Kekalahan Terburuk Dalam Sejarah England

Hanya beberapa hari selepas rakyat Britain mengundi untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) dalam referendum yang menggemparkan seluruh dunia, kini giliran pasukan bola sepak England meninggalkan kejohanan Euro 2016.


Kekalahan Terburuk Dalam Sejarah England

England tersingkir pada kelompok 16 pasukan terbaik selepas tewas 1-2 kepada Iceland, awal pagi Selasa.

Kekalahan skuad kendalian Roy Hodgson itu bukan sahaja dikritik hebat malah dijadikan bahan jenaka di kalangan penyokong skuad The Three Lions.

Ada di kalangan penyokong mencadangkan agar Hodgson mengambil alih tugas Perdana Menteri Britain, David Cameron 'kerana beliau akan menjadi calon terbaik untuk mengemudi negara itu keluar dari Eropah'.

Beberapa bekas pemain England turut tidak ketinggalan membidas kegagalan England meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

"Kekalahan teruk dalam sejarah kira. England ditewaskan negara yang mempunyai banyak gunung berapi berbanding pemain profesional. Iceland bermain lebih baik," tulis bekas penyerang England, Gary Lineker di laman Twitternya.

"England - menyedihkan, mengejutkan, tidak cekap," kata Alan Shearer.

Sementara itu, Peter Crouch yang pernah mewakili England pada dua perlawanan Piala Dunia turut mengkritik corak permainan anak buah Hodgson itu.

Wayne Rooney meletakkan England di depan menerusi sepakan penalti pada minit keempat.

Namun Iceland bangkit menjaringkan dua gol untuk menyingkirkan England daripada saingan tersebut.-mstar

Oja 'Hilang' Setahun Selepas Dikaitkan Punca Diana Rafar & Zamarul Berpisah

Penyanyi dan pelakon 1980-an iaitu Oja mengambil masa lebih setahun ‘menyembunyikan’ diri selepas  dikatakan menjadi punca terhadap perceraian pelakon Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.


Oja 'Hilang' Setahun Selepas Dikaitkan Punca Diana Rafar & Zamarul Berpisah

Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 37,  berkata, tuduhan itu membuatkan dia menjadi trauma kerana peristiwa itu melibatkan rumah tangga seseorang.

"Secara peribadi saya anggap isu itu sudah selesai tetapi sebenarnya saya mengambil masa setahun untuk berdiam diri agar ia tidak berpanjangan.
Diana Rafar dan suaminya Zamarul.

"Tuduhan itu sama sekali tidak benar seperti mana dilemparkan kepada saya,” katanya kepada mStar Online.

Oja 'Hilang' Setahun Selepas Dikaitkan Punca Diana Rafar & Zamarul Berpisah

Terdahulu Zamarul Hisyam, 45, dan Diana Rafar 34, mengejutkan orang ramai apabila mereka bercerai talak satu pada 14 Januari 2015 selepas enam tahun berumah tangga.

Bagaimanapun pasangan berkenaan rujuk semula kira-kira sebulan selepas cerai.

Oja turut dikaitkan sebagai individu yang menjadi puca kepada peristiwa berkenaan.

Dalam pada itu, Oja berkata, ketika kontroversi sedang hangat diperkatakan, dia sedang membuat persiapan untuk bertunang dengan teman wanitanya.


Oja 'Hilang' Setahun Selepas Dikaitkan Punca Diana Rafar & Zamarul Berpisah

Jelasnya lagi, dia bersyukur kerana wanita berkenaan dan keluarga tidak terpengaruh dengan gosip selain tahu tentang kedudukan sebenar.

"Sebenarnya saya sudah mengenali Diana sejak zaman remaja lagi dan pernah terlibat dalam penghasilan kerja-kerja studio serta projek singlenya bersama Linda Rafar.

"Sebagai kawan lama sudah tentu saya sedia membantu untuk menyiapkan projek itu dan ingin saya tegaskan ketika itu saya sebenarnya banyak berurusan dengan Linda dan suaminya.

