Mizz Nina Tinggalkan Bidang Nyanyian

Nekad untuk berundur daripada bidang nyanyian yang pernah menaikkan namanya satu ketika dahulu, Mizz Nina mengakui tidak timbul sesalan malah keputusan yang diambilnya itu adalah atas dasar untuk menjadi muslimah yang lebih baik.


Mizz Nina  Tinggalkan Bidang Nyanyian, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Selain mahu memberi fokus terhadap bidang peragaan dan perniagaan yang diceburinya di atas jenamanya sendiri (Madeena) ketika ini, Mizz Nina mengatakan, sokongannya di dalam bidang muzik disalurkan melalui karya suaminya, Noh Salleh.
Mizz Nina  Tinggalkan Bidang Nyanyian, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

“Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Kita tidak tahu bila kita akan mati jadi buat masa ini saya ingin memberikan sepenuh fokus kepada fesyen yang merupakan jiwa saya,” katanya kepada BH Plus.


Mizz Nina  Tinggalkan Bidang Nyanyian, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Tambah Mizz Nina, ketika ini dia selalu terbabit dengan bidang perniagaan dan peragaan, penyanyi ini dalam masa yang sama turut terlibat di dalam bidang pengacaraan program berbentuk keagamaan dengna berkongsi pengalaman hijrahnya bersama peminat. - rotikaya

Meracau Di Set Penggambaran, Tasha Shilla Terkena Sihir?

Tak faham betul dalam zaman yang serba maju ni ada lagi segelintir manusia yang busuk hati melakukan amalan syirik dan khurafat.


Meracau Di Set Penggambaran, Tasha Shilla Terkena Sihir?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Terbaru, pelakon jelita Tasha Shilla dikatakan terkena sihir dan meracau di sebuah set penggambaran hingga menyebabkan penggambaran tersebut terpaksa ditangguhkan.

Siapa lah agaknya dengki dengan Tasha Shilla ni ye?
Meracau Di Set Penggambaran, Tasha Shilla Terkena Sihir?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Menurut laporan Astro Gempak, scene yang dirancang terpaksa dibatalkan dek kerana sikap Tasha Shilla yang ‘pelik’. Perkara ini diceritakan sendiri oleh krew penggambaran terbabit.

    Kami terpaksa menangguhkan ‘scene’ Tasha kerana keadaan dia tidak mengizinkan.

    Melihatkan dia meracau begitu, kami hairan juga kerana ini pertama kali ia berlaku kepada Tasha.

Meracau Di Set Penggambaran, Tasha Shilla Terkena Sihir?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Melihat kepada penampilan terbaru Tasha Shilla yang kelihatan begitu kurus, wujud dakwaan mengatakan ia berpunca daripada terkena buatan orang tersebut.

    Sebab itu dia semakin kurus sekarang, dengarnya terkena ‘tuju-tuju’…Tapi wallahualam…hanya tuan punya diri tahu mengenai itu.

Andai benar seperti yang didakwa, kami di OHBULAN! mendoakan agar Tasha Shilla cepat sembuh dan bahagia disamping ‘sahabat’ nya. - ohbulan

Tindakan Spontan Sultan Brunei Ini Membuatkan Rakyat Malaysia Kagum

Tindakan Sultan Brunei itu pasti menjadi kenangan manis buat para anggota Polis tersebut. Walaupun sudah biasa memberi "Escort" VIP, namun sudah tentu mereka tidak pernah mengalami pengalaman seperti itu yang datangnya dari seseorang yang berstatus Sultan.

Tindakan Spontan Sultan Brunei Ini Membuatkan Rakyat Malaysia Kagum, info, terkini, berita, sensasi, Sultan Brunei

"Sebaik baik pemimpin adalah pemimpin yang sentiasa menghargai orang bawahan. Kagum dan respect bila melihat Sultan Hassanal Bolkiah turun dari kenderaannya terus meluru kepada anggota polis yang escotnya untuk bersalam tanda terima kasih sewaktu d Lapangan Terbang Pulau Pinang... biarpun pada waktu itu ramai orang kenamaan menanti untuk bersalam dan mengucap selamat jalan pada tuanku...inilah pemimpin Islam yang harus dicontohi. Semoga Allah panjangkan umur Sultan Hassanal Bolkiah." Tulis Joery.


