Gadis Ini Bakal Isteri Zizan Razak?

Memerhatikan maklum balas peminat dunia hiburan setiap kali kami keluarkan kisah tentang Zizan Razak, ramai antara anda yang merasa sudah muak dengan perkembangan pelawak ini namun masih ada antara anda yang peduli. Jadi, kami tulis lagi.


Gadis Ini Bakal Isteri Zizan Razak? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak, bakal isteri zizan

Selepas mengumumkan yang beliau bakal berkahwin dengan gadis sekampung beberapa minggu lalu, Zizan Razak mula dihujani pertanyaan tentang siapakah gerangan gadis bertuah itu dan pastinya beliau memilih untuk lebih berahsia kali ini.


Gadis Ini Bakal Isteri Zizan Razak? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak, bakal isteri zizan

Laporan akhbar baru baru ini juga mengatakan yang Zizan Razak telah menghantar rombongan merisik ke kediaman gadis tersebut ketika pulang ke kampung baru baru ini serta menyebut nama gadis itu sebagai Nor Edura Diyana Hisham.


Gadis Ini Bakal Isteri Zizan Razak? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak, bakal isteri zizan

Baru baru ini kami menerima satu e-mail dari orang kampung Zizan Razak mendakwa beliau kenal gadis tersebut dan berbesar hati untuk kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan peminat yang ingin tahu. Gadis berusia 24 tahun itu dikhabarkan masih menuntut di sebuah universiti tempatan di Terengganu dalam bidang perakaunan.


Gadis Ini Bakal Isteri Zizan Razak? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak, bakal isteri zizan

Penghantar itu juga ada memaklumkan yang pelakon filem Polis EVO itu memang ada datang bersama keluarganya ke rumah gadis tersebut namun tidak pasti apa tujuan sebenar sama ada kunjungan biasa atau pun merisik.

Sumber : rotikaya

Jaclyn Victor Bakal Timang Anak Pertama

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Jaclyn Victor kerana bakal menimang cahaya mata pertama dijangkakan pada Ogos nanti. Berita gembira yang dikongsikan penyanyi tersebut di laman sosial Facebook mendapat ratusan ucapan taniah daripada peminatnya.


Jaclyn Victor Bakal Timang Anak Pertama, info, terkini, hiburan, sensasi, Jaclyn Victor

Sebelum ini, Jaclyn sendiri pernah mengumumkan sudah berkahwin dengan penyanyi kumpulan R&B Az Yet, Shawn Rivera pada 19 Julai 2014 di dalam satu majlis yang diadakan di Amerika Syarikat, dihadiri oleh ahli keluarga pasangan ini.


Jaclyn Victor Bakal Timang Anak Pertama, info, terkini, hiburan, sensasi, Jaclyn Victor

Apa-apa pun, berita gembira ini sememangnya memberi kegembiraan yang tidak terbayang buat Jaclyn dan juga suami malah melalui kemaskini Facebooknya kita sudah tahu penyanyi ini sedang menghitung hari dan dalam masa yang sama turut mendalami dunia keibuaan.


Jaclyn Victor Bakal Timang Anak Pertama, info, terkini, hiburan, sensasi, Jaclyn Victor

Semoga persiapan dan persediaan Jaclyn dalam menerima cahaya baru di dalam keluarganya nanti berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan. Pasti riuh rendah rumah Jaclyn nanti dengan kehadiran ahli keluarga cilik nanti.

Sumber : rotikaya

Ini Foto Pelajar Universiti Gelar Anak Black Beruk!

Mungkin terlalu berang dengan tindakan seorang lelaki yang menggelar anaknya Khaleef Dayyan sebagai beruk, penyanyi Black Hanafiah bertindak mendedahkan identiti lelaki yang dipercayai pelajar universiti itu.

Ini Foto Pelajar Universiti Gelar Anak Black Beruk!, info, terkini, berita, sensasi, gosip, Black Mentor, gosip

Menurut Black, tindakan akan diambil terhadap lelaki tersebut sekiranya tiada permohonan maaf yang dibuat. Walaupun telah membuat laporan polis, masih tiada sebarang permohonan maaf dibuat setakat ini.


