Nabil Ahmad Jawab Isu Tayang Badan Sasa

Pelawak Nabil Ahmad berkata dia tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk tubuh badannya yang semakin sasa di laman sosial sehingga ia menjadi bualan ramai.


Nabil Ahmad Jawab Isu Tayang Badan Sasa, info, terkini, hiburan, sensasi

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, memberitahu foto imej barunya telah dimuat naik oleh jurulatih peribadinya iaitu Cash Razak di Instagram.

"Saya bukan sengaja nak tayang badan, cuma foto itu tersebar kerana ia dimuat naik oleh jurularih peribadi saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak pernah memuat naik foto seperti itu.

"Apa-apapun saya tidak akan topless (tidak berbaju) dengan sengaja untuk menayang badan seperti kebanyakan lelaki lain melainkan ada sebab-sebab tertentu," katanya kepada mStar Online.

Nabil diminta mengulas mengenai fotonya tidak berbaju menunjukkan tubuh badannya yang sasa bersama dua lagi rakan pelawak itu yang disebarkan di laman-laman sosial.

Nabil Ahmad Jawab Isu Tayang Badan Sasa, info, terkini, hiburan, sensasi

Foto tersebut membuatkan ramai yang terkejut dengan perubahan ketara Nabil. Malah pelawak itu mendapat pujian daripada peminat-peminatnya. Bagaimanapun ada juga pihak yang memberi pandangan negatif terhadap penampilan itu.

Sementara itu, Nabil berkata dia telah menghabiskan wang kira-kira RM22,000 dalam tempoh dua bulan demi mendapatkan tubuh sasa itu.

Katanya, kebanyakan wangnya itu digunakan bagi membeli barangan penjagaan pemakanan hariannya.

"Nampak besar jumlahnya tetapi ia sangat berbaloi apabila melihat hasilnya. Jika dahulu berat saya 74 kilogram (kg), kini sudah naik kepada 88 kg.

"Tujuan saya mahu mengubah imej adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bekerja di luar mahupun di pentas hiburan selain atas sebab perniagaan. Alhamdulillah, isteri saya turut memberi sokongan untuk melihat perubahan ini.

"Isteri saya juga mula bersenam selepas habis pantang bersalin. Kalau boleh, saya ingin menjadi contoh kepada masyarakat sebagai keluarga yang mengamalkan kehidupan yang sihat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabil kini dilantik menjadi hos terbaharu HBO Sentral musim kedua menggantikan pengacara asal iaitu Lisa Surihani. Program tersebut disiarkan bermula pada 26 April 2015 pukul 3 petang menerusi saluran Astro, HBO (411) dan HBO HD (431) yang akan disiarkan sebanyak 12 episod. - mstar

Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar

Semalam, berita kematian seorang pelajar Kolej Kejururawatan di Ulu Kinta, Perak heboh diperkatakan di media sosial gara-gara ada yang mendakwa Allahyarhamah meninggal dunia akibat pengambilan makanan kecantikan yang berlebihan.


Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar, info, terkini, berita, sensasi,

Lebih sensasi ada yang mendakwa gadis ini mengambil produk Shaklee, Qu Puteh dan Aura White secara serentak.
Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar, info, terkini, berita, sensasi,

Dakwaaan itu sekali gus memberi tamparan hebat dan menimbulkan keresahan kepada ketiga-tiga jenama baik pengeluar, penjual dan pengguna.


Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar, info, terkini, berita, sensasi,

Bagaimanapun, tampil individu yang mengenali Allahyarhamah menafikan spekulasi yang bertiup kencang tersebut.

“Saya merayu pada semua yang membuat spekulasi yang tidak sepatutnya terhadap student nurse KSKB Ulu Kinta yang meninggal dunia pada petang tadi supaya menghentikan perbuatan tersebut. Jangan kita share benda yang kita tidak pasti. Jika tuan/puan nak kepastian, boleh berhubung dengan saya,” kata Nazri Omar.

Menurut Nazri, apa yang tersebar di media sosial adalah salah faham semata-mata.

Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar, info, terkini, berita, sensasi,

“Salah jangkaan itu. Sebenarnya berlaku pendarahan dalam otak yang pakar sendiri tak boleh buat apa-apa kerana risikonya amat tinggi.

“CT scan yang dibuat semalam juga menunjukkan ada ICB (intracranial bleed).

“Pasal supplement semua itu salah sebab arwah dulu selalu kena migrain sejak masuk kolej.

