Dira Abu Zahar Dan Suami Telah Bercerai?

Walaupun namanya kini sudah lama menyepi didalam industri hiburan, Dira Abu Zahar jarang dilihat terpalit dengan kontroversi apa lagi mengenai kehidupan peribadinya. Namun baru-baru ini, beliau dan suami, Helmi Yusof dikatakan bercerai pada awal Ramadhan lalu, Dira juga dikatakan mengalami tekanan sehingga dimasukkan ke hospital.

Dira Abu Zahar Dan Suami Telah Bercerai?

Memetik ruangan Miss K di Astro Gempak, menurut pihak yang aktif dengan aktiviti menunggang motorsikal berkuasa tinggi sama seperti Dira, beliau dikatakan mengalami kemurungan yang teruk pada malam beliau diceraikan. Berikutan itu, Dira telah dikejarkan ke hospital dan ditahan selama seminggu disebabkan kemurungan yang dialaminya.

“Perselisihan faham diantara Dira dan suaminya dikatakan berpunca daripada penajaan filem Bikers Kental sehingga timbul beberapa isu dan akhirnya berlaku perbalahan besar sehingga runtuhnya rumah tangga yang dibina selepas 5 tahun dan dikatakan bercerai pada akhirnya,” katanya didalam ruangan Miss K di portal Asto Gempak.

Bagaimanapun, selepas kontroversi penceraian melanda Dira dan suami itu, mereka dikatakan masih tidak menghubungi antara satu sama lain. Setakat ini juga, Dira sendiri juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka mengenai gosip rumah tangga beliau yang sedang bertebaran di media sosial ini kepada pihak media.-rotikaya

Gambar Bakal Suami Juliana Evans

Sikap terbuka apabila bercakap mengenai soal hubungan percintaannya dengan seorang jejaka kerabat diraja membuatkan Juliana Evans senang membuka mulut mengenai hubungan itu kepada umum. Namun akuinya, walaupun beliau tidak kisah bercerita mengenainya, dirinya masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada ketika ini.


Gambar Bakal Suami Juliana Evans

“Buat waktu ini, saya masih selesa menikmati kehidupan solo sebegini terlebih dahulu. Saya belum lagi bersedia untuk ke arah perkahwinan. Malah saya juga tidak tertekan melihat seorang demi seorang rakan artis yang lain telah berkahwin. Tetapi bagaimanapun InsyaAllah, setiap perkara yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya di kemudian hari.

Masih banyak perkara yang ingin saya lakukan sebelum diri terikat dengan sesiapa. Saya sendiri tidak perlu terkejar-kejar dalam soal itu. Mama juga tidak memaksa saya segera mendirikan rumah tangga. Namun jika diizinkan Tuhan, saya ingin mempunyai keluarga sendiri sebelum usia 30 tahun,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung perkara itu.

Bercakap mengenai sikap keterbukaannya tentang hubungan istimewa itu, Jue berkata bahawa tindakannya itu dilakukan kerana tidak mahu mengundang pelbagai spekulasi daripada orang ramai. Baginya, peminat sering memikirkan pelbagai perkara negatif sepertimana dulu beliau pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Zizan Razak.

Terdahulu, Jue pernah memuat naik sekeping gambar mesra bersama seorang jejaka yang masing sedondon memakai baju berwarna sama pada satu majlis. Gambar yang tidak mempunyai sebarang kepsyen dikhabarkan seorang jurutera  itu terus menjadi tanda tanya daripada peminat. Tidak lama selepas itu, beliau mengakui hubungan itu sudah terjalin hampir mencecah setahun.-rotikaya

Pelajar Maut Dihempap Tiang Gol Hoki Semasa Subjek PJK

Seorang pelajar berusia 14 tahun maut selepas satu tiang gol hoki tumbang menghempap dirinya di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2, Gua Musang, Kelantan.


Pelajar Maut Dihempap Tiang Gol Hoki Semasa Subjek PJK

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi tadi, mangsa, Nik Mohd Lutfi Nik Kamarudin dilaporkan sah meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Semasa kejadian, mangsa bersama rakan-rakannya sedang bermain bola di padang sekolah bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Menurut rakan mangsa, Wan Mustakim Wan Musa, 14, yang melihat insiden tersebut, mangsa terjatuh di depan pintu gol tersebut ketika cuba menjaringkan gol sebelum tiang gol itu tumbang secara tiba-tiba.