"Entah di mana silapnya, nama saya mula dikaitkan dengan Diana dan saya betul-betul terkejut kerana ia telah menjadi satu kes serius sebelum saya mengambil keputusan untuk menyendiri dan menjauhkan diri,” katanya.
Oja bersama isteri terbaharunya bagi perkahwinan ketiga.

Jelasnya lagi, dia menghilangkan diri bukan kerana bersikap lepas tangan tetapi tidak mahu isu berkenaan terus berpanjangan yang pada akhirnya memberi masalah lebih besar.

"Alhamdulillah, tindakan itu sebenarnya banyak membantu dan secara peribadi saya berasa amat gembira melihat Zamarul dan Diana kembali hidup bahagia selepas kontroversi itu.

"Isu tersebut dah setahun lebih berlalu dan saya kini bahagia dengan isteri tercinta,” ujarnya tersenyum.

Berkongsi tentang kehidupannya kini, Oja berharap perkahwinan ketiganya itu adalah yang terakhir selepas pernah dua kali bercerai sebelum ini.

"Saya pernah berkahwin pada 2001 namun hanya bertahan selama lima tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Dani Nur Atiqah, 13 tahun yang kini dibawah jagaan saya.

"Perkahwinan kedua pula pada tahun 2007 namun jodoh kami tidak panjang sebelum berpisah pada 2010 dan kami dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Daniel Ashraf yang berusia tujuh tahun," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Oja kini bersedia untuk kembali ke dunia hiburan bersama kumpulan yang diberi nama Tunable Band di mana mereka sudah menghasilkan 10 buah lagu termasuk sebuah lagu Hari Raya ciptaannya berjudul Kenangan Indah Di Aidilfitri.

Oja dikenali sekitar tahun 90-an menerusi drama Balada Anak Jalanan selain turut menerbitkan sebuah album berjudul Anak Jalanan.-mstar

Pasukan Sepanyol Kalah Sebab ‘Badi’ Jersi Putih?

Langkah Sepanyol di saingan Piala Eropah 2016 amat memalukan selepas mereka tewas kepada skuad Azzurri dalam saingan suku akhir, awal pagi tadi.


Pasukan Sepanyol Kalah Sebab ‘Badi’ Jersi Putih?

Skuad La Furia Roja, kalah 0-2 ke atas Itali apabila gawang David De Gea dibolosi oleh Giorgio Chiellini pada minit ke-33 dan Graziano Pelle pada minit ke-92 masa tambahan.

Pasukan Sepanyol Kalah Sebab ‘Badi’ Jersi Putih?

Sebelumnya jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque mengakui Itali lebih unggul daripada anak-anak buahnya pada perlawanan tersebut, tetapi ternyata ada punca taktikal lain yang disebut-sebut jadi punca kekalahan Sepanyol.

Pasukan Sepanyol Kalah Sebab ‘Badi’ Jersi Putih?

Lapor Marca, Sepanyol terkena kutukan pakaian putih dan mereka sekali lagi mendapat badi kekalahan ketika memakai jersey kedua ‘away’ itu.

Berdasarkan sejarah pasukan itu, selama menggunakan jersi putih dalam pertandingan besar, Sepanyol mendapat badi. Dalam tiga peluang yang pernah diperolehi mereka terus menanggung nasib buruk tersingkir dari Piala Dunia 1994, Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2004.

Pasukan Sepanyol Kalah Sebab ‘Badi’ Jersi Putih?

Benar atau tidak kutukan itu, yang jelas sejak awal lagi kostum putih Sepanyol dikritik hebat oleh penyokongnya kerana ramai kurang menyukai corak jersi itu.  – MYNEWSHUB

Video Bogel: Taylor Swift Bengang Dengan Kanye West

Konflik yang berlaku antara penyanyi antarabangsa terkenal Taylor Swift dan Kanye West semakin lama semakin panas.


Video Bogel: Taylor Swift Bengang Dengan Kanye West

Semuanya berpunca gara-gara sikap Kanye yang tidak pernah serik mencetuskan kontroversi dengan penyanyi wanita itu.

