Letupan Gas: Dua Maut, Seorang Parah di Gurun

Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun petang Rabu.


Letupan Gas: Dua Maut, Seorang Parah di Gurun, info, terkini, berita, letupan gas, kedah

Kejadian yang berpunca daripada letupan sebuah tong gas di bahagian dapur rumah itu menyebabkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan maut manakala seorang wanita cedera parah.

Jurucakap Bomba Kedah berkata pihaknya menerima panggilan itu pada pukul 4.57 petang.

Katanya sebanyak tiga jentera serta 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Yan dan Sungai Petani dikerahkan ke tempat kejadian, dengan jentera pertama tiba pada 5.13 petang.

" Setiba jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres akibat daripada letupan tong gas di bahagian dapur.

Letupan Gas: Dua Maut, Seorang Parah di Gurun, info, terkini, berita, letupan gas, kedah

" Letupan menyebabkan struktur rumah runtuh dan turut melibatkan lapan buah rumah yang berhampiran. Api kebakaran akibat letupan itu dapat dikawal pada 5.20 petang," katanya ketika dihubungi.

Artikel Terdahulu : Dua Pekerja Dipercayai Terperangkap Dibawah Runtuhan Konkrit

Sumber : mstar.com.my

Dua Pekerja Dipercayai Terperangkap Dibawah Runtuhan Konkrit

Dua mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan konkrit cair bagi pembinaan terminal LRT di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights, Subang Jaya.


Dua Pekerja Dipercayai Terperangkap Dibawah Runtuhan Konkrit, info, terkini, berita, runtuhan konkrit cair, kemalangan

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, insiden malang tersebut dipercayai berlaku pada pukul 4.30 petang Rabu.

"Operasi mencari sedang giat dijalankan," menurut Twitter pihak Bomba.

Projek sambungan LRT itu diuruskan oleh Prasarana Malaysia Berhad.

Sementara itu, Prasarana dalam satu kenyataan berkata konkrit berkenaan runtuh ketika proses meratakan konkrit cair projek sambungan LRT di Kampung Kuala Sungai Baru.

Difahamkan empat pekerja tertimbus dibawah runtuhan konkrit tersebut sementara empat lagi dilaporkan mengalami kecederaan.


Dua Pekerja Dipercayai Terperangkap Dibawah Runtuhan Konkrit, info, terkini, berita, runtuhan konkrit cair, kemalangan

"Usaha mencari dan menyelamat masih berjalan. Pekerja yang cedera telah diberikan bantuan kecemasan dan di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Pasukan mencari dan menyelamat, termasuk pihak polis dan pasukan Bomba dan Penyelamat juga telah dikerahkan ke tempat kejadian," menurut kenyataan tersebut.

Artikel Terdahulu : Nasib Frank Lampard Di Man City Ditentukan Selepas Krismas

Sumber : mstar.com.my

Nasib Frank Lampard Di Man City Ditentukan Selepas Krismas

Tempoh pinjaman Frank Lampard di Manchester City akan berakhir pada awal Januari depan. Bagaimanapun pengurusan The Citizens berharap dapat mempertahankan pemain tengah ini kerana prestasinya yang cemerlang.


Nasib Frank Lampard Di Man City Ditentukan Selepas Krismas, info, terkini, berita sukan, epl, manchester city, frank lampard,

Sehingga kini, pengurusan kelab itu masih lagi berunding dengan New York City FC, kelab yang dinaunginya selepas Chelsea. Bagaimanapun, keputusan itu hanya dapat diketuai selepas Hari Krismas.

Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini berkata, Lampard merupakan seorang pemain yang begitu cemerlang.

"Saya ulang lagi bahawa Frank merupakan pemain yang sangat penting. Saya amat berharap dia akan bertahan lebih lama di sini.

"Saya juga berharap rundingan dapat berjalan lancar dan kedudukan Lampard dapat dipastikan dalam beberapa hari lagi," kata Pellegrini.

Sejak dipinjaman ke Manchester City, Lampard berjaya membuat enam jaringan daripada 15 perlawanan.

