Pemain Man United Bakal Dipenjara

Pemain tengah Manchester United, Ander Herrera bakal dipenjara atau dilarang melibatkan diri dalam bola sepak jika didapati bersalah dalam aktiviti mengatur perlawanan oleh pihak berkuasa Sepanyol.


Pemain Man United Bakal Dipenjara, inf sukan, sensasi, Man United, Ander Herrera,

Selain Herrera, pemain Swansea, Jefferson Montero juga bakal berdepan hukuman sama selepas nama mereka disenarai dalam aduan jenayah badan anti rasuah Sepanyol di Valencia.

Dalam aduan jenayah berkenaan, seramai 41 pemain, pengurus dan pengarah pasukan telah didakwa terlibat dalam kes yang dikendalikan oleh Pendakwaraya Sepanyol, Alejandro Luzon.

Pesalah mengatur perlawanan boleh dipenjara atau disekat daripada terlibat dalam bola sepak selama enam tahun.

Setakat ini, Luzon dilapor telah menyoal 25 inidividu yang terlibat sebelum membawa kes tersebut ke mahkamah.

Sumber : mstar.com.my

7 Warga Indonesia Ditahan Di Selangor

Polis telah menahan tujuh warga Indonesia termasuk empat wanita di sekitar Selangor baru-baru ini kerana disyaki terbabit dalam aktiviti militan dengan menggunakan Malaysia sebagai transit sebelum menuju ke Syria.


7 Warga Indonesia Ditahan Di Selangor, info, terkini, berita, isu pengganas
Gambar Hiasan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam kenyataan hari ini, berkata kesemua mereka berusia antara 25 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, pada 2 Dis lepas.

“Salah seorang daripada mereka merupakan fasilitator yang mengatur pemergian anasir militan Indonesia ke Syria, dan disyaki mempunyai hubungan dengan Umar Patek, anggota kanan kumpulan Abu Sayyaf dan anasir Al-Qaeda di Asia Selatan,” katanya.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas dalam menangani isu anggota militan antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum berlepas ke negara ketiga.

Katanya, kejayaan penahanan kumpulan militan itu merupakan hasil kerjasama rapat antara PDRM dengan agensi penguat kuasa dan perisikan serantau dan global. – BERNAMA



Bekas Pengerusi SPR Buat Kejutan Terhadap Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.


Kejutan Terhadap Perdana Menteri Malaysia, info, terkini, berita, sensasi, Perdana Menteri, Najib Razak, Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman meminta pemimpin Melayu hari ini berhenti daripada menipu rakyat dan membantu kaum Melayu sedaya upaya.




"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

 "Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan,"katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul".


Sumber : oranggombak.com

Tony Fernandez Beri Tiket Percuma Tonton AFF Suzuki 2014 Di Bangkok

Siapa tak suka benda free kan? Lagi-lagi apabila berpeluang mendapat tiket penerbangan percuma untuk menonton perlawanan akhir pertama AFF Suzuki 2014 di Bangkok pada 17 Disember ini.


Tiket Percuma Tonton AFF Suzuki 2014 Di Bangkok, iinfo, sukan, berita, AFF Suzuki 2014, Tony Fernandes,

Tak cukup dengan itu, menerusi laman Twitternya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes akan membiayai penginapan 5 orang pemenang bertuah itu di Tune Hotel Bangkok! Fuh. Kami pun nak!

Tiket Percuma Tonton AFF Suzuki 2014 Di Bangkok, iinfo, sukan, berita, AFF Suzuki 2014, Tony Fernandes,


Dek kerana itu, ramailah netizen mula mencuba nasib  dengan memuat naik foto mereka  menggayakan pakaian atau kostum terbaik Harimau Malaya.

Kami tengok pelbagai ragam dan aksi yang mereka lakukan semata-mata demi mendapatkan offer Tony Fernandez tu. Siap ada yang tangkap gambar dengan harimau. Haha.


Tiket Percuma Tonton AFF Suzuki 2014 Di Bangkok, iinfo, sukan, berita, AFF Suzuki 2014, Tony Fernandes,

Jadi, anda semua apalagi, cepatlah upload aksi terbaik anda. Mana tahu anda boleh tengok team Harimau Malaya beraksi menentang Thailand nanti. Free of charge ooooii!