Ini Foto Pelajar Universiti Gelar Anak Black Beruk!, info, terkini, berita, sensasi, gosip, Black Mentor, gosip

    Individu terbabit cuma menginginkan publisiti murahan saja dan sekarang saya beri dia peluang untuk mendapat publisiti tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka.

    Jika dia masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa permohonan maaf, tindakan undang-undang terhadapnya akan segera diambil.


Ini Foto Pelajar Universiti Gelar Anak Black Beruk!, info, terkini, berita, sensasi, gosip, Black Mentor, gosip

Tambah Black lagi, dia memandang serius perkara ini kerana ia melibatkankan anaknya. Iyalah tiba-tiba nak cakap anak orang dengan panggilan binatang, bapa mana yang tak ‘panas’ kan?

    Sekarang ini saya sudah mengetahui identiti individu yang menghina anak saya dan dia sendiri pun sudah tahu siapa orang yang saya maksudkan selama ini.

    Walaupun perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak tetapi bagi saya ia adalah suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan maruah anak saya.


Sumber : ohbulan

Ronaldo Penentu Kemenangan Real Madrid

Kegemilangan Cristiano Ronaldo kembali menjadi penentu kemenangan Real Madrid apabila berjaya menewaskan Malaga dengan 3-1 di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol.


Ronaldo Penentu Kemenangan Real Madridin, info sukan, bola sepak, cristiano ronaldo

Gol pembukaan diraih oleh Sergio Ramos pada minit ke-24 memberikan skor 1-0 buat Real Madrid.

Ronaldo membantu kepada gol pembukaan itu apabila memberikan umpan yang dipergunakan dengan baik oleh Ramos di gawang Malaga.

Ronaldo gagal meraih gol menerusi penalti yang diperoleh Real Madrid selepas James Rodriguez dijatuhkan oleh Samu Castillejo.

Bagaimanapun, James menambah mata buat pasukan itu menerusi sepakannya di luar kotak penalti, hanya berselang dua minit iaitu pada minit ke-69 selepas menerima bola dari Ronaldo.

Malaga mampu memperkecilkan jarak ketinggalan mereka apabila pemainnya, Juanmi Jiménez menjaringkan gol pada minit ke-71.

Ronaldo yang berusaha untuk meraih gol di sepanjang permainan akhirnya mampu dilakukannya pada minit akhir.

Sepakan padunya dari jarak dekat selepas menerima umpan daripada Javier Hernandez pada menit ke-90+2 berhasil mengakhiri perlawanan Malaga dengan skor 3-1.

Pasukan di bawah bimbingan Carlo Ancelotti itu kini mengumpulkan 76 mata, ketinggalan dua mata dengan Barcelona.

Sumber : mstar online

Yaya Toure Dijadikan 'Kambing Hitam' Kekalahan Man City

Yaya Toure didakwa telah dijadikan 'kambing hitam' berikutan kekalahan Manchester City sejak kebelakangan ini demi menyelamatkan jawatan penting dalam skuad tersebut.


Yaya Toure Dijadikan 'Kambing Hitam' Kekalahan Man City, info sukan, bola sepak, yaya toure, Manchester city

Perkara itu didedahkan oleh ejen pemain Ivory Coast terbabit, Dimitri Seluk ketika ditemubual oleh Mirror Sport Online.

Dimitri yang berpangkalan di Monaco mendakwa, berikutan itu juga wujud spekulasi bahawa Yaya Toure akan meninggalkan City pada akhir musim ini.

Dimitri turut melabelkan Manuel Pellegrini, "dia adalah seorang jurulatih yang baik, tetapi pengurus yang lemah."

Ejen terbabit selain itu turut menyelar individu penting dalam City iaitu Pengarah Bola Sepak, Txiki Begiristain dan Ketua Eksekutif, Ferran Soriano.

"Terdapat individu cuba menyalahkan Yaya selepas apa yang berlaku terhadap City pada musim ini.

"Mereka enggan bertanggungjawab terhadap kesilapan sendiri. Saya bercakap tentang eksekutif yang telah membuang banyak wang untuk membeli pemain tetapi menyimpan mereka di bangku simpanan.

