Zizan Razak Perjelas Isu Hubungan Istimewa

Pelakon Zizan Razak menjelaskan tiada sebarang hubungan istimewa antara dia dengan Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin seperti khabar angin yang tersebar.



Zizan, 31,berkata, hubungan rapat tersebut hanya berkaitan dengan urusan kerja semata-mata, malah telah menganggap wanita itu sebagai kakaknya sendiri.

"Saya tidak tahu bagaimana gosip seperti jni boleh tersebar dan saya anggap ia sebagai sesuatu yang mengarut dan kelakar.

"Hubungan kami hanya atas dasar kerja kerana dia pengurus dan bos saya sahaja, malah, juga saya anggap dia sebagai seorang kakak," ujarnya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Cicakman 3 di Cathay Cineleisure, di sini, malam Selasa.


Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin mempunyai hubungan istimewa dengan wanita tersebut.

Sementara itu, Zizan berkata, perkara tersebut merupkan fitnah yang mambuatkan dia agak tertekan untuk berhadapan media.

Jelasnya, kemesraan mereka telah disalah tafsir oleh pihak tertentu.

"Saya tidak tahu ini fitnah jenis apa dan saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Saya juga harap pihak media memberi saya bernafas untuk menjawab isu ini," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang hubungan dengan kekasihnya Emma Maembong, Zizan berkata, dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan tentang itu.

Sementara itu, ditanya tentang kegagalannya untuk hadir di tayangan media filem Werewolf Dari Bangladesh pada 26 Februari lalu, Zizan berkata isu itu sudah diselesaikan.

Katanya, dia sudah bertemu dan meminta maaf kepada pengarah Mamat Khalid tentang perkara yang berlaku itu.

"Perkara itu sudah selesai dan saya sudah bertemu dengan Mamat Khalid untuk meminta maaf kerana tidak dapat hadir pada tayangan itu.

"Saya bukan segaja untuk berbuat demikian terutama dalam mempromosi filem lakonan saya sendiri. Ini sahaja sumber rezeki saya dan saya perlu buat yang terbaik,"Bagaimanapun, tentang alasan itu biar saya dan dia sahaja yang tahu," ujarnya.

Sumber : mstar.com.my

Pelajar Selamba Hantar Gambar Bogel Pada Cikgu!

Sudah jadi lumrah buat mereka yang memilih kerjaya guru untuk berhadapan dengan pelajar yang nakal serta susah dilentur. Tambahan pula dengan adanya cadangan untuk menghalang hukuman rotan dilaksanakan, lagi bertambah peninglah kan?



Namun, atas dasar tanggungjawab dan peranan sebagai ‘ibu bapa kedua’, para guru tetap meneruskan tugas mereka dengan penuh dedikasi.


Namun, ada ‘peel’  segelintir pelajar boleh membuatkan guru tepuk dahi dan tak senang duduk.

Cuba bayangkan kalau anda seorang guru dan mendapat kiriman gambar bogel daripada seorang pelajar perempuan, apakah reaksi anda?

Ya, situasi tersebut merupakan realiti zaman kini. Melalui satu ‘screen-captured‘ yang tersebar di laman sosial, seorang guru didedahkan telah menerima kiriman foto bogel pelajarnya sendiri!

Buat hal betul..

Melalui foto yang tersebar pelajar terbabit dapat dilihat menegur gurunya di aplikasi mesej WeChat sebelum bertindak menghantar ‘selfie‘ bogelnya dengan selamba, siap bertanya “ok tak!!”

Tak tahu lah nak klasifikasikan gambar bogel tersebut sebagai ‘rezeki’ ataupun ‘cari penyakit’ namun ia jelas bukanlah satu momen yang mudah untuk ditangani guru terbabit.

Yelah.. silap haribulan, guru terbabit pula dituduh mencabul dan melakukan gangguan seksual terhadap pelajar sendiri kan?