Sumber: Astro Awani

Akademi Latihan Beruk Akan Diwujudkan Di Kelantan

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah bercadang untuk mewujudkan sebuah akademi untuk melatih beruk memetik buah kelapa di negeri tersebut pada tahun hadapan.


Akademi Latihan Beruk Akan Diwujudkan Di Kelantan, INFO, TERKINI, BERITA, PELIK, KELANTAN,


Cadangan ini dalah kerana untuk memperbanyakkan beruk terlatih untuk memetik kelapa kerana ia akan menarik minat pelancong untuk datang ke negeri Kelantan.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Azri Adzhar, Jajahan Bachok merupakan kawasan  yang mrmpunyai banyak pokok kelapa. Untuk tujuan ini jurulatih berpengalaman akan menyertai program ini bagi menjayakan rancangan tersebut.


Akademi Latihan Beruk Akan Diwujudkan Di Kelantan, INFO, TERKINI, BERITA, PELIK, KELANTAN,


"Penubuhan akademi ini akan mendapat kerjasama dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan jabatan kerajaan berkaitan" katanya.

Sumber : Siakapkeli.com.my

Senarai Penuh Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015!

Di bawah ini saya senaraikan pemain-pemain yang bakal berhijrah untuk musim hadapan yang mana tempoh pendaftaran bagi pemain tempatan bermula 22 September 2014 sehingga 5 Disember 2014 jam 12.00 tengahari. Pendaftaran bagi pemain import berakhir pada jam 11.59 malam hari yang sama (sumber). Artikel ini akan diupdate dari semasa ke semasa sehinggalah tarikh tutup perpindahan pemain diumumkan.


Senarai Penuh Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015!, info, sukan bola sepak, liga malaysia 2015, berita, terkini
Obinna Nwaneri ke kancah liga Malaysia selepas meninggalkan Kelantan.

KELANTAN

Stefan Nikolic (Pemain kebangsaan Montenegro) Signed
Emmanuel Kanmogne (Import Cameroon) Signed
Erwin Carillo (Import Columbia) Signed
Isaac Pupo (Import Liberia) Signed
Jonathan McKain (Import Australia) Signed
Norfarhan Mohamad (Terangganu) Signed
Norhafiz Zamani Misbah (N.Sembilan) Signed
Ferris Danial Mat Nasir (HMA) Signed
Hazrul Mustafa (Perak) Signed

JOHOR DARUL TAKZIM

Farizal Marlias (Selangor) Signed
S. Kunalan (Selangor) Signed
S. Chanturu (Sarawak) Signed
Junior Estdal (Sarawak) Signed
Fandi Othman (HMA) Signed
Amer Saidin (HMA) Signed

ATM

Obinna Nwaneri (Bekas import Kelantan) Signed
Jerry Palacios (Pemain kebangsaan Honduras) Signed
Mario Karlovic (Bekas import Terangganu) Signed
Abdulahfees Abdulsalam (Bekas import Perak) Signed
Norshahrul Idlan Talaha (JDT) Signed
Fadzli Shaari (Sime Darby) Signed

PAHANG

Aziz Ismail (Kelantan) Signed
D. Savindran (HMA) Signed
Gary Stevan Robbat (HMA) Signed
Rizqua Shafiqi (Piala presiden Pahang) Signed

TERANGGANU

Paulo Rangel (Bekas import Selangor) Signed
Gustavo Fabian Lopez (Import Argentina) Signed
Hassan Chaito (Import Lubnan) Signed
Helmi Rameli (PKNS) Signed

PERAK

Thiago De Aquino (Import Brazil) Signed
Charles Souza Chad (Bekas import PDRM) Signed
Wong Nam Kung (Bekas import Kedah) Signed
Sumardi Hanjalan (N.Sembilan) Signed
Haris Safwan Kamal (FELDA) Signed
Azmizi Azmi (Kedah) Signed
Azizon Kadir (PDRM) Signed
Bobby Gonzales (PDRM) Signed
Zamir Selamat (PKNS) Signed
Arif Ismail (Sime Darby) Signed
Nurridzuan Abu Hassan (HMA) Signed