Artikel Terdahulu : Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic

Sumber : mstar.com.my

Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic

Pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini dilapor mahu mendapatkan Mario Mandzukic yang benilai £25 juta pada tingkap pemindahan Januari ini sebagai persediaan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic, info, sukan, epl, spekulasi, mario manzukic, manchester city


Pellegrini terdesak untuk mendapatkan Mandzukic yang merupakan penyerang Croatia dan Atletico Madrid bagi menajamkan jentera serangan City selepas mereka hanya mengharapkan kepada Sergio Aguero.

Bagaimanapun Aguero juga menerima nasib seperti Edin Dzeko dan Stevan Jovetic yang terpaksa direhatkan akibat mengalami kecederaan.

Aguero perlu direhatkan sehingga Januari manakala Jovetic memerlukan beberapa minggu lagi untuk kembali cergas sepenuhnya.

Tertekan dengan kehilangan penyerang utama, Pellegrini kini terpaksa menggunakan khidmat pemain tengah seperti James Milner untuk mengetuai jentera serangan.

Artikel Terdahulu : Nicol Juarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia Kali Ke-8

Sumber : mstar.com.my

Nicol Juara Kejohanan Skuasy Wanita Dunia

Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menutup tirai penyertaannya dalam kejohanan peringkat antarabangsa tahun ini dengan meraih gelaran juara untuk kali kelapan dan dinobatkan sebagai pemain wanita nombor satu dunia 2014.


Nicol Juara Kejohanan Skuasy Wanita Dunia, info sukan, berita, skuasy, nicol david juara skuasy kali kelapan

Kemenangan beliau dalam Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Kaherah, Mesir Sabtu lepas menjadi pelengkap kepada kemenangan yang diraihnya pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia, selain dimahkotakan sebagai juara bagi enam kejohanan Jelajah Persatuan Skuasy Wanita (WSA) dan menerajui cabaran Malaysia untuk beraksi untuk julung kalinya di peringkat akhir Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia.

Mengenai kemenangan yang diraihnya pada Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Kaherah, Nicol berkata ia antara kejayaan yang tidak akan dilupainya kerana terpaksa mengejar mata dalam set keempat untuk mengalahkan lawannya.

"Ketika itu, keazaman yang ada dalam minda saya ialah untuk mendapatkan mata terakhir kerana saya tahu saya telah bekerja keras dan oleh itu perlu menang dan tidak mahu peluang yang ada terlepas dengan mudah.

"Kepercayaan yang diberi keluarga dan rakan sepasukan menjadi pendorong utama bagi saya untuk mengatasi semua halangan. Ia sesuatu yang amat berharga dan saya gembira kerana usaha gigih saya telah membuahkan hasil," kata Nicol yang kembali ke tanah air untuk menyambut Krismas bersama rakan dan keluarga di sini, Rabu.

Sabtu lepas, anak jati Pulau Pinang ini meraih gelaran juara kelapan apabila mengalahkan pemain utama tuan rumah dan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily, dalam pertarungan mendebarkan sebanyak lima set selama sejam, enam minit di Wadi Delga Squasy Club, Mesir, yang berkesudahan dengan keputusan 5-11, 11-8, 7-11, 14-12, 11-5.

Ditanya adakah lapan gelaran juara dunia yng diraihnya itu sudah cukup baginya, Nicol berkata ia belum cukup.

"Saya rasa selagi tubuh saya masih mampu serta sihat, dan keinginan untuk menang masih ada, saya tidak akan berhenti," katanya.

Nicol berkata pada 2015, beliau akan menyertai lebih 10 kejohanan, bermula dengan Kejohanan Juara-juara pada 16 Jan di New York.

"Selain kejohanan utama seperti Kejohanan Juara-juara, Terbuka Britain dan Terbuka Amerika, saya juga berazam mencatat prestasi cemerlang dalam kejohanan yang berlangsung di Malaysia," katanya.

Nicol berkata beliau akan berehat selama dua minggu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk menyambut Krismas dan Tahun Baharu 2015 bersama rakan dan keluarganya.

