Kita jumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti

Mahkamah tentera hari ini memutuskan Mejar Zaidi Ahmad bersalah terhadap tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera dan menyiarkan kawat tumpangan rasmi tentera.

Mejar Zaidi Ahmad, dakwat kekal, info, terkin,berita

Ahli-ahli mahkamah bagaimanapun belum memutuskan bentuk hukuman yang bakal dijatuhkan kerana proses mitigasi hukuman sedang berlangsung. Malaysiakini

Komen Mejar Zaidi setelah didapati bersalah lapor Malaysiakini:

Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti,” Itulah kata-kata Mejar Zaidi Ahmad yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera atas tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Pesanan itu disampaikan Zaidi selepas beliau diberi amaran bakal berhadapan tuduhan menghina mahkamah jika terus mahu menyebut faktor politik dalam keterangannya untuk meringankan hukuman ke atasnya.

“Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala,” katanya. Gambar kredit Rakyat News / Tian Chua Twitter

Pegawai TUDM Dipecat Kerana Komen Dakwat Kekal

Mahkamah tentera di sini memutuskan seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipecat daripada perkhidmatannya, kerana membuat kenyataan media mengenai dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 2013 tidak berkesan dan mendedahkan maklumat mengenai surat pemindahannya.


Pegawai TUDM Dipecat Kerana Komen Dakwat Kekal, info, terkini, sensasi, berita,

Kolonel Saadon Hasnan, yang mempengerusikan perbicaraan yang terdiri lima anggota panel, mengumumkan keputusan itu selepas mendapati Mejar Zaidi Ahmad bersalah atas tuduhan tersebut.

Dalam penghakimannya, Kolonel Saadon berkata, Mejar Zaidi telah diberi tiga pilihan pada peringkat pembelaan, tetapi dia kemudiannya memilih untuk berdiam diri.

Beliau berkata secara keseluruhannya, mahkamah menilai hujahan kedua-dua pihak dan tindakan berdiam diri adalah cukup untuk mensabitkan Mejar Zaidi terhadap pendakwaan kedua dan ketiga, pendakwaan di mana beliau diarahkan untuk membela diri.

"Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa Mejar Zaidi bersalah atas tuduhan ini.

"Mahkamah sebulat suara memutuskan untuk memecat anda daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bergantung kepada pengesahan oleh pihak berkuasa yang berkenaan," katanya.

Kolonel Saadon berkata, mereka membuat keputusan itu berdasarkan beberapa faktor termasuk kepentingan awam, keseriusan kesalahan itu, kedudukan sosial Mejar Zaidi dan hukuman mengikut undang-undang.

Mejar Zaidi, 47, didakwa membuat kenyataan mengenai dakwat kepada media tanpa kelulusan daripada Kementerian Pertahanan, dengan itu ia melanggar undang-undang Perintah Majlis Angkatan Tentera.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di balai polis Kepala Batas pada 1 Mei tahun lepas.

Sumber : mstar.com.my

Ramsey, Ozil, Flamini, Giround Bakal Beraksi Ahad Ini

Menjelang perlawanan menentang Stoke City, Ahad ini, Arsenal makin yakin mampu mempamerkan aksi lebih mantap apabila beberapa pemainnya pulih daripada kecederaan.


Ramsey, Ozil, Flamini, Giround Bakal Beraksi Ahad Ini, info sukan, bola sepak, liga perdana inggeris, epl, arsenal, mesut ozil,

Aaron Ramsey, Mesut Ozil dan Mathieu Flamini mula menjalani latihan pada Jumaat dan ia sesuatu yang menggembirakan pengendalinya, Arsene Wenger.

Selain itu, Olivier Giround yang digantung sebelum ini juga bakal menyertai rakan sepasukannya yang lain.

"Tiga pemain sudah pulih, bagaimanapun Welbeck (Danny) masih tak dapat bermain pada Ahad ini, mungkin minggu depan.

"Giround juga dapat bermain semula selepas digantung. Jadi kami ada skuad yang lebih besar berbanding minggu lalu," katanya.

