Tanah Mendap ‘Telan’ Pondok Polis Bukit Bintang

Pondok Polis Jalan Bukit Bintang diberitakan runtuh dalam satu kejadian tanah mendap yang berlaku petang semalam.


Tanah Mendap ‘Telan’ Pondok Polis Bukit Bintang, info, terkini, berita, bukit bintang

Gambar-gambar keadaan pondok polis yang terperosok ke dalam lubang kini giat dikongsikan di media sosial.

Kebanyakan komen menyalahkan kerja-kerja mengorek terowong bawah tanah MRT di kawasan berhampiran.

Turut mendapat kesan teruk dari kejadian tanah mendap ini adalah bilik pameran kereta Audi Jalan Bukit Bintang.

Tanah Mendap ‘Telan’ Pondok Polis Bukit Bintang, info, terkini, berita, bukit bintang

Tanah Mendap ‘Telan’ Pondok Polis Bukit Bintang, info, terkini, berita, bukit bintang

Tanah Mendap ‘Telan’ Pondok Polis Bukit Bintang, info, terkini, berita, bukit bintang

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber : mynewshub

Pesawat Rempuh Antena, 27 Cedera

Seramai 27 penumpang Asiana Airways cedera selepas pesawat yang mereka naiki merempuh sebatang antena di Lapangan Terbang Hiroshima pada Rabu.


Pesawat Rempuh Antena, 27 Cedera , info, terkini, berita, pesawat kemalangan, tokyo, Asiana Airways, penerbangan OZ162

Ketika kejadian, penerbangan OZ162 dari Incheon, Korea dikatakan tiba untuk mendarat di lapangan terbang berkenaan sebelum merempuh antena komunikasi.

Pesawat Rempuh Antena, 27 Cedera , info, terkini, berita, pesawat kemalangan, tokyo, Asiana Airways, penerbangan OZ162

Terdapat kerosakan pada badan pesawat akibat rempuhan antena.

Akibat rempuhan itu, pesawat A320 tersebut hilang kawalan dan terbabas ke kawasan padang di tepi landasan.

Pasukan keselamatan berkata, semua 73 penumpang dan lapan anak kapal dilapor sedang memakai corong oksigen dan berada ditempat masing-masing sebaik sahaja pihaknya memasuki pesawat.


Pesawat Rempuh Antena, 27 Cedera , info, terkini, berita, pesawat kemalangan, tokyo, Asiana Airways, penerbangan OZ162

Bagaimanapun terdapat seramai 27 daripada mereka mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk diberi rawatan.


Sumber : mstar online

Data Kotak Hitam Dedah Aidana Pandu Helikopter Terhempas

Data kotak hitam mendedahkan Aidana Baizieva, penumpang misteri dalam helikopter terlibat nahas di Semenyih awal bulan ini, membantu menerbangkan pesawat itu.


Data Kotak Hitam Dedah Aidana Pandu Helikopter Terhempas, info, terkini, berita, helikopter terhempas, Helikppter Dauphin AS365N2, Aidana Baizieva

Memetik sumber, New Straits Times (NST) melaporkan, data daripada perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Aidana aktif dalam operasi penerbangan helikopter Dauphin AS365N2.

Ia dikatakan berdasarkan perbualan Aidana, 25, bersama juruterbang helikopter tersebut Kapten William Clifford Fournier.

Bagaimanapun, sumber tersebut memberitahu NST bahawa beliau tidak bersetuju bahawa Aidana telah dibenarkan untuk membawa pesawat itu.

Sumber itu juga tidak menyalahkan wanita berasal dari Kyrgyzstan itu yang menjadi punca nahas helikopter itu terjadi.

Sebaliknya, katanya, pegawai penyiasat mempunyai alasan kukuh dan mempercayai bahawa terdapat letupan dalam helikopter itu sebelum terhempas.

"Berdasarkan siasatan di lokasi kemalangan, penyelidik membuat kesimpulan bahawa beberapa bahagian helikopter telah meletup dalam nahas itu," sumber itu dilaporkan berkata.

Menurut laporan itu lagi, semua alat komunikasi juga tidak boleh digunakan semasa helikopter tersebut mula menjunam.

Malah, kesemua penumpang juga "senyap" beberapa minit sebelum nahas itu dan hanya nafas mereka sahaja yang direkodkan oleh CVR.

Selain Aidana dan Fournier, nahas itu turut mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, ketua setiausaha sulit perdana menteri Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razakan Seran.


Sumber : thehypemedia

Liga Juara-Juara: Real Madrid, Atletico Madrid Terikat 0-0

Real Madrid dan Atletico Madrid, kedua-duanya gagal meraih sebarang jaringan dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara pada awal pagi Rabu.


Liga Juara-Juara, Real Madrid, Atletico Madrid Terikat 0-0, info sukan, bola sepak, Real Madrid,

Pada permainan di Stadium Vicente Calderon di Madrid, keputusan terikat 0-0.