“Dianogsis terakhir massive ICB with extradural hamorraghe,” jelasnya.

Kesimpulannya, kisah tentang punca kematian akibat memakan produk kecantikan adalah bohong semata-mata.

Apa pun, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat gadis ini. – mynewshub

Remaja 17 Tahun Dirogol ‘Spiderman’ Di Marang

Seorang remaja wanita tidak menyangka keputusannya berehat di rumah bersendirian pada waktu tengah hari turut tidak selamat apabila dirogol seorang lelaki bertopeng ala-ala ‘spiderman’, di kediamannya di Kampung Bukit Guntung, Marang, Rabu lalu.


Remaja 17 Tahun Dirogol ‘Spiderman’ Di Marang, info, terkini, berita, sensasi, kes rogol

Dalam kejadian lebih kurang jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun dikatakan sedang lena tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan kehadiran lembaga bertopeng tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek bukan sahaja bertopeng, malah turut memakai sarung tangan itu terus bertindak menekup mulut sebaik menyedari mangsa tersedar daripada tidurnya.

“Suspek menekup mulut mangsa bagi mengelak dia menjerit, bagaimanapun dengan kudrat yang ada, mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan dirinya.

“Namun, ketika itu juga suspek bertindak keluarkan pisau lipat lalu diacukan ke arah mangsa sebagai ugutan sekiranya mangsa masih berdegil mahu melawan sebelum merogolnya,” katanya di pejabatnya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek terus melarikan diri meninggalkan mangsa bersendirian menerusi pintu utama rumah.

Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan itu terus cuba hubungi ibunya yang ketika itu di tempat kerja, namun gagal sebelum mengambil keputusan menghubungi rakan baiknya dan seterusnya membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati tiada tanda kediaman mangsa dipecah masuk suspek, namun siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti identiti serta bagaimana cara suspek menceroboh masuk rumah mangsa.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan n susulan,” katanya.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.- Sinar Harian Online

Penghuni Kondominium Di Bukit Damansara ‘Guna Air Mayat’

Penghuni di sebuah kondominium digemparkan dengan peristiwa ngeri lagi meloyakan apabila mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam tangki air bangunan itu yang terletak di Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Penghuni Kondominium Di Bukit Damansara ‘Guna Air Mayat’, info, terkini, berita,

Menerusi laporan Harian Metro, mayat yang dikenal pasti sebagai Chua Wan Chooi, 43, berasal dari Klang itu ditemui jam 9.25 malam kelmarin oleh pekerja penyelenggara kondominium.

Anehnya, mangsa didakwa bukan penghuni kediaman itu selain tidak mempunyai sebarang rekod sebagai kontraktor di kondominium terbabit.

Penghuni Kondominium Di Bukit Damansara ‘Guna Air Mayat’, info, terkini, berita,

Penghuni Kondominium Di Bukit Damansara ‘Guna Air Mayat’, info, terkini, berita,

Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terlentang dalam tangki air.

Sementara tubuhnya sudah mengembang dan daging tubuhnya sudah reput menyerupai agar-agar.

Penemuan mayat ini sekali gus menjawab tanda tanya kehilangan mangsa sejak tujuh hari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Azlee Abdullah mengesahkan kejadian tersebut.

Jelasnya, siasatan mendapati mayat mangsa ditemui dalam sebuah bilik pam yang membekalkan air kepada penghuni yang tinggal di pangsapuri itu.

Dalam pada itu, terdapat aduan daripada penduduk setempat yang mendedahkan air rumahnya mengeluarkan bau busuk dan rasa yang meloyakan.

Pada awalnya, ada penghuni yang menyangka ianya berpunca dari paip yang sudah karat namun ternyata sangkaan mereka meleset selepas mengetahui perkara sebenar. – mynewshub

Isu Tinggal Anak Tahfiz: Penjelasan Bas Famira Travel

Rentetan dari isu pelajar tahfiz ditinggalkan di tepi jalan, berderet-deret netizen masuk Fan Page Famira Travel & Tours disebabkan rasa bengang terhadap mereka. Berikut adalah penjelasan Bas Famira Travel;


Isu Tinggal Anak Tahfiz: Penjelasan Bas Famira Travel, info, terkini, berita, sensasi,

Ini kes auta belaka. Customer penipu besar,putar belit cerita. Ini Ustazah Durratun Naim pun lidah bercabang. Mahu tahu cerita sebenar tanya saya.

