Atletico Madrid Setuju Ikat Kontrak Gameiro

Atletico Madrid telah menandatangani perjanjian bagi mendapatkan penyerang Perancis, Kevin Gameiro daripada rakannya dari kelab La Liga, Sevilla dengan bayaran yang tidak didedahkan.
Atletico Madrid Setuju Ikat Kontrak Gameiro

Bagaimanapun, dilaporkan Gameiro dipindahkan dengan nilai kira-kira £28 juta.

Pemain berusia 29 tahun itu telah menandatangani empat tahun perjanjian dan akan menjalani pemeriksaan perubatan di kelab itu, Sabtu.

Gameiro menjaringkan 29 gol dalam semua pertandingan musim lalu, tetapi tidak dipilih untuk beraksi dalam Euro 2016 bersama skuad kebangsaan.

Dia menyertai Sevilla dari Paris St-Germain pada tahun 2013.-mstar

Abam Bocey Digoda Oleh Lelaki Gila

Kecomelan beliau bukan sahaja menambat hati perempuan, malah kaum lelaki juga turut tertarik dengannya apabila pelawak terkenal, Abam Bocey mendedahkan beliau pernah diganggu oleh lelaki gila seks di laman sosial baru-baru ini. Individu terbabit bukan sahaja menghantar permintaan untuk menjadi rakan tetapi turut menghantar gambarnya dalam keadaan bogel.

Abam Bocey Digoda Oleh Lelaki Gila

“Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook. Lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi. Tidak tahulah bahagian mana pada saya yang seksi. Walaupun kali pertama berlaku, ia sangat membimbangkan saya. Cerita ini pun saya kongsi dengan teman rapat saja sebelum ini”

“Selepas ini, saya akan pantau laman sosial saya dan akan lebih bersikap berhati-hati sebelum menerima sesiapa untuk menjadi rakan di laman Facebook,” katanya kepada Berita Harian Online bercerita mengenai dirinya yang yang pertama kali menerima gangguan dari seorang lelaki yang menghantar gambar bogel serta menggodanya di laman sosial.


Menyedari hakikat dirinya seorang selebriti, bagi membendung perkara menjijikkan itu berulang, Abam mahu bersikap lebih berwaspada dengan sesiapa yang ingin menjadi rakannya di Facebook sebelum menerima permintaan itu. Apapun, semoga Abam lebih berhati-hati selepas ini kerana perkara seumpama ini memang sering terjadi kepada sesiapapun lebih-lebih lagi selebriti.-rotikaya

Neelofa Ada Skandal Dengan Suami Orang Berstatus VIP?

Mesti ada yang bayangkan betapa indahnya kalau mereka mempunyai kehidupan yang mewah dan popular seperti Neelofa, namun tidak semua yang kita lihat itu indah belaka. Malah, Neelofa juga tidak henti  dihimpit kontroversi.

Neelofa Ada Skandal Dengan Suami Orang Berstatus VIP?

Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Neelofa sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang bahkan sudah menjadi isteri kedua lelaki tersebut berstatus VIP.

Walaubagaimanapun, Neelofa menerusi BiPop Berita Harian telah menafikan dakwaan berkenaan.

Pada masa yang sama beliau akui sudah merasa bosan dikaitkan dengan lelaki VIP itu bertahun-tahun lamanya.
    Saya tidak memerlukan lelaki itu, jauh sekali duit ringgitnya. Saya tidak perlu apa-apa daripadanya. Demi Allah, saya baru tahu cerita ini minggu lalu apabila seorang teman memaklumkannya.

    Sudah beberapa tahun, saya dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Ia bagaikan tiada berpenghujung, malah saya sudah jemu mendengarnya. Lagi dan lagi cerita karut seperti ini dibangkitkan. Saya sudah lama melupakannya, tetapi mengapa masyarakat di luar sana tidak melakukan perkara yang sama.

Neelofa juga memberitahu meskipun beliau nampak lembut di luar. Jiwa dan semangat beliau seakan seperti seorang lelaki dan beliau akan bertindak mempertahankan diri jika ada yang terus mencetuskan kotroversi dan provokasi.
    Sebelum ada pihak yang datang untuk mengasari, ingin saya maklumkan di sebalik kelembutan, saya juga mempunyai perwatakan seperti lelaki.