Terbaharu, Kanye sekali lagi membuat onar dengan melancarkan video muzik provakatif dengan menampilkan imej bogel beberapa selebriti dan kenamaan termasuk Taylor.


Video Bogel: Taylor Swift Bengang Dengan Kanye West

Dalam video muzik berjudul Famous itu, Taylor dilihat berbaring bersebelahan dengan Kanye tanpa seurat benang dan menampakkan buah dadanya.

Hal itu sekali gus membuatkan penyanyi lagu Love Stroy ini merasa marah dan malu dengan apa yang dilakukan oleh Kanye, lapor Hollywoodlife.com.


Video Bogel: Taylor Swift Bengang Dengan Kanye West

Malah, imej mukannya itu juga tidak mendapat kebenaran dari Taylor.

“Dia (Taylor) sangat marah. Dia tidak percaya West sanggup berbuat demikian, dan sangat kecewa dengan situasi ini,” kata sumber itu.

Selain video tersebut, lagu Famous turut mempunyai lirik yang tidak sopan dimana Kanye mahu meniduri Taylor kerana mendakwa dia bertanggungjawab menjadikan wanita itu popular.

Sebelum ini, mereka pernah berbalah gara-gara Kanye mengganggu ucapan Taylor semasa diumumkan pemenang dalam salah satu kategori Anugerah Muzik Video (VMA) pada tahun 2009.

Selain Taylor, antara yang dipaparkan dalam video tersebut ialah isteri Kanye sendiri, Kim Kardashian, Donald Trump, Bill Cosby, George W. Bush, Caitlyn Jenner, Rihanna dan Chris Brown. – MYNEWSHUB

Cuba Teka Berapa Usia Perempuan Hot Ni?

Berbekalkan gambar di atas cuba anda teka berapa umur wanita berbadan ramping bak anak dara ni? Jangan tertipu jika kami katakan wanita di atas merupakan seorang nenek yang sudah pun mencecah usia setengah abad.


Cuba Teka Berapa Usia Perempuan Hot Ni?

Ye Wen, 50, dari Henan, China ini mengejutkan netizen dengan tubuh badannya yang cukup langsing dan tidak berkedut sana sini seperti mana lazimnya berlaku terhadap wanita meningkat usia.

Tiada sebarang kedutan dan proses penuaan berlaku terhadap Ye Wen sehinggakan ramai netizen tidak percaya dengan usia sebenarnya itu.


Cuba Teka Berapa Usia Perempuan Hot Ni?

Ye Wen dipercayai telah mula pergi ke gimnasium sejak 20 tahun lalu bagi menjalani gaya hidup sihat.

Wanita ini mengunjungi gim setiap tiga hari seminggu dan kebiasaannya menghabiskan masa selama dua jam bagi setiap satu sesi.


Cuba Teka Berapa Usia Perempuan Hot Ni?

Malah dia turut mengamalkan amalan berenang setiap hari dan pernah berenang merentasi Selat Melaka.

Misi Ye Wen seterusnya ialah dia mahu berenang di Sungai Han, Korea Selatan bagi mencabar keupayaannya. – MYNEWSHUB

Video: Awek Dibogel, Dicucuh Rokok Dalam KTV Di JB

Sebuah video memaparkan seorang wanita menyerang seorang gadis lain dalam sebuah lounge karaoke kini tersebar di media sosial. Kejadian dilaporkan berlaku di Johor Bahru, baru-baru ini.
Video: Awek Dibogel, Dicucuh Rokok Dalam KTV Di JB

Menerusi video tersebut, seorang wanita berbaju merah dilihat mencangkung sambil menghisap rokok menghadap mangsa yang melutut di lantai.

Selepas beberapa ketika, mangsa ditampar betubi-tubi sebelum wanita itu menghumbankan tong sampah ke atas kepalanya.

Video: Awek Dibogel, Dicucuh Rokok Dalam KTV Di JB

Tambah mengerikan, mangsa turut dicucuh dengan puntung rokok yang masih menyala apinya.

