian kepada penjualan biskut raya dan sambal yang lebih mendapat sambutan peminat-peminatnya.

Selain itu, Zara berkata, dia juga kini muncul dengan produk penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu Miss Zara Beauty.

Ramadan ini saya sibuk berniaga biskut raya di beberapa bazar yang dianjurkan di Lembah Klang ini. Saya juga akan melancarkan produk kosmetik sendiri tidak lama lagi," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini Zara berkata, dia sudah menempah empat pasang baju sejak sebelum Ramadan.

"Tahun ini saya tempah empat pasang baju sahaja, itu pun untuk majlis-majlis rumah terbuka yang akan dihadiri nanti. Saya yakin empat pasang baju tu tidak cukup," katanya.-mstar

"Kukuhkan Karier, Baru Fikir Kahwin" - Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin ingin memperkukuhkan karier lakonannya terlebih dahulu sebelum merancang untuk berkahwin dengan teman wanitanya, aktres Sherry Ibrahim.


"Kukuhkan Karier, Baru Fikir Kahwin" - Fattah Amin

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 25, berkata, masih banyak perkara yang perlu dipertingkatkan dalam kerjayanya yang masih baharu.

"Rasanya masih terlalu awal untuk bercakap soal perkahwinan kerana perancangan ke arah itu masih belum ada.

"Ini kerana saya ingin memperkukuhkan karier terlebih dahulu dan masih banyak yang ingin saya capai sebelum berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fattah, hubungannya dengan Sherry berjalan seperti biasa dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.


"Hubungan kami seperti biasa tetapi belum sampai tahap merancang untuk berkahwin kerana ingin memberi ruang kepada diri masing-masing mengejar cita-cita terlebih dahulu," jelasnya.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia bimbang gandingan terlalu kerap bersama Sherry dalam drama akan membuatkan penonton bosan.

"Kukuhkan Karier, Baru Fikir Kahwin" - Fattah Amin

Fattah berkata, dia seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada terlibat dalam mana-mana projek bersama teman wanitanya itu.

"Bukan apa, apabila kami ada hubungan peribadi di luar set. saya bimbang ia akan terbawa-bawa sehingga menganggu sikap profesional sebagai pelakon.

"Saya juga bimbang penonton akan berasa bosan yang pada akhirnya akan memberi kesan kepada karier kami," jelasnya.

Pasangan itu sebelum ini pernah bergandingan dalam drama bersiri Cinta Ibadah dan Manisnya Bulan Madu.-mstar

United Cuba Pancing Gareth Bale 95 juta pound

Berbaki 44 hari sebelum berakhirnya tempoh perpindahan pemain, Manchester United dilaporkan bakal mengemukakan tawaran mencecah 95 juta pound (RM564 juta) untuk Gareth Bale.


United Cuba Pancing Gareth Bale 95 juta pound

Ia dikatakan bagi menguji sejah mana Real Madrid sanggup mempertahankan bintang antarabangsa Wales itu ke Old Trafford.

Gergasi Liga Perdana Inggeris yang sudah berunding dengan Real sejak beberapa bulan lalu dan tumpuan diberi kepada Bale apabila pasukannya memaklumkan Sergie Ramos yang mahu dipancing United akan kekal di Santiago Bernabeu.

Pengurus United, Louis van Gaal mengakui, Red Devils mungkin melakukan kejutan dalam masa terdekat.

Garteh Bale, 26, yang menyertai Real pada harga 85 juta pound (RM504.61 juta) ketika berpindah dari Tottenham pada 2013.

Selain Bale, Red Devils juga mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat Thomas Muller dan Robert Lewandowski dari Bayern Munich, selain sanggup membayar klausa pelepasan bintang Barcelona, Pedro.

Yuran perpindahan bagi Muller dan Lewandowski dijangka sekitar 102.4 juta pound (RM607.91 juta) dan perpindahan akan menjadi kenyataan sekiranya Bayern mahu melepaskan mereka.

Selepas mendapatkan pemain untuk menguatkan posisi pertahanan dan tengah, United perlu mencari penyerang baharu selepas melepaskan Radamel Falcao dan Robin van Persie.

Sebelum ini United sudah membeli penyerang Belanda, Memphis Depay, selain dua pemain tengah, Morgan Schneiderlin dan Bastian Schweinsteiger serta pertahanan, Matteo Darmian.-mstar

Murid Dirotan Guru Kerana Minum Air Dalam Kelas

Seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah di sini dirotan oleh guru hanya kerana minum air di dalam kelas.Bahagian punggung dan tapak tangan pelajar berkenaan berbirat akibat kejadian pada 1 Julai lalu.


Murid Dirotan Guru Kerana Minum Air Dalam Kelas

Bapa kepada pelajar berkenaan, Saw Say Wei, 38, berkata tindakan guru pendidikan jasmani itu adalah sangat melampau.

Beliau yang bekerja sebagai Pengurus Kejuteraan di Singapura telah pun medapatkan penjelasan dari pihak sekolah selain merujuk perkara itu kepada PPD dan membuat laporan polis. - Siakapkeli