    Jangan ingat saya tiada upaya mempertahankan diri. Saya sudah cukup dewasa untuk melawan. Tidak perlu sebar cerita terlalu karut ini kerana ia tidak pernah terjadi.

Neelofa Ada Skandal Dengan Suami Orang Berstatus VIP?


Buat Neelofa setiap berita yang disebarkan adalah fitnah semata-mata dan rekaan mereka yang tidak mempunyai kehidupan sendiri selain dari mencari kesalahan orang lain.
    Tuhan ada, biar mereka mendapat balasan setimpal atas fitnah yang dilemparkan. Isu ini sudah bertahun diperkatakan, tetapi kini dibangkitkan semula?

    Semakin hari usia saya semakin bertambah. Mana mungkin jalan hidupsaya berputar pada arah yang sama. Saya sudah muak.

Berbicara mengenai beliau yang masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya, Neelofa mengakui beliau bukanlah seorang wanita yang mudah untuk jatuh cinta.
    Saya bukan mudah jatuh cinta. Bukan tiada yang datang melamar malah ada lelaki dari Mesir menghubungi pengurus saya untuk buat temujanji kerana ingin melamar saya. Geli hati saya mendengarnya.

    Saya juga akui bukan tiada anak orang ternama dan VVIP yang datang bertemu dengan ibu saya.

    Malah, ada juga ibu mereka yang cuba mengatur jodoh kami. Tetapi hati saya susah untuk menerima jodoh yang diatur keluarga. Sudah pasti, saya harus memilih jodoh kerana ia membatikan masa depan.

Orang cantik selalu akan menjadi rebutan ramai dan juga membuatkan ramai yang iri hati. Mungkin mereka yang mendakwa Neelofa ada skandal dengan suami orang sebenarnya cemburu dengan beliau. Tidak mustahil bukan? Apa-apa pun, kita tengok sahaja siapa agaknya yang bakal mencuri hati Neelofa.-rotikaya

Zlatan Ibrahimovic Tunjuk 'Taring' Dalam Aksi Pertama Bersama Man United

Zlatan Ibrahimovic percaya 'sesuatu yang besar' sedang menghampiri Manchester United selepas menunjukkan 'taring' dengan melakukan 'bicycle kick' (tendangan basikal) pada penampilan pertamanya bersama Red Devils.

Zlatan Ibrahimovic Tunjuk 'Taring' Dalam Aksi Pertama Bersama Man United

Ibrahimovic, 34, mengambil hantaran silang daripada Antonio Valencia dalam kejayaan United menewaskan Galatasaray 5-2 pada aksi persahabatan antarabangsa, awal pagi Ahad.

Kelab Turki itu bagaimanapun bangkit untuk mendahului 2-1 hasil jaringan Sinan Gumus dan Bruma.

Tetapi United tidak memberi peluang apabila bangkit mengubah keputusan melalui Wayne Rooney  yang menjaringkan dua gol, manakala Marouane Fellaini dan Juan Mata masing-masing satu gol.

Ibrahimovic, penyerang dari Sweden ini percaya masa depan Red Devils adalah cerah lebih-lebih lagi apabila terdapat khabar yang mengaitkan kelab itu dengan perpindahan £100 juta untuk pemain tengah Juventus, Paul Pogba.

"Sesuatu yang besar bakal menghampiri kita, tahun ini akan menjadi sangat menarik.

"Katakanlah jika Pogba juga datang, ia akan menjadi sangat menarik," katanya.

Dia menambah: "Saya akan membantu pasukan sebanyak yang mungkin, melakukannya dengan segala kemahiran yang saya ada, mencipta peluang dan menjaringkan gol."-mstar

Polis Nafi ‘Curi’ Daging Beku, Buru Individu Sebar Fitnah

Viral di laman sosial beberapa hari lalu, seorang individu mendakwa beberapa anggota polis trafik mengambil daging beku dari sebuah lori yang terbalik dalam nahas di Gua Musang, Kelantan.

Polis Nafi ‘Curi’ Daging Beku, Buru Individu Sebar Fitnah

Bagaimanapun, menurut laporan akhbar tempatan, dakwaan yang digembar-gemburkan dan tersebar di media sosial itu sebenarnya adalah palsu belaka.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Yap Sow Sing berkata, tuduhan dilemparkan kepada anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang itu tidak diselidik terlebih dulu.