Apa pun ini adalah penggera untuk pihak atau kementerian terlibat melakukan sesuatu untuk bantu menangani masalah moral yang semakin kronik dalam kalangan pelajar dan golongan muda hari ini.

Harap-harap juga, ada pihak buka mata dan menilai kembali hala tuju hukuman kepada pelajar serta sistem pendidikan negara.

Murid sekarang bukan macam murid dulu dah…


Sumber : mynewshub.cc

Gambar Azlan (Typewriter) Bersama Kereta Ferrari

Vokal dan kemantapan suaranya memang tidak boleh diragui…Meskipun dilihat sepi seketika daripada muncul di kaca televisyen dan radio, nama Azlan (The Typewriter) masih lagi hangat di persada seni hiburan.



Bercerita mengenai kehilangan seketika itu, Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle, 32, menyatakan ianya disebabkan dia mempunyai urusan berkaitan kerja.



“Saya ada buat banyak kerja di belakang tabir. Agak sibuk.. tapi untuk tahun 2015 ini saya fokuskan dengan muzik.

“Bila hilang lama.. itu bukan hilang. Itu adalah music business strategic. Mana tahu kita tak ada kejap mungkin ada yang rindu,” katanya ketika ditemui di Hotel Berjaya Times Square, pada Isnin.

Perkembangan terbaharu, Azlan telah melancarkan single yang merupakan hasil ciptaannya bersama Dato’ Mahadhir Mahideen berjudul Melankoli yang dijangka menemui peminat Mei depan.

Menyentuh soal kontroversi pula, penyanyi bersuara nyaring yang dahulunya terkenal selaku vokalis kumpulan Meet Uncle Hussin ini dikhabarkan kini memiliki kereta mewah yang bukan calang-calang iaitu jenis Ferrari!

Menerusi laman Instagram, Azlan sering dilihat bergambar bersama kereta mahal ini.

A photo posted by Typewriters (@azlantypewriters) on

A photo posted by Typewriters (@azlantypewriters) on


Bagaimanapun, Azlan nampaknya keberatan bercerita lanjut soal ini dan tidak mahu memberi sebarang komen.

“Ini personal… bahayanya soalan ini,” ujar Azlan sambil berseloroh.

Amboi, macam nak cuba melarikan diri saja. Ala… kalau betul itu adalah kereta Azlan apa salahnya, ye dak?

Tak apalah, pastinya Azlan mempunyai alasan sendiri untuk tidak mengulas lanjut.

Selain melancarkan single baru, Azlan kini turut mengorak langkah ke hadapan dengan menubuhkan syarikat rakaman iaitu Darkliquids Music Production Sdn Bhd bersama Dato’ Mahadhir pada bulan Mei tahun lalu.


Sumber : mynewshub.cc

Warga Jepun Cemerlang SPM 2014, Peroleh 9A

Dorongan berterusan dari dua wanita istimewa buat seorang pelajar Jepun yang bersekolah di sini membolehkannya mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.


SAAYA Harada (dua kanan) dan tiga rakannya melihat slip keputusan SPM yang diterima mereka. FOTO Hamzah Osman 


Saaya Harada, 18, yang hadir mengambil slip keputusan SPMnya berbaju kurung merah jambu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang di sini, memperoleh 9A untuk berdiri sebaris dengan empat pelajar tempatan lain yang turut cemerlang dalam peperiksaan itu di pulau ini.

Dia yang begitu fasih berbahasa Melayu berkata ibunya, Mariko Harada dan pengetua SMK Kedawang, Norini Wan Awang yang mesra dipanggil ‘Bonda’ dalam kalangan pelajar sekolah itu merupakan pembakar semangat untuknya membuat yang terbaik semasa peperiksaan itu.

“Dalam bahasa Jepun, ibu adalah ‘Okasan’ dan semangat saya datang daripadanya. Di rumah dia selalu memberi motivasi kepada saya dan di sekolah, Bonda dan guru-guru saya yang lain sentiasa memberikan galakan dan menasihati supaya tidak putus asa sepanjang saya belajar di sini,” katanya.