"Saya meminta maaf kepada Pellegrini kerana dia seorang jurulatih yang baik, tetapi dia juga seorang pengurus yang lemah," jelasnya.

Sumber : mstar online

Di Maria Bertemu Pegawai Man United Bincang Masa Depan

Angel Di Maria dilapor telah bertemu Louis van Gaal dan pegawai Manchester United itu untuk memaklumkan bahawa dia gembira di Old Trafford dan mahu kekal bersama kelab itu.


Di Maria Bertemu Pegawai Man United Bincang Masa Depan, info sukan, bola sepak, Di Maria,

Dalam perbincangan itu juga, pemain bernilai £59.7 itu sedia untuk menyelesaikan masalah keluarga dengan menempatkan isteri dan anaknya di sebuah pangsapuri di tengah bandar Manchester.

Prestasi Di Maria mula merosot apabila keluarganya dikejutkan dengan cubaan merompak ketika mereka menyewa di sebuah rumah agam bernilai £4 juta di Cheshire village of Prestbury.

Kawasan itu juga terletak kediaman bintang United, Wayne Rooney dan beberapa lagi pemain kelab berkenaan.

Ketika kejadian, Di Maria dilapor sedang menikmati makan malam bersama isteri, Jorgelina dan anak mereka Mia yang kini berusia dua tahun.

Pemain Argentina itu bertindak menemui Van Gaal dan pegawai kelab selepas timbul spekulasi bahawa dia ingin meninggalkan England pada musim depan.

Sumber : mstar online

Azwan Annuar, Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal Dunia

Pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan Annuar,38, meninggal dunia di rumahnya di Kepong 10.15 pagi tadi akibat sakit belakang.


Azwan Annuar, Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal Dunia, info, terkini, hiburan, sensasi

Menurut kakak tirinya, Norzaleha Saleh, arwah yang membawa watak Wan Kaswi dalam filem itu mengadu sakit sejak tiga minggu lalu.

"Sebelum ini arwah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit teruk. Dia ada mengadu sakit belakang dan pergi berurut.

"Malangnya, arwah enggan mendapatkan rawatan di hospital walaupun sudah dinasihati oleh keluarga. Dia juga berpesan supaya merahsiakan masalah kesihatannya," katanya.

Jenazah Azwan dikebumikan di Tanah Perkuburuan Islam di Kepong selepas solat Asar.

Selain berlakon, arwah juga penulis skrip dan pegawai perhubungan awam serta cukup terkenal dalam kalangan media dan artis.

Sumber : murai

Amy Search Rancang Tambah Sekolah Tahfiz

Niat murni vokalis kumpulan Search ini yang sentiasa mendapat sokongan hebat daripada peminatnya, Amy Search menjelaskan pembukaan sekolah tahfiz yang diusahakannya bersama seorang rakan adalah sebagai bekalan amalannya di akhirat nanti.


Amy Search Rancang Tambah Sekolah Tahfiz , info, terkini, hiburan, amy search

“Apa yang saya lakukan ini (membuka sekolah Tahfiz) mengikut apa yang termampu dalam mengimbangkan bekalan amalan saya di dunia dan akhirat. Pun begitu saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada industri muzik kerana itu semua ditentukan oleh Allah”

Sekolah tahfiz tersebut dibuka oleh saya bersama dengan seorang rakan yang terletak di Sungai Buloh. Kini kami mempunyai seramai 15 orang pelajar dan itu sudah mencukupi kerana tempat tersebut tidak dapat menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai”

Amy Search Rancang Tambah Sekolah Tahfiz , info, terkini, hiburan, amy search

“Pada masa sekarang biar saya fokus dulu dengan apa yang ada kerana bila semua berjalan dengan lancar kita akan tambahkan lagi tahfiz yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya kepada mStar Online.


Amy Search Rancang Tambah Sekolah Tahfiz , info, terkini, hiburan, amy search


Amy Search Rancang Tambah Sekolah Tahfiz , info, terkini, hiburan, amy search


Apa pun, semoga usaha Amy sentiasa dipermudahkan malah sokongan yang diberikan peminat terhadap usaha murni penyanyi ini sudah cukup untuk menggambarkan bahawa tidak mustahil perkara ini akan menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Sumber : rotikaya