Artikel Terdahulu : Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas

Sumber : mstar.com.my

Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas

Sebentar tadi, menerusi maklumat yang dikongsikan di Facebook Sukan Star TV, satu kemalangan melibatkan bot penyelamat mangsa banjir telah berlaku di Kampung Dato Haji Ibrahim Fikri di Kemaman, Terengganu.


Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas, info, terkini, berita, mangsa banjir, lemas

Panggilan mengenai kejadian telah diterima oleh pihak Pusat Gerakan Operasi (PGO) sekitar jam 1.45 petang tadi.

Laporan yang diterima menyebut bot tersebut dinaiki oleh tiga anggota penyelamat dan lima mangsa banjir yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita.


Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas, info, terkini, berita, mangsa banjir, lemas

Bot tersebut dikatakan terbalik selepas terperangkap pada pusaran air, menyebabkan dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita hilang dihanyutkan arus deras.

Ketika kejadian, semua mangsa menggunakan jaket keselamatan.

Setakat ini, usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.


Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas, info, terkini, berita, mangsa banjir, lemas

Menerusi ruangan komen di Facebook Geng Bandar Chukai Kemaman pula, ada pihak memaklumkan kedua-dua mangsa merupakan pasangan suami-isteri.

Sama-samalah kita doakan semoga mereka dapat ditemui dalam keadaan selamat.




Artikel Terdahulu : JPAM T’ganu Tak Menang Tangan Tangkap Ular Di Musim Banjir

Sumber : mynewshub.cc

JPAM T’ganu Tak Menang Tangan Tangkap Ular Di Musim Banjir

Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menjadi tidak menang tangan untuk menangkap ular.


JPAM T’ganu Tak Menang Tangan Tangkap Ular, info, terkini, berita, Terengganu, Bencana Banjir

Ini kerana hampir setiap hari Bilik Operasi Daerah JPAM menerima panggilan mengenai ular yang memasuki rumah penduduk.

Pengarahnya Lt Kol (PA) Che Adam A. Rahman berkata pihaknya telah menangkap 383 ekor ular yang memasuki rumah penduduk dari 1 hingga 20 Dis lalu.

Beliau berkata Kuala Terengganu mencatat jumlah kes tangkapan tertinggi iaitu 117 kes, diikuti Dungun (70 kes), Marang (65 kes), Besut (50 kes), Kemaman (46 kes), Hulu Terengganu (19 kes) dan Setiu (16 kes).

Antara spesis yang sering ditangkap terdiri daripada tedung, senduk dan katam tebu yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut, katanya.

“Apabila habitat ular terganggu (seperti banjir), ular akan menyusur masuk ke tempat yang dirasainya selamat seperti dalam rumah untuk berlindung. Ular akan masuk melalui lubang pintu rumah dan lubang tandas. Namun sehingga kini tiada kes mangsa yang dipatuk ketika berada di dalam tandas,” katanya kepada Bernama.

Che Adam menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri sebaliknya menghubungi anggota JPAM untuk menangkap ular yang memasuki rumah mereka. – BERNAMA

Video Pencuri Guna Anak Isteri Kaburi Perbuatan Jahat

Ternyata status seorang suami dan bapa tidak mampu menyekat perbuatan jahat seorang lelaki daripada mencuri telefon pintar yang dipamerkan di Plaza Metro, Kajang ini.


Video Pencuri Guna Anak Isteri Kaburi Perbuatan Jahat, info, terkini, berita, sensasi, jenayah

Menerusi rakaman kamera pengawasan, dia pada mulanya dilihat berlegar-legar bersama isteri dan dua anaknya di dalam kedai tersebut.

Tidak lama kemudian, lelaki yang mendukung anak lelakinya itu mula membelek-belek telefon yang diletakkan di atas meja pameran.

Dengan pantas, dia kemudiannya menarik telefon tersebut dan menyembunyikannya di baju sebelum keluar dari kedai dengan selamba.

Langkahnya itu kemudian dituruti oleh isteri dan seorang lagi anaknya.