Dalam peperiksaan itu, Saaya yang hanya mulai didedahkan dengan sistem pendidikan Malaysia tujuh tahun lepas memperoleh tahap A Cemerlang Tertinggi (A+) dalam subjek Matematik, A Cemerlang Tinggi (A) dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi serta A Cemerlang (A-) dalam Pendidikan Moral dan Fizik.

Menceritakan pengalamannya belajar di sini, Saaya berkata dia berumur 10 tahun sewaktu tiba di Langkawi bersama-sama keluarganya yang mengikut bapanya seorang ahli perniagaan dalam tahun 2007 dan langsung tidak mempunyai asas dalam Bahasa Melayu ketika itu.

Namun beliau bertekad untuk mempelajari bahasa dan budaya setempat di sini dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen dan turut dibantu ayahnya, Tomoharu Miki yang pernah mengambil kursus Bahasa Indonesia sebagai bahasa kedua semasa menuntut di sebuah universiti di Jepun.

Saaya memperoleh 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang didudukinya dalam tahun 2009 dan mulai menyerlahkan kecemerlangannya apabila memperolehi 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam tahun 2012.

“Pada mula-mulanya agak sukar tapi saya bernasib baik kerana saya mempelajarinya pada umur yang muda dan mudah untuk menyerapkan apa yang dipelajari,” katanya.

Ditanya apakah rancangannya selepas mencapai keputusan cemerlang itu, Saaya yang meminati bidang kimia itu berkata beliau bercadang untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran dan berharap dapat melakukannya di Amerika Syarikat.

Sementara itu, Norini menganggap pencapaian cemerlang Saaya sebagai anugerah besar dari anak didiknya yang berasal dari negara matahari terbit itu kepadanya dan menjulang nama SMK Kedawang.

“Ini merupakan doa yang dimakbulkan dan hadiah kepada Bonda. Kejayaannya memang sudah dijangkakan sebab beliau adalah pelajar yang cemerlang sejak dari tingkatan satu lagi dan pada (peperiksaan) percubaan (SPM) pun beliau adalah pelajar ranking cemerlang dalam daerah ini,” katanya.

Norini turut memuji sikap Saaya yang pandai bergaul dengan pelajar-pelajar tempatan yang lain sejak mula-mula bersekolah di sini yang memudahkannya untuk menyesuaikan diri dan menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Katanya mendidik Saaya merupakan satu pengalaman bagi beliau dan guru-guru lain yang terlibat kerana remaja Jepun ini memiliki sikap dan kesungguhan yang jarang-jarang ada dalam kalangan pelajar tempatan.

“Bila kita memberi dorongan kepadanya, dia akan ambil sebagai cabaran, Kalau tidak boleh, dia akan terus mencuba sehingga boleh dilakukan,” katanya.

- BERNAMA

Hentak Kepala Hingga Mati Di Kepong, Polis Buru 3 Suspek

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan amat sadis dengan kesan hentakan di kepala dipercayai dibunuh di Jalan Rimbunan Raya 1, Laman Rimbunan, Kepong, pagi tadi.



Penemuan mayat kira-kira pukul 2.45 pagi itu disedari oleh orang awam yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan lalu bertindak melaporkannya kepada pihak polis.

Ketua Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, sejurus menerima panggilan tersebut pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa mengalami luka teruk di kepala dipercayai akibat hentakan kuat.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bersama tiga invididu tidak dikenali sebelum berlaku pergelutan sesama mereka, seterusnya ketiga suspek melarikan diri menaiki dua kereta,” katanya.

Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti ketiga-tiga suspek.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi proses bedah siasat.

Sumber : mynewshub.cc

Gambar Pra-Perkahwinan Nubhan AF6 Santai Tapi Sweet

Bintang Akademi Fantasia musim ke-6, Nubhan Ahmad bakal melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya, Afifah Hidayah tidak lama lagi.