Tindakan Spontan Sultan Brunei Ini Membuatkan Rakyat Malaysia Kagum, info, terkini, berita, sensasi, Sultan Brunei

Kagum dan respect bila melihat Sultan Hassanal Bolkiah turun dari kenderaannya terus melulu bila kepada anggota polis yang mengiringinya untuk bersalam tanda terima kasih sewaktu di lapangan terbang Pualu Pinang.

Biarpun pada waktu itu ramai orang kenamaan menanti untuk bersalam dan mengucapkan selamat tinggal pada tuanku…


Tindakan Spontan Sultan Brunei Ini Membuatkan Rakyat Malaysia Kagum, info, terkini, berita, sensasi, Sultan Brunei

Inilah pemimpin Islam yang harus dicontohi. Semoga Allah panjangkan umur Sultan Hassanal Bolkiah. Nukilan dan gambar ini dipetik dari seorang pengguna Facebook Joeery Hairi.

Penulis: Moga tuhan sentiasa merahmati pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat ini, mampu


Pengajaran dari gambar ini; hiduplah mengikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk. - ohmymedia

Lindsay Lohan Berjalan Peluk Terjemahan Al-Quran, Ingin Dalami Islam?

Selama ini Lindsay Lohan dikenali sebagai pelakon bermasalah. Dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, kerjayanya bermula sebagai seorang pelakon kanak-kanak yang terkenal sebelum masalah keluarga menyebabkan Lindsay berubah menjadi gadis liar.


Lindsay Lohan Berjalan Peluk Terjemahan Al-Quran, Ingin Dalami Islam?, hiburan sensasi, gosip, kontroversi, Lindsay Lohan

Gemar berparti dan terbabit penyalahgunaan dadah, populariti pelakon ini mula merudum dan dia kini jarang tampil dengan produk baru. Ini agak menyedihkan buat seorang pelakon berbakat yang dilihat sangat berpotensi di awal kariernya.


Lindsay Lohan Berjalan Peluk Terjemahan Al-Quran, Ingin Dalami Islam?, hiburan sensasi, gosip, kontroversi, Lindsay Lohan

Bagaimanapun, kecoh seketika apabila Lindsay difotokan membawa satu buku terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris ketika keluar di Brooklyn, New York semalam.
Lindsay Lohan Berjalan Peluk Terjemahan Al-Quran, Ingin Dalami Islam?, hiburan sensasi, gosip, kontroversi, Lindsay Lohan

Pelakon itu juga awal tahun ini telah memuat naik satu doa di Instagram meminta agar Allah meningkatkan pengetahuannya dan memberinya pengetahuan yang berfaedah. Dia bagaimanapun memadam gambar itu dari akaun Instagramnya selepas itu.
Jika benar Lindsay sedang mendalami Islam, kita berharap agar dia menemui apa yang dicarinya. Semoga beliau terus istiqamah mempelajari Islam melalui Al-Quran, harapnya dengan seorang guru.

Doakan yang terbaik buat Lindsay Lohan. - beautifulnara

Kemalangan DUKE: Celica Club Malaysia Sumbang RM10,000

Nasib dua beradik yang kehilangan ibu bapa dalam satu kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) baru-baru ini terus mendapat perhatian ramai terutama daripada kelab-kelab kereta.


Kemalangan DUKE: Celica Club Malaysia Sumbang RM10,000, info, terkini, berita, nahas DUKE,

Terbaru, beberapa wakil kelab kereta Celica Club Malaysia menziarahi dua beradik tersebut dan menyampaikan sumbangan wang tunai RM10,000 kepada Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Akila.

Presiden Celica Club Malaysia, Marko Tung berkata, ahli-ahlinya sangat bersimpati dengan nasib dua beradik tersebut dan berjaya membuat kutipan sebanyak RM10,000 sebagai sumbangan.