“Arwah jatuh tertiarap dan tiang gol tiba-tiba pula tumbang dan menghempap kepalanya.

“Saya dan rakan serta guru bergegas ke arahnya untuk beri pertolongan namun keadaannya sudah parah ketika itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan kejadian itu. – MYNEWSHUB

Arsene Wenger Berminat Jadi Pengurus England

Pengurus kelab ternama Arsenal, Arsene Wenger dikatakan bersedia untuk menggantikan Roy Hodgson yang meletakkan jawatannya baru-baru ini.

Arsene Wenger Berminat Jadi Pengurus England

Roy meletakkan jawatan selepas skuad England gagal mara ke pusingan separuh akhir kejohanan Euro 2016 apabila tewas mengejut kepada Iceland 1-2.

Wenger yang berasal dari Perancis dikatakan berminat namun hanya akan menerimanya selepas kontraknya dengan Arsenal berakhir tahun hadapan.

“Bolehkah saya menjadi pengurus England? Mengapa tidak? Saya tidak akan menolaknya meskipun saya berpuas hati dengan kedudukan saya di Arsenal.

“Kontrak saya dengan Arsenal namun masih ada lagi setahun dan saya sudah lama berkhidmat dengan kelab itu.

“Saya amat menghormati kontrak saya dengan Arsenal dan akan terus berbuat demikian. Secara jujur, saya belum tahu rancangan saya selepas kontrak saya tamat kelak,” katanya.

Panel seramai tiga orang dari Persatuan Bola Sepak England sudah pun mula sibuk mencari pengganti Hodgson sejak bulan lalu.

Menurut laporan media antarabangsa, pengurus Sunderland, Sam Allardyce mungkin akan ditemu bual bagi jawatan tersebut minggu ini.

Turut disenarai ialah jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann yang turut dikaitkan dengan jawatan ‘panas’ itu. – MYNEWSHUB

Barangan Jenama Antarabangsa H&M Tipu?

Gambar tag label harga yang mendakwa barangan jenama antarabangsa H&M, kononnya menipu pelanggan dalam jualan di sebuah butik di ibu negara mula tersebar di media sosial.

Barangan Jenama Antarabangsa H&M Tipu?


Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook Sneakpeakmedia, H&M didakwa menjual pakaian dengan menggunakan tag harga baharu yang jauh lebih mahal daripada harga asal yang ditetapkan oleh jenama terbabit, biarpun selepas potongan harga.

“Jangan bangga beli baju mahal. Di sebalik harga yang mahal itu terdapat harga murah. Ada yang beza banyak kot. Why H&M why?! ,” tulis laman page tersebut.

Barangan Jenama Antarabangsa H&M Tipu?

Akibatnya, gambar kontroversi itu seolah-olah menunjukkan terdapat harga lebih murah (harga lama) dibelakang label harga seperti yang dilihat.

Barangan Jenama Antarabangsa H&M Tipu?

Barangan Jenama Antarabangsa H&M Tipu?

Barangan Jenama Antarabangsa H&M Tipu?

Barangan Jenama Antarabangsa H&M Tipu?

Lantas, perkara tersebut membuatkan sesetengah netizen yang mudah terpengaruh mula menggelar jenama H&M sebagai cuba menipu pengguna.

Bagaimanapun, kami masih tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak H&M Malaysia berhubungan dengan perkara ini dan orang ramai diminta agar tidak mempercayai khabar angin yang timbul berhubung perkara ini. – MYNEWSHUB

Kereta Kena Curi, Remy Ishak Kini Naik Pengangkutan Awam

Semenjak keretanya dicuri sekitar bulan Mac lalu, pelakon terkenal Remy Ishak mengakui dia belum bersedia atau berfikir untuk membeli sebuah kereta baharu.


Kereta Kena Curi, Remy Ishak Kini Naik Pengangkutan Awam

Sebaliknya, pelakon Nur Kasih ini memberitahu dia kini selesa menaiki kenderaan awam.

Pun begitu, Remy atau nama sebenarnya nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 34, menafikan tindakannya itu sengaja mencari perhatian ramai.

Menurut Remy, dia tahu cara-cara untuk menyorokkan wajah agar tidak dikenali ketika menaiki kenderaan awam.