Tidak diketahui apa punca kejadian, namun wanita berkenaan dilihat benar-benar marah terhadap mangsa seperti mahu membalas dendam.

Malah, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ kerana dia kemudiannya turut dibogelkan.

Di akhir video, dipaparkan imej wajah mangsa yang berdarah-darah.
Video: Awek Dibogel, Dicucuh Rokok Dalam KTV Di JB

Menurut satu sumber, wanita yang dikenali sebagai Elaine Looi dalam video ini, dikatakan mempunyai hubungan dengan gangster dan mangsa bukanlah individu pertama yang menerima nasib begini.

Difahamkan, video ini diviralkan oleh orang bawahan Elaine sendiri. – MYNEWSHUB

8 Cedera Dalam Letupan Bom Tangan Di Pusat Hiburan

Empat lelaki dan empat wanita cedera dalam letupan di sebuah pusat hiburan, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, letupan itu berpunca dari bom tangan yang dipercayai dibaling oleh individu di depan pusat hiburan di IOI Boulevard menyebabkan 8 cedera termasuk seorang parah.

8 Cedera Dalam Letupan Bom Tangan Di Pusat Hiburan

Difahamkan, ketika kejadian pada jam 2.50 pagi, kelab itu dikunjungi orang ramai yang sedang menyaksikan perlawanan pusingan kalah mati Itali menentang Sepanyol, Euro 2016.
8 Cedera Dalam Letupan Bom Tangan Di Pusat Hiburan

 "Polis akan menyiasat segala kemungkinan sama ada persaingan perniagaan, dendam mahupun individu tertentu yang berniat melakukan perbuatan itu," katanya.


8 Cedera Dalam Letupan Bom Tangan Di Pusat Hiburan
8 Cedera Dalam Letupan Bom Tangan Di Pusat Hiburan

8 Cedera Dalam Letupan Bom Tangan Di Pusat Hiburan




Menurut seorang pekerja pusat hiburan yang enggan mendedahkan namanya mendakwa ternampak dua lelaki yang tidak dikenali membaling dua objek yang dipercayai bom petrol sebelum berlakunya letupan itu. - PIXEL MEDIA

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/WCWTVtxGZkU" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

57, 000 Orang Dalam Stadium Terpegun Tengok Pramugari Ajar Cara Tendang & Timang Bola

Wanita selalu diperlekehkan apabila berkaitan bola. Perempuan minat bola sebab pemain handsome je, perempuan acah-acah terer pasal bola dan macam-macam lagi.

57, 000 Orang Dalam Stadium Terpegun Tengok Pramugari Ajar Cara Tendang & Timang Bola

Tapi sekumpulan pramugari Emirates ni buktikan perempuan pun setanding lelaki dalam sukan bola sepak. Seramai 57, 000 orang yang berada dalam stadium terpegun dan tersenyum lihat mereka menimang bola dan menjaringkan gol.

Haaa, siapa kata perempuan tak terer?-era.fm

Isteri Ber0nani Dengan Meja Di Rakam Seorang Jiran

Satu rakaman video yang tersebar di laman sosial baru-baru ini telah menghebohkan ramai Natizen. Rakaman yang di lakukan oleh seorang jiran ini menunjukkan, seorang wanita yang berstatus isteri orang telah melakukan onani dengan sebuah meja di bahagian dapur rumah.


Isteri Ber0nani Dengan Meja Di Rakam Seorang Jiran

Apa yang difahamkan, wanita tersebut telah lama tidak bersama dengan suaminya, selepas suaminya berkerja di luar negara untuk beberapa tempoh yang lama kata jirannya itu menerusi laman facebooknya.

Wanita berkenaan mungkin kesunyian dek kerana telah lama tidak melakukan hubungan intim bersama-sama dengan suaminya itu.

Kejadian yang di laporkan berlaku di Jepun itu dikatakan, telah mendapat pelbagai respon daripada rata-rata Natizen yang menonton video tersebut.

Video yang berdurasi 0.20 saat itu dikatakan telah hampir mencecah 300k view oleh pengguna-pengguna laman sosial daripada seluruh dunia.