Gareth Bale mungkin mempunyai peluang terbaik buat Real Madrid seawal minit ketiga apabila dia melepasi halangan selepas kegagalan yang dibuat Diego Godin. Bagaimanapun, langkah Bale untuk membuat jaringan berjaya diatasi oleh penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak.

"Saya benar-benar gembira seperti rakan sepasukan yang lain kerana hari ini kami bekerja keras dan ia merupakan permainan yang sukar tetapi kami masih dapat mengatasinya," kata Oblak dalam satu temuramah dengan stesen televisyen Sepanyol, RTVE.

"Sudah tentu kami mahu menang tetapi juga penting yang kami tidak kalah sebagai tuan rumah," tambahnya.

"Saya tidak tahu siapa yang menjadi pilihan sekarang. Madrid merupakan pasukan yang bagus kerana mempunyai pemain-pemain yang bagus."

Real Madrid mempunyai banyak peluang keemasan dalam permainan ini namun nampaknya penampilan cemerlang Oblak dan barisan pertahanan Atletico Madrid menggagalkan kesemuanya.

Walaupun ia merupakan kerugian bagi Real Madrid, tetapi Pengarah kelab itu, Emilio Butragueno mengakui cukup berpuas hati dengan hasil tersebut.

Menurutnya, tidak dikalahkan oleh pasukan yang sering gagal ditewaskan mereka seperti Atletico Madrid sudah cukup baik.

"Adalah baik untuk mengelakkan daripada kekalahan, walaupun kita tahu betapa pentingnya mendapatkan gol sebagai pasukan tetamu. Kita memberi jaminan kepada para penyokong akan memastikan keadaan menjadi luar biasa pada perlawanan kedua nanti," kata Butragueno kepada UEFA.

"Kita semua harus percaya bahawa pasukan kita mampu memasuki peringkat separuh akhir," tambahnya.

Sumber : mstar online

Man City Bida Raheem Sterling £30 Juta

Manchester City akan membuat bidaan sebanyak £30 juta bagi mendapatkan Raheem Sterling dari Liverpool sebaik sahaja jendela perpindahan pemain bagi musim depan dibuka pada 1 Julai.
 

Man City Bida Raheem Sterling £30 Juta, info sukan, bola sepak, Man city, Raheem Sterling


Tindakan pantas itu dilakukan kerana City mahu memenangi perlumbaan mendapatkan bintang muda England itu yang turut menjadi rebutan Arsenal, Chelsea dan Manchester United.

City percaya Liverpool tidak akan menolak bidaan tinggi tersebut kerana mereka bakal kehilangan Sterling jika pemain terbabit tidak menandatangani lanjutan kontrak pada akhir musim ini.

Sterling telah ditawarkan penyambungan kontrak dengan gaji setinggi £90,000 seminggu tetapi dia menolaknya kerana menuntut pendapatan lebih tinggi.

Bagi mendapatkan Sterling, City dilapor akan menjual Samir Nasri, Yaya Toure, Bacary Sagna, Jesus Navas, Edin Dzeko dan Jovetic.

Dalam pembentukkan semula skuad City, kelab berkenaan juga akan membawa Pep Guardiola yang bakal menamatkan kontraknya pada akhir tahun depan.

Sumber : mstar online

Chelsea Memperkenalkan Penyerang Muda Baru

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea dilapor akan memperkenalkan pemain muda Brazil, Nathan yang baru ditandatangani pada Rabu.


Chelsea Memperkenalkan Penyerang Muda Baru , info sukan, bola sepak, chelsea,

Pengenalan pemain tengah serangan yang licik itu bukan sahaja satu pengumuman buat Chelsea tetapi ia juga kejayaan dalam persaingan dengan Menchester City bagi  mendapatkan bintang yang bakal menyinar.

Pemain berusia 19 tahun dan bernilai £4.5 juta itu mula diminati Chelsea sejak dua tahun lalu ketika dia beraksi pada Kejuaraan Dunia B-17.

Dengan pengenalan tersebut, Nathan merupakan pemain warga Brazil kelima yang berada di bawah kendalian Jose Mourinho selepas Willian, Ramires, Filipe Luis dan Oscar.

Dia juga dilapor akan diberi posisi tanggungjawab sebagai penyerang kedua oleh Mourinho pada musim depan selepas diadaptasikan dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris.

Sumber : mstar online

Uji Bakat AF 2015 Melalui Instagram

Program realiti Akademi Fantasia 2015 bakal menampilkan kelainan apabila peserta boleh menggunakan laman sosial Instagram untuk menghantar video uji bakat masing-masing.


Uji Bakat AF 2015 Melalui Instagram, info, terkini, hiburan, berita, Instagram, AF 2015
Dari kiri; Cikgu Shahrol, Fatimah Abu Bakar dan Edrie Hashim antara tenaga pengajar Akademi Fantasia 2015.
 

Ketua Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi berkata, kaedah itu digunakan bagi memudahkan peserta yang tidak dapat hadir ke lokasi uji bakat tanpa perlu melalui saringan pertama.

"Ideanya adalah peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka menerusi seleksi lagu yang telah disenaraikan dan meletakkan hastag #BakatAF2015 dan #HotlinkAF2015.