Mengenai Ozil, Wenger berkata, dia belum membuat keputusan sama ada akan menurunkan pemain yang baru pulih dari kecederaan lutut itu.

"Yang pasti Ozil sudah boleh bermain untuk perlawanan Ahad ini," katanya.

Sumber : mstar.com.my

QZ8501: Operasi Angkat Ekor Pesawat Diperhebat

Kegagalan mengangkat ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar Laut Jawa setakat ini mendorong pihak berwajib menambah bilangan anggota penyelam dan beg pengangkut.

Setakat pagi Sabtu, empat beg pengangkut dan 10 penyelam ditambah untuk ke lokasi pencarian itu.


QZ8501: Operasi Angkat Ekor Pesawat Diperhebat, info, terkin, berita nahas pesawat airasia, bangkai pesawat airasia QZ8501
Pasukan penyelam bersiap sedia untuk menjalankan tugas untuk memastikan ekor pesawat QZ8501 dapat diangkat dari dasar Laut Jawa.
 
 
Pengarah Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Marsma SB Supriyadi berkata, semua terbabit dalam perjalanan ke lokasi yang ditetapkan.

"Empat beg pengangkut dan tujuh penyelam dihantar ke Pelabuhan Kumai, mereka akan mendekati kapal KRI Banda Aceh. Tiga penyelam dihantar dengan helikopter dan membawa satu beg kecil," katanya.

Supriyadi berkata, penyelam Basarnas kini sudah bersedia di beberapa kapal milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk terjun ke dasar sebelum kehadiran penyelam tambahan.

Katanya, penyelam akan terjun ke beberapa titik lokasi yang mengesan beberapa objek dan bahagian milik pesawat QZ8501 di dasar laut.

"Sudah ada di KN Purworejo 21 penyelam, di KN Jakarta di Pelabuhan Kumai sudah ada 12 penyelam, kalau ditambah tujuh, jadi 19 semuanya.

"Di KRI Banda Aceh tadi sudah ada tiga penyelam. Mereka akan bantu angkatan laut TNI, kita bagi-bagi nanti di kapal yang mana," kata Supriyadi.

Sumber : mstar.com.my

Belfie Stick, Kayu Monopod Untuk Ambil Gambar Punggung Sendiri

Tak cukup dengan monopod yang digunakan untuk mengambil gambar selfie, kini muncul pula satu ciptaan baharu khas buat mereka yang gemar mengambil gambar punggung sendiri.

Kedengaran tak logik kan?

Tapi itulah kebenarannya apabila satu kayu pemegang yang dinamakan Belfie dicipta untuk memudahkan anda mengambil gambar punggung sendiri.


Belfie Stick, Kayu Monopod Untuk Ambil Gambar Punggung Sendiri, info, terkini, gadget, kayu belfie, belfie

Kayu Belfie ini boleh digunakan di peranti anda dengan menggunakan Bluetooth. Ia boleh digunakan oleh peranti IOS, Android dan Windows Phone.

Persoalannya, ada ke orang yang gemar tangkap punggung sendiri macam yang sering dilakukan Kim Kardashian? Haha!



Sumber : mynewshub.cc

‘Hafiz’ dari lokap jaga ibu sakit

“Saya kini menjaga ibu yang sakit barah otak selain cuba mencari kerja bagi menyara hidup. Ayah sudah berusia 70 tahun dan menjadi tanggungjawab saya menjaga mereka,” kata Mohd Nasis Yaakob, 21, pemuda yang mendapat pujian di alam siber selepas video kemerduan suaranya mengalunkan surah al-Qalam bermula dari ayat 10 hingga 28 berdurasi dua minit 29 saat ketika dalam lokap menjadi viral sekitar Julai tahun lalu.


‘Hafiz’ dari lokap jaga ibu sakit, info, terkini, berita, mohd Nasis

Dia yang kini berada di Kampung Prek Pra, Phnom Penh, Kemboja ketika dihubungi Harian Metro, di sini, petang ini mengakui individu dalam video berkenaan adalah dirinya dan tahu ia tersebar selepas dimaklumkan pegawai penjara.