SELANGOR

Robert Cornthwhite (Pemain kebangsaan Australia) Signed
Leandro Dos Santos (Bekas import T-Team) Signed
Guilherme de Paula (Import Brazil) Signed
Norazlan Razali (JDT) Signed
S. Subramaniam (JDT) Signed
K. Thanaraj (FELDA) Signed
Azrif Nasrulhaq (HMA) Signed
Saiful Ridzuan Selamat (HMA) Signed 

PDRM

Lot Abu Hassan (Sarawak) Signed
Saiful Amar Sudar (Kedah) Signed
Faizal Abu Bakar (Kedah)Signed
Nurul Azwan Roya (JDT) Signed
Shahurain Abu Samah (FELDA) Signed

FELDA UNITED

Bojan Miladinovic (Import Serbia) Signed
Rashid Aya (Sarawak) Signed
Fauzan Dzulkifli (PKNS) Signed
Firdaus Fauzi (Sime Darby) Signed
Shahrul Saad (HMA) Signed

SARAWAK

Billy Mehmet (Bekas import Kedah) Signed
Ivan Fatic (Pemain kebangsaan Montenegro) Signed
Ronald Hilkspoors (Import Belanda) Signed
Sabri Sahar (Sabah) Signed
J. Parthiban (Perak) Signed
Nazri Kamal (Perak) Signed
G. Mahathevan (Penang) Signed
A. Varathan (Selangor) Signed
Iqbal Suhaimi (ATM) Signed

LIGA PERDANA

KEDAH

Lawrence Olum (Import Kenya)
Chidi Edeh (Import Nigeria)
Keith M Nah
Shahkir Ali (Kelantan) Signed

PULAU PINANG

Alberto Da Costa (Penjaring terbanyak liga Indonesia) Signed
Reinaldo Lobo (Import Brazil) Signed
Mafry Balang (Sarawak) Signed
Sani Anuar Kamsani (Sarawak) Signed
Syukur Saidin (Sime Darby) Signed
Failee Ghazali (Sime Darby) Signed
Farid Ramli (Sime Darby) Signed
Mohd Azrul Ahmad (ATM) Signed
See Kok Luen (JDT ii) Signed
Mohd Ramezey Che Ros (PKNS)
Mazlizam Mohamad (Terangganu)
Faiz Subri (Terangganu)
Redzuan Nawi (Sabah)

T.TEAM

Sadriddin Abdullaev (Pemain Kebangsaan Uzbekistan) Signed
Forhod Tadjiyev (Pemain kebangsaan Uzbekistan) Signed
David Faramola Oniya (Import Nigeria) Signed
Nor Hakim Hassan (Terangganu) Signed
Azmi Hamzah (FELDA) Signed
Rosdi Ibrahim (KL SPA) Signed
Asrol Ibrahim (Sime Darby) Signed
SABAH

Abdoulaye Faye (Hull City) Signed
El Hadji Diouf (Bekas pemain Liverpool) Signed
Eamon Zayed (Pemain kebangsaan Libya) Signed
Fazrul Nawaz (Pemain kebangsaan Singapura) Signed
Zuraindey Jumai (Kedah) Signed
Izuan Salahuddin (HMA) Signed
Syafiq Jamal (Kedah) Signed
Khairi Kiman (Perak) Signed

JOHOR DARUL TAKZIM II

Leandro Velazquez (Import Argentina) Signed
Baihakki Khaizan (Pemain kebangsaan Singapura) Signed
Faizol Hussien (Pahang) Signed
Irfan Fazail (JDT) Signed
Irfan Abdul Ghani Signed

NEGERI SEMBILAN

Forkey Doe (Bekas Import Kelantan) Signed
Bruno Martelotto (Bekas import ATM) Signed
Helmi Eliza Elias (PDRM) Signed
Rudi Ramlie (ATM) Signed
Irwan Fadzli Idrus (ATM) Signed
Ahmad Fauzi Shaari (ATM) Signed
Rezal Zambery Yahya (ATM) Signed
Akhmal Mohd Noor (ATM) Signed
Shahrizal Saad (Perak) Signed
Azizi Matt Rose (JDT) Signed
Khyril Muhymeen (Kedah) Signed
Fazliata Taib (Kedah) Signed

MELAKA

Azizan Baba (Pulau Pinang) Signed

Segala isi kandungan yang terdapat dalam artikel ini merupakan informasi yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Tanda (Signed) akan diletakkan dibahagian tepi nama pemain yang telah pun sah menyertai pasukan baru.