Apa lah nasib suaminya nanti sekiranya melihat kelakuan isterinya itu.

Kasma Daniel Sambut Aidilfitri Bersama Rossi

Demi mengejar impian bergelar pelumba profesional, bakat muda Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) negara, Kasma Daniel Kasmayudin terpaksa menanggung rindu berjauhan dengan keluarga pada hari raya kali ini.


Kasma Daniel Sambut Aidilfitri Bersama Rossi

Anak muda kelahiran Johor Baru ini antara lima pelumba berbakat yang dipilih oleh Yamaha Motor Co. Ltd. untuk berguru dengan pelumba terbaik dunia, Valentino Rossi menerusi Kem Master, VR46 Riders Academy, milik pelumba kelahiran Itali itu di Tavullia bermula 4 hingga 8 Julai ini.

Berpuasa di perantauan bukan perkara baharu bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Skudai, Johor itu tetapi beraya bersama Rossi pastinya menjanjikan pengalaman yang cukup istimewa.

"Sedih sudah tentu kerana sesiapa sahaja ingin menyambut hari raya bersama keluarga. Hati ini juga pastinya sayu kerana tidak dapat bersalaman memohon keampunan daripada kedua ibu bapa saya.

"Berlatih di samping Rossi amat mengujakan tapi berhari raya bersamanya sesuatu yang luar biasa," katanya kepada mStar Online.

Kasma Daniel berkata beliau enggan terlalu melayan emosi sebaliknya akan menguatkan semangat kerana menganggap peluang keemasan berguru bersama idolanya hanya datang sekali seumur hidup.

"Hari raya kita sambut setiap tahun tapi peluang ini hanya hadir sekali, jadi saya yakin siapapun yang terpilih sudah tentu tidak akan melepaskannya," katanya.

Menurut pelumba berusia 16 tahun itu, dia tidak akan berasa keseorangan kerana turut ditemani rakan dari Indonesia, Galang Hendra Pratama yang turut bersama meraikan hari raya di perantauan.

"Saya ada merancang untuk pakai Baju Melayu bersama Galang di pagi raya dan bergambar bersama Rossi. Insya-Allah saya akan kongsi gambar itu dengan peminat nanti," katanya.

Tiga lagi pelumba lain yang terpilih menyertai kem itu adalah Peerapong Loiboonpeng (21, Thailand), Soichiro Minamimoto (16, Jepun), dan Imanuel Putra Pratna (19, Indonesia).

Kasma Daniel Sambut Aidilfitri Bersama Rossi

Sebelum berangkat ke Itali, Kasma Daniel berkata ibunya,  Sharifah Noorpaiezah Syed Idris, 45, sibuk menyiapkan makanan kegemarannya untuk dinikmati semasa berbuka puasa dan menyambut raya nanti.

"Ibu antara orang yang paling sibuk. Saya minta dia bekalkan serunding, tart nenas, rendang daging, nasi impit dan ketupat. Nanti bolehlah saya makan bersama rakan-rakan di sana," katanya.

Ketika ditanya mengenai persiapannya menjelang kem latihan tersebut, pelumba berusia 16 tahun itu berkata sepanjang bulan Ramadan beliau banyak menumpukan latihan di gimnasium.

"Latihan seperti biasa tetapi saya lebih kerap berlatih di gimnasium selepas selesai berbuka untuk meningkatkan tahap kecergasan dan stamina.

"Saya juga perlu menjaga kesihatan dan pemakanan supaya tidak jatuh sakit kerana keadaan cuaca yang berbeza di sana nanti," katanya.

Peserta yang dipilih menyertai program eksklusif itu dinilai berdasarkan umur, kedudukan mata dalam kelas AP250 (ARRC) dan beberapa faktor lain.

Sebagai rekod, berdasarkan kedudukan untuk tahun 2015, Kasma berjaya meraih tempat keenam secara keseluruhan, manakala pada 2016 di tangga ke-10.

Rossi dilaporkan bakal menjadi tenaga pengajar sepenuh masa pada kem tersebut.-mstar