Menurutnya, dia ditahan anggota polis di Kota Bharu kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan sebelum ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dan menjalani hukuman di Penjara Machang.

Katanya, ketika di lokap IPD, dia membaca ayat al-Quran yang dihafal sebelum ‘penghuni’ lokap lain memintanya membaca dengan lebih kuat.

“Memang menjadi amalan saya setiap hari membaca enam juzuk al-Quran. Apa yang saya ingat, ketika itu saya bangun daripada tidur dan terus mengalunkan ayat al-Quran sebelum ‘penghuni’ lain di dalam lokap menyuruh saya membaca dengan kuat.

“Saya terus membaca dan rupa-rupanya ada anggota polis merakamnya dan saya terus berhentikan bacaan,” katanya yang mengakui mendapat layanan baik di lokap dan penjara.

Mohd Nasis berkata, selepas dibawa ke Penjara Machang, pegawai penjara menunjukkan videonya mengalunkan ayat al-Quran dan bertanya adakah dia individu dalam video itu.

“Saya mengakuinya dan selepas itu barulah saya tahu video berkenaan tersebar. Alhamdulillah...” katanya.

Menurutnya, selepas dibebaskan dia dihantar pulang ke negara asal.

“Saya berusaha mencari kerja tetapi setakat ini belum mendapat kerja. Apa yang saya lakukan hanyalah menjadi imam di masjid dan menerima jemputan utuk mengajar agama dan memberi ceramah agama,” katanya yang menghafaz al-Quran ketika berusia 12 tahun.

Katanya, negara ini terlalu dekat di hatinya kerana sudah lama berada di Malaysia dengan menjadi imam dan mengajar agama di negeri seperti Selangor, Pahang dan Kelantan.

“ Memang saya nak kembali semula ke Malaysia, tetapi saya perlu menjaga ibu dan ayah,” katanya yang dibawa neneknya ke negara ini ketika usianya empat tahun.

MOHD Nasis (kanan) ketika di penjara dan wajah terkininya di Kemboja. FOTO ihsan pembaca - See

Sumber : hmetro.com.my

Safiq Rahim Bergelar Duta Produk Makanan Kucing

Siapa cakap pemain bola pun tak boleh jadi model dan duta produk kan.

Mereka pun laku tau, buktinya murah rezeki pemain tengah pasukan kebangsaan Harimau Malaya, Safiq Rahim yang baru-baru ini tampil menjadi duta produk makanan kucing keluaran tempatan, Power Cat.

Safiq Rahim Bergelar Duta Produk Makanan Kucing, info, terkin, berita, Safiq Rahim

Sebelum ini, Safee Sali turut menarik perhatian pengiklan apabila dirinya dipilih menjadi duta sebuah produk motosikal yang popular dengan tagline ‘Safee Yang Menunggang’.


Safiq Rahim Bergelar Duta Produk Makanan Kucing, info, terkin, berita, Safiq Rahim

Agak-agaknya atlet mana yang terpilih jadi duta produk pula ikut jejak langkah rakan-rakan sepasukan mereka selepas ini?

Kita tunggu dan lihat!

Sumber : mynewshub.cc

Feri Pulau Pinang Berasap, 300 Penumpang Panik

Sebuah feri Pulau Pinang yang dalam perjalanan dari Terminal Feri Sultan Abdul Halim, di sini ke Pengkalan Raja Tun Uda, George Town terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah enjin pada Jumaat.


Feri Pulau Pinang Berasap, 300 Penumpang Panik, pulau pinang, info, terkini, berita,

Menurut jurucakap feri seorang petugas menyedari terdapat kepulan asap tebal di bahagian enjin feri kira-kira 10 minit selepas Feri Pulau Payar itu berlepas dari terminal berkenaan.

“Kepulan asap hitam itu boleh dilihat dari terminal dan Pengkalan Raja Tun Uda, bagaimanapun kejadian pada 10.30 pagi itu tidak melibatkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata ketika kejadian feri dua tingkat itu membawa kira-kira 300 penumpang termasuk mereka yang berada dalam kenderaan masing-masing di tingkat bawah.