Last updated: 11.00pm, 7/12/2014


Sumber : blogaleuto.blogspot.com

La Liga : Barcelona Hanya Mampu Seri 0-0 Temu Getafe

Barcelona hilang cengkaman mengejar Real Madrid selepas sekadar seri 0-0 ketika menentang Getafe dalam saingan La Liga Sepanyol, awal pagi tadi.


La Liga, Barcelona Hanya Mampu Seri 0-0 Temu Getafe, info sukan, barcelona, getafe, info sukan, bola sepak

Pencapaian hambar itu bererti mereka ketinggalan empat mata belakang pendahulu dan musuh tradisi mereka itu.

Real berlepas ke kejohanan Kelab Piala Dunia di Maghribi selepas kemenangan 4-1 ke atas Almeria pada Jumaat untuk merakamkan kemenangan ke-20 berturut-turut.

Barca yang dijangka mampu merapatkan jurang itu sebaliknya bergelut ke atas lawan yang lebih bertahan di Coliseum.

Penyerang pelawat, Lionel Messi gagal menyudahkan beberapa peluang untuk menambah gol ke-13 La Liga, musim ini.

Bintang Argentina itu nyaris hadir meledakkan gawang lawan pada minit ke-52 hasil sepakan percuma tetapi usahanya terkena palang. – AFP


Pusingan 16 Liga Juara-Juara: City Bertemu Barcelona

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City telah diundi untuk bertemu Barcelona dalam pusingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah Februari tahun depan.


Pusingan 16 Liga Juara-Juara, City Bertemu Barcelona, info, sukan, bloa sepak, UEFA Champion League, UCL,

Chelsea pula telah diundi untuk bertemu juara Perancis PSG manakala Arsenal diundi menentang Monaco, iaitu pasukan yang pernah dilatih oleh Arsene Wenger suatu ketika dahulu.

Sesuatu yang menarik ialah, Manchester City turut bertemu Barcelona di peringkat yang sama tahun lalu. Mereka tewas dengan agregat 4-1.

Pengarah Bolasepak City, Txiki Begiristain, yang secara kebetulan juga adalah bekas pengarah bolasepak Barcelona menyifatkan undian tersebut sebagai sesuatu yang sukar untuk dipercayai.

Sementara itu Chelsea yang merupakan juara kumpulan bertemu PSG  yang merupakan pencabar mereka di peringkat suku akhir musim lalu.

Chelsea perlu berhadapan PSG dengan penuh berhati-hati kerana kini bekas pemain bek mereka, David Luiz bermain untuk juara Perancis itu.

Arsenal pula bernasib baik kerana mereka tidak diundi menentang naib juara Atlético Madrid atau juara bertahan, Real Madrid.

Arsène Wenger mencipta namanya di Monaco, menjadi pengurus di situ dari 1987-1994.

Juara bertahan, Real Madrid seperti mana City dan Barcelona akan bertemu pasukan yang sama di peringkat yang sama musim lalu iaitu Schalke.

Musim lalu, Real membelasah Schalke dengan agregat 9-2 manakala finalis musim lalu, Atlético Madrid akan berdepan Bayer Leverkusen.

Undian untuk pusingan kalah mati ini berlangsung di Lyon pada Isnin.

Dalam pada itu, juara lima kali, Bayern Munich akan bertemu Shakhtar Donetsk, Juventus menentang Borussia Dortmund yang merupakan pertemuan ulangan final 1997 dan Basel diundi menentang Porto.

UNDIAN 16 PASUKAN TERAKHIR LIGA JUARA-JUARA EROPAH:

PSG lwn Chelsea

Manchester City lwn Barcelona

Bayer Leverkusen lwn Atlético Madrid

Juventus lwn Borussia Dortmund

Schalke lwn Real Madrid

Shakhtar Donetsk lwn Bayern Munich

Arsenal lwn Monaco

Basel lwn Porto

Sumber : mstar.com.my