Kes 1
Dari Jitra sampai Melaka ustaz itu haram nak ambil no telifon driver.buat sombong dan cakap gitu-gitu sahaja,. Sampai Melaka masa lunch tadi Ustaz dan murid-murid turun lunch, pelawa driver pun tidak. Jadi driver pergilah makan kat kedai seberang jalan. Bila siap mereka datang kat bas tetapi driver bas tak ada. Nak call tak ada no telifon,Tunggu tak lama lepas itu diver datang terus kena maki. Driver Ok (lurus Bendol)

Kes 2
Ustaz kurang ajar ini duduk seat depan belakang driver. Letak kaki atas partition , driver nampak melalui cermin pastu tegur cara itu tak elok. Dia kata driver banyak dekat melaka ini.

Kes 3
Driver lurus bendul ini dah kena maki ikutkan jer cakap ustaz yang bodoh itu, dia pun p turunkan mereka dekat melaka sentral macam ustaz itu suruh, lepas dah turun apa lagi, dia bla lahh


Isu Tinggal Anak Tahfiz: Penjelasan Bas Famira Travel, info, terkini, berita, sensasi,

Ustaz itu ingat ada bas 24Jam dekat melaka balik jitra. Sampai sana malam baru ada bas. Jadi seorang hamba Allah ini tolong bawakan budak-budak ini naik lori pergi homestay dekat situ.

Kes DVD dangdut memang ada masa perjalanan malam nak pergi tetapi tidak ada kaitan pun. driver pasang slow sahaja tengah malam untuk halwa telingarnya dengar sebab dia drive seorang diri takut tertidur. Ustaz itu pulak suruh tutup sebab dia mahu tidur. Maklumlah dia dok depan.


Isu Tinggal Anak Tahfiz: Penjelasan Bas Famira Travel, info, terkini, berita, sensasi,

Ustazah Bangang itu putar belit cerita. Driver itu bukan tinggalkan mereka di dalam hutan tetapi kat stesen bas. Bukan dia yang nak tinggalkan tetapi ustaz itu yang suruh tinggalkan mereka di situ. - beritapremium.com

Graduan UiTM Langgar Protokol Majlis Konvo Graduan UiTM Langgar Protokol Majlis Konvo

Gambar seorang graduan UiTM berselfie dengan canselor UiTM tersebar di laman sosial dan menerima dikritik oleh netizen.


Graduan UiTM Langgar Protokol Majlis Konvo, info, terkini, berita, sensasi

Muhammad Hasrul, pada Majlis Konvokesyen UiTM, sempat merakam gambar selfie dengan seorang canselor sebelum beredar dari atas pentas.

Tindakannya itu dikritik oleh netizen yang menganggap Hasrul melanggar protokol dan tidak tahu adab majlis.

“Dalam peraturan tak boleh buat macam ini. Sudah diterangkan dalam pengesahan kehadiran konvokesyen. Ini kan majlis formal, act profesional lah.

“Protokol tetap kena ikut. Memang tak ada orang suka bab protokol ini. Tetapi protokollah yang memudahkan urusan perjalanan majlis.

Kalau salah seorang graduan buat perangai selfie, nanti yang lain mesti akan buat juga. Seorang selfie dah ambil berapa banyak masa? Yang datang konvo bukan seorang dua, beratus-ratus orang.

“Ibu bapa yang datang, bukan berdua. Ada yang datang sekampung. Penat mereka duduk luar tunggu lama-lama.

“Memanglah tak ada effect pada masa itu tetapi selepas majlis, akan ada post mortem. Sudah tentu ahli jawatankuasa akan dimaki sebab tak periksa, tak maklum, tak kawal keadaan sehingga berlakukan kejadian seperti ini,” kata seorang bekas penuntut UiTM yang tidak ingin didedahkan namanya.

Walau bagaimanapun, ada segelintir yang menyanjung keberanian lelaki ini sehingga menganggap tindakannya itu patut dihormati.

“This guy deserved massive respect. Walaupun dari segi protokol out, tapi steadybro. Persetankan semua protokol itu,” kata pengguna Facebook, Zul Farhan. - thehypermedia

Penyamun Lelaki Menyamun Dengan Berbaju Kurung!

“Kononnya dia berpakaian wanita kerana menghormati saya sebagai seorang warga emas,” kata seorang suri rumah yang berdepan detik cemas apabila rumahnya di Kampung Jawa, Buloh Kasap di sini, dimasuki tiga penjenayah termasuk seorang berpakaian baju kurung dan bertudung, kelmarin.