“Kami akan mengambil berat dalam perkara ini kerana insiden tersebut memberi kesan ke atas semua kelab kereta dalam pelbagai cara.

“Sebanyak RM10,000 berjaya dikumpulkan oleh ahli kami dalam hanya tempoh beberapa hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kemalangan itu, sepasang suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada perbuatan beberapa ahli sebuah kelab kereta Myvi berlumba haram di lebuh raya berkenaan. - mynewshub

Mariah Carey VS Nicki Minaj Punca American Idol Ditamat

Sengketa membabitkan dua bekas juri program nyanyian American Idol iaitu Mariah Carey dan Nicki Minaj dikatakan menjadi punca rancangan nyanyian itu ditamatkan.


hiburan, gosip, info, terkini, hiburan, hollywood celebrities, American Idol

Itu kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh penerbit eksklusif rancangan tersebut, Nigel Lythgoe.

Menurutnya, akibat daripada pertelingkahan kedua-dua ‘diva’ tersebut, peminat mula beralih arah dengan memberi tumpuan yang lebih kepada kontroversi itu lebih daripada peserta sendiri.


hiburan, gosip, info, terkini, hiburan, hollywood celebrities, American Idol

Malah, Nigel, 65, menyifatkan keputusan untuk menggandingkan kedua-duanya sebagai juri merupakan kesilapan terbesar yang dibuat produksi tersebut.


hiburan, gosip, info, terkini, hiburan, hollywood celebrities, American Idol

Memetik kenyataannya kepada Billboard, “Perbalahan dan drama yang berlaku di antara Mariah dan Nicki telah menyebabkan American Idol sampai ke penghujungnya.

“Mengambil mereka sebagai juri adalah kesilapan paling besar pernah dilakukan tetapi jika mereka tidak digandingkan bersama barangkali program ini berjaya seperti musim terdahulu.”

Gandingan kedua-dua penyanyi itu dibuat pada musim ke-12 pada 2013 lantas menyaksikan kedua-dua mereka bertikam lidah terhadap pemilihan peserta ketika sesi uji bakat.

Ia kemudiannya disebarkan oleh portal hiburan TMZ dan mendapat perhatian seluruh dunia. - mynewshub



Untuk Mula Menonton : KLIK Butang Tonton Video

Liga Juara-Juara: Barcelona Tempah Tiket Ke Pentas Akhir

Barcelona mara ke pentas akhir Liga Juara-Juara Eropah (CL) buat kali kelapan selepas mencatat kemenangan secara agregat 5-3 ke atas Bayern Munich dalam aksi separuh akhir kedua di Allianz Arena awal pagi.


Liga Juara-Juara, Barcelona Tempah Tiket Ke Pentas Akhir, info sukan, bola sepak

Kemenangan 3-2 skuad tuan rumah yang dibimbing Pep Guardiola itu belum cukup untuk menghalang Barcelona mara ke aksi final di Berlin pada 6 Jun ini.

Mehdi Benatia membuka jaringan seawal tujuh minit permainan, namun penyerang Barca, Neymar menyamakan kedudukan pada minit ke-15.

Neymar sekali lagi meledak gol keduanya pada minit ke-29  sekaligus pemain antarabangsa Brazil itu kini merekodkan sembilan gol dalam aksi CL, menyamai rekod bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan ketinggalan satu gol daripada rakan sepasukannya, Lionel Messi.

Bayern berjaya bangkit pada babak kedua dengan menambah dua jaringan melalui Robert Lewandowski (59') dan Thomas Muller (74), namun sudah terlambat untuk mencari gol kemenangan.

Sementara itu, Barca yang dibimbing Luis Enrique ini bakal bertemu juara bertahan, Real Madrid atau Juventus dalam saingan akhir nanti yang turut mencatat penampilan pertama mereka selepas 2011 ketika kemenangan ke atas Manchester United di Stadium Wembley.