“Feri berkenaan berpatah balik ke terminal dan semua penumpang serta kenderaan dipindahkan ke feri lain sebelum mereka meneruskan perjalanan,” katanya.

Jurucakap itu berkata berdasarkan pemeriksaan awal, bahagian enjin feri itu rosak menyebabkan kepulan asap hitam keluar dari bahagian belakang feri yang menempatkan enjin feri.

“Pihak pengurusan feri akan menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas feri berkenaan bagi memastikan ia dalam keadaan baik untuk membawa penumpang dan kenderaan,” katanya. – BERNAMA

Kanak-kanak hilang ditemui mati

Seorang kanak-kanak berusia setahun yang dilaporkan hilang dari rumah neneknya di Kampung Pulau Kabung, Batu 36, Jalan Sitiawan dekat sini petang semalam, ditemui sudah meninggal dunia pagi tadi.

Mayat Mohammad Aqeef Darus Haraz Gilbert yang berusia setahun enam bulan, ditemui kira-kira jam 10.30 pagi oleh orang ramai, lebih kurang 50 meter dari rumah neneknya.

Kanak-kanak hilang ditemui mati, info, terkini, berita, Mohammad Aqeef Darus Haraz Gilbert

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Amir Ahmad berkata, mangsa sebelum itu disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira jam 5 petang sebelum menghubungi talian kecemasan bagi memaklumkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) petang semalam hingga malam tadi tetapi tidak menemui mangsa.

 "Operasi SAR diteruskan pagi ini dengan sepasukan anggota melakukan pencarian di sepanjang permukaan Sungai Beruas Kampung Pulau Kabung hingga ke Pantai Remis," katanya.

Beliau berkata, operasi itu turut disertai pasukan unit anjing pengesan (K-9) selain meneruskan pencarian di kawasan hutan berhampiran dan sepanjang pesisiran sungai.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : bharian.com.my

Tuah Nelayan Bela Seekor Kucing

Seorang nelayan yang tinggal di Kampung Perepat, di sini, tidak menyangka keputusannya memelihara seekor anak kucing yang dijumpai di pinggir hutan berhampiran rumahnya empat tahun lalu membawa kepada penemuan objek misteri yang tertanam di tepi kediamannya.

Tuah Nelayan Bela Seekor Kucing, info, terkini, berita

Menurut Zulkipli Sulong, 46, kucing betina yang diberi nama Miow itu telah melahirkan lima ekor anak tahun lalu, namun seekor daripadanya mati.

"Bila anak kucing tu mati, saya cadang nak tanam di tepi rumah sahaja. Sedang saya gali lubang kubur untuk anak kucing tu, tiba-tiba mata alat penggali yang saya guna terkena objek keras macam besi.

"Saya gali lagi dan bila dikeluarkan dari tanah, saya terkejut sebab ia merupakan kacip pinang yang berukir kepala naga berwarna emas. Saya tak sangka kematian anak Miow membawa kepada penemuan kacip pinang yang diperbuat daripada emas. Mungkin ini balasan sebab saya ambil dan peliharanya Miow sewaktu dijumpai di pinggir hutan empat tahun lalu,” katanya yang menganggap penemuan tersebut ibarat tuah membela Miow.

Zulkipli berkata, sebelum menjumpai kacip pinang emas tersebut, satu kejadian aneh pernah berlaku apabila ada objek besar jatuh di atas bumbung rumahnya dengan bunyi yang sangat kuat, namun selepas diperiksa tidak menjumpai sebarang objek.

Bagaimana pun, menurutnya, selepas menjumpai kacip pinang emas itu tiada kejadian aneh yang menimpa dirinya.

"Sampai sekarang ni saya masih simpan kacip pinang tersebut. Saya juga yakin ia adalah emas sebenar selepas bertanya dengan rakan-rakan yang rapat. Kawan-kawan beritahu, kacip pinang itu memang diperbuat daripada emas. Saya cuba mengikisnya sendiri dengan pisau... warna emasnya tak hilang dan habuknya berkilat,” katanya. Sumber : viralmedia.com.my