Penyamun Lelaki Menyamun Dengan Berbaju Kurung!, info, terkini, berita, jenayah samun

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Khatijah Suratin, 68, terkejut apabila disergah tiga lelaki termasuk seorang yang berpakaian wanita dan bersenjatakan parang sebaik menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersendirian di rumah kerana suaminya, Ilham Marion, 74, berada di surau berdekatan apabila keluar untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

“Selesai solat Subuh, saya ke dapur untuk membasuh kain dan ketika itu muncul tiga lelaki termasuk seorang yang memakai baju kurung manakala seorang lagi memegang parang.

“Mereka tidak menutup muka dan terus menggeledah rumah termasuk bilik tidur sambil memberi amaran supaya tidak menjerit sekiranya tidak mahu diapa-apakan,” katanya ketika ditemui, semalam. – myMetro Online

David De Gae Bakal Tinggalkan United

Pengganti David De Gea sudah dikenal pasti, kata pengendali Manchester United, Louis Van Gaal. Beliau menjelaskan, beberapa pemain sudah diintai untuk menggantikan De Gea jika penjaga gol pasukan itu memutuskan untuk meninggalkan United.


David De Gae Bakal Tinggalkan United, info, sukan, bola sepak,

Kontrak pemain kebangsaan Sepanyol itu akan tamat pada musim hadapan tetapi De Gea masih belum menandatandangi kontrak baharu yang telah ditawarkan.

Van Gaal berkata, dia tidak pasti sama ada pemain berusia 24 tahun itu akan kekal bersama United, tetapi menjelaskan rancangan sudah diatur sekiranya pemain tersebut membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab lain.

"Kami telah menyenaraikan penjaga gol yang mampu menggantikan De Gea sebagai persediaan," kata Van Gaal.

Menurut laporan di Sepanyol, De Gea merancang untuk menyertai pasukan Real Madrid.

Perbincangan kontrak bersama De Gea yang menyertai United pada 2010 telah dimulakan pada awal musim dan baru-baru ini Van Gaal menyatakan United telah menawarkan gaji lumayan kepada penjaga gol utama mereka untuk kekal di Old Trafford.

"Kami mahu dia kekal di sini dan saya harap dia bersetuju dengan kontrak baharu yang ditawarkan," katanya.

Van Gaal menegaskan hanya De Gea sahaja yang boleh membuat keputusan mengenai masa depannya.

"Terdapat tiga pihak yang terlibat dalam perbincangan ini dan pihak yang paling penting adalah pemain tersebut.

"Keputusan bukan terletak di tangan Manchester United, atau saya tetapi kami mahu dia menandatangani kontrak baharu.

"Dia perlu bersetuju dengan kontrak baharu dan mempunyai perasaan untuk kekal bersama United tetapi saya tidak tahu kenapa dia masih belum menandatandangi kontrak yang ditawarkan," katanya lagi.

Van Gaal telah membelanjakan lebih 150 juta pound bagi tujuh pemain baharu musim ini dan Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward berkata, kelab itu akan aktif dalam musim perpindahan akan datang.

Terdapat spekulasi mengenai kelab tersebut yang cuba mendapatkan khidmat penyerang Tottenham, Harry Kane atau pemain Real Madrid, Gareth Bale pada musim hadapan.

Bagaimanapun, Van Gaal menyangkal spekulasi tersebut. - mstar

Manchester United Tepati Sasaran EPL Musim Ini

Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal mengakui telah mencapai matlamatnya musim ini dengan membimbing pasukannya untuk berada pada kedudukan empat teratas di Liga Perdana Inggeris (EPL).


Manchester United Tepati Sasaran EPL Musim Ini, info, terkini, berita sukan, bola sepak,

Bagaimanapun, kata Van Gaal, mengatasi masalah kecederaan pemainnya adalah cabaran paling sukar dihadapi dalam kempen pertamanya bersama United.

United akan menerima kunjungan Arsenal pada Ahad dan kejayaan mendapat tiga mata penuh akan membuka peluang untuk mereka  berada di kedudukan ketiga dalam liga.

Melihat kembali musim pertama yang dilalui, pengurus berusia 63 tahun itu berkata, dia serta ahli pengarah telah berbincang dan sasaran yang ingn dicapai pada musim ini adalah empat tempat teratas.