Tidak dapat dipastikan sama ada isterinya sedar atau tidak dengan perlakuan si suami atau mereka sememangnya sudah merancangnya bersama-sama.

Apa yang menyedihkan, anak-anak yang tidak tahu apa-apa dipergunakan bagi mengaburi pandangan pekerja kedai.

Kalau beginilah perangai si bapa, tak tahulah kami macam mana dia mendidik anak-anaknya nanti.



Sumber : mynewshub.cc

Nenek Berusia 81 Tahun Buat Aksi Berani Mati di Atas Udara

Payung terjun merupakan sukan yang cukup ekstrem dilakukan, apalagi bagi mereka yang masih berkategori first time. Perlu latihan yang cukup lama, agar ketika melakukan sukan ini tubuh tidak terperanjat dan terkejut, kerana dilakukan di atas ketinggian.


Nenek Buat Aksi Berani Mati di Atas Udara, info, terkini, sensasi, berita,

Begitu juga dengan usia penerjun, yang biasanya relatif muda dan kuat. Namun jika payung terjun dilakukan oleh seorang, wanita amatur, dan lanjut usia. Pasti anda ingin tahu, dan apa yang membuatnya rela melakukan perkara tersebut.

Nenek bernama bernama Min, yang berasal dari Shiyan, Hubei, China, mungkin menjadi nenek yang berani melakukan aksi ekstrem terjun payung, apalagi dilakukan di usianya yang tidak lagi muda, iaitu 81 tahun.

Hebatnya lagi, ini adalah pertama kalinya ia melakukan aksi tersebut, semasa melakukan lawatan ke Australia,untuk melawat anaknya yang ada di sana. Tindakan tersebut boleh membuat anda terkejut dan terperanjat, sekaligus kagum dengan apa yang ia lakukan.

Dalam foto-fotonya kelihatan ia sangat menikmati tindakan tersebut. Lucu, adalah satu kata yang boleh keluar saat melihatnya melakukan terjun payung, walaupun ia ditemani oleh orang yang profesional.

Ia juga mengakui, tidak ingin masa tuanya dihabiskan hanya berdiam diri di rumah sambil bermain catur. Dan ia boleh melakukan perkara yang unik dan ekstrem, walaupun usianya tidak lagi muda.

Nenek Buat Aksi Berani Mati di Atas Udara, info, terkini, sensasi, berita,

Nenek Buat Aksi Berani Mati di Atas Udara, info, terkini, sensasi, berita,

Nenek Buat Aksi Berani Mati di Atas Udara, info, terkini, sensasi, berita,


Sumber : zamrispoon.blogspot.com

Chelsea Menang Ke Atas Stoke City

Chelsea berjaya meraih tiga mata menjadikannya terus kukuh pada kedudukan Liga Perdana Inggeris selepas menang ke atas Stoke City menerusi jaringan 2-0.


Chelsea Kemenangan Ke Atas Stoke City, info sukan, bola sepak, epl, liga perdana inggeris, chelsea, stoke city

Walaupun sebagai pasukan tetamu di Stadium Britannia di Stoke, Britain pada awal pagi Selasa, Chelsea terus mendominasi permainan.

The Blues mengungguli jaringan pembukaan ketika perlawanan baharu sahaja berlangsung dua minit.

John Terry berjaya menjaringkan gol tanpa dapat dihalang oleh penjaga gawang Stoke City, Asmir Begovic.

Bagaimanapun, Stoke sebenarnya bukannya tidak mempunyai peluang kerana mereka mampu mengancam pertahanan Chelsea beberapa kali. Namun barisan belakang The Blues tampil sempurna.

Keunggulan Chelsea bertambah pada minit ke-78 apabila Cesc Fabregas meskipun membuat jaringan agak lewat.

Kemenangan ini menjadikan Chelsea kukuh pada kedudukan teratas dengan memperoleh 42 mata menerusi 17 perlawanan. Sementara itu, Stoke jatuh pada kedudukan ke-13 dengan 19 mata.

Artikel Terdahulu : Jadual Liga Perdana Inggeris

Sumber : mstar.com.my