Seperti ramai bakal pengantin hari ini, mereka yang mengikat tali pertunangan pada Oktober 2014 turut merakam gambar pra-perkahwinan.

Pasangan ini bagaimanapun melakukannya dengan cara tersendiri yang lebih santai dan bersahaja, itulah yang dapat dilihat daripada gambar-gambar yang dikongsikan di Facebook My Happy Moment.


Nubhan dan tunangnya dilihat tidak pun berhabisan seperti ke luar negara mahupun mengeluarkan kos yang besar untuk pakaian pra-perkahwinan mereka.

Cukup dengan gaya ‘simple and sweet’, pasangan ini masih tampak serasi dan comel di dalam gambar yang terhasil.

Kami doakan semoga Nubhan dan pasangannya kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin nanti, insyaAllah.





Sumber : mynewshub.cc

Wanita Baju Belang Digesa Pulangkan Wang Yang Dicuri

Seorang wanita mendakwa duitnya telah dicuri seorang wanita lain selepas menggunakan mesin deposit wang (CDM) di Maybank Petronas Batu 8, Cheras 28 Februari lalu.



Bagi menyokong dakwaannya, Azrah Harun memuatnaik video kejadian ke laman sosial Facebook sekaligus mendapat perhatian netizen.

Menurut Azrah, dia sedang mendepositkan wang tunai menggunakan CDM Maybank di stesyen minyak itu apabila wanita berbaju belang berkenaan membatalkan urusan mesin terbabit lalu mengambil wangnya.


Azrah mendakwa ketika sedang cuba mendepositkan duit, dia tiba-tiba seakan tidak dapat ingat apa-apa lantas wanita di belakangnya menekan butang membatalkan transaksi seterusnya melarikan diri selepas mengambil wang milik Azrah.



Walaubagaimanapun, mangsa tidak membuat laporan polis kerana menganggap dirinya cuai.

Kami nasihatkan kepada semua pengguna CDM, hati-hati selalu dan elakkanlah kecuaian semasa sedang menguruskan hal berkaitan wang dan barangan berharga.

Sumber : mynewshub.cc

Tasha Shilla, Hans Dah Putus Cinta?

Seantero Malaysia mengetahui tentang hubungan cinta antara aktres sensasi, Tasha Shilla dan peninju Muay Thai, Hans.



Mana taknya, Tasha selalu memuat naik fotonya bersama Hans selain mereka dilihat sering bersama ke mana-mana sahaja.

Sweet loving couple katanya…


Namun, ramai yang mula membuat andaian bahawa hubungan kedua-duanya sudah berakhir apabila Tasha dikatakan tidak lagi memuat naik gambar bersama buah hatinya itu sejak akhir-akhir ini.

Terbaharu melalui ruang Instagram peribadinya, Tasha telahpun memadam hampir kesemua gambarnya bersama Hans. Haa… Apa kes?

Menurut portal hiburan Rotikaya, punca perpisahan mereka dikatakan kerana perbezaan agama dan ia telahpun dijangka dari awal hubungan lagi.

Namun sehingga kini, baik Tasha mahupun Hans masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai khabar perpisahan tersebut.

Kita tunggu sahaja jawapan dari mulut Tasha sendiri, ya!


Sumber : mynewshub.cc

Muhammad Daniel Raih 10A+ Dalam SPM Di Sekolah Aliran Cina

Belajar di sekolah aliran Cina di sini tidak menghalang Muhammad Daniel Idrus untuk muncul sebagai salah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dengan meraih 10A+.



Anak sulung dari enam beradik berusia 18 tahun itu berkata sebaliknya keadaan tersebut menjadi motivasi kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Cina Melaka itu mengambil 12 mata pelajaran dalam SPM lepas, dan keputusan 10 A+ itu adalah bagi subjek Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Cina.

Bagi dua mata pelajaran selebihnya, Muhammad Daniel meraih A dan B masing-masing untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.