"Kami telah berbincang, saya dan ahli lembaga pengarah di Old Trafford dan menetapkan sasaran yang ingin dicapai iaitu untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

"United telah mencapai sasaran tersebut dengan berbaki dua perlawanan, jadi saya rasa itu sesuatu yang memuaskan," kata Van Gaal.

Van Gaal juga berpendapat bola sepak bukan sahaja mengenai ketahanan fizikal tetapi ia juga mengenai nasib apabila mengulas mengenai beberapa masalah kecederaan yang dihadapi pasukannya sebelum Krismas.

"Saya berpuas hati dengan prestasi mereka pada bahagian kedua musim ini tetapi semasa bahagian pertama musim ini kami menghadapi purata 10 kecederaan dalam masa seminggu dan tidak dapat menurunkan kesebelasan utama yang sama tetapi saya gembira sekarang.

"Ia bergantung kepada bagaimana kami membuat keseimbangan dalam pemilihan pemain dan ia perkara yang paling penting.

"Dan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk kami mengubah kedudukan pemain kerana kami perlu mengembalikan keseimbangan dalam membuat pilihan," katanya lagi.

Bekas pengurus Bayern Munich itu juga menggesa pemain muda United, Luke Shaw yang kurang beraksi pada musim ini akibat masalah kecederaan supaya tidak beraksi bersama skuad bawah 21 England yang akan bersaing di kejohanan Kejuaraan Eropah pada musim panas ini.

Shaw yang berpindah ke United dari Southampton dengan yuran perpindahan sebanyak 27 juta pound, hanya beraksi dalam 16 perlawanan liga musim ini akibat kecederaan tetapi ingin beraksi bersama skuad Gareth Southgate.

"Dia perlu berehat kerana telah melampaui had dirinya.

"Kami perlu menjaga dia dan saya berharap Gareth Southgate memahami situasi kami," kata Van Gaal mengenai pemain berusia 19 tahun itu. - mstar

Esscom Akan Lancar Operasi Khas Di Kudat

KUDAT – Pasukan penguat kuasa di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan melancarkan Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang tanpa izin (PATI) di daerah ini. 


Esscom Akan Lancar Operasi Khas Di Kudat, info, terkini, berita, PATI

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi berkata operasi itu akan disertai pelbagai agensi penguatkuasaan kerajaan negeri dan persekutuan dengan misi membersihkan Kudat daripada PATI. Beliau berkata tumpuan operasi itu ialah kawasan perkampungan air, kawasan pasar dan pusat bandar. 

“Walaupun kawasan utara Sabah, khususnya Kudat, kelihatan tenang dan aman, namun kita tidak boleh leka dalam menghadapi sebarang kemungkinan. “Apatah lagi ekoran insiden penculikan di Sandakan semalam (Khamis malam)…Kudat yang menjadi pintu masuk ke Kota Kinabalu (melalui perjalanan darat dari utara Sabah) juga terdedah pada bahaya, bukan sahaja kemasukan PATI tetapi juga penjenayah rentas sempadan….jangan sangka air tenang tiada buaya,” katanya. 

Ruji berkata demikian ketika berucap pada sesi pertemuan Esscom bersama pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat daerah Kudat di Dewan Mini Pejabat Daerah itu, hari ini. Turut hadir Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim dan Pengarah Pasukan Khas SAC Mohammad Ismail. Ruji berkata operasi yang sama kini giat dilaksanakan secara berterusan di lima daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan yang menyaksikan peniaga tempatan kembali mendominasi aktiviti perniagaan kecil-kecilan, khususnya kawasan pasar utama bandar terbabit. 

“Matlamat kita ialah membersihkan keseluruhan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) daripada PATI. Kita perlu ambil iktibar insiden Kampung Tanduo dan dominasi PATI di kawasan pasar Lahad Datu sebelum berlaku peristiwa Tanduo (awal 2013). 

“Misalnya suatu ketika dulu, pasar Lahad Datu didominasi oleh peniaga atau penjaja PATI. Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berulang di pusat bandar lain di Esszone,” katanya. Sehubungan itu, Ruji mengajak rakyat Sabah, khususnya penduduk Kudat dan daerah sekitarnya supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Esscom dalam menjayakan misi operasi bersepadu itu. 

Beliau berkata langkah drastik itu susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai PATI di Sabah (RCI) dan arahan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) supaya dilancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini khususnya di Esszone. 

Ruji berkata Esscom juga akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan di perairan Esszone bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, khususnya penculikan. Esszone meliputi 1,733.7 kilometer yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.? – BERNAMA