Juventus bertandang ke Stadium Bernabeu bertemu anak buah Carlo Ancelotti dengan membawa kemenangan 2-1 yang dicatat dalam aksi pertama di Turin minggu lalu.

Sebagai rekod, Barcelona pernah menjulang trofi berprestij ini pada tahun 1992,2006,2009 dan 2011. - mstar

Yaya Toure Sambut Hari Jadi Dengan Bonus Lumayan

Pemain veteran Manchester City, Yaya Toure menyambut ulang tahun hari jadinya yang ke-32 pada Rabu dengan mengutip bonus lumayan sebanyak £720,000 (RM4.1 juta) selepas membawa kelab itu ke pusingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.


Yaya Toure Sambut Hari Jadi Dengan Bonus Lumayan, info sukan, bola sepak, Man city

Pemain tengah itu mempunyai klausa khas dalam kontraknya yang ditandatangani pada 2010 yang menyebut bahawa dia layak untuk menerima bonus seandainya City berjaya ke Liga Juara-Juara Eropah setiap musim.

Bekas pemain Barcelona itu buat masa ini menerima bayaran gaji sebanyak £220,000 (RM1.25 juta) seminggu sehingga kontraknya tamat menjelang 2017.

Kontrak Toure juga menyebut bahawa dia akan turut menerima bayaran bonus khas sebanyak £357,000 (RM2.03 juta) jika City berjaya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Bagaimanapun masa depan Toure bersama City masih samar-samar kerana di sebalik bayaran lumayan yang dia perolehi, pemain itu berhasrat untuk mencuba nasib di kelab lain musim depan.

Buat masa ini, dua buah kelab Itali iaitu Juventus dan Inter Milan menunjukkan minat mendalam untuk mendapatkan khidmatnya tetapi permintaan gaji yang tinggi menjadi batu penghalang kepada mereka. - mstar

Pelakon Remaja Dirogol Bapa Tiri

Harian Metro hari ini melaporkan seorang pelakon remaja yang pernah membintangi beberapa drama bersiri yang disiarkan stesen televisyen berbayar disyaki menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak lelaki berkenaan mengahwini ibunya 10 tahun lalu.


Pelakon Remaja Dirogol Bapa Tiri

Menurut sumber, ibu mangsa tampil membuat laporan polis selepas anak perempuannya itu mengadu dipaksa memenuhi nafsu buat bapa tirinya setiapa kali ditinggalkan sendirian di rumah.

Katanya, gadis itu menjadi mangsa cabul lelaki berusia 50-an itu sejak berusia tajuh tahun lagi selepas mereka tinggal di Johor Bahru dan suspek semakin berani melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa sehingga merogol remaja berkenaan ketika mangsa berusia 12 tahun.

Sementara itu, Ketua Jabaran Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah ketika dihubungi akhbar berkenaan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan menyatakan bapa tiri remaja berkenaan ditahan Jumaat lalu di Ampang.

Suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa dan kini direman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.- rotikaya

Foto Sebenar Bella Astillah, Kekasih Baru Aliff Aziz

Nampaknya kini Aliff Aziz memang tengah kemaruk bercinta betul dengan Bella Astillah yang juga merupakan kakak kepada Didi Astillah. Jika melihatkan kesungguhan Aliff berkongsi gambar dan ayat romantis mereka di Instagram, nampaknya memang till Jannah hubungan mereka ini.


Foto Sebenar Bella Astillah, Kekasih Baru Aliff Aziz

Cuma harapnya kali ini Aliff betul-betul berubah kerana sebelum ini, penyanyi ini sendiri pernah dicop sebagai playboy. Mungkin juga kali ini Aliff sendiri sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.











Apa pun, semoga hubungan yang terjalin di antara dua hati ini bakal membawa kepada satu tahap yang lebih serius. Malah banyak komen peminat di Instagram Aliff mahu pun Bella, rata-rata daripada mereka mahukan pasangan ini bersatu selain ada yang kecewa kerana Aliff sudah berpunya.- rotikaya