“Saya tidak berasa terasing walaupun berada dalam kelompok minoriti (pelajar Melayu), sebaliknya ia menjadi kekuatan buat saya untuk berjaya lebih lebih lagi kehadiran saya di sekolah ini diterima baik oleh guru dan rakan-rakan.

“Yang penting adalah kesungguhan untuk menimba ilmu dan tidak malu bertanya serta dapat menyesuaikan diri,” kata pengawas perpustakaan sekolah itu yang bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang perkapalan.

Muhammad Daniel berkata dia tidak menghadapi kesukaran dalam pembelajarannya, kerana guru-gurunya bersedia mengajar dalam dwi bahasa bagi memudahkannya memahami maksud dan penggunaan ayat serta perkataan yang dipelajari terutama subjek Bahasa Cina dan Kesusasteraan Cina.

Pelajar itu berkata pergaulan dengan rakan kaum Cina di sekolah membantunya meningkatkan pemahaman dan komunikasi dalam bahasa tersebut.

“Saya berasa amat bertuah kerana bukan sahaja mendapat keputusan cemerlang tetapi juga dapat mempelajari satu lagi bahasa yang amat penting sekarang,” katanya.

Ia berkata, tumpuan penuh amat penting ketika di dalam kelas terutama kepadanya yang tidak mengambil tuisyen untuk semua subjek yang didudukinya dalam SPM.

Bapanya, Idrus Md Zin, 42, berkata keputusan menghantar Muhammad Daniel serta tiga lagi anak lelakinya ke sekolah Cina juga bertujuan membantu mereka meningkatkan komunikasi dalam bahasa ketiga, selain Bahasa Melayu dan Inggeris.

“Bahasa Cina antara bahasa yang amat penting terutama ekonomi kita sekarang dikuasai kaum Cina dan ia satu kelebihan kepada Daniel pada masa hadapan,” kata Idrus, seorang peniaga.

Beliau menjalankan perniagaan penghantaran makanan ke rumah yang diusahakan bersama isteri, Suhani Maarof, 42. – BERNAMA

Punca Dayang Belum Ada Kekasih

Alunan suara gemersik dan lontaran vokal mantap Dayang Nurfaizah yang seringkali memikat hati penonton bukanlah rahsia lagi.



Tetapi selepas lebih sedekat bertapak dalam dunia hiburan, kisah peribadi bintang kelahiran Sarawak ini jarang sekali didedahkan di mana-mana media cetak mahupun elektronik.

Menjawab persoalan ini, Dayang mengakui hatinya masih lagi tidak berjaya ditawan mana-mana lelaki yang boleh digelar teman istimewa.



Bakal menjangkau usia 33 tahun tidak lama lagi, Dayang mendedahkan dia sudah bersedia namun menyerahkan urusan jodoh kepada Tuhan.

“Dayang serahkan pada Tuhan. Kalau esok lusa datang jodoh, Dayang terima.

“Ini tidak bermakna Dayang tutup diri Dayang sebaliknya sentiasa menunggu,” katanya.

Jelasnya lanjut, kerjaya sebagai penyanyi menyebabkan dia perlu hati-hati memilih insan istimewa yang boleh memahami dirinya.

Namun pada masa sama, Dayang yang mempunyai karektor manja tidak menolak kaitan dirinya yang tiada teman istimewa dengan sikapnya yang lebih senang ‘memerap’ di rumah pada waktu lapang.

“Kalau nak kata Dayang memerap di rumah, itu ya. Dayang memang jarang keluar. Inilah masalah.. Dayang kena keluar selalu lepas ini,” katanya sambil tersenyum.

Tak apalah Dayang, kami pasti ramai yang menaruh minat terhadap Dayang di luar sana dan pengakuan ini mungkin membuatkan mereka berusaha lebih gigih untuk mendekati selepas ini.

Kelak, pandai-pandailah memilih lelaki yang memahami dan mampu membahagiakan Dayang ye?


Sumber : mynewshub.cc