"Kelainan yang ditampilkan ini bukan sahaja mengikut peredaran teknologi semasa malah memudahkan mereka yang tidak dapat menghadiri sesi uji bakat," katanya kepada mStar Online.

Azlin berkata demikian dalam sidang media pengumuman jelajah AF 2015 yang diadakan di Avenue K di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Azlin berkata, biarpun durasi video di Instagram hanya 15 saat namun pihaknya yakin peserta berpotensi mampu menggunakan tempoh itu sebaiknya untuk menyerlahkan bakat nyanyian mereka.

Jelas Azlin lagi, 30 peserta terbaik menerusi kaedah itu tetap akan dipanggil untuk menjalani uji bakat bersama barisan juri yang dilantik untuk menilai para peserta.

"Sekiranya peserta tidak mempunyai akaun Instagram pihak kami dengan kerjasama Hotlink akan membuka kaunter di tiga buah negeri dan petugas akan membantu mereka merakam dan memuat naik video di laman sosial itu," jelasnya.

Tiga lokasi tersebut adalah di Berjaya Megamall, Kuantan (19 April), Suria Mall, Kota Kinabalu (25 April) dan City One Megamal, Kuching (26 April).

Sementara itu, Azlin berkata, bagi sesi uji bakat biasa, para peserta dinasihatkan supaya hadir dalam keadaan bersedia bukan sahaja untuk persembahan vokal tetapi elemen lain seperti sahsiah diri, kemahiran komunikasi dan kreativiti.

Jelasnya, dengan persaingan sengit bidang muzik hari ini, pihaknya ingin mencari bakat benar-benar menonjol dari semua aspek ditetapkan.

"Menerusi AF 2015 pihak kami ingin mencari yang terbaik dan ia bakal menjadi musim paling mencabar buat semua peserta," jelasnya.

Barisan juri yang dipilih untuk mengadili sesi uji bakat tahun ini adalah Datin Marlia Musa, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi, Edrie Hashim dan Cikgu Shahrol.

Uji bakat terbuka akan diadakan di empat lokasi iaitu The Light Hotel, Seberang Prai (2 & 3 Mei), 1Borneo Hotel, Kota Kinabalu (9 & 10 Mei), Berjaya Waterfront, Johor Baharu (23 & 24 Mei) dan Kompleks Sukan Negara Kuala Lumpur (30 & 31 Mei).

Uji bakat terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Singapura berusia 18 hingga 35 tahun.

Dalam perkembangan sama, lapan buah lagu wajid disenaraikan untuk peserta lelaki termasuklah Matahari (Hafiz), Mewangi (Akim & The Majistret), Pencuri (Mark Adam), Pelesit Kota (Anuar Zain), Umpan Jinak Di Air Cincang (Ahmad Jais), Harus Terpisah (Cakra Khan) dan All of Me (John Legend) bagi peserta lelaki.

Manakala bagi wanita lagu wajib yang disenaraikan adalah Gilalah (Stacy), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Ya Maulai (Datuk Siti Nurhaliza), Madah Berhelah (Ziana Zain), Rindu (Amelina), Hati Ku Tang Kau Sakiti (Rossa) dan Chandelier (Sia).
 

Sumber : mstar online

Intan Ladyana Kembali Solo?

Kisah percintaan yang tidak kesampaian antara pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli suatu ketika dahulu menjadi buah mulut di kalangan peminat industri tempatan sehinggakan Ada yang tidak boleh menerima mereka sudah tidak sehaluan lagi.


Intan Ladyana Kembali Solo? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Intan Ladyana

Nampaknya perkara tersebut tidak menjejaskan kedua-dua mereka ini apabila timbul gosip Intan sudah menemui penggantinya dan begitu juga dengan Kamal Adli yang digosipkan pula bercinta bersama pelakon Emma Maembong.

Bagaimanapun Intan Ladyana menafikan yang dia kini sedang hangat bercinta dan mengatakan itu hanyalah gosip semata-mata.


Intan Ladyana Kembali Solo? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Intan Ladyana

“Kehidupan sekarang ini biasa sahaja. Buat masa ini belum ada jodoh lagi. Ada jodoh ke? Itu hanya gosip sahaja,” katanya bersahaja.

Dalam pada itu, Intan yang sekali lagi bergandingan bersama aktor kacak Farid Kamil dalam filem berjudul Abang Lejen menyatakan filem ini sedikit memberikan kelainan dan cabaran buat dirinya apabila terpaksa lipsync sambil menari. Selain itu terpaksa menggantungkan diri sehingga membuatkan perutnya terjerat.


Intan Ladyana Kembali Solo? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Intan Ladyana

“Kena lipsync sambil menari ala tamil sehingga mengambil satu hari penggambaran. Manakala yang lainnya saya terpaksa rigging iaitu tergantung di atas siling terlalu lama sehingga menjerat perut,” tambahnya. Filem Abang Lejen bakal ditayangkan pada 16 April ini.


Sumber : rotikaya