Polis Nafi ‘Curi’ Daging Beku, Buru Individu Sebar Fitnah

Polis Nafi ‘Curi’ Daging Beku, Buru Individu Sebar Fitnah

Jelas beliau, pihak pembekal daging beku berkenaan sendiri dengan rela hati memberikan daging itu kepada anggota polis dan beberapa lagi pihak berkuasa yang terlibat sebagai tanda penghormatan dan terima kasih.

“Setelah menerima panggilan kecemasan anggota trafik telah berada di tempat kejadian dalam tempoh masa terdekat dan telah membuat kawalan sehingga waktu tengah hari.

“Sebagai tanda penghormatan dan terima kasih, pihak pembekal dengan rela hatinya telah memberi sumbangan untuk pihak yang terlibat termasuklah anggota bomba,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Khamis lalu, sebuah lori yang membawa daging beku terbabas di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Kampung Tanah Puteh.

Kejadian itu menyebabkan berpuluh-puluh kotak berisi daging beku jatuh bertaburan atas jalan.

Susulan fitnah yang tersebar, seorang pegawai trafik berpangkat Inspektor telah membuat laporan di IPD Gua Musang berhubung isu tersebut.

Pihak polis akan mengambil tindakan terhadap individu yang memfitnah anggota polis trafik ‘mencuri’ daging beku dari lori terbalik itu. -mynewshub

Kes Penyeludupan Warga Asing, Isteri Kedua Adi Putra Ditahan Polis

Tidak habis dengan pergolakan rumah tangga dengan isteri pertama, kini Adi Putra sekali lagi dihimpit dengan kontroversi hebat apabila isteri kedua beliau, Nor Shahida Zolkifly adalah antara yang ditahan pihak polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Kes Penyeludupan Warga Asing, Isteri Kedua Adi Putra Ditahan Polis

Pada Selasa lalu dalam satu operasi khas yang dilakukan pihak polis pada jam 4.30 petang. Selain isteri kedua Adi, dua kakitangan Imigresen lain yang pernah bertugas bersamanya di KLIA juga turut ditahan dalam operasi yang sama bagi membantu siasatan kes yang sama.


“Saya tidak begitu pasti tentang butiran siasatan tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian,” katanya kepada Berita Harian Online apabila diminta mengulas mengenai perkembangan berita tangkapan beberapa pegawai Imigresen membabitkan isteri kedua beliau, Nor Shahida semalam.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan penahanan lebih 15 pegawai Imigresen dalam beberapa siri tangkapan penyeludupan warga asing sejak bulan lalu. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, mereka disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing untuk memasuki negara tanpa melalui prosedur yang sah.-rotikaya


Menurut sumber, Nor Shahida telah ditahan di pejabatnta di Putrajaya

Cinta Emma Maembong, Kamal Adli Putus Di Tengah Jalan?

Baru-baru ini, kedengaran kisah keretakan hubungan cinta di antara Emma Maembong dan juga Kamal Adli dan menerusi laporan BH Online, Emma kini hanya menunggu Kamal pulang dari penggambaran di luar negara sebelum membuat keputusan terhadap hala tuju hubungan mereka.

Cinta Emma Maembong, Kamal Adli Putus Di Tengah Jalan?

“Apa yang dapat yang kongsi ketika ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan Kamal. Sekiranya tiada lagi jodoh antara kami berdua, orang ramai di luar sana tidak menjatuhkan hukuman kepada kami”


“Buat masa ini saya masih menunggu kepulangan Kamal yang sedang menjalani penggambaran di luar negara. Sebaik saja dia pulang, kami akan duduk berbincang bagi menentukan hala tuju hubungan ini”

“Oleh itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kisah percintaan kami. Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak mahu peminat jelak dengan lambakan gosip cinta semata-mata,” jelasnya.

Ke mana arah tuju hubungan Kamal dan Emma selepas ini masihlah kabur dan pastinya Emma akan berkongsikan perkara tersebut bersama peminat setianya. Atau mungkin sebenarnya mereka mahu buat kejutan kepada peminat bahawa mereka telah bersedia melangkah ke peringkat yang lebih serius. Mungkin.-rotikaya