Kereta Kena Curi, Remy Ishak Kini Naik Pengangkutan Awam

“Saya bukannya gila hendakkan peminat datang kepada saya dan bergambar. Saya cuma berasa selesa menaiki kenderaan awam seperti LRT.

“Begitupun saya mempunyai cara tersendiri untuk membuatkan diri tidak dikenali.

“Tetapi, kalau peminat perasan, saya meletakkan jari di mulut sebagai tanda meminta dia agar tidak bercakap. Kemudian saya akan ke tempat peminat berkenaan dan ‘berselfie’ bersamanya.

“Namun begitu, saya tidaklah selalu menaiki kenderaan awam. Kadang kala ada juga rakan atau pengurus yang menumpangkan saya ke sesuatu lokasi,” katanya kepada BH Online.

Kereta Remy, Mitsubishi Triton dilaporkan masih hilang selepas beberapa minit pelakon itu keluar pergi membeli ais di sebuah kedai serbaguna di Seri Kembangan, Selangor.

Dalam perkembagan lain, Remy bakal melancarkan produk lulur badan di bawah jenamanya sendiri. – MYNEWSHUB

Suara Merdu Adik Angkat Ronaldo Baca Al-Quran

Bukan sahaja mempunyai bakat dalam menggelecek bola, namun adik angkat bintang bola sepak terkenal Real Madrid, Cristiano Ronaldo iaitu Martunis mempunyai suara yang merdu dalam melantunkan ayat suci al-Quran menjadi viral di laman sosial minggu lalu.

Suara Merdu Adik Angkat Ronaldo Baca Al-Quran

Martunis, 19 tahun, menerima pujian melambung daripada netizen selepas video dia bertadarus dimuat naik ke akaun Instagram.

Martunis yang kini menyertai akademi bola sepak Sporting Lisbon di Portugal, meluangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran lantas berkongsi video itu dengan rakan-rakan Instagramnya iaitu martunis_ronaldo.

Kelab itu sebenarnya merupakan kelab pertama yang pernah disertai Ronaldo ketika baharu memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Waktunya bertadarus,” tulisnya.

A video posted by مرتنس سربنى (@martunis_ronaldo) on



Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan terpesona dengan kelunakkan dan kemerduan suara Martunis mengalunkan ayat-ayat suci itu, selain memujinya masih mengekalkan identiti sebagai seorang Muslim walaupun berada di negara orang.

Martunis pernah menjadi bualan hangat media sewaktu berumur tujuh tahun apabila kisah sedihnya menjadi mangsa tsunami pada 2004 yang mana dia ditemui terdampar di pantai dengan menyarung jersi Portugal mendapat liputan meluas.

Difahamkan, sewaktu tsunami melanda Indonesia waktu itu, dia bersama rakan-rakannya sedang bermain bola sepak.

Suara Merdu Adik Angkat Ronaldo Baca Al-Quran

Alangkah bertuahnya Martunis apabila kisah pilunya itu sampai ke pengetahuan Ronaldo lalu pemain sensasi itu menjadikannya sebagai adik angkat.

Selain itu, Ronaldo juga dilaporkan membantu membina semula kediaman Martunis di Banda Aceh yang musnah dalam tragedi tsunami itu. – MYNEWSHUB

Giggs Akhirnya Tinggalkan Old Trafford

Ryan Giggs menamatkan karier selama 29 tahun bersama Manchester United apabila mencapai penyelesaian dengan kelab Inggeris itu.


Giggs Akhirnya Tinggalkan Old Trafford

Kenyataan rasmi berhubung pengesahan pemergian Giggs akan dikeluarkan dalam masa terdekat, lapor BBC pada Jumaat.

Bekas pemain dan jurulatih berusia 42 tahun dari Wales itu masih mempunyai baki setahun bersama kelab itu.

Giggs pernah bekerja di bawah pengendali David Moyes dan Louis van Gaal.

Namun di bawah pengendali baru, Jose Mourinho, Giggs gagal mencapai persetujuan dalam peranan barunya di Old Trafford.

Berikutan itu dia memutuskan untuk meninggalkan United.

Giggs menyertai United ketika berusia 14 tahun dan sudah beraksi sebanyak 963 kali untuk kelab itu.

Antara pencapaian terbaiknya adalah membantu United menjuarai 13 gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua Liga Juara-Juara sebelum bersara sebagai pemain pada tahun 2014.

Sebelum ini namanya disebut-sebut sebagai pengendali United, tetapi kini impian itu terpaksa di teruskan bersama kelab lain.-mstar

Neymar Kekal Di Nou Camp Hingga 2021

Neymar Jr menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama Barcelona. Bintang Brazil itu mengesahkan berita tersebut dengan memuatnaik gambarnya di laman Twitter pada awal pagi Jumaat.

Neymar Kekal Di Nou Camp Hingga 2021

"Saya amat gembira kerana berpeluang meneruskan impian saya bersama Barcelona," kata Neymar.

Barcelona kemudiannya mengesahkan kontrak baharu itu telah ditandatangani dengan menyaksikan penyerang prolifik tersebut akan kekal di Camp Nou sehingga 2021.

Klausa pelepasan pemain berusia 24 tahun itu ditetapkan pada 167 juta pound meningkat kepada 186 juta pound pada tahun kedua perjanjian dan seterusnya dan 209 juta pound.

Neymar turut diintai Manchester United dan Paris St Germain (PSG).

Dia menjaringkan 55 gol dalam 93 perlawanan La Liga sejak berhijrah dari Santos dengan bayaran perpindahan bernilai 48.6 juta pound pada 2013.-mstar

Wales Pasukan Kedua Layak Ke Separuh Akhir Euro 2016

Pengurus Chris Coleman melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meletak Wales dalam empat kelompok terbaik selepas menyingkirkan pilihan Belgium 3-1 pada aksi suku akhir Euro 2016 di Lille  awal pagi Sabtu.


Wales Pasukan Kedua Layak Ke Separuh Akhir Euro 2016

Radja Nainggolan membuka jaringan awal untuk Belgium, namun dua gol hasil tandukan  dari Ashley Williams dan Hal Robson-Kanu memberi semangat luar biasa untuk Wales menambah gol ketiga menerusi Sam Vokes.

Kemenangan tiga gol berbalas satu itu sudah lebih daripada cukup untuk membawa Wales mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam aksi
Kejohanan utama dunia.

Wales tidak layak bersaing dalam kejohanan akhir utama sejak Piala Dunia 1958, namun kemenangan ini telah menjadi saksi untuk sejarah sukan bola Britain.

"Jangan takut untuk 'bermimpi'. Kerana empat tahun lalu saya sangat jauh dari tempat sekarang dan dari situ kamu boleh lihat apa yang terjadi sekarang.

"Jika kamu kerja kuat dan tidak takut untuk  bermimpi , tidak takut untuk gagal (kerana semua orang gagal) , saya sendiri lebih banyak gagal berbanding kejayaan, tetapi saya tidak takut dengan kegagalan.

"Saya memberitahu perkara itu sebelum kami mula sepak. Kami berada di sini bukan untuk bergembira, kami ke sini untuk bersaing.

"Kami tahu seperti ada sesuatu yang ditawarkan. Pasukan mempunyai pemain-pemain yang bagus dan mereka cepat bertindak untuk mencapai apa yang dimahukan dan ianya satu pentanda yang baik," jelas Coleman.

Wales bakal berdepan dengan Portugal pada aksi separuh akhir selepas ini sekaligus menyaksikan dua penyerang Real Madrid, Gareth Bale-Cristiano Ronaldo    dalam merebut tempat ke aksi akhir.


Senarai pemain:

Wales (3-4-2-1): Hennessey, Chester, A Williams, Davies, Gunter, Allen , Ledley (King 78 mins), Taylor, Bale, Ramsey (Collins 90); Robson-Kanu (Vokes 80)

Pemain simpanan: Fon Williams, George Williams, Edwards, Richards, Cotterill, Jonathan Williams, Vaughan, Church, Ward

Pengurus: Chris Coleman

Belgium (4-2-3-1): Courtois; Meunier , Alderweireld, Denayer, J Lukaku (Mertens), Nainggolan, Witsel, Carrasco (Fellaini) De Bruyne,  Hazard, R Lukaku

Pengurus: Marc Wilmots

Simpanan: Mignolet, Origi,Kabasele, Dembele, Benteke, Ciman, Gillet

Pengadil:Damir Skomina (Slovenia).-mstar